Salam Jumaat. Semalam buka blog, ingat nak update. Tapi macam malas je. Sekarang ni penyakit M macam dah nak besar je. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Harap aku dapat bendung secepat mungkin. kikikiki. Kalau penyakit M ni dah hinggap dalam diri susah la nak buang.
Ni aku nak cerita pasai last weekend. Balik kampung hasben sebab ada nak pergi beraya rumah sedara sebelah arwah abah di Shah Alam. Last weekend masih Syawal lagi kan. Raya kan sebulan. Puasa sebulan, jadi raya pun melantak sampai sebulan. Pipi pun dah bam bam. Minggu depan baru aku start nak diet sebab bulan 10 aku kena minum air gula lepas bersalin ritu. Dah minum bulan Jun ritu, tapi doktor tak puas hati, gula dah hampir border katanya. Adeeeh, ingat lepas bersalin ni takyah la ngadap air gula kat klinik tu lagi. Hasben plak semalam dah start bising suruh jaga makan. Sebulan lagi nak checkup gula katanya. Okeh. Pasrah!
Berbalik pasai balik kampung last weekend tu, aku ngan hasben bawa balik cempedak. Rumah mertua aku ada pokok cempedak. Boleh tahan juga la lebat buahnya. Isi dia sedap. Manis. Tebal plak tu. Bak kata makan mentah pun sedap. Masa petik dari pokok cempedak tak masak lagi, hampir nak masak. Kiranya dah tua la. So, kait dan bawa balik rumah ... terus gantung. Maksud aku peram.
Inilah rupa cempedak yang aku amik dari rumah mertua aku. Besar juga. Cukup la untuk aku dengan hasben. Bila nak masak je, bau harum cempedak sampai 1 rumah boleh bau. Sedap weh. Dah lama tak makan cempedak mentah. Dulu kat kampung mak rajin beli cempedak, sekali beli sampai 2 biji. Aku kan peneman setia bawa mak pi pasar malam kat Kuala Sungai tu. Gheja dok angkut buah durian ngan cempedak la.
Tengok tu ulas dia. Gemukkan kan. Manis berkrim. hahahahha over plak aku. Hasben aku la, "cepat-cepat amek gambar, nanti buat entry kat blog", katanya. Gigih aku amek gambar. Dia tolong pegang dan kopek buahnnya tu. Makan mentah sikit, selebihnya aku buat goreng cempedak ... ker cempedak goreng yek. Kalau kat Kedah kami panggil cucuq cempedak ja. Area Putrajaya, Bangi ... Kajang, cempedak goreng ni seulas 50sen. Bapak mahal. Tepung je tebal. Isi nipis. Peniaga ni kadang letak harga memang cekik darah. Walhal beli sekilo cempedak takdela mahal, bila dah siap goreng macam jual ketul emas pun ada. So, baik goreng sendiri tau. Meh aku share resepi tip top dari mak aku sendiri.
RESEPI : GORENG CEMPEDAK SEDAP DAN RANGUP
SUMBER : MAK KESAYANGAN
Bahan :
- Sebiji cempedak
- 2 senduk kecil tepung beras
- 1 senduk kecil tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit garam (secukup rasa)
- Air secukupnya
Cara :
- Pastikan belah cempedak dan keluarkan ulas-ulas isinya ;-)
- Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung dan taburkan serbuk garam. Gaul segala tepung bagi sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi.
- Kemudian masukkan air ... bagi jadi batter yang tak cair dan tak pekat sangat. Agak-agak bila kita masukkan ulas cempedak tu, adunan boleh melekat.
- Pastu masukkan serbuk kunyi sedikit bagi adunan warna kekuningan.
- Bolehlah celup ulas-ulas cempedak dan kemudian goreng dalam minyak panas. Bila dah nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.
- Siap untuk dihidang.
Inilah rupa cempedak goreng aku tu. Comelkan. Aku suka resepi ni sebab tepung salutan tu jadi rangup. Makan pun sedap. Aicheeeeh terpuji diri sendiri pulak. hahahahahahha. Aku buat ni untuk breakfast masa last weekend tu. Malas nak masak menu lain sebab lunch dan dinner dah ada jamuan raya. Nak simpan lama cempedak ni takut terlebih masak, lembik pulak. Kalau dah lembik nak goreng macam tak sedap sangat .... takut makan minyak nanti.
Minggu ni hasben balik lagi kampung. So, boleh la minta hangkut cempedak lagi. Sedap cempedak ni. Manis habaqqqq hang! Korang kalau beli cempedak tu, boleh la cuba resepi yang aku bagi ni. Gerenti sedap weh .... silalah cuba.
p/s : Lambat lagi gomen nak gaji .... huk huk huk.
Sedapnya cempedak goreng ni Kak Rann. haihh. Semalam baru lps beli. RM1 dapat la tiga ulas kecik jea. Buat tahi gg pun tak lepas. hahaa
ReplyDeleteHAHAH ITULAH AKAK DAH TAK BELI GORENG CEMPEDAK..BELI BUAH JE BALIK BUAT SENDIRI
DeleteSalam. Lama betul akk x mengomen. Busy yg tak tertahan. Nak godek cerita Iskandar lepas ni. Oh, akk copy resipi yer. Mintak halal...hihihi. Style mak akk ni, belasah tepung gandum dgn air garam jer. Kalau cempedak sedap, sedaplah jadinya...hihihi. Akk tgh tunggu cempedak kat pokok belakang rumah mak tu tua. Harap2 monyet tak rampas dulu
ReplyDeleteSALAM KAK. AMBOI BUSY SUNGGUH. AMEK LA KAK RECIPE NI..TRY MENJADI KE IDAK. HEHEHEHE
DeleteI have read your blog page. very nice. Thank's for tips. I was not aware of this cooking method. I love the food at all difficult to handle temptation. I am a regular reader of your blog post.I Thank you for sharing with you.
ReplyDeleteRead more: happycookerz.com
TQ VISIT MY BLOG. PLS COME AGAIN ;)
DeleteWahhhhh
Delete....recipe terbaik... Yesterday I try tapi tak guna...hari ni I try recipe kak raan punya memang best...thank you sis...
Assalamualaikum..Mohon share yee resepi nie..bru je buat..biar perap ptg2 nnti baru nak goreng😃
ReplyDeleteWalaikumusalam....ye silakan share. Nanti boleh la tunjuk.
DeleteLoving this flavours. I think that's will very delicious, yummy and stimulate the taste.
ReplyDeleteThanks for your tip, i will try it.
Thomas Gatlin
Ala klu x buh tepung jagung n tpung beras x pa ka..??
ReplyDeleteBoleh dik....tepung jagung tu sikit je
DeleteSy da cuba..mmg superb kak rann..tq😊
ReplyDeleteI sudah try this recipe kak rann..mmg superb..thanks a lots..😊
ReplyDeleteSy da cuba..mmg superb kak rann..tq😊
ReplyDeleteSy da cuba..mmg superb kak rann..tq😊
ReplyDeleteBr beli buah cempedak td... dah lama dh x menggoreng cempedak ke.. pisang ke.. ubi ke... tu yg terjah mana2 yg ada share. Ptg kang mak cuba yerr.... Harap2 menjadi la spt tuan punya blog n others yg dh mencuba.. thx 4 d sharing...
ReplyDelete