Showing posts with label Traffic Blog. Show all posts
Showing posts with label Traffic Blog. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

SEGMEN BLOGWALKING CUTI SEMESTER BY PARINH

Assalamualaikum ...


Dah lama aku tak join segmen dan GA kat blog. Masa awal-awal blogging dulu, memang beriya join macam-macam segmen. Siap bersengkang mata lagi. Dulu bujang, skang dah ada anak ... bersengkang mata pun untuk anak dan hasben ajelah. kehkehkeh!

Setelah sekian lama tak join segmen, ni tetiba teringin plak nak join segmen blogwalking cuti semester by Parinh nie. Syarat-syaratnye ...

Syarat-syarat :


1 . Follow Blog : Blog Parihh

2 . Follow Google+ : Mad Parihh

3 . Like Page : Blog Parihh Dot Com

4 . Follow Instagram : Parihh

Copy paste banner kat bawah tu dan letakkan tajuk ' Segmen Blogwalking Cuti Semestar By Parihh ' . 

Kalau korang teringin nak join, juz click je banner kat atas nie,

Hadiahnye tak menarik sangat bagi korang kot, tapi kalau bagi blogger memang menarik! Boleh up kan traffic blog korang. Memang aku suke ... hehehehe... ;

Review Blog : 5 pemenang

Bloglist : 10 pemenang

okeylah kan .... kecik tapak tangan, PICC tu aku tadahkan kalau blogger nie review blog aku! hahahaha. Angan tak sudah aku nie ...



p/s : Hari ni dok rumah, kelek Iskandar sambil kemas dapur persiapan nak sambut Ramadan!

Tuesday, August 14, 2012

TANDA HARI RAYA DAH HAMPIR

Assalamualaikum ...









Tanda raya dah dekat sangat, lagi berapa hari je pun. Keyword aku nie memberikan tanda-tanda awal raya memang hampir sangat. Memasing sibuk nak belajar buat rendang ayam. Good! Belajar masak, sonang hidup aih. Jangan harap mak je nak masakkan. Anak-anak kena belajaq buat sendiri.


Rendang ayam cili api Negeri Sembilan keywords yg sangat popular kat blog aku. Untung aku dulu sempat belajar dekat mak si teman. Kalau tak, takkan menjelang raya camnie, keywords rendanglah yang banyak dicari!! Traffic aku semalam mencanak!! Lepas nie, nak kena share recipe rayalah ... biskut dahlia ke, samperit, popia nestum, biskut mazola, biskut arab .... tukar blog nie jadi blog masakanlah ... he he he



Tahun nie tak tahu apa menu baru yg nak belajaq .... tapi dah target nak pandai buat ketupat palas!!




CK : Usaha tangga kejayaan.

Sunday, May 20, 2012

TRAFFIC MENINGGI DIRI

Assalamualaikum ...




Pagi tadi plan nak pergi kerja lepas update blog. Tup tup perut sakit sangat-sangat. Dok terbaring je dekat rumah, tanpa buat apa-apa. Boring jangan cakaplah! Aku dah plan semalam hari nie kena masuk office juga, tapi nak buat macam mana, kita mampu merancang je. Sakit perut yang tak mampu dah nak jalan. Nak keluar pergi cari bahan mentah untuk masak pun tak mampu.


SMS si MB, tapi apa boleh buat dia dekat kampung. Sibuk dengan meeting, majlis tahlil dan kenduri. Habis kuat pun dia leh cakap, "baringlah ye ... rehat!". Kalau dia ada pun kat sini, apa dia boleh buat ... yang sakit perut aku. Sabar ajelah!


Petang tadi lepas sedap berbaring, bangun layan blog plak ... check akaun Nuff aku! Teruja tengok traffic meninggi diri. Bukan selalu dapat UV yang tinggi. Biasanya dalam 100 UV je sehari. Dah kul 5pm nie, UV aku dah dekat 400! Seronok ... ini mesti usaha aku pingkan entry dekat busuk.org. Baru ada usaha sket nak ping. Kalau tak sebelum nie malas bebenor, asal update je tinggal camtu je. Aku nie sesekali je dapat ping entry, time cuti dan memang lepak kat rumah. Kalau tak jangan haraplah!



