Selagi masih terasa bahang PRU13, sana sini bercakap soal politik. Banyak yang menyakitkan hati bila membaca apa yang tersebar di internet. Hinggakan aku ambil keputusan untuk unfriend dan unlike beberapa orang kenalan FB dan page tertentu. Aku sukakan keamanan, kestabilan dan kedamaian. Bila membaca bermacam benda yang aku rasa tak boleh terima, lebih baik aku hindarkan! Banyak dusta dari fakta. Aku pandang, kita ini cepat percaya dan mudah sebarkan! Kalaulah benda yang kita sebar itu tak betul, senang-senang kita dapat dosa. Jadi, jangan cuba aibkan orang lain ....
Dalam Utusan Malaysia melaporkan, "UMNO, PAS perlu bersatu demi Islam!". Itu kata-kata Datuk Dr. Hassan Ali. Betul kata-kata Datuk Dr. Hassan Ali. Kata aku sebagai orang biasa, tidaklah masuk suratkhabarkan. Tapi sejak dari dulu ... masa aku form 5 lagi, sejak aku kenal politik ketika itu ... dari dulu sebelum PAS ambil keputusan bersama DAP dan PKR, aku selalu berdoa PAS dan UMNO bersatu. Bukan kerana bangsa tapi kerana agama Islam.
Ketepikanlah soal dasar dalam parti. Ketepikanlah ego pemimpin-pemimpin parti. In Shaa Allah .... akan terjumpa titik persamaan yg akan menguntungkan semua pihak.
Aku sehingga kini tak pernah lupa cakap ustaz aku masa form 5 dulu, "Politik itu bagus, baik dan akan berjaya .... bila kita meletakkan agama di hadapan. In Shaa Allah kita tidak akan tersasar. Kita akan jadikan Al-Quran sebagai panduan .... hidup kita akan senang dunia dan akhirat!".
Aku pernah bangkitkan soal UMNO dan PAS bersatu dengan kawan-kawan FB, tapi ramai yang fanatik salah satu di antara 2 parti ini mengatakan ia tak mungkin berlaku! Ada yang cakap, tidak mahu pisang berbuah dua kali!
Kat sini aku nak tanya, "Kalau Allah nak balikkan hati semua pemimpin-pemimpin ini untuk mereka menerima antara satu sama lain dan Allah menentukan UMNO dan PAS bersatu .... siapa kita untuk mengatakan ia tidak sama sekali berlaku? Siapa kita ini? Siapa kita untuk mengatakan tidak??"
Ingat! Allah Maha Kuasa .... jika Dia memberikan izin, segalanya mungkin dan akan terjadi .... dan begitulah sebaliknya.
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui ......
CK : Semoga umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Amin! Ya-Allah, sejahterakanlah Malaysia .... jauhkanlah dari segala perbalahan dan persengketaan. Amin.
setuju...ntahlah nak pitam baca komen2 diorang di fb dan blog,siap bergaduh komen lagi aduhai...malunya sbb yg over dan taksub org melayu....umat Islam....dan paling sedih anak2 muda yg baru nk kenal erti khdpn.
ReplyDeletebiar apa pun plhn bendera...kena bersatu,jgn taksub sgt pada politik sbb jrn ngra berdekatan,tgu peluang je di atas kebodohan kita sdri!Yg sedih kaum kita yg over..kaum lain bertepuk tgn :(
yang ni aku sokong sejuta per sejuta peratus
ReplyDelete