Thursday, May 13, 2010

Cuci Kereta

Hari ini macam bosan je ada kat opis. Telinga sakit dgn cakap2 org di opis. Lepas siapkan keje, saya kemas meja saya yg bersepah.

Abie ajak saya temankan dia cuci kereta. So, saya pun follow. Makan kat gerai di bawah pencawang elektrik. Saya makan kuewteow hailam dan dia makan mee sup. Dia mmg selalu order mee sup. Kegemaran. Kereta Abie kotor sangat. Memang patut pun kena bersihkan.

Di sini asyik hujan. Mungkin sbb tu kereta dibiarkan lelama dalam kekotoran. Sibuk dengan meeting n perjumpaan. Tentu tak punya byk masa utk diri sendiri dan hal2 yg berkaitan dgn peribadi.

Selepas makan dan cuci kereta. Kami bergerak pulang. Dan sepanjang jalan dia menyanyi. Saya tahu hatinya sedih. Saya pernah lalui dan saya memahami rasa hatinya. Tapi saya abaikan semua itu. Biar dia bahagia melayan lagu2 agar hatinya reda walaupun resah dan sugul tetap ada.



p/s : Kadang2 kita tak tahu kenapa org lain tergamak tinggalkan kita begitu sahaja dgn tiba2....saya pernah rasa, lalui dan berdepan dgn keadaan ini. Bersyukur diri saya masih disayangi disaat saya berada dalam kekecewaan. Alhamdulillah.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!