Betulkan aku cakap, traffic meninggi diri  :=)


 Dah 391, malam kang bleh la dapat 400 lebih kot! he he he





Happy blogging! yeeeaaaaaaaaaaaaaaaahh







CK : Putrajaya nie cam mendung la plak .... nak merempit pergi Pasaraya Darussalam pun fikir 3-4 kali. hu hu

Thursday, April 5, 2012

MENGEKALKAN TANGGA SERIBU

Assalamualaikum ...




Morning u'olls sekalian! 



Aku sekarang dalam usaha untuk mengekalkan dan meningkatkan traffic blog aku kepada tangga 1000 UV atau lebih dalam tempoh seminggu. Setakat ini aku masih mampu mengekalkan sejak masuk tahun 2012. Dulu, traffic blog aku tak sampai pun 500 UV seminggu. Alhamdulillah, ada kemajuaaaaaaaaaaaaaaaaaan. 



 UV blog aku untuk tempoh seminggu .... masih kekal 1000 UV ke atas!



Jadi, aku bertambah seronok nak berblog even taklah hebat mana sangat pun. Ada banyak blog lain yang lagi hebat dan power dari blog picisan aku nie. But aku happy .... sekurang-kurangnya bila menulis dapat melepaskan dan meringankan beban rasa aku. Itulah faktor utama untuk aku terus menulis. Dan, aku rasa dah wajar aku nie perbaiki cara penulisan aku. Okeh, kena study nie ... he he he


Bak kata Fatin Liyana dalam Mega Utusan Malaysia semalam, "Tulislah sesuatu yang dapat memberikan sumbangan kepada dunia ini!". Aku suka akan kata-kata dia. Nice .... simple but sweeeeet sgt!


Dan hari ini aku dapat kata-kata yang best dari blog Abangensem.com! Ini pun satu semangat untuk aku bekerja dengan lebih giat (Insya-Allah) ... bukan sahaja untuk blog ini, tetapi lebih kepada kerjaya aku sekarang! Doakan aku ye .....! Aku share kata-kata tu dengan korang dan korang cubalah fikir sendiri. Allah itu Maha Adil.



“Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah akan berikan beza RM15,000 itu samaada dalam bentuk duit, anak yang soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas seperti gaji RM2,000, beza RM3,000 itu Allah akan tarik samaada menerusi kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.”





Thanks for reading!




CK : Happy working semua!

Friday, January 13, 2012

TERIMA KASIH DARI DAPUR KJEE

Assalamualaikum ...




Malam tadi sebelum tidur, aku check akaun Nuffnang yang menjadi kesayangan hamba ini. Sekali aku tengok traffic semalam memang gempak juga bagi blog yang biasa-biasa macam aku. Kalau satu hari dapat UV 200 pun aku dah kecoh, inikan lebih dari itu. Kalau hari-hari dapat UV macam semalam, kan syiooook!




Ini turun naik traffic malam tadi, memang meriah dari biasa. Kalau selalunya tak adalah cenggininya. Asyik telan air liur tengok traffic orang yang ribu riban. Aiollsnye traffic boleh ermmmm ajelah. Sehari selalu aku dapat UV dalam 80 ke 120. Sikitkan? Tapi yang sikit inilah selalu bagi aku semangat untuk up entry memanjang. Jangan ingat followers 1K, traffic pun 1K ... non-hado ye anak-anak.



Sila lihat, penyumbang traffic di tangga teratas. Siapakah?? Mestilah itu seorang pelakon, wartawan dan juga penulis. Ingat Santan Berlada ingatlah KJEE. he he he. Rasanya semua kenal Kjee kan?? Tulisan dia memang best, aku ni memanjang jenguk blog dia. Terima kasih Kjee jadi penyumbang traffic tertinggi semalam. Ini mesti isu mee udang Mak Jah dekat Wangsa Maju nie .... sebab itulah ramai datang jenguk blog aku. Terima kasih korang datang jenguk belog aiolls!




