Dah berhari-hari aku meninggalkan blog kedaung nie. Bukan tak ingat, sentiasa ingat nak update. Tapi mood adalah turun naik dengan rutin harian yang berubah seminggu dua nie. So, aku sedang sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan diri, mood dan menyusun semula rutin aku.
Eh, lupa .... sekian lama tak bersua kat sini, aku harap korang semua sihat sentiasa. Sentiasa ceria. Terima kasih sudi lawat blog aku walaupun berhari-hari tak update. Sorry sangat terutama kepada pembaca setia blog aku. Eh, ade ke yang setia? Harap ada ... he he he
Bila dah kembali berblog nie, rasa kekok pun ada. Dalam kepala ... apa nak cerita nie? Apa nak share nie? Kiranya banyak jugalah tanda soal. Nak share pengalaman jadi petugas SPR pun, PRU13 dah berlalu. Semuanya dah tak berbahang sangat, suam-suam kuku je. Untuk pengetahuan, even aku tak update, tapi aku tetap jengah ke blog-blog korang bila ada masa. Nak update blog sendiri memang tak dapatlah.
Mulai sekarang, aku akan hadapi turun naik berblog. Mungkinlah. Tapi, jika aku ada masa ... aku mungkin update hari-hari juga. he he he. Turun naik berblog nie aku rasa semua blogger hadapi kot. Ada masanya terpaksa lupakan blog seketika kerana diri sendiri ataupun kerana orang lain. Macam aku, sebab aku nak settlekan banyak benda soal kerja dan soal rutin hidup aku. Uih, banyak benda yang aku nak fikir lepas nie. Masalah paling kronik aku skang nie, rindu kat kampung! Rindu mak ayahlah tu ... tapi, nak balik kampung belum ada kesempatan. Sedih.
CK : Sejak perubahan tugas awal Mei baru nie, aku dah banyak relaks di pejabat. Adalah masa meregangkan otot pulak. Aku rasa sangat lega sebab aku tak perlu lagi buat kerja-kerja rutin yang sama memanjang. Ulang ulang yang tu jugak, aku tak suke macam tu. Aku suka kerja yang berbeza ... atau kerja sama tapi cara berbeza pun bolehlah juga.
cari balik mood :)
ReplyDeleteHEHEHE TENGAH CARI MOOD BAIK NIE....
Deletehai kak,Assalammualaikum
ReplyDeleteHYE DEAR.... WAALAIKUMUSSALAM ...
Delete