Saturday, August 6, 2011

Awal Sangatlah Mak ...

Assalamualaikum ...


Puasa orang bujang memang tak sama langsung dengan puasa orang yang dah berkeluarga. Orang bujang nie kadang sahur, selebih banyaknya tidak! Dah tahu sahur tu sunat yang dituntut, tapi mata bagai digam. Tak mau jugak celik. Kalu celik pun setakat teguk air pastu terus selinap cari bantal empuk plak. Haish...buruk perangai!

 [Terpeliuk dah kalau puasa tak bersahur betul-betul!]


Puasa pertama saya berlangsung dengan bersahur air suam sahaja. Pastu booom tidur balik. Baguih sungguh. Bangun pun dah jam 5am. Gosok-gosok mata, gosok gigi ... terus sruuuup air suam. Tidur. Hari kedua adik saya kejut! Dia siap goreng keropok losong. Tak pernah dibuat orang sahur ngan keropok losong. Saya pun layanlah keropok losong. Serius rasa nak sahur tak selera langsung. Kepala asyik teringat kari ikan, sayur keladi dan tomyam mak buat. Makan ramai-ramai ... panas-panas pulak tu. Ermmm sedap. Apapun hari kedua tetap berlangsung dengan baik biarpun bersahur dengan keropok losong. Syukur Alhamdulillah.

Hari ketiga sahur ... paling best! Masa nie dah sampai kampung. Bersahur dengan meriahnya dengan mak, ayah and Tok. Jam 4.00 am mak dah kejut suruh bangun. "Awal sangatlah mak!". Bangun juga sebelum mak jerit lebih-lebih. Kesian tau. Dahlah mak penat-penat bangun awal masak. Pastu nak liat-liat bangun memang nak kena piat. Menu penuh satu meja. Sedangkan nak sahur sahaja nie. Adui mak ... orang lain kuruih time puasa, anak mak makin bam-bam! Sahur ari ketiga makan rendang ayam, sayur, telur asin, ikan cencaru bakar, acar buah ... meletus perut den!


[Ini bukan menu mak hari tu ... tapi penuh meja lebih kurang mcm inilah! Mak kata puasa ... makan banyak nanti esok lagi kuat berpuasa. hu hu]


Memang sejak tahu masak, saya amat jarang masak utk sahur. Mak lebih rela lihat anak dia tidur diulik mimpi yang best. Dia lebih rela susah payah kat dapur bersengkang mata masak kat suami dan anak-anak bila bersahur. Tapi time berbuka puasa ... jangan mimpi nak goyang kaki tak masak. Mahu mak memekik mcm halilintar sabung menyabung. So, tugas memasak saya di bulan puasa bermula jam 1.00pm sampailah time berbuka memang berkabung kat dapur sahajalah.

Hari ke - 4 dan 5 ... mak masih kejut time yang sama! 4.00am. Mata nie berpinar je nak bangun. Terlalu awal. Tapi memang dari kecil mak akan kejut anak-anak dia bangun seawal begitu. Kalau  cakap tak nak sahur ... mak suruh jugak bangun makan sesuap pun jadilah. Buat bekal tenaga esok nak puasa katanya. Menu memang tak agak-agaklah. Tapi saya lebih suka bersahur nasi kosong, telur asin dengan ikan masin. Kuah kari. Cukup! Ini pun dah mengenyangkan. Nasi setengah senduk je ... sebab perut belum serasi nak makan nasi seawal pagi macam tu. 

Ini baru cerita bab sahur! Belum cerita bab berbuka puasa kat kampung. Macam-macam saya ngan mak masak. Sampaikan Tok saya cakap, "tak reti penat ke?". Mak saya memang sangat suka masak-masak nie. Saya masa sikit-sikit je. Dia masak sampai time nak berbuka pun boleh tambah satu menu lagi. Serius kami adik beradik memang respect terlampau dengan kerajinan mak biarpun kerajinan mak tak tumpah sepenuhnya kat anak-anak dia. he he he. Bila saya ckp mak rajin, dia akan kata dulu dia susah sangat, kadang takda duit nak beli makanan sedap-sedap dan dia tak pernah makan kuih muih yang dibeli. Kuih muih semua dia buat sendiri. Sebab tulah susahnya bawa mak makan kat luar ... kat kedai makan or restoren. Dia lebih suka beli lauk and sayur-sayuran pastu balik masak. Dia lagi puashati makan makanan yang dimasak sendiri. 





Erghhh ... bilalah saya nak warisi kerajinan mak dan kepandaian dia memasak?? Bila?? Bila?? he he he he ...



CK : Hari nie masak sendiri kalau tak pergi makan dengan kengkawan. Alahai orang bujang ... he he he

6 comments:

  1. ahahaha :D aku lagi lah, tak reti masak. bangun sahur pun dah pukul 5.20. ish ish ishhh =="

    ReplyDelete
  2. kamu akan mewarisi kerajinan mak kamu bila kamu dah berkeluarga
    insyaallah
    :-)

    ReplyDelete
  3. Hehehe, mak saya pun macam mak awak, tapi tahun ni rasanya takdelah kut berbuka dengan mak saya sebab puasa start and raya dalam bulan yg sama, rasa mcm leceh nak balik kampung banyak2 kali hehe..

    ReplyDelete
  4. kita pun nak rajin masak dan rajin tolong kemas rumah tiap2 hari...kita masak air jerlah passs...

    ReplyDelete
  5. Masak tu pkre plg bes sbb pas masak kte ley mlantak tak igt alam.. Hahaha~

    ReplyDelete
  6. dni sahur makan banyak.. berbuka makan sikit ngehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!