Traffic semalam 611 UV, Alhamdulillah. Kedua tertinggi selepas entry ini.


Selepas dapat traffic tinggi semalam, pagi ini aku check akaun Nuffang sekali lagi, tengok semua BE aku dah jadi ME. So, rasanya dah sampai masa nak cashout income yang ada. Walau tak seberapa, tapi ada juga hasilnya. Alhamdulillah .... cashout hujung bulan nie. Berapa jumlah nanti aku share dengan korang ye! Sebab kerana korang aku dapat BE yg agak banyak juga. Terima kasih dan terima kasih juga buat Nuffnang. 





 Terima kasih Kjee dan semua yang baca blog CK!!
CK : Lepas nie baru update pasal Menara KL sambungan...








Wednesday, December 7, 2011

Setahun Secara Serius ... Inilah Yang Terbaik!

Assalamualaikum ....




Bila korang tengok dekat side bar blog aku, secara kasarnya  blog ini sudah berusia 1 tahun dan 8 bulan dan 3 minggu dan 3 hari. Tapi aku cuma serius menulis dan update entri  blog sejak setahun lepas bermula Disember 2010 kot ...! Dan sepanjang tempoh itu, hari ini 7 Disember 2011 ... aku dapat traffic blog yang tertinggi. Sehingga jam 6.30pm, aku check Nuffnang, traffic aku dah menjangkau sebanyak 536 UV.


Siapa yang tak terujakan? Aku nie blogger pinggir-pinggir je. Update pun pasal rempit kehidupan aku sendiri. Bila tengok UV sebanyak itu, syukur sangat! Terima kasih kerana datang ke blog biasa-biasa ini. Jika nak dibandingkan dengan bloggers lain, UV aku hari ini pun kiranya jauh panggang dari api berbanding traffic dorang. But ... aku happy dengan UV yang aku dapat hari ini tau. Alhamdulillah.






Aku print screen sebagai bukti ... selalunya nak dapat UV sebanyak ini kena tunggu seminggu. Tapi hari ini, dalam masa sehari aku dah dapat 536 UV dan dalam masa sejam pada jam 3:00pm aku dapat 257 UV. Seronok plus teruja! he he he he




Okeh, bukti lagi! Bukan nak riak tapi aku cuma nak share kegembiraan aku sepanjang menulis blog dengan pembaca setia aku. Thanks korang ... koranglah yang selalu menyumbang traffic tanpa henti untuk aku. Harap-harap dengan usaha aku, traffic blog ini akan terus meningkat. Amin ...



Bila tengok UV nie petang tadi, buat aku senyum sampai ke telinga dan senyum itu makin lebar bila dia tiba-tiba sms lagi, "rindu!". "Alahai ... dekat je jang oi, ekau datanglah sini!! Jangan lupo boli KARIPAP APAK KIYAU dekat Petronas R&R Seremban tu yoooo! Dah lamo den tak makan karipap tu". Bagus juga kau rindu kat kawan, sahabat dan teman yang sorang niekan ....hu hu!





Inilah penjual karipap apap kiyau tu. Sedap tau karipap yang dia jual. Gambar aku pinjam dari blog Kak Jee! Pinjam yooo ... Thanks akak!





Madah pujangga : Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.







CK : horey-horey sebulan dan dengar cerita akan bertambah jadi 2 bulan ... tunggu!! Awesome malam nie.

Saturday, August 13, 2011

Naik Sana Turun Sini ...

Assalamualaikum ...



Happy weekend! Bestnya dapat cutikan? Lepak-lepak kat rumah. Bersama family. *Lagi best ada family sendiri*. Tengok TV. Tengok Movie. Jalan-jalan sana sini. Shopping raya dengan family. Seronoknya! Tapi saya ... kerja! Ini rezeki saya ... ada masa lepas nie saya pun nak cuti weekend macam orang lain. Untuk setakat ini harus bersyukur apa yang diberi Tuhan! Kerja satu rezeki. Keluarga pun satu rezeki. So, apa yang kita miliki adalah rezeki. Bersyukur itu perlu!


