Monday, May 10, 2010

Ibu Saya....


SELAMAT HARI IBU
BUAT SEMUA IBU DI DUNIA INI
ANDA IBU YANG TERBAIK!!


Sempena Hari Ibu. Yg akan saya ceritakan juga tentang Ibu. Ibu saya. Sejak dari sekolah tadika hinggalah usia saya menginjak 30-an. Saya tak pernah sekali menulis ttg Ibu. Tentang siapa Ibu buat saya dan erti Ibu dalam perjalanan kehidupan saya. Beruntung hamba Allah seperti saya yg masih punyai Ibu di dunia ini dan masih diberi perhatian serta kasih sayang yg tiada tepian oleh Ibu. Tak semua orang bertuah seperti saya. Dan saya amat bersyukur dengan anugerah Allah yang tak terhingga ini. Tanpa Ibu, siapalah saya di dunia ini? Bukannya ayahanda tidak bererti buat saya. Tapi sempena Hari Ibu....saya hanya bercakap tentang Ibu. Tentang ayahanda juga punya keistimewaannya yg tersendiri, cuma belum masa utk saya bercerita walaupun hakikatnya saya mengakui saya seakan klon ayah-dr segi sikap & perwatakan kami yg hampir sama!!


Ibu saya bukan sesiapa. Bukan kerja bagus2 atau hebat seperti sesetengah Ibu sekarang yg bila ditanya anak2..."Ibu kamu kerja apa?"...Jawab anak sekarang..."Ibu saya guru/jurutera/pegawai tadbir/pengetua/pramugari/doktor dan bagai2 lagi jawapan yang keluar!". Tapi, Ibu saya cuma seorang surirumah yg bekerja sambilan sebagai pesawah bagi membantu meringan beban ayahanda dan berkebun kecil-kecilan sebagai hobinya. Ibu melahirkan, menyusu, mengasuh, mendidik dan membesarkan seorang putera dan 3 orang puteri termasuk saya dgn dibantu ayahanda.

Dulu saya dgn Ibu mmg tak rapat.Takde peluk2. Takde cium2 pipi. Serius. Memang dia betul2 Ibu. Saya lebih suka berada di dunia saya. Hubungan saya dgn Ibu agak 'jauh'. Mungkin sbb saya anak ke-2 dan perempuan sulung, jadi ada 2 org adik bawah saya yg perlukan lebih perhatian berbanding saya. Sbb itu juga saya rapat dgn ayahanda. Apa sahaja saya inginkan saya lebih selesa meminta-minta dgn ayahanda.

Sekarang...saya sentiasa cium pipi Ibu dan peluk tubuh Ibu. Saya sentiasa cium tangan Ibu. Ibu syurga dunia saya.

Dulu dalam usia yg amat mentah, saya amat bodoh menilai kasih sayang dan pengorbanan. Jujur. Saya selalu anggap Ibu tidak kisah tentang saya. Tapi sebenarnya saya silap. Ibu amat sayangkan saya. Ibu amat sayangkan saya berbanding adik-beradik yg lain. Mungkin. Melihat apa yg saya lalui sekarang ini sendirian, saya dapat rasakan kasih sayang & perhatian ibu pada saya amat menebal.

Ibu mula menjadi kawan, sahabat dan teman saya bila usia saya menginjak 20-an. Bila adik2 semua sudah dewasa. Ibu mula menjadi teman saya. Dan saya mula menjadi teman Ibu. Saya sayang Ibu saya. Sungguh. Teramat sayang. Teramat kasih. Teramat rindukan segala2nya tentang Ibu. Ibu seorang yg amat tegas. Ibu seorang yg tabah. Ibu seorang yg kuat semangat. Susah yg teramat utk saya lihat Ibu menangis!! Ibu mmg seorang yg cekal. Seumur hidup saya cuma sekali saya melihat Ibu menangis di hadapan saya, bila Ibu tak mampu menanggung beban perasaannya. Cuma sekali Ibu menangis pada saya.

