Dok saja-saja aku belek semua entri aku yang lama-lama kat blog nie. Cari ilham nak update. Nak tengok apa yang aku dah persembahkan pada korang untuk dibaca selama ini. Setelah dibelek dan ditelek, baru aku perasaan aku jarang-jarang dah update pasal Jalan, Order dan Makan ... dan juga entry pasai resepi. Entry pasai atkins diet lagilah jarang update. Maklumlah diet atkins aku banyak ke laut dalam, baru je timbul untuk serius atkins seminggu nie.
Kadang bila baca balik apa yang ditaip dengan susah payah, nak gelak sorang-sorang pun ada. Betul ke apa yang aku tulis nie? Betul ke aku yang tulis? Kadang aku baca 2-3 kali untuk faham balik apa yang aku taip. Hye ... entah-entah korang pun susah nak faham maksud yang aku cuba sampaikan dalam setiap entry aku. Jangan marahlah kalau susah nak faham atau tak faham langsung. Korang layankan ajelah. Aku kadang memang suka dan terlebih merapu skit.
Bila dah lama belek-belek, kesimpulan yang aku dapat, sebenarnya aku lebih suka buat entry siap dengan gambar. Lagi rasa puas menulis dan edit gambar. Lagi rasa fun nak baca. Itu akulah!! Korang aku tak pasti macam mana pulak... suka teks sahaja atau suka teks dengan gambar??
CK : Aku rasa, aku perlu belajar perbaiki susunan ayat ... lintang pukang!
mai klu baca entry lama2 mmg tergelak..ntah pape je rasa..ayat xpayah ckp la..haru giler!
ReplyDeleteitulah pasal ... citer serius pun jadi kelakar klu dah baca byk kali.
Deleteletak gamabr lagi best gak....syok baca
ReplyDelete