Cerita pasal rezeki, Alhamdulillah ... bila balik dari bercuti dari kampung, saya dapat rezeki dari blog. Buffered Earnings. Just nak kongsi dengan kawan-kawan yang selalu jenguk sini. Julai lepas langsung satu BE pun tak ada. Redha ajelah. Menulis pun memenuhi minat. Hasil dari penulisan adalah perkara sampingan. 

Setiap kali ada BE saya akan berkongsi di sini. Bukan untuk berlagak. Bukan otai pun. Bukan hebat sangat pun. Tapi cerita tentang BE untuk beri semangat kepada bloggers yang baru bertapak. Itu sahaja niat saya. Saya pun masih baru. Setahun 5 bulan. Blog-blog yang terdahulu sejak 2005 tak kiralah. Itu semua hidup segan mati tak mahu! Masa tu keadaan tak cukup sifat untuk berblog. Dengan lappy dan line internet yang tak ada kat rumah. Harap office je ... mana syiooook!!



BE yang saya selepas balik bercuti dari kampung. Alhamdulillah ... sangat teruja sebab kempen dari DiGi DEP Free All Day dan Iskandar Malaysia dapat dalam masa seminggu. Terima kasih Mr. Nuffnang. Sayang ketat-ketat! Rajin-rajinlah backlink kat Nuffnang mesti esok dia bagi BE lagi ... he he he. Lebih baik ada daripada tiada. Macam biasa bersyukur itu perlu.


BE saya memang tak sekencang Cik Epal06 ... Yuyu Zulaikha ... jauh sekali Redmummy.  Mereka ini bloggers hebat. Bloggers perempuan yang hebat yang saya tahu dan yang selalu cerita tentang earnings mereka. Ada lagi ke yang lain? Mungkin ada, tapi mereka memilih untuk diam aje. Takpa. Tak kisah. Hak masing-masing ... ye dak? Dapat satu dua BE pun dah buat diri sendiri teruja. Seronok.


 Walauppun traffic rendah dulu ... menulis tetap menulis. Rasa seronok kerana masih ada yang sudi jenguk! 
Terima kasih ya ..


Rendah! Alhamdulillah masih ada pengunjung. Traffic minggu pertama bulan Ogos. Ini memang traffic yang biasa saya dapat sejak mula berblog. Biasa bukan! Tak gempak pun. Even saya pernah update satu hari 4 entry. Baru saya tahu susahnya mendapat pembaca setia! Susahnya nak menarik minat orang lain membaca blog kita. Nak biar hati mereka meruntun-runtun untuk baca. Memang susah. Tapi tak salah berusaha. Jika memang suka menulis ... tulislah apapun selagi tidak mengganggu hak kehidupan orang lain. 


Mencari idea untuk menulis kadang-kadang susah. Kadang-kadang idea ada tetapi kekangan masa yang buat kita tak sempat. Jadi kerana masa yang memang hanya 24jam sehari semalam pada umat manusia, maka harus selit-selit bila perlu berblog. Tambahan pula ada tugas wajib yang lebih penting. Berblog adalah sampingan. Sekadar memenuhi tuntutan jiwa. Macam saya sekarang, sudahnya satu hari hanya dapat satu entry ... paling sempat pun 2 entry.  Itu pun terkial-kial.


Bila melihat traffic selepas balik dari bercuti, Alhamdulillah ... traffic naik dengan mendadak. Kalau dulu seminggu hanya ada lebih kurang 200 ke 300 pembaca sahaja. Tapi sekarang ... sudah 800 lebih! Pencapaian terbaik pada diri sendiri yang saya nak kongsi dengan korang. Seronok sangat ... walaupun tidak sehebat bloggers lain.


Traffic tertinggi setakat ini. Tidak gempak pun ... tapi seronok melihatnya!
Double terima kasih kepada korang yang sudi jenguk sini tanpa jemu! Korang juga satu semangat!



