Tuesday, April 30, 2013

JALAN, ORDER & MAKAN : NO. 38, WARUNG GEGAR, BAZAR RAKYAT SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum ....





Minggu sibuk. Tapi lepas kerja semalam suka tak suka kena juga pi beli barang dapur sebelum PRU13 nie. Buat stok kat rumah sikit-sikit kot tak kesempatan nak shopping. Sebelum pergi beli belah barang dapur, makan dulu. Sebab aku tak lunch kat office. Masa ajak si teman pergi meneman beli barang dapur kat Balaji, Pasar Borong Selangor, perut memanglah keroncong sangat. Singgah dulu kat Bazar Rakyat sebelah Giant Seri Kembangan tu. Kita makan dulu!


Lama tak buat entry jalan, order dan makan (JOM) pagi nie kita cerita pasai makan sket yek! Baru seronok nak mulakan pagi anda dengan penuh ceria. Nampak makanan je bersinar mata. echeeeeh .... poyos! Semalam, dalam keadaan hujan lebat .... meredahlah kami ke Bazar Rakyat Seri Kembangan. Nasib baiklah tak teruk sangat kesesakan. Bazirkan duit RM1.60 pergi balik melalui tol Puchong tu semata-mata nak u-turn dan elak kesesakan. Nak cepat, katanya!


Mulanya niat nak makan dekat AZA Tomyam. Tapi disebabkan jauh lagi ke Puchong kang lambat plak nak pi Balaji. Amek jalan senang je, makan dekat area berdekatan Pasar Borong Selangor. Kata nak pekena sup tulang, apa lagi singgah Warung Gegar ler!


Sampai je, order char kuew teow dulu kat Kedai Makan No. 36 nie. Alas perut sebab tengahari tak lunchkan. Nak order makan dekat Warung Gegar nie servis dia lembap sket, tapi menu dia sedap-sedap gak ler. Penyedap hati je ayat aku nie. 


Char Kuew Teow yang diorder. Boleh tahan sedap jugalah. Cuma portion dia ... kecik sangat. Order satu je. Tapi share berdua. Kongsilah, jimat sket. Kang nak order menu lain lagi. Nak alas perut katakan ... he he he. Aku rasa sikit je. Kata dietkan. Padahal 2-3 hari nie diet dah ke Laut China Selatan dah!!

 
Kemudian kirta beralih ke kedai sebelah plak. No. 38 Warung Gegar! Kat sini ada menu special kooo ... cuma servis dia agak lambat. Bertukun jugalah menunggu walaupun time tu cuma ada 3 meja je pelanggan. Maklumlah awal lagi. Kalau ko datang dalam 8 pm lebih lebih .... sure ramai orang aku rasa! Lagi bertukunlah nak menunggu makanan. Nasib baik dah makan char kuew teow sket.


Menu special dia yang boleh tahan harga dan nama!


Semalam aku order bihun gulung gegar. Portion bihun dia sket je. Sesuai untuk aku yang diet. Udang celup tepung dia sangat sedap. Bihun goreng dia kosong je ... takda ayam, cuma digulung dengan telur. Menarik dan sedaplah!


Up dengan sup tulang. Sedap! Cuma kalau letak perahan limau biar masam sket, mesti lagi sedap. Cuma daging agak berlemak ... lepas makan terus rasa pening. Darah tinggi ke tu? Sebab itulah mak aku cakap, kalau nak makan sup daging sebaiknye letak perahan limau. Supaya tak rasa pening-pening lalat!


Bihun gulung gegar RM8.00 menjadi kesukaan aku! 


Si teman yang tak habis-habis dengan nasi goreng USA. Nasi goreng keras ... masak tak cukup air kot. Tercekik. Rasa ok jugalah! Semua yang kami makan nie, campur dengan air halia suam dan nescafe o panas, RM25! Oklah kot rege tu ... sebab menu aku tu mahal sket.


Sorry kualiti gambar camhamhampes sket sebab guna camera handpong je pun.


Okeylah nak siap pi kerja dah! bubye .....





CK : Pagi nie terbangun awal, so bolehlah update. Kat office jangan haraplah!

Sunday, April 28, 2013

MASTERCHEF CELEBRITY MALAYSIA .... KECEWA!

Assalamualaikum ....





Hye u'olls! Dah 4 hari aku tak berblog. Diam menyepi. Sorrylah, aku agak busy dengan peralihan tugas dan juga PRU 13. Banyak kejer nak kena settle, banyak rutin harian sedang dalam perubahan ... Malam nie aku ada kelapangan untuk update!


Aku bukan nak cerita pasal kerja dan rutin harian aku. Tapi aku nak cerita pasal program TV yang aku minat sangat ... Masterchef Malaysia! Malam nie memang mengejutkan bila Si Zain tu keluar ... eh, bukan terkejut dia keluar, aku memang suka dia keluar! Bagus sangat. Yang mengejutkan aku adalah sikap Si Zain nie. Dia dah la muda, tapi cara dia sangat aku tak boleh terima. Cara dia cakap dengan juri .. Papa Joe, Che Adu, Chef Zubir. Perghhhhh la sangat. Kurang peradaban aku rasa.


