Alhamdulillah, semalam genap Iskandar 6 bulan. Dah membesar bagai juara. Baju seluar dah ada yang tak muat. Baju pun dan senteng nampak pusat pun ada. Sabar ajelah anak soleh mommy nie. Kejap sangat masa berlalu, sedar tak sedar dah 6 bulan Iskandar. Aku rasa macam baru semalam aku baru masuk bilik bedah ... macam mimpi2 pun ada. Iskandar membesar dengan baik dan setakat ini Iskandar sangat behave dan memberi kerjasama yang baik kepada aku dan hasben. Dia takdelah banyak merengek. Cuma ada masanya manja Iskandar berlebih-lebih bila hujung minggu. Tapi still undercontrol. Berbeza la dengan masa Iskandar dalam pantang sampai aku langsung tak cukup tido dan nak makan pun tak sempat. Dengan Iskandar jatuh sakit masa usia dia 39 hari serta terpaksa warded menjadi kerisauan aku berganda. 3 malam menginap di Hospital Sultanah Bahiyah (aku berpantang kat kampung di Kedah) buat aku menangis je, stress lagi nak jaga bekas czer, adus Allah sahaja yang tahu. Syukur, ganjaran selepas pantang Iskandar baik baik selalu.
Seronok tengok Iskandar membesar depan mata. Macam-macam perangai dia yang kadangkala buat hati amat terusik. Cukup 3 bulan 2 minggu Iskandar dah boleh meniarap. Ada orang cakap kat aku, "cepatnya dah boleh meniarap!". Alhamdulillah la. Teruja sangat aku masa tu ... kemudian habis satu katil dia pusing. Ke sudut sana, ke sudut sini. Masuk hampir 5 bulan barulah Iskandar pandai terbalikkan badan dia semula. Aku perasan, Iskandar lambat terlentangkan badan sendiri sebab dia terlalu berhati-hati ... seolah-olah dia gayat. Beberapa kali dia cuba nak terlentangkan diri sendiri, tapi masih juga tak lepas. Seriyau kot bak kata orang Kedah. Aku yang memandang nie senyum je tengok dia.
Bila dah masuk 5 bulan dah pandai masuk bawah meja walaupun belum pandai merangkak apatah lagi menyulur. Kalau Iskandar nak ke sesuatu tempat, dia akan meniarap terlentang meniarap terlentang seolah-olah macam bergolek ... sedar-sedar dah masuk bawah meja, sedar-sedar dah tepi sofa. So, sekarang ni kalau nak tinggalkan Iskandar tidor kat tilam, aku kena kepung keliling tilam tu dengan bantal tak kasi Iskandar bergolek. Ish, seriyau la kot jatuh tilam kang. Tilam master bedroom aku berdouble, sebab katil kitaorang dah robohkan, tinggi sangat dan risaukan Iskandar takut dia jatuh. Kemudian, doublekan tilam. Itupun nampak macam tinggi. Hasben plan nak angkat tilam lagi satu, biar satu je yang tinggal ... so, rendah la. Jatuh pun takdelah risau sangat.
Habit Iskandar kalau tido mesti nak peluk bantal. Ish macam orang dewasa sungguh. Kalau takde bantal pelok dia, macam liatnye nak tido sendiri. Aku bersyukur sangat sebab Iskandar tak tido buai. Dari lahir memang aku tak ajar Iskandar tido buai, walaupun time berpantang mak and abang aku paksa tidokan Iskandar dalam buai sebab Iskandar susah nak tido time tu. Dorang kata tido buai senang, anak lena lama. Oh, no no no.....sebabnya aku taknak nyusahkan pengasuh aku nanti nak berbuai dia. Kalau nak ke mana-mana pun susah kalau nak berangkut buai. Walaupun masa tu mak and abang dok cakap macam-macam dan hampir-hampir juga la aku nak letak Iskandar dalam buai tu. Tapi dah jenis keras hati, lantak la orang nak cakap apa pun. Aku faham mak and abang paksa aku sebab dorang kesiankan aku time pantang tu, dengan anak menangis tak nak tido then perut aku plak sakit kat part jahitan. Aku kan degil melampau ..... so, buat derk ajelah. Berkat buat derk tu, Iskandar pandai tido sendiri. Bagi bantal, golek kiri golek kanan terus tido. Cuma, bila orang ramai ... macam contoh balik kampung, baru aku kena dodoikan Iskandar tido. Iskandar susah sikit tido kalau dengar suara orang nie....sibuk je mencari tuan punya suara.
Iskandar dah start makan solid food. Actually, aku start bagi Iskandar makan pada usia dia 5 bulan 2 minggu. Mulanya aku campurkan 1 scoop cerelac beras susu dalam susu botol dia. Then aku bancuh 2 scoop cerelac untuk dia makan. Sehari sekali je. Baru semalam aku start buatkan Iskandar puree carrot. Bukan main laju Iskandar makan, kalau lambat sikit suap bukan main marah lagi dia. Kalau cerelac Iskandar makan macam tak excited sangat, puree carrot nia macam dia suka la. So, hari ini aku bekalkan Iskandar sebekas kecil puree carrot kat rumah pengasuh. 1st time nak bagi pengasuh plak suap. Aku bagi sebekas je, sebab petang biasanya aku yang suapkan sendiri. Aku nak juga feel suap anak sendiri tu.
Dan ... bila dah genap 6 bulan ni baru aku tahu ... condition darah anak soleh aku tu tak stabil. Esok amik darah lagi. Harap semua ok. Aku sentiasa doakan yg terbaik utk anak soleh aku dunia dan akhirat.
Buat anak mommy Iskandar, suatu masa nanti kalau blog mommy masih wujud dan kamu terbaca segala entry di sini, mommy nak bagitahu bahwa kamu adalah anugerah terindah dalam kehidupan mommy dan babah! Mommy dn babah sayang kamu dunia akhirat.
p/s ; Cepatnya masa berlalu....
Buat anak mommy Iskandar, suatu masa nanti kalau blog mommy masih wujud dan kamu terbaca segala entry di sini, mommy nak bagitahu bahwa kamu adalah anugerah terindah dalam kehidupan mommy dan babah! Mommy dn babah sayang kamu dunia akhirat.
p/s ; Cepatnya masa berlalu....
Semoamga jadi anak soleh iskandar..")
ReplyDeleteTerima kasih
Deletesemoga Iskandar terus sihat..InsyaaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih atas doa Diana
Delete