Saya kagum dgn Ibu.
Saya cemburu melihat Ibu yg cukup cekal, kuat, tabah dan sabar menghadapi apa sahaja ujian. Ibu sentiasa mengingati Allah dan keluarga dalam hidupnya. Ibu amat sayang kami semua!!

Tapi saya tak mcm Ibu. Cuma satu kerajinan ibu jd milik saya --- saya rajin memasak mcm Ibu. Tapi masih tidak pandai masak mcm Ibu. Saya dan sikap Ibu agak jauh berbeza. Ibu tegas. Susah dan amat susah menangis. Saya mudah menangis. Saya amat sensitif. Hati saya cepat tersentuh. Saya seorang yg manja dan sentiasa perlukan perhatian dr Ibu, ayahanda, keluarga dan Kami. Tapi Ibu lain, apa pun yg jahat/buruk org lain lakukan pada Ibu...Ibu masih mampu sabar. Dan terus berdoa dan memohon pada Allah. Ibu ckp...kita jgn lupa Allah. Jangan tinggal solat 5 waktu (Ada masanya saya lalai tentang pesan Ibu yg satu ini).

Saya tahu, saya tak mampu bahagiakan dan gembirakan hati Ibu. Tapi Ibu masih mampu bersabar. Ibu nk tengok saya bahagia dgn insan yg saya sayang. Tapi masa saya belum sampai. Dan saya redha. Ibu pula tetap sabar. Ibu cakap..."Ini pun satu ujian utk Ibu dan ayahanda". Kesabaran Ibu pernah buat saya menitiskan airmata. Saya pula tidak pernah terlepas dalam menduga hati Ibu dgn sikap saya. Saya Ibu telah memaafkan saya. Tapi saya tetap rasa berdosa. Saya pernah mengocak kesabaran di hati kecil Ibu sehingga dia berkecil hati. Menyedari akan kesilapan itu. Saya memohon maaf pada Ibu. Ibu dengan ikhlas hati memaafkan saya. Tapi saya akan terus memohon maaf dari Ibu selama hidup saya. Saya tak pernah bersikap sebegitu. Naifnya saya. Kekhilafan yg membuat saya sentiasa rindukan Ibu.

Ibu sentiasa berada disaat jatuh saya, gagal saya dan kecewa saya pada cerita kehidupan ini. Dialah yg telah menyandarkan bahu disaat saya terluka. Dialah yg meniupkan semangat dan ketabahan disaat saya tumbang dalam mencari diri. Dialah yg memeluk saya disaat saya terluka. Dialah yang berkata.."Jangan menangis kakak, Ibu sayang kakak!". Dialah yg menasihati saya disaat saya lupa, lalai dan alpa! Saya sentiasa berusaha utk menjadi anak yg baik pada Ibu dan ayahanda. Tapi ada masanya saya kecundang....! Saya kagum dgn kasih sayang Ibu & ayahanda pada saya.

Ibu,
Kalau Ibu nk tahu...saya amat sayangkan Ibu. Saya sentiasa rindukan Ibu. Maafkan saya andai sikap saya ada yg melukakan hati Ibu.

Ibu,
Kalau Ibu tak ada...siapa yg akan bersama saya? Saya kuat sbb Ibu. Sbb Ibu selalu doakan saya. Begitu juga ayahanda.

Ibu,
Terimakasih sentiasa doakan yg terbaik buat saya. Terimakasih atas layanan istimewa Ibu buat saya.

SAYA TAK MAMPU BALAS JASA2 IBU & AYAHANDA. TAPI SAYA AKAN CUBA SEMAMPU MUNGKIN UTK BERI YG TERBAIK BUAT IBU & AYAHANDA.

Ya-Allah---Aku bersyukur dgn anugerah yg tidak terhingga nilainya ini. Alhamdulillah....


p/s : Hargailah ibu & ayah selagi mereka ada di dunia ini, selagi pipi mereka boleh kita cium dan sentuh, selagi tubuh mereka kita boleh peluk. Tanpa mereka siapalah kita.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!