Ermmm ...  boleh dia cakap juri tak adil! Tak adil pilih Pak Nil sebagai pemenang. What?? Juri tu dah berapa lama pengalaman dia memasak. Dah berapa la jadi juri. Kalau memasing asyik tukar dan pinjam barang, pilih sapa jadi pemenang pun Si Zain akan tetap kata juri tak adil dan dia tak puashati. Sebelum keluar bila Si Zain diberi peluang untuk bercakap, dia seolah 'hentam' juri! Adus, kenapalah dia tak menghormati juri? 1Malaysia dengar dan tengok weh .... Papa Joe pun dah naik angin. Anak muda patutnya menghormati yang lebih tua. Bukan macam tu caranya. 

Masak dengan style baju tidur ...


Sedihnye bila para juri ajar dan tegur dia, dia lebih plak dengar cakap kengkawan. Dah akhirnya menyalahkan juri tak adil. Huh!


Bila aku tengok Masterchef Musim Ke-4 nie, sedikit kecewa ... sebab kebanyakan celebrity tidak seperti musim sebelum ini yang bersungguh-sungguh menunjukkan usaha nak belajar dan maju. Bukannya nak buat drama! Kesian aku dengan Papa Joe, sampai bertekak dan bertegang leher dengan Zain Saidin. Bayangkan, dah musim ke-4 takde pun  tragedi peserta bertekak dengan juri-juri.


Betullah cakap Papa Joe, "bila kita menjadi tetamu, kenalah kita hormati tuan rumah .... macam mana tuan rumah hormati tetamu!". Selebriti sepatutnya menjaga imej baik mereka, sebab mereka ini dipandang, didengar dan diperkatakan oleh masyarakat. So, janganlah buat sesuatu yang memalukan sampai 1Malaysia boleh tahu sikap sebenar kita.


Aku kenal Zain Saidin nie pun sebab dia bercinta dengan Rozita Che Wan ... Sebelum nie aku tak tahu dia siapa? Dan aku juga baru tahu dia adik Shasha Elite. So, Zain Saidin nie sapa sebenarnya? Dia nie penyanyi ke? Pelakon ke? Atau Pelawak? Rozita Che Wan aku kenai la sebab dia pelakon drama ja. Kiah Spy tu.


Bagus juga Zain keluar. Semalam aku tengok masa dia masak dengan Che Ta ... aku dengan adik terperasan dia korek telinga. Depan juri plak tu. Pastu tak tahu la dia basuh tangan ke tak then pegang makanan. Malam nie, sambil dia masak selamba je minum susu dan makan ntah ape ntah. Eh, boleh ke camtu. Selebriti Masterchef musim lepas semuanya disiplin bagus. Takdelah plak selamba je minum camtu. Bila chef tegur pape cepat je dorang buat .... Zain bila kena tegur dengan chef, dia buat derk je!


Punyalah banyak pengalaman camnie ... dikatakan tak adil oleh Zain! Haissshhhh marah aku tahu ko cakap camtu.



Kata-kata Papa Joe, "kalau anak murid degil..anak murid kurang ajar. Takkanlah cikgu nak senyap dan senyum je..."! Kita nie pelajar, janganlah lawan guru, tak berkat ... mak aku cakap! Lainlah guru tu bawa ajaran sesat nak pi lawan okeylah.



Bila buka FB Masterchef Malaysia, ramai plak yang kutuk-kutuk Zain Saidin nie. Ermmmm apa nak buatkan ....  macam sendiri cari pasallah pulak.



Apapun, aku tetap kecewa dengan Masterchef kali nie. Drama? Propa? Ermmmm entahlah!




#entah-entah lepas nie ramai plak boikot Oh! My English ....







CK : Tak nampak selebriti kita professional.   

Wednesday, April 24, 2013

POLITIK YANG TIDAK LAGI SIHAT

Assalamualaikum ....






Hari ini aku memandang bahwa POLITIK bukan lagi sesuatu yang 'sihat' buat rakyat Malaysia. Kita lebih suka mempertahankan politik daripada berusaha untuk mempertahankan Islam itu sendiri. Pendapat akulah. Lebih ramai yang hanya ikut-ikutan, tak tahu apa yang sahih .... tak tahu apa yang betul dan salah, kemudian menyebarkan. Sekarang nie dunia sempadan, dan kerana itu dosa boleh dikaut tanpa persempadanan juga. Pesan aku, hati-hati menyebarkan berita soal politik di facebook, blog, twitter dan sebagainye. Jangan sampai ia jatuh fitnah dan kita berdosa tanpa sedar.


Macam aku selalu baca dalam facebook dan berdepan dengan kawan-kawan aku yang ada sokong Kerajaan sekarang dan yang sokong pembangkang. Ada yang extreme ada yang lebih suka berdiam dan bila hari mengundi dia pangkah mana yang berkenan di hati. Dekat facebook, bagi yang menyokong pembangkang ... sibuk mengatakan, "Ini kalilah ...", "Kerajaan dah kaya, kita rakyat ... miskin!" bla bla bla. Yang tuduh Kerajaan macam-macam terutamanya RASUAH! 


Hellooooooooooooooooo .... miskin sangatkah kita? Tak cukup makan atau sebenarnya kita terlebih makan? Berapa ramai rakyat Malaysia yang tinggal bawah jambatan!! 


