Monday, May 13, 2013

HOBI MENYEBARKAN FITNAH

Assalamualaikum ...




Sejak habis PRU13 nie macam-macam fitnah yang keluar kat FB ... blog ... twitter dan macam-macamlah yang boleh shared. Kita nie takdelah baik sangat, buruk sangat pun tak juga ... tapi janganlah suka hati menyebarkan sesuatu yang tak sahih sampai orang lain boleh confuse tentang apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Jangan jadi penyebaran fitnah satu hobi. Pleaseeeeee ....



Baru-baru nie ada sorang kenalan FB shared pasai harga gas setong dah naik dari RM28 ke RM30. Ish betul ke? Sebab aku beli harga masih kekal sama selepas PRU13. Yang bestnya dia menyalahkan Kerajaan sekarang, siap ucap "TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI BN!". Kononnye sapa yang undi BN nielah menyebabkan rege barang sumer naik skang nie. Ermmmmm. Bila aku komen dekat FB dia minta penjelasan mengenai harga gas berkenaan sampai sudah dia tak reply. Aku cuma nak penjelasan, sebab rege gas kat tempat aku sama je. Tak naik pun. Janganlah bagi orang lain keliru.



Lepas tu, kecoh pulak harga roti Gardenia yang kosong tu naik rege ke RM2.40 lepas PRU13. Eh, rege tu bukankah dah lama? Sebelum nie pun memang rege tu kan? Korang nie fitnah suka hati je. Kalau ye pun, kasi sahihlah dulu. Nak salahkan Kerajaan juga ke? Korang kat Malaysia nie makan roti hari2 ke? 


Buktinye .... dah lamakan rege nie? Jangan nak buat fitnah bukan2


Lepas PRU13 nie, aku perasaan macam-macam manusia pelik yang ada. Adakah manusia pelik nie tak suka keamanan? Elok-elok je Malaysia nie aman .... kalau rasa Kerajaan sekarang teruk sangat dan terasa teraniaya dan kita takda daya untuk buat apa2 cubalah kita nie berdoa kepada Allah swt supaya pemimpin2 kita diberikan hidayah. Ditunjukkan jalan yang benar ... bukannya kita hentam dorang. Apapun dorang buat ... sama ada baik dan buruk ada balasan dari Allah swt. Siapa kita nak terus jatuh hukum.



Kita sendiri pun ada baik buruk ... tapi kita lebih nampak buruk orang lain dari buruk sendiri.






CK : Cermin dirilah dulu.

5 comments:

  1. tula pasal.kadang geram je dengan mereka2 yang suka menyebarkan fitnah tu.

    ReplyDelete
  2. ramai orang cakap Malaysia aman...hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kenal & TQ follow makcik.

    mmg tak faham dgn sikap setengah org yg mcm suka sgt 'dengar2'...roti mmg la naik, tapi harga dok cam tu jugak kan. kesian kamoo susah payah kumpul tag tu....boleh claim 2 3 buku roti free ke hapa...cer check :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama .... tp ada pembetulan ye, tag tu bukan CK kumpul, dapat dalam FB kawan. Entah sapalah rajin kumpul utk membuktikan kebenaran tu.

      Delete
  4. Hobi dia suka sebar fitnah, tambahkan kan kerja malaikat belah kiri.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!