Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

SEGMEN UP FOLLOWERS BULAN JUNE-JULAI

Assalamualaikum ...



Rasanya terlalu lama aku  tak join sebarang segmen ataupun contest. Tak berkesempatan. Kali nie, tertiba hati terbuka nak join segmen semula. Adik-adik bloggers memang rajin buat segmen tak macam aku, nak buat segmen pun cam malaslah sket, update pun ikut sempat dan ikut suka je!!


Kali nie, aku join segmen dari Nabila Medan. Blogger yang pandai buat dooddel cantik-cantik. Blog dia pun cantik ... pink! Ramai adik-adik perempuan yang gemarkan pink. Aku plak lebih sukakan merah dan biru!!




Sesiapa yang rasa rajin nak join segmen dari Nabila Medan boleh klik kat sini <---- ataupun klik banner kat atas tu pun boleh. Mana-manalah yang korang suka!! Tarikh tutup penyertaan segmen nie 7 Julai 2012. Cepat-cepatlah join ... katanya ada hadiah!!



Tengah fikir nak tag sape nie ... he he he, okeylah semua yang baca blog aku nie .... aku tag korang yek!! Join ajelah ... mudahkan.





CK : Sonok plak join segmen, macam mula-mula berblog dulu je :=)

Friday, February 17, 2012

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"

Assalamualaikum ....






Aku sedang cuba untuk memengsankan diri dengan tambah followers yang ada! Hati tengah bercelaru dan makan hati dengan kengkawan opis den nie ar .... so, dok saja-saja join segmen tambah follower sampai pengsan untuk ubat hati yang sedikit rasa duka lara. 



Harap tak pengsanlah bila followers bertambah ... kang sapa pula nak hapdate blog kedaung aku nie kan .. kan ...


Sapa yang teruja nak join, sila klik KAT SINI!







CK : Malam nie kalau rajin kena wat entry luahan perasaan!!

Thursday, January 19, 2012

SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER!

Assalamualaikum ...



Dah lama aku tak join segmen. Sesekali seronok juga. Adik-adik bloggers ada juga yang rajin buat segmen. Aku yang kakak nie cuma joinlah. Nak buat segmen tak pandai macam orang lain. Kot tak dapat sambutan ... malew jew. he he he. belum cuba lagi dah mengaku kalah ... apalah ko nie!


Malam nie aku join segmen dari Haris Kaito ... jomlah kira memeriahkan. Aku tengok pun dah meriah. Campur dengan aku bertambah-tambahlah meriah. he he he.



Sapa yang minat nak join boleh KLIK SINI.

Sapa yang rasa memang dah dewasa dan cukup umur boleh KLIK SINI
Badan je besaq tak semestinya dewasa dan cukup umur ye.


Sapa yang tak rasa apa-apa pun, bolehlah KLIK SINI.








CK : Kepala sakit  .... tapi hati nie nak berblog aje. Petang tadi dah lah blogspot nie buat hal .... geram je!

Tuesday, December 6, 2011

JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum ...











Tadi aku blogwalking kat blog teman-teman. Sambil layan Cinta Elysa, blogwalking laju-laju. Sekali, Lulu Caldina buat segmen, So, layanlah ... alang-alang boleh tambah follower. Dah namapun segmen Jom Tambah Followerkan. Boleh kenal bloggers baru!! Itu yang penting. Seronok juga jadi blogger sebab boleh kenal kawan di alam maya. Bila ada segmen macam ini, boleh juga erat silatur-rahim. Aku suka .... he he he


Kalau korang berminat nak join segmen ni, sila klik [DI SINI], tarikh tutup hari Ahad nie tau ... 11.12.2011 menjelang tengah malam.



Dah ... tak mau merepek panjang-panjang! Apa kata korang join jugak!!




CK : Adus bersambung pula cinta elysa nie, bila nak habis ....

Sunday, November 20, 2011

Review Blog By UJANG [erti kehidupan]

Assalamualaikum ....