Ada yang naik ada yang turun. Biasalah kita tak akan dapat semua bukan? Harus menerima ... sini lebih pasti sana akan ada kurangnya. Bila traffic saya meningkat ... saya perasan setiap entry saya semakin kurang comment. Lebih ramai silent readers agaknya. Tapi saya tak kisah ... walaupun bagi saya comment adalah pertambahan kepada keseronokan menulis!


Seronok bila dapat comment dari kawan-kawan. Baca sambil senyum sorang-sorang adalah perkara biasa. Macam-macam comment yang ada. 2-3 comment pun dah buat diri sendiri suka. Rasa penulisan itu dihargai. Moga comment korang sememangnya ikhlas dengan apa yang saya tulis. Jika sebaliknya, itu bukan hak saya untuk menilai. Ye daaak?? Comment korang tetap saya menerima dengan hati terbuka. Alhamdulillah kebanyakan comment kawan-kawan semuanya adalah baik. Belum ada lagi yang sebaliknya. Kalau ada, kenalah berfikiran positif. Menegur itu bukan untuk menentang. Tapi menegur itu adalah kawan untuk berfikiran secara lebih positif!


Dah panjang lebar pulak entry ini. Siap saya save dan sambung di office. Oklah nak sambung kerja.  Nanti sembang lagi ye. Itu aje saya nak share hari ini. Kegembiraan. Keterujaan. Turun. Naik. Dan terima kasih buat semua yang selalu jenguk di sini. Terima kasih sebab baca sampai noktah yang terakhir tau!




CK : Peritnya mata nie menahan mengantuk yang teramat ....

Sunday, July 17, 2011

Nuffnang! Kenapakah?

Assalamualaikum ...

Masih berehat di rumah. Layan tv dan tengah plan nak masak untuk tengahari. Nak masak apalah? Abaikan pasal menu yang perlu dimasak tengahari nie, bercerita pasal Encik Nuffnanglah. Lagipun dah lama tak berceloteh pasal Encik Nuffnang nie.

Saya rasa Encik Nuffnang dah merajuk! Semua buffered earnings (BE) saya dah jadi meter earnings (ME). Pastu dah sebulan tak ada lagi BE baru! hua hua hua. Nangis okeyt!  Tapi update tetap update walau macam manapun. Nak berpisah dengan Nuffnang? Oh ... tidak! Biarlah setia ku menanti ENcik Nuffnang. ha ha ha.

2 hari nie, traffic belog agak mengecewakan. Sebabnya saya tak dapat blogwalking laju-laju! Sibuk siapkan report. Terpaksalah abaikan pasal belog seketika. Kalau korang perasaan, saya cuma update then tinggal je. BW pun kejap-kejap. Keje office lagi penting. Tapi takkanlah pasal tu Encik Nuffnang dah kedekut BE ngan belog shomel ni kot! Sangat kesianlah macam nie.


Tadi bila saya sign in Encik Nuffnang .... huh! tak boleh pulak. Pandai pulak kuar ayat-ayat cinta macam nie. Nie yang rasa nak merajuk nie!



Apapun harap-harap Encik Nuffnang bagi saya BE berlambak-lambak lagi. ha ha ha. Giler tamakkan! Apapun kena juga update laju-laju setiap hari! Semuanya khas untuk pengunjung belog ini ... yang tersayang!


Oklah saya nak sambung kerja di dapur. Nanti saya update pasal Encik Nuffnang kesayangan saya lagi! Sayang terlampau bila dapat BE ... tak dapat BE tinggal rindu ajelah! ha ha ha

Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Sambil layan drama ASTRO!

Sunday, June 26, 2011

Buffered Earnings Sudah Bertukar ... Apapun Tetap Nak Berkongsi Tips Dengan Korang Semua! weeehaaaa

Assalamualaikum ...