Pendapat aku, rasuah ini ada di mana-mana, dari zaman-zaman dulu lagi. Aku tak kata aku suka sikap buruk pengamal rasuah ini. Yang aku tak suka adalah, bila kita menghukum semuanya adalah Kerajaan melakukan rasuah. Eh, aku kerja dengan Kerajaan. Bila orang cakap macam, aku rasa sangatlah tidak adil. Salahlaku dalam organisasi berkaitan dengan wang ini tidak terhad kepada Kerajaan sahaja. Dan please jangan anggap, yang buat rasuah itu semua adalah individu yang menyokong Kerajaan 100%. Dalam Kerajaan Malaysia sekarang ini, ada juga penyokong pembangkang yang berkerja di dalamnya. Siang hari bekerja dengan Kerajaan dan mungkin malam hari berkempen hentam Kerajaan. Mungkin!


Duduk, dan alamilah sendiri dalam situasinya. Dalam Kerajaan, ada juga penyokong pembangkang dan Kerajaan yang sangat bijak dan berhemah. Tiada kutuk mengutuk, tuduh menuduh serta fitnah memfitnah. Dorang datang office jalankan tanggungjawab sebagai kakitangan Kerajaan tanpa membuka mulut, dorang  nie berpihak sebelah mana? Cukup masa dorang balik, lepak bersama family. Dorang tak bercerita soal politik, tapi ... menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberi. Bila ditanya, "mengundi tak?". Jawapanya pasti MENGUNDI, sebab itu adalah tanggungjawab sebagai rakyat. Ada juga jenis macam nie.



Dan ada juga yang jenis, pong pang pong pong .... dok kat kafe berejam-rejam, cukup time tengahari amik anak kat sekolah (sebab aku kerja di Putrajaya, aku melihat situasi ini di Putrajaya), hantar anak ke sekolah petang. Habis waktu rehat jam 2.00pm, tapi dekat 2.30pm baru masuk office. Duduk sekejap 3.30pm pi cafe, minum petang dan sibuk menyalahkan Kerajaan itu ini. Kerajaan salah! Kerajaan tak betul! Kita ubah! Orang macam ini memang tunjuk dia adalah penyokong pembangkang yang bekerja dengan Kerajaan. Yang tak salah bagi dia adalah, macam esok dah gaji bagi kakitangan Kerajaankan ... dia withdraw je duit gaji tu bagi anak bini makan, walhal tanggungjawab dan sikap amanah dia dengan kerja sendiri langsung tak ada. But, ada hati menyalahkan Kerajaan!


Bila gaji tak cukup tengah-tengah bulan, sembang lagi kat kafe ramai-ramai .... kerja tak jalan nie, hentam Kerajaan lagi. Fikir nak ubah Kerajaan! Puiiiiiih lah ... yang duk bising Kerajaan kaya, kroni bagai, apa kau dapat aku nak tanya?? Nak kaya, bukan bergantung kepada Kerajaanlah! Kita nak kaya, nak hidup  mewah ... nak pakai kereta yang menjalar panjang kat jalanraya tu .... usahalah! Kalau duduk sembang hentam Kerajaan sambil minum teh tarik dan rokok berbatang-batang tak pun sebatang je rokok elektronik tu, bila kau nak kaya! Kau ingat Kerajaan tu ke bagi rezeki? Rezeki tu datang dari Allah swt. Allah swt tu Maha Kaya, usahalah! Cari peluang ..... usahakan, kemudian berdoa kepada Allah swt banyak-banyak serta tawakal pada dia. Allah swt pemberi rezeki kepada setiap hambaNya. Kita kerja dengan Kerajaan nie, rezeki datang dari Allah, tapi perantaranya adalah Kerajaan. Bagi yang kerja dengan Kerajaan, so gaji/rezeki  melalui Kerajaan tapi asal sebenar rezeki adalah dari Allah swt. 


Kalau diri sendiri tak berubah, bagi aku Kerajaan bertukar dan berubah sampai 10 jenis pemerintah sekalipun, hidup kita akan takuk tu juga. Politik huru hara, jadi kita yang tak bijak nie pun akan huru hara dengan politik. Baik jadi macam sesetengah kawan aku dekat office, amik tahu pasal politik tapi lebih banyak diam, cukup masa dorang pergi mengundi. Hati tak sakit weh! Dari kau menyebarkan berita tak sahih kat FB ke ape  ke .... pastu orang baca then komen, kalau benda tu tak betul, kau dapat dosa tahu! Dah jatuh fitnah. Sia-sia je!


Yang aku paling pelik, ada yang sokong pembangkang nie .... Kerajaan bagi BR1M, amik! Tak dapat bising. Kerajaan bagi itu bagi ini ... sapu! Tak dapat, hentam Kerajaan. Kadang-kadang dia kaya dah pun, hak orang yang tak berkemampuan pun dia amek. Sebab pernah berlaku depan mata aku ... aku berani nak tulis kat sini. Kadang sibuk kata Kerajaan guna duit rakyat, duit dialah ... walhal, gaji yang dia terima belum melayakkan dia bayar cukai pendapatan!! Macam mana Kerajaan amek duit dia???


Yang kau kerja menipu OT (overtime!) kau sedar tak??? Datang OT tapi tak buat OT, kalau jenis tempat kerja dekat dengan rumah, kau punch card, pastu balik rumah dok ngan bini ... cukup time pi punch out! Jangan ingat orang tak tahu ye! Allah Maha Berkuasa ..... Dia Maha Mengetahui.  Kalau diri sendiri yang bekerja dengan Kerajaan menyalahgunakan apa yang sepatutnya dan tak amanah soal kerja, rasa-rasanya layak ke diri nak menyalahkan orang lain???