Aku kat office. Tengah kerja. Tengah bosan. Dan tengah selsema juga. sok sek sok sek....sobs sobssssss! Bagi hilangkan bosan sebelum masuk waktuk lunch kul 1pm jap lagi, aku blogwalking. Aku singgah kat blog mamat sorang nie. Blog mamat nie aku selalu jugalah terjah ... diakan sekarang dah retis weh! he he he ...


Sekarang, mamat nie dah terbang ke Sarawak. So, dia dah merajinkan diri untuk review blog. Rugi kalau tak join. Manatahu kot dia review blog aku yang picisan nie. he he he. Kalau korang nak join boleh klik blog mamat yang dimaksudkan .... UJANG!


Mula-mula aku nak tempek header blog aku, fuh fuh ... terpilihlah direview. ngeh ngeh ngeh! Itu antara syarat, leader header atau pic sendiri. So, aku pilih letak header aje. Sonang!


Header pemberian Lalabiela!


Masa aku mula berblog, Ujang ada juga datang kat blog aku dan komen sesekali. Tapi itu semua dulu yang dah jadi kenangan. he he he. Sekarang, takda lagi dia datang blog aku, harap aku je berdempek kat blog dia manjang. ha ha ha! 


Dulu blog dia simple je ... sekarang pun still simple tapi lagi better dari dulu. Bab perasan diri dia dengan artis sebenar memang aku tak boleh blah. ha ha ha. Kira oklah dia nie sebab cipta identiti sendiri dalam dunia blog. Tak adalah nak tiru-tiru orang lainkan ... kan ...! Tak lama lagi si Ujang nie pun dah nak jadi DADDY. ho ho ho ... Tahniahlah ye Encik Ujang dan Puan YANAMIB!


Oklah sapa yang nak join, dipersilakan. Tarik tutup 22 November 2011! Cepat join, meramaikan kengkawan! Kasi penat Si Ujang review blog kite semua. ha ha ha ha [itupun kalau dia terdaya nak reviewlah!]


Ujang yang sentiasa bajet hensem! ha ha ha .... mesti anak ko pun ensem cam ko jugak nanti!






CK : Selsema aku makin teruk!!

Wednesday, November 2, 2011

"SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking"

Assalamualaikum ...










NAK JOIN? KLIK SINI [LINK]
TARIKH TUTUP, JUMAAT 2 PETANG (4/11/2011)





1st time join segmen si lulu, tapi hari-hari jenguk blog dia!! kemas dowh ... cantik juga.





CK : Aku memang tak tahu nap update apa sangat pagi-pagi nie. Sejuk pun ada.

Wednesday, October 26, 2011

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum ...



Salam 1Malaysia dan Selamat Hari Deepavali!


Segmen Ben sempena Deepavali ... [KLIK]





Blog aku simple. Mungkin humble jugak macam tuan dia. Mungkinlah. Aku pun ada keinginan nak jadikan blog aku ni extra ordinary macam blog-blog yang lain yang super duper extra ordinary. Ini memang impian aku dalam dunia blog. Aku wujudkan blog kedaung ini sebab minat aku menulis. Dulu aku tulis diary, sekarang ada blog, aku tak perlu simpan diary secara hardcopy! Penuh almari aku dengan diary kang. Dengan blog, boleh share macam-macam dengan pembaca! Itu yang aku suka. Sharing is loving kot.



Idola aku dalam dunia belog .... adalah mereka! 



[aku teruja setiap kali membaca hasil tulis dia. cukup jujur. terpancar keikhlasan menulis]


[pendapat dia memang buat aku fikir berkali-kali. aku suka cara dia yang menulis dengan berani dari hati]







done!!




CK : Breakfast roti lapis daging lagi.


Wednesday, October 19, 2011

SAYA, BLOG DAN PEMBACA

Assalamualaikum ...




Segmen Ben Ashaari
Tutup 5.00 petang ini! [KLIK]




Secara ringkasnya, saya adalah penulis blog. Menjadikan blog ini sebagai satu medium untuk meluahkan rasa, idea, perasaan, informasi dan pengetahuan untuk menjadi tatapan dan sumber bacaan kepada pembaca secara tidak langsung menjadikan komen-komen pembaca sebagai satu semangat untuk terus menulis!


