Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH Untuk Terengganu Dan Terima Kasih Kerana Tolong Up Traffic!!

Assalamualaikum ...

Selamat pagi! Terengganu menang PIALA FA malam tadi mengalahkan Kelantan 2-1! Ok ... Tahniah Terengganu. Suka sangat walaupun saya bukan pun orang Terengganu. Tapi semalam ada gaduh tak? Ada bakar kerusi tak? Ada baling-baling botol mineral tak? Rasanya tak adakan. Alhamdulillah ... dah berhemah dah penonton nie. Masing-masing dah dapat kawal nafsu untuk bergaduhkan. Dah makin cerdik la tu. Good-good ... suka saya tau bila tak ada pergaduhan, maka tiadalah kerosakan.

Adat perlawanan ada menang ada kalah. Tak perlu pun kita nak emosi-emosi bagai. Semua tu bawa kepada kemusnahan. Dah kalah ... keluar dari stadium singgah mapley ... minum segelas 2 tak pun makan ke ... then balik rumah tidur! Takda sapa pun yang akan cedera. Ye dak?? Tahun  depan cuba lagi. Kemenangan tak selalunya digenggaman. 

Okey, itu cerita pasal bola malam tadi. Skang nak cerita pasal traffic blog pagi2. Alhamdulillah selepas join segmen Ben Ashaari dalam ENTRI INI, traffic blog saya mencanak naik. Tak adalah sampai ribu-ribuan. Cuma dapat UV 128 je! heeeeeeeee. Itu pun nak cakap kan. Yelah sebab saya tahu blog nie apalah sangat. Blog picisan. Dapat UV 100+++ pun dah buat hati suka. Ingat senang ke nak dapat banyak tu. Kena usaha. Blogwalking. Tinggalkan komen. Semua nie kira segmen BA menjadi pengantaranya. Terima kasih BA! 

Tapi saya perasan satu perkara, sebab ini bukan pertama kali saya join segmen BA. Cuma segmen kali ini telah menyumbang 48 komen dan jauh lebih baik dari segmen2 yang pernah saya join sebelum ini. Kenapa? Ok ... meh saya kongsi pengalaman sendiri sejak join pelbagai segmen BA nie.

Selalunya saya join segmen BA nie, last minute. Dekat-dekat 2-3 jam nak tutup segmen baru dapat tahu. Tak pun selepas 2-3 jam segmen keluar baru perasan. So, korang kena peka. Sebab apa ... kalau join last minute korang punya link akan berada di angka ratusan senarai yang ada. Bila dah angka ratusan nie, kadang-kadang blogger lain dah tak larat nak blogwalking. Biasanya para blogger nie akan bw senarai yang berada dari 1 hingga 30 ... koman-koman pun 50. Jarang sangat ada blogger nak bw semua blog yg tersenarai. Ada memang ada ... tapi saya cakap jarang sangat. Dia pun tahu penat ye dak!
Untuk segmen BA kali ini saya berada dalam senarai yang ke -13!!. Selalunya saya berada dalam ranking ratusan. hu hu hu. Selalu je lambat join sebab busy dengan kerja office (dahulukan yang lebih penting, blog hanya sampingan!).

Kebanyakan blogger mula bw dari senarai 1-30 atau ke 50. Make sure korang berada di ranking berkenaan. BA dah tolong selebihnya korang kena cepat dan usaha sendirilah. Bila korang dah berada pada ranking ratusan tu ... maknanya korang kena terjah blog orang lain dulu. Kena say hye awal-awal. Korang akan dapat traffic bila dia berkunjung balas. Untungnye bila korang berada dlm raking 1-30 atau ke 50 dalam segmen berkenaan ... bloggers lain yang datang dulu blog korang dan tinggalkan komen! 

Mana korang suka? Pergi komen blog orang dulu ke atau blog korang dulu yang dikomen?? Ini terpulang pada masing-masinglah. Bagi saya kalau blog kita dulu yang dikomen, mean pengomen tu dah beri kita semangat. Blog kita dah jadi tumpuan ... ye dak?? Sebelum dorang kepenatan bw, biar dorang dulu singgah blog kita. heeeeeeeeeeee. Tapi tak kisah apapun, mcm mana pun korang kena gi blog dia orang juga. Jangan nak penting diri sendiri. Jangan nak kaya traffic sorang-sorang. 

Setakat ini saya dah pergi ke semua blog yang meninggalkan komen kat entri saya. KECUALI si dia tidak meninggalkan link atau pun senarai blog dia banyak sangat. Puas klik satu-satu .... ada yang bertahun tak update ... ada blog percubaan. Okeh ... untuk yang banyak sangat link blog sendiri tu, saya minta maaflah ... nasib kalau dapat klik blog korang yang sebenar-benarnya. Kalau asik salah je ... terus saya pi bw ke blog orang lain. So, harap anda fahamlah ... keselesaan pada pelawat itu amat penting. Jadi korang kena google macam mana nak buat hanya nampak satu je link blog korang yang aktif.

Dah settle semua menerjah ke blog yang tinggalkan komen pada entri saya ... baru saya akan bw ke blog yang tak tinggalkan komen. See .... mudahkan!! Part nie best sikit ... untuk pengetahuan, saya nie kalau nak bw link yang disenaraikan oleh BA dan MTT ... saya akan mulakan dari yang akhir dan bukannya yang pertama. Sebab saya tahu yang pertama hingga 30 dan ke 50 dah ramai yang pergi. Yang hujung-hujung ni, ramai yang dah penat. Kesian okeh. Apatah lagi yang ranking ratusan ini kebanyakannya adalah blogger baru. So, kasi chance blog dorang naik. Yelah dulu saya budak baru belajar, memang pernah merasa semua nie. Traffic ciput giler babang sangat. Untuk up traffic hingga 100++ nie pun saya dah suke ... Alhamdulillah ...

So, pasnie kalau nak join segmen Ben Ashaari ... joinlah awal2! Untuk kebaikan korang jugak .... apapun tetap bergantung pada usaha sendiri. Apa yang saya tulis adalah pengalaman dan pemerhatian saya. Jangan blogging ikut sesedap rasa ... kadangkala perlu ikut sesedap pembaca. Ye dak??

Have a nice Sunday kawan-kawan ..... nanti kita share lagi tips berguna dari CK!


CK : Banyak kerja rumah nak kena settle hari ini......semalam puas melaram depan lappy! Blogwalking sampai tak sedar diri. heeeeeeeeeeee

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!