Sebab itulah aku cakap, politik Malaysia sekarang dah tak sihat. Kita bergaduh sesama kita, bertelagah ... berparang sebab nak pasang bendera, nampak tak bodoh kat situ! Sedangkan dalam Islam, diajar kita untuk berbaik-baik sesama Islam dan bukan Islam juga (dengan cara yang dianjurkan oleh Islam). Islam tak suruh kita bergaduh pasal politik. Islam tak suruh kita berparang! Islam tak suruh kita buat fitnah dan sebarkan! 


Islam suruh kita membetulkan apa yang tidak betul sekiranya kita merasakan kita di pihak yang betul dan merasakan mereka di pihak yang salah. Bukannya kita terus menghukum dan menghentam. Kemudian kita menyebarkan apa yang mereka buat tidak betul. 


Bagi aku, ada benda yang Kerajaan buat betul dan ada benda yang salah. Begitu juga dengan Pembangkang ... tak semua Pembangkang salah dan tak semua Pembangkang betul. Jadi sepatutnya demi Islam, kita sama-samalah bersatu untuk betulkan mana yang salah. Apa yang penting? Kerjasama!! 


Dalam family aku, ada yang sokong Kerajaan dan ada yang sokong Pembangkang. Walaupun kami berbeza ideologi politik, Alhamdulillah ... bab memberikan pendapat, kami tidak menghentam sesiapa! Sebab niat kita membetulkan yang salah dan meneruskan yang betul. Itu sahaja. Balik rumah, boleh makan semeja layan TV sama-sama, boleh duduk gelak-gelak .... yang penting silatur-rahim sentiasa terjaga. Yang berbeza cuma ideologi politik, tapi sama Islam dan sama Melayu!



Nak kaya raya dan hidup mewah pandailah rebut peluang dan usaha! Kau asyik menyalahkan orang sampai bila kita tak kaya. Sapa yang asyik cakap, "Kerja dengan Kerajaan sampai bila pun tak akan kaya!". Dah  tahu takkan kaya, berhenti kerja. Buat bisnes. 9/10 rezeki daripada perniagaan. Nanti kau tak kaya, tak sudah-sudah menyalahkan orang je. Macam kawan aku, dia tahu gaji dia sedikit ... dia buat bisnes lepas waktu kerja. Sebab dia kata, dia ada tanggungjawab pada keluarga. Nak harap gaji yang sikit kemudian mengomel, hidup dia akan susah sampai bila-bila. Dia cakap lagi, dia bersyukur dah ada kerja tetap dan buat bisnes untuk jadikan hidup dia keluar dari zon selesa. Dia nak bisnes sebab nak bantu orang lain dan diri dia juga. Dia kata lagi, kalau dia asyik mengeluh pasal gaji bulan-bulan, gaji tu tak bertambah selagi dia tak berusaha dan mencari jalan keluar!! Seeeeeeeeeeeee .... hidup jangan terlalu  bergantung dan berharap bantuan orang lain kecuali Allah swt. 



Dr Azizan Osman kata, "Allah swt itu Maha Kaya, kita mintalah apa sahaja lepas dah berusaha. Rugi kita tak minta. Dengan Allah swt yang Maha Kaya kita tak nak pula bersungguh-sungguh minta!".







Pesan aku, jangan antah sama antah bergaduh, yang kenyang ayam atas pokok!!! Berhentilah menyalahkan orang lain,  boleh? Kemudian ubahlah diri sendiri dulu. Boleh?







CK : Jangan jadi bangang sebab politik! Nak hidup senang dengan goyang kaki tapi malas berusaha, rentikanlah! Blogger yang income ribu-ribu tu pun berusaha nak upkan blog sendiri. Dan berusaha belajar mengenai blog! Kau apa ada?? Setakat teh tarik segelas dan rokok sekotak ajelah, sembang sembang sembang. No action, no result bai!!

TAK JADI KE SABAH

Assalamualaikum ....





Hari tu aku sibuk buat persediaan nak ke Sabah. Siap minta no. kereta sewa dekat korang. Terima kasih kepada yang berkongsi tu. Tarikh pergi sepatutnya adalah hari nie hingga hari Sabtu. Memang excitedlah sebab Sabah termasuk dalam wishlist aku bagi tahun 2013. Kalau korang pandang belum satu pun wishlist aku dapat dicapai. Oh, kesiannye! Sedih pun ada .... ko duduk ajelah wishlist kat situ diam-diam.



Kalau ikutkan time aku fly 9.30am nanti. Ermmmm pandang airasia kat awan biru ajelah. Setelah dibincang-bincang dengan kawan-kawan, maka kami bersepakat membatalkan percutian dan jalan-jalan kali nie. Bukan sebab perncerobohan di Lahad Datu, tetapi disebabkan oleh PRU13. Ada yang dah dapat jadual berkempen dan aku pula terlibat dengan SPR. Tak jadilah ke Sabah ;=(



Takpelah,, kalau dah tertulis bukan rezeki, buat macam mana pun tak akan jadi rezeki juga. Nasib baik tiket pergi balik Sabah aku tu RM150! Kalau more than that aku rasa melalak jugalah, kalau nak ikutkan penting diri macam nak pergi je sorang-sorang. ha ha ha .... nasib baik aku nie bukan camtu orangnye. Kalau pergi tempat orang ... lokasi baru, lebih baik ada teman. Apa-apa jadi senang. Kot pengsan ke hape ... adalah yang bantu.