Blog ini wujud kerana saya minat menulis dan pembaca datang di sini bila saya menulis! Ringkasnya sekali lagi, saya, blog dan pembaca ... mempunyai kaitan rapat tanpa bersua muka dan berkata tanpa suara!



Header baru saya yang sangat-sangat simple





CK : Siapkan surat yang berlonggok!

Sunday, August 14, 2011

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK??

Assalamualaikum ....



Sekian lama tak joing segmen santai di belog Ben Ashaari ... sebelum mulakan kerja nie, join segmen dulu. Tajuk segmen macam best, tapi belog kedaung nie tak pasti best ke tidak pada pandangan dan bacaan korang. Sendiri jawab ye!


Kalau berminat nak join, sila klik SINI. Ataupun klik sahaja pada pic si Ben tu. Pssst ... dengar cerita si Ben dah nak jadi PAPA ... Alhamdulillah! berhasil jugak nak dapatkan cahayamata! Semoga segalanya dipermudahkan olehNya! Amin ... doa di bulan Ramadhan ni katanya dimakbulkan Allah. Semoga begitulah hendakNya.




CK : Tak sabar menunggu petang ... nak ke rumah kekanda yang sorang berbuka puasa di sana secara berjemaah!

Wednesday, July 20, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum ....





Jom kita tambah follower!

Nak join?? Sila KLIK ... [SINI]




CK : Mengantuk ....

Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH Untuk Terengganu Dan Terima Kasih Kerana Tolong Up Traffic!!

Assalamualaikum ...

Selamat pagi! Terengganu menang PIALA FA malam tadi mengalahkan Kelantan 2-1! Ok ... Tahniah Terengganu. Suka sangat walaupun saya bukan pun orang Terengganu. Tapi semalam ada gaduh tak? Ada bakar kerusi tak? Ada baling-baling botol mineral tak? Rasanya tak adakan. Alhamdulillah ... dah berhemah dah penonton nie. Masing-masing dah dapat kawal nafsu untuk bergaduhkan. Dah makin cerdik la tu. Good-good ... suka saya tau bila tak ada pergaduhan, maka tiadalah kerosakan.

Adat perlawanan ada menang ada kalah. Tak perlu pun kita nak emosi-emosi bagai. Semua tu bawa kepada kemusnahan. Dah kalah ... keluar dari stadium singgah mapley ... minum segelas 2 tak pun makan ke ... then balik rumah tidur! Takda sapa pun yang akan cedera. Ye dak?? Tahun  depan cuba lagi. Kemenangan tak selalunya digenggaman. 

Okey, itu cerita pasal bola malam tadi. Skang nak cerita pasal traffic blog pagi2. Alhamdulillah selepas join segmen Ben Ashaari dalam ENTRI INI, traffic blog saya mencanak naik. Tak adalah sampai ribu-ribuan. Cuma dapat UV 128 je! heeeeeeeee. Itu pun nak cakap kan. Yelah sebab saya tahu blog nie apalah sangat. Blog picisan. Dapat UV 100+++ pun dah buat hati suka. Ingat senang ke nak dapat banyak tu. Kena usaha. Blogwalking. Tinggalkan komen. Semua nie kira segmen BA menjadi pengantaranya. Terima kasih BA! 

Tapi saya perasan satu perkara, sebab ini bukan pertama kali saya join segmen BA. Cuma segmen kali ini telah menyumbang 48 komen dan jauh lebih baik dari segmen2 yang pernah saya join sebelum ini. Kenapa? Ok ... meh saya kongsi pengalaman sendiri sejak join pelbagai segmen BA nie.