Happy Sunday gengs! Pagi-pagi nak cerita pasal buffered earnings. Huk huk ... cedih bila buffered earnings nie dah bertukar jadi meter earnings. That means tak ada lagilah iklan tu bergerak goyang kat belog saya. Rasanya inilah buffered earnings yang sekejap benar dapat ... dalam 2 minggu je! Saya dah perasan minggu lepas lagi cuma tak sempat nak update. Sekarang nie cuma tinggal SATU sahaja buffered earnings yang bergoyang riang. Harap-harap pasnie Encik Nuffnang sayang bagilah 3-4 BE lagi ... he he he giler tamak!!


Yang ada arrow itulah BE akhir sekali yang dah jadi ME. Digi WWWWWOW tuh! Earnings pun tak banyak ... tapi Alhamdulillah. Lebih baik ada daripada tiada ... ye dak?? Kalau nak diikutkan ... dah boleh cashout. Tapi malas bebenor nak buat ... kalau cashout dah sah-sah habis duit tu. So, kumpul lagi kot-kot leh wat modal beli DSLR! ha ha ha ... azam tuh! Memang skang nie gigih je nak ngumpul duit beli macam-macam hujung tahun nie. Kang nanti tak tercapai plak impian 2011.

Ada yang pernah tanya saya macam mana nak dapat BE? Ini tips dari bukan otai yang earningsnya tak seberapa ... apapun saya belajar tips nie dari otai jugak. Yang penting kena rajin google dan bertanya bila tak tahu. Alhamdulillah ... sejak saya amalkan tips ini boleh dikatakan tidak mengecewakanlah.Sebagai permulaan sejak serius benar berblog pada November 2010 .... saya rasa income Nuffnang agak berbaloi. Kalau korang nak lebih hebat macam Yuyu Zulaikha, Cikepal06 dan Redmummy ... korang kena usaha lebih dan lebih dan lebih ... tiada kejayaan datang bergolek melainkan usaha yang konsisten! Dapat jadi macam Yuyu si kupu-kupu kecil tu pun kira dah bertuah badan korang. *saya suka dia comel!**cik epal tu ... cantik ... walaupun suka menternak lemak ... he he he ... maintain je nengok badan dia* *redmummy tu kayoooo ... suka baca belog dia yang melancong sana sini ... uiks ... dengki nih!*


Antara tips yang boleh dikongsi ;

  • Pastikan Nuffnang korang ada status glitterati (bukan geli-geli ye anak-anak!)  
  • Letakkan iklan Nuffnang tu di tempat yang betul kat belog ya .... jangan ikut sedap rasa je nak letak! Pastu bising apsal takda iklan goyang-goyang kat situ! Make sure ada iklan kat header belog (leaderbord), bahagian sisi (sidebar) dan antara petikan belog (large rectangle). Tak tahu macam mana nak letak ... sila google! Jangan malas nak cari tutorial. Kalau korang nak tahu ... berlambak blogger yang baik hati share tutorial kat belog dorang. Dari situlah saya cedok segala ilmu. Yang penting keinginan korang nak ambil tahu dan belajar. *erghhh tazkirahkah ini ...???* 
  • Make sure korang punya entri sesuai untuk semua golongan pembaca. Baru pelbagai. Bila pelbagai baru ramai yang masuk dan dapat upkan traffic belog korang. Bila traffic dah tinggi ... Insya-Allah boleh dapat BE! 
  • RAJIN-RAJIN hantar ticket kat Encik Nuffnang. Alah buat-buat tanya macam mana nak dapat BE ke ... atau apa soklan yang sesuai di tanya!  
  • RAJIN-RAJIN update borang tinjauan dalam akaun Nuffnang korang! 
  • Jangan private belog korang! Kalau private belog ... sah-sahlah syarikat pengiklanan tak pilih belog korang nak bagi iklan .... ye dak?? 
  • Ini bagi saya AMAT PENTING! Update belog selalu! Mula-mula giler belog saya update sekurang-kurangnya satu hari 4 kali! So ... ada 4 entrilahkan. Sekarang nie kurang sikit ... jadi 2 entri je sehari. Kena rajinlah lepas nie. he he he. Jeles tau tengok Ben Ashaari yang update belog dia setiap masa. Pehtu ... kaya benor dia dengan idea! Memang dia usaha keras sungguh. Saya memang salute dengan kerajinan dia. 
  • Pilih time yang sesuai untuk update .... ini pun penting! Rajin update tapi time tak sesuai pun ... kadang2 kurang pula pengunjungnya! Masa yang sesuai ... 8.00am (time orang masuk office nie, dorang mesti nengok belog dulu sebelum mula keje), 1.00pm (lunch ... ada yang rela baca belog dan blogwalking time nie daripada pergi makan), 8.00pm (sebelum dinner ... layan belog dulu and blogwalking) last sekali area kul 11.30pm ke 1.00am (ini untuk angkut traffic untuk eosk hari!). Kalau tak da masa yang mencukupi buat entry autopublish! Janji pembaca masuk belog korang tak adalah kecewa sangat!
  • Pastu ... promosilah belog tuh! Kasi up traffic ... mesra alam sikit komen kat belog org lain! Asyik tunggu orang datang belog korang .... "mimpilah!". Ingat ko sape ... redmummy?? yuyu zulaikha??? ben ashaari?? cik epal06?? Dorang dulu pun camnie sebelum berjaya ... blogwalking sana sini. Ping entri merata ... so, contohilah sifat yang baik nie!!

