Since Iskandar dah boleh makan solid foods, rajin la aku mengugel recipe nak buat makanan yg sedap2 dekat anak soleh aku ni. Mommy yg lebih excited, yang anak relaks je. Hahahaha. Nampak sangat tak keruan tak kena tempat. Jumaat lepas siap ajak hasben aku pi Tesco Kajang jam 11 malam semata mata nak beli buah dan sayur untuk buat puree kat Iskandar. Dah tak sabar nak tunggu siang. Lawak betul!
Hasben aku layankan ajelah. Gigih dia kendong Iskandar yg menidurkan diri tapi mommy tengah malam buta pun sibuk nak shopping. Kat tesco aku beli bahan2 utk buat puree Iskandar....aku beli carrot, brocolli dan golden pumpkin. So, pagi Sabtu sebelum keluar pegi open house rumah member aku, gigih aku basuh, potong dan kukus carrot dgn brocolli. Buat stok untuk 4 hari dulu. Iskandar makan puree sehari 2 kali. Tengahari dengan petang. Tengahari pengasuh dia suapkan dan petang aku dan hasben suapkan. Kalau aku masak, hasben yang akan suapkan Iskandar.
Banyak sangat ceritakan. Meh aku share recipe simple untuk buat puree. Kali ni aku buat puree carrot dgn brocolli je tau. Golden pumpkin tu aku simpan utk buat stok minggu ni.
Resepi : Puree Carrot dan Puree Brocolli
Bahan :
- 2 Batang carrot atau brocolli
- Air suam atau EBM secukupnya
Cara :
- Carrot atau brocolli dipotong kecil dan direndam 15 minit;
- Kukus carrot dan brocolli hingga empuk (15-20 minit)
- Bila dah empuk biarkan sejuk kemudian blend carrot atau brocolli bersama air suam atau ebm hingga halus. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
- Kemudian tuang dalam bekas kecik (lihat gambar di atas)
- Masukkan dalam fridge kat tempat beku tu. Boleh buat stok utk seminggu. Pastikan label tarikh ye. Aku buat stok utk 3-4 harije. Kiranya seminggu 2 kali la aku buat stok.
Untuk mommies yg nak mencuba silakan. Tak susah pun. Start 7 bulan baru aku nak bagi Iskandar nasi bubur. Sekarang ni aku lebihkan pada serat dulu. Dah start makan bubur nasi nanti bolehlah letak ayam dgn ikan plak.
Nanti aku share recipe2 lain yang aku cuba ok.
p/s : Rasa sekejap je Iskandar dah 6 bulan. Dah besar dah dia. Selalu jadi mangsa gigitan manja mommy...hahahaa geram peha sado sangat!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!