Hari ini aku akan masuk office macam biasa, buat kerja dan pergi meeting! Sabah .... harap ada jodoh kite nanti. 





CK : Duit jalan-jalan ke Sabah tu forwardlah untuk belanja pergi Indon.....hu hu

Tuesday, April 23, 2013

RESEPI : MEE GORENG ALA KAMPUNG

Assalamualaikum ...





Pagi-pagi aku dah up resepi. Teringat zaman-zaman kegemilangan aku dok share resepi dengan korang. Walaupun resepi biasa-biasa dan sebenarnya untuk tatapan dan rujukan aku je, tapi ada juga yang sudi mencuba resepi tak seberapa aku tuh .... Sama-sama belajar, sama-sama mencuba!


Aku kan skang dah jarang masak. Aku dah khabarkan sebelum nie. Jarang sangat dah skang nak kentang kentung kuali dan sudip. Bukan malas, tapi non hado orang nak makan. Semalam, di kalau hujan lebat .... teringin pula nak masak. Menu semalam adalah mee goreng ala kampung. Walhal masa aku buat lawatan tapak, tengahari tu dah makan mee goreng mamak. Balik rumah nak try lagi mee goreng ala kampung. Kira cam Melayu style la. Dulu, aku rajin masa mee goreng nie. Tapi orang kata mee ni angin badan kalau makan, so aku kuranglah masak mee. Kalau teringin je aku buatkan. 


Celoteh panjang pun tak guna. Kang aku merapu je lebih. Niat aku pagi nie nak share resepi mee goreng ala kampung. Resepi campak asal jadi rekaan aku. hu hu plus tunjuk ajar mak dulu-dulu. Aku tahu korang pun dah pandai buat mee goreng. Mesti sedap dari aku punya. Tapi aku just nak share style aku goreng je pun. Bahan mesti lebih kurang juga macam korang pernah buat ....


Mee goreng macam-macam ada


Resepi : Mee Goreng Ala Kampung
Sumber : Bonda Cik Kamoo


Bahan-bahan

  • Sebungkus mee kuning
  • Daun sawi - potong siap 
  • Daun bawang - potong siap
  • 5 ekor sotong saiz sederhana - potong bentuk ring
  • 6 ekor udang saiz sederhana
  • Setengah bungkus fishball
  • 3 sudu besar cili boh - aku guna jenama Puteri
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit belacan - ramas dengan air
  • Perahan limau kasturi - 2 biji
  • 2 ulas bawang merah dan bawang putih - dimayang halus
  • Minyak untuk menumis


Cara memasak ;

  • Tumis bawang merah dan putih. Tunggu sehingga kekuningan.
  • Bancuhkan cili boh, sos tiram, sos ikan, gula, serbuk perasa, perahan limau, gula dan kicap manis. bancuh dengan sedikit air panas dan gaul sebati.
  • Bila bawang dah sedikit kekuningan masukkan campuran pelbagai cili boh dan sos tadi ....
  • Balik-balikkan sehingga cili masak. Nampak dah naik minyak tu, tunggu dalam 5 minit ... kira dah masak lah. Rasa dulu, kalau semua rasa dah okeh ... baru boleh masukkan ....
  • Masukkan sotong, udang dan fishball .... balik-balikkan sehingga ia sederhana masak. Jangan masak sangat nanti tak manis dan tak sedap.
  • Masukkan mee dan goreng-gorengkan sehingga agak-agak garing tapi tak kering
  • Akhir sekali masukkan potongan sawi dan daun bawang. Goreng sebentar. Sayur jangan terlalu layu, nanti rasa dah tak best.
  • Bila dah rasa sebati semua, tutup api dan siap untuk dihidang.



Resepi mudah aku pagi nie. Selamat mencuba!

 

CK : Tak diet lagi ... he he he! Mentang-mentanglah dah sedikit maintain, lupa diri! Walhal perut dah berlipat

Monday, April 22, 2013

CERITA EMAS DAN KEDAI EMAS LAGI!

Assalamualaikum ....



 


Meriah betul melawat kedai emas dari last week sampailah weekend baru nie. Kedai emas sesak dengan kaum hawa. Mak aih, tak pernah-pernah aku lalui situasi berkenaan. Ingat naklah snap gambar 2-3 keping buat tatapan korang … gambar bagaimana kaum hawa yang teruja sangat-sangat dengan emas nie.


Yang encik suami-encik suami sibuk pangku anak, cukup time keluarkan duit bayar jew hasil ‘rampasan’ para isteri. Para suami sila jangan pening kepala, beli emas kepada isteri tercinta. Ia tak merugikan, tapi kalau beli korset ribu riban bagi aku agak rugi sebab korset tu ada susut nilai. He he he …. Lagi satu tak boleh gadai bila sesak. Lagi rugi kalau isteri tak kurus-kurus juga walau pakai korset beribu-riban harganya. Suruh je isteri pi jogging dan diet makan. Jimat duit! Tips jimat.


Sehingga tarikh semalam harga emas di Habib Jewels Alamanda adalah RM155/gram ada diskaun RM8 untuk selected emas 916. Sama juga macam Tomei, promosi kedai berdua nie sama je. Cuma untuk S.Wan Jewels kat Alamanda airtu aku tengok RM147/gram tak salah aku. Tak promotion diskaun.


