Bila preggy nie, jantina anak menjadi persoalan bagi semua bakal mak ayah! Kadang orang pandang preggy mommy, memasing meneka ... lelaki ke perempuan yang dikandungnye. Dan aku juga tak terlepas dari situasi macam nie. Yang peliknye, masa orang mengandung aku nie takdelah sibuk dok meneka jantina anak orang tuh. Teka-teka tak main ar, aku suka tanya direct je. Dah scan ke? Baby ape yang nampak? Takyahlah ko nak teka sangat .... kang salah teka plak. Scan pun kadang boleh silap. Masa scan gurgirl, bila dah kuar boboy plak. Habis semua baju kasut topi bagai dah color pink kan. Pakailah boboy dengan color pink. Untuk lebih selamat, kalau nak beli baju newborn atau ape aje ... ameklah color yang selamat macam putih ke, hijau ke, orange ke ... tak pun biru. Kalau biru dapat anak gurgirl okeh lagi pakai.
Sedara mara sebelah hasben and kengkawan sibuk dok meneka baby soleh solehah aku nie. Memasing cakap anak soleh solehah aku nie adalah PEREMPUAN! Semua yang jumpa cakap PEREMPUAN. Dorang kata perut aku tak lonjong sangat. Kalau baby boy mesti lonjong. Oh, ye ke? Ntah la kan ... nak komen pun tak pandai sebab belum ada pengalaman lagi. Ini lah 1st time mengandung pun. Hasben aku plak sibuk nak anak lelaki. Of course la nak buat kawan dia tuh, nanti leh lepak kat mamak sama babah tengok bola. Eh, kalau anak perempuan pun boleh lepak ngan babah jugaklah. Actually aku dan hasben pun tak tahu jantina anak soleh solehah nie. Dah scan, tapi masa scan baby sangat cerdik tau main sorok-sorok ... bersujud pula dia. Macam manalah mommy and babah nak nampak awak tu lelaki ke perempuan.
Bagi mommy, tak kisah anak lelaki atau perempuan. Asal kamu lahir dengan sihat tubuh badan serta akal fikiran ... sempurna sifat dan menjadi anak soleh solehah. Mommy dah cukup ALHAMDULILLAH! Kalau kamu lelaki atau perempuan, mommy tetap akan didik kamu masuk dapur. Mommy nak anak lelaki dan perempuan mommy tahu masak macam babah. Tahu kemas rumah macam babah. Pengemas macam babah. Eh, semua macam babah, habis ... mommy sape nak ikut yek? he he he. Kalau macam mommy ... garang babah cakap! ha ha ha.
Setakat ini, jantina anak soleh solehah aku masih menjadi teka teki. Aku dan hasben pun tak tahu. Aku cakap ngan hasben, aku tak kisah lelaki atau perempuan. Asal dia lahir dengan selamat, sihat tubuh badan akal fikiran dan sempurna sifat. Walaupun aku tahu hasben memang berhasrat nak anak lelaki. Kalau yang sulung nie perempuan, nanti kita cuba lagi untuk dapat anak lelaki plak. xoxoxoxoxo. Kenalah cari petua-petua nak dapat anak lelaki macam mana ye tak? Apapun semuanya adalah ketentuan Allah. Lelaki ke .... perempuan ke ... tetap anak!
Adik aku, anak dia 3-3 orang lelaki ... so, bila dia tengok perut aku terus dia cakap anak aku nanti mesti perempuan. Mulalah dia seronok. Dia pun tengah usaha untuk dapat anak perempuan. Lepas tu katanya dah boleh fikir untuk stop dah. Eh, camtu plak. Awak mude lagi, beranak banyak-banyak ... he he he. Akaknye dah tua, nak beranak pun ada limit. Kalau capai target 3 zuriat soleh solehah .... syukur sangat tau!! Korang yang preggy tuh, jangan terlalu mengharap sesuatu tentang jantina anak. Apa yang Allah swt anugerahkan, itulah yang terbaik untuk kita. Beruntunglah kita ada zuriat, berbanding orang lain yang tak ada. Dan beruntunglah kita nie berkahwin, berbanding orang lain yang tidak pernah kahwin. Jadi, marilah kita sama-sama bersyukur dengan apa sahaja Allah swt berikan kepada kita. Ianya rezeki. Alhamdulillah!
Lelaki ke ... eh, cantik sangat mata dia! Geramnye
Perempuan ke ... mommy tak kisah! Dua-dua boleh. Biar nanti keluar baby mommy comel macam nie. Ish geramnye. Tak sabar bau baby.
Kalau yang 2nd nanti dapat baby kembar, mommy lagi suke! In Sha Allah .... moga dapatlah. Ameen.
p/s : Lelaki ke ... perempuan ke ... wajib temankan mommy kat dapur tau!