Camne?? Dah baca tips hingga titik yang terakhir ... berani ke nak terus jadi blogger tegar?? Kata nak berjaya ... so, kena usahalah!! Tips nie yang saya amalkan ... tapi bab update selalu tu dah kurang skang nie. Busy dengan kerja harian. Kena utama mana yang lebih penting. 
Belog nie pun mungkin berada di tempat 4 ... 5 ... 6 ... 7 atau mungkin 10 dalam hidup saya. Ada masa akan saya update. Kalau tak ... saya buat entry autopublish. Setelah 8 bulan serius berblog ... saya makin sayang belog ini. Walaupun UV saya tak sampai 100 pun sehari, tapi saya tetap rasa bangga kerana UV makin meningkat dari hari ke hari. Alhamdulillah!

Terima kasih kepada semua yang rajin datang ke belog saya dan komen sekali! Thanks ... sayang korang ketat-ketat! Komen korang tu buat saya terus punya rasa teruja untuk berblog! Selagi mampu jari-jari montok ini mengetuk keyboard! Insya-Allah akan ada entri dari hari ke hari ...


Terima kasih korang sebab baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR!


CK : Hari ini suka ke idak ke ... kena pi office jugak!! Minggu depan tak masuk office 2-3 hari! Yes .... suke suke ....!

Thursday, June 23, 2011

Padan Muka! Traffic Merudum ...

Assalamualaikum ...

Huwaaaaa baru dapat online! Sadisnye rasa. Bila dah separa giler blog ... tak dapat jenguk rasa macam gunung berapi nak meletup! Sesak-sesak dada ingat kat blog yang belum update.

Hari ini balik awal! Syurga beb kalau boleh sampai rumah jam 5pm. Antara nikmat hidup yang tak terucap dengan kata-kata. Sampai rumah tukar baju dan terus wash semua baju dalam bakul. Esokkan dah Jumaat ... so, semua baju kena basuh hari ini. Weekend boleh relax sikit! Syurga lagi tu ... ha ha ha!

Sambil bagi machine yang cuci semua kain baju yang ada, kita on lappy dan ngadap. Sehari tau tak dapat tengok belog kedaung nie. Rasa tak tenteram jew! Uiks ... dah peringkat teruk nie. Inilah dinamakan jiwa belog. Asal tak menulis rasa gatal hujung jari nak menekan keyboard. Huh! cam bagus nau ayat kau Cik Kamoo ooooi!

Bila petang camnie baru nak on lappy ... check traffic kat Nuffnang ... merudum! merudum! Nak tunjuk graf traffic tu pun malu tau. Ini semua gara-gara malam tadi tak sempat nak buat autopublish entry! hua hua hua ... padan muka hokeh! Leka sangat nak tidur sebab kepenatan shopping barang dapur. Sudahnya balik malam tadi ... mandi dan terus tidor. 