Dan dekat Kedai Emas Sri Bangi, RM149/gram. Oh, aku tak suke kedai emas nie … selerak sikit dan nampak tak selesa nak beli emas. Barang kemas dia tak tersusun dan design tak menarik. Adik-adik aku masuk sekejap terus ajak keluar.


Daripada beberapa kedai emas yang aku pergi, Tomei Alamanda mempunyai design yang menarik. Kalau korang tak kisah tentang design boleh je beli kat mana-mana. Mungkin korang nak buat pelaburankan? Design kat Tomei Alamanda lebih up to date. Sesuai dengan jiwa muda aku. Hah, perasaan mude ahkak!


Dekat Habib menarik jugalah tapi tidak banyak pilihan. Aku nak menjenguk tengok barang pun susah. Habib Alamandakan kecik, so dapat tengok punggung orang ajelah. Nak celahkan kaki aku sebelah pun tak dapat. Sendiri bayanglah camne padatnye orangkan!


Aku dan adik-adik hanya mampu jenguk dan jeling je … nak duduk dan ditemubual oleh promoter emas memang tak dapat langsung la. Adik aku nak beli gelang, aku plak survey cincin dan rantai tangan. Bukan survey sangatlah, sebenarnya kalau ada rege yang bersesuaian memang nak terus beli je. Tapi memang takde rezeki kami, ramai sangat orang … tak cukup promoter emas tu nak layan kami.


Sudahnya balik dengan tangan kosong tapi poket masih kembung. Chewaaah, kembunglah sangatkan! Ha ha ha ha …. Aku ingat this coming Friday nak ajak chenta hati pi tengok. Pi tengok dan beli sekali … harap-haraplah dapat. Rugi plak rasanya kalau tak beli. Pelaburan masa depan.


Cuma aku nak pesan dekat korang, kadang jangan terpedaya dengan harga emas yang murah ye. Bukan ape, harga emas pasaran semasa setahu aku turun sehingga RM137/gram. Setakat hari ini yang aku tahu hanya Kelantan yang jual emas ikut harga sebenar pasaran emas semasa. Tapi, dekat area selatan kebanyakannya dorang dah ada persatuan emas dorang sendiri yang meletakkan harga emas pada kadar RM155/gram. Katanya lagi, harga tidak boleh lebih dari RM155/gram tapi boleh kurang dari kadar berkenaan. Ini aku dengar sendiri dari staff kedai emas berkenaan. Nama kedai emas dirahsiakan. Hasil temubual seseorang.


Bila nak beli emas walaupun ia murah, tolong hati-hati dengan kos upah. Kadang, kos upah adalah tinggi. Sebaiknya cari kedai emas yang tidak menawarkan kos upah ataupun kos upah yang dikenakan berpatutan. Nak melabur walaupun murah tapi biarlah ia menguntungkan! Setakat ini yang aku tahu Kedai Emas Sri Bangi tidak mengenakan kos upah. Rujuk FB Kedai Emas Sri Bangi ye. Cuma design dia ajelah tak menyenangkan hati aku.


Ini sahaja info aku mengenai harga emas yang menurun ketika ini. Selamat melabur dengan emas. Sekiranya ada lagi berita terkini, akan aku update dari semasa ke semasa. Cheewaaah, dah macam pelabur emas dah aku nie. 






CK : Dah berkenan satu cincin tu ....







Sunday, April 21, 2013

DAH LAMA TAK MASAK, AKHIRNYA DAPAT JUGA MASAK

Assalamualaikum ....



Eh, apa hal tajuk macam panjang kemain .... he he he


Serasa aku, dah lama sangat aku tak masak. Hampir sebulan jugalah. Last aku masak, masa mak ayah datang rumah last month. Haa itu jelah. Lepas tu dah takde, yang selalu masak .... masak air ajelah. Kalau aku masak pun, adik aku kat rumah nie tak makan sangat. Bila aku ajak dia makan, sikit aje pun makan. Katanya nak diet juga macam aku. Tak nak ambil nasi. Dah beranak 3, kena serius jaga badan katanya. Heee okeh, faham-faham ... perempuan kalau dah beranak pinak ada yang memang concern terlampau bab penjagaan badan nie. Aku yang belum ber-anak nie ... banyak tul spare part keliling pinggang. huh!


So, memandangkan semalam adik aku 2-2 ada kat rumah termasuk adik ipar sekali. Aku decidelah untuk masak! Ye, kakak masak! Masa apa yang ada dalam fridge je. Nak suruh aku pergi pasar, memang jangan haraplahkan saat-saat ini. Tambah plak Pasar Awam Presint 8 tu mahal sangat ikan dia, sayur pun mahal gak. Dah la aku serabut tengok pasar tu yang tak berapa nak kemas. Baik pergi Pasar Borong Selangor, murah sket ... beli siap untuk stok seminggu .... memang boleh jimat duit banyak!



Semalam aku masak simple je .... sambal ikan bilis, brocolli masak sos tiram, goreng ikan pekasam dengan ayam. Tu je! Menu penyedapnye adalah sambal ikan bilis. Dah lama kot tak makan nasi. Dan dah lama juga tak masak sambal ikan bilis.