Selalunya saya join segmen BA nie, last minute. Dekat-dekat 2-3 jam nak tutup segmen baru dapat tahu. Tak pun selepas 2-3 jam segmen keluar baru perasan. So, korang kena peka. Sebab apa ... kalau join last minute korang punya link akan berada di angka ratusan senarai yang ada. Bila dah angka ratusan nie, kadang-kadang blogger lain dah tak larat nak blogwalking. Biasanya para blogger nie akan bw senarai yang berada dari 1 hingga 30 ... koman-koman pun 50. Jarang sangat ada blogger nak bw semua blog yg tersenarai. Ada memang ada ... tapi saya cakap jarang sangat. Dia pun tahu penat ye dak!
Untuk segmen BA kali ini saya berada dalam senarai yang ke -13!!. Selalunya saya berada dalam ranking ratusan. hu hu hu. Selalu je lambat join sebab busy dengan kerja office (dahulukan yang lebih penting, blog hanya sampingan!).

Kebanyakan blogger mula bw dari senarai 1-30 atau ke 50. Make sure korang berada di ranking berkenaan. BA dah tolong selebihnya korang kena cepat dan usaha sendirilah. Bila korang dah berada pada ranking ratusan tu ... maknanya korang kena terjah blog orang lain dulu. Kena say hye awal-awal. Korang akan dapat traffic bila dia berkunjung balas. Untungnye bila korang berada dlm raking 1-30 atau ke 50 dalam segmen berkenaan ... bloggers lain yang datang dulu blog korang dan tinggalkan komen! 

Mana korang suka? Pergi komen blog orang dulu ke atau blog korang dulu yang dikomen?? Ini terpulang pada masing-masinglah. Bagi saya kalau blog kita dulu yang dikomen, mean pengomen tu dah beri kita semangat. Blog kita dah jadi tumpuan ... ye dak?? Sebelum dorang kepenatan bw, biar dorang dulu singgah blog kita. heeeeeeeeeeee. Tapi tak kisah apapun, mcm mana pun korang kena gi blog dia orang juga. Jangan nak penting diri sendiri. Jangan nak kaya traffic sorang-sorang. 

Setakat ini saya dah pergi ke semua blog yang meninggalkan komen kat entri saya. KECUALI si dia tidak meninggalkan link atau pun senarai blog dia banyak sangat. Puas klik satu-satu .... ada yang bertahun tak update ... ada blog percubaan. Okeh ... untuk yang banyak sangat link blog sendiri tu, saya minta maaflah ... nasib kalau dapat klik blog korang yang sebenar-benarnya. Kalau asik salah je ... terus saya pi bw ke blog orang lain. So, harap anda fahamlah ... keselesaan pada pelawat itu amat penting. Jadi korang kena google macam mana nak buat hanya nampak satu je link blog korang yang aktif.

Dah settle semua menerjah ke blog yang tinggalkan komen pada entri saya ... baru saya akan bw ke blog yang tak tinggalkan komen. See .... mudahkan!! Part nie best sikit ... untuk pengetahuan, saya nie kalau nak bw link yang disenaraikan oleh BA dan MTT ... saya akan mulakan dari yang akhir dan bukannya yang pertama. Sebab saya tahu yang pertama hingga 30 dan ke 50 dah ramai yang pergi. Yang hujung-hujung ni, ramai yang dah penat. Kesian okeh. Apatah lagi yang ranking ratusan ini kebanyakannya adalah blogger baru. So, kasi chance blog dorang naik. Yelah dulu saya budak baru belajar, memang pernah merasa semua nie. Traffic ciput giler babang sangat. Untuk up traffic hingga 100++ nie pun saya dah suke ... Alhamdulillah ...

So, pasnie kalau nak join segmen Ben Ashaari ... joinlah awal2! Untuk kebaikan korang jugak .... apapun tetap bergantung pada usaha sendiri. Apa yang saya tulis adalah pengalaman dan pemerhatian saya. Jangan blogging ikut sesedap rasa ... kadangkala perlu ikut sesedap pembaca. Ye dak??

Have a nice Sunday kawan-kawan ..... nanti kita share lagi tips berguna dari CK!


CK : Banyak kerja rumah nak kena settle hari ini......semalam puas melaram depan lappy! Blogwalking sampai tak sedar diri. heeeeeeeeeeee