 [Kecewanya tengok traffic camtu ... kesian kat mereka yang datang sini! 
Sorry tau ... sbb tak update ...tiba-tiba rasa bersalahlah pulak! huk aluh ....]


Korang semua jangan jadi macam saya ... agak2 macam esok tu korang tak sempat buat entry, buatlah autopublish entry! Kurang-kurangnya pembaca yang datang tak adalah baca entry basi ... mcm saya! huh! sedih hokey ... rasa padan muka sendiri bila tengok traffic camtu!

Tapi takpa ... usaha balik kasi up traffic kaw-kaw punya!

Rindu kat korang yang selalu komen kag belog CK! Miss u'olls sesangat ....



CK : Hari ini tenang ... sebab hati tak sakit dan hari juga dapat macam-macam ilmu baru! Terima kasih Tuhan ....

Sunday, May 29, 2011

Traffic Meningkat Walau Ditinggalkan Seharian! Terima Kasih Pembaca ...

Assalamualaikum ...

Seharian CK tinggalkan blog ni di hari cuti yang best ni. CK cuma update jam 7.50 pagi. Lepas tu langsung tak jenguk blog dah. Inchik Babah ajak CK temankan kawan dan cik tunang kepada kawan Inchik Babah jalan-jalan kat Himpunan Sejuta Belia. Nak tak nak suka tak suka kenalah CK temankan sebab CK pun kenal cik tunang kawan Inchik Babah tu. Kata tak suka jalan-jalan kat event ramai macam nie, tapi sebab dah jadi penghuni Putrajaya kenalah layan kawan-kawan yang teruja dengan setiap event yang dijalankan di sini. Kerana berjalan-jalan di Himpunan Sejuta Belia terpaksalah abaikan blog dan tak dapatlah nak blogwalking. Dah lama sangat CK tak bw! Rindu seeeeh!

Selalunya blog CK ni kalau ditinggalkan traffic dia tak adalah hebat sangat. Biasa-biasa je. CK akui traffic blog nie memang tak hebat ... sehari ada dalam 40 hingga 60 UV sahaja. Memang ala kadar sahajalah. Macam CK dah bagitahu sebelum ini, memang CK tak mampu nak bagi 50% komitmen terhadap blog. Ada masa terluang ... ada idea baru Ck akan update. 

Untuk hari ini CK tak sangka boleh dapat UV sebanyak 102 sehingga 7.00pm. Tapi UV bloggers lain mesti lagi hebat dari CK kan?? CK dapat UV 3 angka macam ini pun dah seronok! Jadi bersemangat untuk terus berblog. Satu benda dalam kepala ini, "Ada juga yang baca blog picisan macam ini". Apapun CK harap blog ini boleh bagi sesuatu yang pembaca kehendaki. Bukan semata-mata blog kosong dan suka-suka. Setiap apa ilmu baik yang CK ada Insya-Allah akan dikongsi sebab blog ini diwujudkan bukan untuk tujuan personal sepenuhnya. Personal tu ada jugak ... cuma sekadar lalu sahaja. 


Ini buktinya ... UV 102!
Tidak sehebat mana tetapi tetap memberikan semangat untuk terus menulis!


Dengan UV 100 lebih ini, buat CK tersenyum hari ini. CK belum letak target berapa UV akan dapat sehari. Buat masa sekarang nak menulis sesuka hati sahaja dan tak mahu terikat sangat dengan komitmen berblog. Apapun CK akan cuba update sekurang-kurangnya 1 atau 2 entri sehari. Terima kasih kepada yang berkunjung dan meninggalkan komen. Jasa pembaca dan bloggers lain yang singgah di sini amat-amat dihargai. Agaknya yang berkunjung blog CK hari ini tak join Himpunan Sejuta Belia kot ... he he he!



CK : Ada gambar Himpunan Sejuta Belia ... akan diupload kemudian!