Aku buat sambal ikan bilis kering. Takde kuah-kuahnye. Adik aku  yang preggy tu kalau makan sambal ikan bilis, tak nak ikan dia yang dah lemau sebab banyak kuah. Dia suka ikan bilis yang digoreng rangup. Dia sorang je makan bertambah sampai dua kali. Aku dengan adik yang 1st tu makan sikit aje pun, tak sampai separuh pun nasi ... sebab kami sama-sama diet. Bila ada tetamu jamah gak la. Jaga hati tetamu ... kang dicakap, "gedik ko akak .... dok diet je!". Kang dia kata tak kurus-kurus pun akak aku sorang nie. Tak kurus takpe, janji aku maintain beb ... tak naik balik kepada berat 65kg atau pegang angka 60kg tu aku dah syukur dah. Berat aku skang dok main antara 56kg ke 58kg. Naik turun-naik turun!



Lepas settle makan bagai .... aku sambung plak projek rumpai laut. Sibuk orang dok cakap Pure Marine Collagen. Walhal dalam rumpai laut tu takde collagen tapi ia membantu penghasilan collagen dalam badan manusia. Bagus untuk kesihatan. Aku dah amal makan rumpai laut nie dekat sebulan juga. Sedap ... tapi rasa kosong je pun. Paling best kalau buat masker tempek kat muke. Rasa cun sekejap. Ha ha ha ha




Ini rumpai laut warna krim-kuning kot camtu. Gred AA. Yang kaler nie baik untuk kulit. Sebelum nie aku makan yang warna purple. Yang warna hijau gred AAAA pun ada, tapi belum masak lagi. Tunggu habis stok gred AA nie dulu baru aku masak yang hijau plak. Pasal rumpai laut nie nanti aku buat entry lainlah pulak, nanti takde citer plak nak up kan .... he he he



Okehlah, aku nak pergi rehat jap .... penat sket hari ini. Aku nak layan Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 sambil baring jap. Happy weekend korang :=)






CK : Hari nie memang hari bertuah aku. Alhamdulillah .....

Friday, April 19, 2013

HARGA EMAS MAKIN MERUDUM KE?

Assalamualaikum ...




Harga emas skang makin menurun. Si teman cakap dia dah pergi survey dekat Alamanda Putrajaya ... Habib Jewel, Tomei dan S.Wan Jewel ... emas 916 rege RM155/gram. Hah! Lepas tu aku baca kat FB kawan aku, Habib Jewel bagi lagi diskaun RM8! Itu diskaun semalamlah, hari ini aku tak tahu. Dapatlah dalam RM147/gram. Diam-diam si teman pi survey emas kat Alamanda.


Pastu heboh kata emas 916 dekat Kelantan lagi murah, dalam RM135/gram. Bila aku check FB, sume cakap emas tengah murah kat sana. Eh, kenapa Kelantan je? Kenapa tak dekat KL atau Putrajaya ke? Lepas tu ada sorang nie cakap dekat Kuala Pilah rege emas 916 rege RM137/gram! Hooooi tak keruan hidup aku skang nie. Si teman plak sibuk dengan PRU13, meeting sana sini ... lagilah aku rasa tak keruan sesangat! Bila nak pi shopping emas nie. huh!


Hari-hari aku dok check rege emas dekat FB! Memang tak senang duduk dah nie ... nak juga rantai kaki ke hape ke ... oh, plissssss! cepatlah habis sume meeting tu sebelum rege emas nie naik balik.





CK : Raya tahun nie melaram le .... blink blink blink...


Thursday, April 18, 2013

MOOD DOWN

Assalamualaikum ...




Mood aku 2 hari nie agak down.
Down bukan sebab aku tapi orang lain yang buat aku down.
Sedih. Tapi cuba sabarkan diri.
Tabah.
Aku tak suka orang nak merajuk berhari-hari dengan aku tanpa sebab yang matang.
Kita dah dewasa dan semakin tua.


Pagi-pagi lepas subuh
Aku berdoa.
Berdoa supaya urusan aku dipermudahkan ... tidak dipersulitkan dan diakhirkan dengan kebaikan. Amin.


Aku tahu, hidup tak berpanjangan diselubungi oleh bahagia
Kadangkala ada juga sentap yang menyinggah. Ada suka duka dan ujian yang tersendiri.
Tapi aku sentiasa percaya, derita bukan selamanya.


Aku suka bahagia dan gembira dan jika dilanda duka biarlah dalam konteks aku sendiri.
Aku tak kisah kalau orang nak merajuk or marah aku jika semuanya memang salah silap aku
Aku juga tak kisah orang nak tegur atau betulkan sikap aku dan segala-galanya tentang aku jika mereka tak berkenan.


Tapi, mereka juga harus terima bila aku menegur mereka kembali.
Hidup perlu ada give and take. Baru kita bahagia.
Perlu ada rasa saling memahami, memberikan semangat dan sokongan serta sulami dengan kejujuran serta keikhlasan.



Aku tahu hidup kita sekejap.
Jadi yang sekejap ini aku tidak mahu bergenang airmata seperti dulu lagi.
Akan sia-sia!
Tuhan tempat kita bersandar ... jadi aku serahkan pada Dia!






CK : Senyum pengubat segala duka. Biarlah hati bergolak ... aku nak bunuh biawak besar dalam diri sendiri. Tentang orang lain ... terpulanglah pada mereka!!

Wednesday, April 17, 2013

BERTUKAR KEPADA SAFI RANIA GOLD PULAK DAH!

Assalamualaikum ...




