Monday, August 17, 2015

WAKTU YANG SESUAI PERKENALKAN ‘SOLID FOODS’ KEPADA BAYI ANDA


Assalamualaikum....

Macam mana kita nak tahu, baby kita dah bersedia untuk makan solid foods? Kalau orang dulu-dulu, baby sebulan lagi dah bagi biskut cicah air gula. Ini realiti tau. Mak mertua aku sendiri ceritakan. Dan mak aku pun cerita perkara yang sama. Alasannya baby selalu menangis seolah lapar. Bila dah suapkan nasi lembik atau biskut celup roti baru la nak diam dan tidur. Kita sekarang dah ada knowledge, tapi bukan bermakna orang dulu-dulu takda knowledge. Maybe pemahaman dorang kurang. Baby baru lahir usus dia tak mampu lagi nak digest makanan pejal sebenarnya. Susu sahaja sudah memadai. Susu ibu atau formula sebenarnya telah menyediakan kalori dan secukupnya zat yang menjadi keperlukan kepada baby. Dan pada waktu ini, sistem pencernaan baby masih belum bersedia pun untuk memproses makanan pejal. Aku pernah terbaca ada baby yang terpaksa dipotong ususnya disebabkan oleh ibubapa yang memberikan makanan pejal terlalu awal. So, tak perlulah kita menanggung risiko sedemikian. Baby 0-5 bulan sebaiknya bagi je dia minum susu. Dah 5 bulan ke atas  barulah kita train pelan-pelan untuk solid foods. 

Hasil pembacaan dan pengalaman kawan-kawan aku, waktu yang biasanya sesuai memperkenalkan solid foods kepada bayi adalah sekitar umur 4-6 bulan bila dia sudah bersedia. Tapi aku perkenalkan Iskandar dengan solid foods pada usia 5 bulan 2 minggu. 5 bulan kita dah boleh train baby untuk makan solid foods. Cuma bukan makan hari-hari la, selang sehari. Dan juga dah boleh start ajar dorang minum menggunakan cawan ataupun sudu. Takdelah baby akan mengharap sepenuhnya pada botol susu. Macam Iskandar, aku dah didik dia untuk minum menggunakan sudu dan cawan pada penghujung usia 4 bulan. Kena ajar dari rumah sendiri dulu supaya bila hantar pada pengasuh takdelah pengasuh rasa kekok nak bagi dia minum. Bila Iskandar dan genap 6 bulan baru aku serahkan pada pengasuh untuk suap makan dan minum Iskandar. Minum guna cawan dan sudu. Sampaikan pengasuh cakap, “Pandai Iskandar minum dalam cawan....!”. Walhal dah didik awal-awal. Aku sebolehnya nak menyenangkan pengasuh aku. So, dekat rumah mana-mana yang boleh aku didik dulu, aku dan hasben akan buat.

Okey, macam mana kita nak tahu bila baby dah bersedia makan solid foods? Dah 2 kali aku tanya soalan yang sama. hahahahah. Macam aku, mula-mula aku campurkan beras susu (cerelac)1 scoop dalam susu Iskandar. Aku tengok penerimaan dia macam ok je, after 4-5 hari baru aku try suapkan bancuhan beras susu sebanyak 2 scoop dan suapkan menggunakan sudu. Mula-mula Iskandar tak pandai makan dengan sudu. Lidah dia akan tolak makanan keluar. Time ni mommies jangan nak marah-marah plak. Pelan-pelan didik baby tu, suap sikit-sikit. Memadai hujung sudu pun dah ok. Bila suapan ke 5-6 barulah baby kita nampak macam ok untuk menerima foods berkenaan. Time ni korang tengoklah memek muka dorang. Kelakar kot! Macam makan benda peliks je. Macam kita tengok fear factor tu. Hahahahaha. Kesian pun ada! Sometimes rasa nak give up juga bila baby dah start luahkan makanan. Habis kotor baju kadang tu. Tapi dah jadi mak-mak ni kesabaran kena la tahap langit ke tujuh weh!.

Antara isyarat lain baby dah bersedia untuk makan adalah kepala dia boleh disokong sendiri. Maksudnya dah stabil la. Kita tak perlu nak ampu lagi kepala dia dan dah berkebolehan untuk kedudukan menegak.  Bila baby dah mula berhenti untuk menolak makanan menggunakan lidah keluar dari mulut sendiri, bermakna baby juga dah bersedia menerima makanan pejal. Time ni baby dah mampu untuk menyimpan makanan dalam mulut dan kemudian mampu untuk menelan. 

Kebiasaannya baby menunjukkan tanda-tanda untuk makan makanan pepejal bila berat badan bertambah. Penyusuan 8-10 kali sehari tidak memadai lagi dan buat baby sentiasa rasa lapar. Ketika ini kita dah boleh ajar baby untuk makana solid foods secara perlahan-lahan. Macam Iskandar selalunya sekali minum 6 auns, itupun kadang tak cukup. Berat badan Iskandar dah mencecah lebih 8 kilo pada usia 5 bulan 2 minggu. Memang sado jugalah anak soleh aku yang sorang nie. Sebab itulah aku pelan-pelan ajar dia makan solid foods. Tapi bukanlah hari-hari time tu. Bila dah cukup 6 bulan baru aku bagi Iskandar makan 2 kali sehari. Syoknya bila suap Iskandar, dia siap pegang tangan aku ... gaya  macam nak suap sendiri, padahal kalau minum susu ... botol pun taknak pegang sendiri. Berpaksa barulah dia nak pegang.  

Iskandar masa 1st time makan solid foods dia buat muka pelik. Antara nak telan dengan tak telan tu sama banyak je. Pastu dia pandang muke aku dengan confuse sekali. “Eh, apa ni mommy ... pekebenda mommy sumbat dalam mulut Iskandar nie???”. Aku rasa camtulah kata-kata yang Iskandar cuba sampaikan pada aku. Yang aku ni plak, suka ketawa-ketawa bila pandang wajah confuse anak soleh aku tu. Ha ha ha ha. Sian dia selalu jadi mangsa buli mommy....sabar ajelah wahai anak soleh ye!

Uih, sedar sedar dah panjang plak entry aku. Okeylah. Next time aku share plak macam mana cara untuk perkenalkan solid fodd pada baby dah berusia 6 bulan. Untuk lebih maklumat korang boleh gugel sendiri atau tanyakan pada doktor kanak-kanak ye. Itu adalah sebaiknya. Aku cuma share apa yang aku dah buat sendiri, berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah lagi awal jadi ibu dan juga dari pembacaan aku dalam laman-laman web tertentu.  Aku banyak baca dari web babycenter. Penjelasan dia senang dan mudah nak faham.

Sharing is caring!


p/s : Suka tengok Iskandar membesar depan mata sendiri.


3 comments:

  1. Huhuu, kami takda baby lagi. Kahwin pun belum. mihmih. Tapi bagus lah dah ada kesedaran diri sikit-sikit tentang ni ;)) hee. Meh kenal kata Cik Puan Belog kita ni. Jemput lah singgah blog saya, ngee. Macam mana boleh sampai sini? Tu haa, nama blog rempit kehidupan yang menarik perhatian kami. Teringat pulak dkt cikgu rempit masa zaman sekolah. kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah moga dipermudahkan jodoh dan moga dapat anak yang comel2 dan soleh/solehah nanti.
      Jom merempit....tapi bukan rempit moto tau...gegegegege

      Delete
    2. Insya Allah, mudah-mudahan. Amin :)) ngee, Zaman merempit motor dah berlalu. hihi

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!