Bila sekian lama umur dah masuk 3 series, sibuklah cari produk perawatan muke yang kononnye besh besh. hiks, takut kedut ke? Okeh, aku faham tua dan kedut tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Bagai aur dengan tebing. Semua orang akan melalui usia tua jika dipanjangkan usia olehNya.


Petang tadi pergi Alamanda kononnye nak survey emas ... tapi si teman tak nak ikut. Geram hati aku. Takpelah, ntah apa yang dirajuk ntah. So, lepas cuci kete ... aku pi Alamanda sorang-sorang membawa hati duka lara sebab nak beli pencuci muke. Terpaksa juga singgah Alamanda sebab pencuci muke dah habis. Padahal time tu kepala nak meletup dah sebab migrain. Kali ini aku pilih Deep Moisturising Facial Cleanser Safi Rania Gold! Pestime beli, tak tahu la best ke idak. Boleh jadi licin mulus ke kulit wajah aku macam Rozita Che Wan? Mestilah takkan ... kulit muke Che Ta memang dah mulus.



Aku beli dekat Guardian. Sebotol 150ml nie harga dia RM17.90. Murah jugalah. Dulu aku guna Hado Labo, rege dia boleh tahan mahal. Mahal pun, hasil dia berbaloi jugalah. Tengok daripada gaya botol macam boleh tahan 2-3 bulan kalau guna dengan jimat cermat. Aku nie jenis tak suka sangat nak shopping setiap bulan benda-benda macam nie. Meleceh! Bila beli botol besar camnie tahan 2-3 bulan aku tak yah pi shopping mall kerap sangat. Kalau pi kerap duit aku banyak yang akan habis. So, better jangan pergi sllu kan?


Deep Moisturising Facial Cleanser Safi Rania Gold nie mempunyai dwiaksi Nano Emas 24K dan Amino Peptida. Citer pasal emas je arini. keh keh keh. Dua benda nie bertindak membersihkan secara mendalam dan juga melembapkan ... muke korang le. Katanya dapat atasi kulit kering dan kurangkan tanda-tanda penuaan. Okeh, I like yang nie. Walaupun tua mengejar kita kan kan kan ... nak elak tak dapat tua nie, dapat kurangkan tanda pun dah okeh. he he he perempuan, camtulah!


Pastu dia kata lagi, Amino Peptida nie juga boleh meningkatkan sintesis kolagen yang mengembalikan keanjalan kulit wajah. Dia katalah. Aku baru je pakai sekali tadi. So, tak tahulah betul ke idak. he he he




See my telapak tangan ... mulus jugaklah. he he he. Mai aku cerita sket cara nak guna. Rasanya same je macam korang guna produk pembersih muke yang lain. Letak kat telapak tangan dalam kuantiti yang sedikit. Gosok dengan air sehingga berbuih ... urut lembut kat muke korang then bilas. Memang lepas tu aku rasa muke cam lembutlah juga.



Aku bukan nak cegah tua ye ... aku nak jadi tua yang jelita cam korang-korang jugak. hiks hiks. Bukan satu kesalahan pun nak jaga muke bagi berseri-seri ... kan kan kan? Bila umur aku dah 3 series, aku rasa sudah sampai masanya aku cari produk yang bersesuaian umur. Yang paling penting ia berkesan. Cuba dulu baru tahu berkesan ke idak. Sapa yang dok baca blog aku dari awal, mesti tahu aku nie pengguna Hado Labo yang agak tegar pada suatu masa. Tak dinafikan produk nie bagus mengurangkan minyak pada muke aku. Boleh dikatakan sangat best.


Aku juga pengguna tegar day cream Olay sampai sekarang. Masih setia! Cuma kesetiaan nie tak tahulah sampai bilakan .... Dulu aku tak suka tukar-tukar produk wajah nie. Risau naik jerawat juga kadang tu. Kalau naik jerawat cuma sebiji dua je. Masalah wajah aku yang paling ketara adalah pori-pori muke yang jelas kelihatan.


Kenapa aku pilih Safi Rania Gold? Satu sebabnye kerana aku dah 3 series. Produk nie cam sesuai je dengan 3 series. Sebab lain aku tengok ada sorang akak kat office aku tu muke dia cam cerah ngan flawless je. Dulu dia pernah tunjuk kat aku hubby dia hadiahkan dia 1 set Safi Rania Gold. Bestnye ada hubby yang suke suke bagi hadiah nie. Tanjat gurgirl tahu ... tapi gurgirl suke. he he he. Sebab yang lain-lain, produk nie agak berpatutan harganya. Mampu milik! Tapi kalau mampu milik pun ia tak berguna kat muke aku, aku buang juga nanti. he he he.



Aku tahu, muke aku susahlah nak jadi flawless sebab aku ada masalah pori-pori yang jelas kelihatan. Cumanya ia tak seteruk dululah. Pori-pori muke aku dah mengecil sebab aku pakai Set Tabita Skincare. Tapi produk nie mahal le sangat-sangat. Buat masa sekarang belum mampu milik. Walaupun ia berkesanlah sangat-sangat kat aku. Cukuplah aku pakai 3 bulan. Sekarang aku cuma pakai toner Tabita Skincare je ... itupun aku beli loose item, sebotol RM100! Satu set je dah dekat RM400! Ko mampu??? 


Tengoklah, kalau safia rania nie tak berkesan kat aku, In Shaa Allah aku akan berbalik kepada Tabita Skincare kot. Mahal pun mahallah ... kenalah kumpul duwet bulan-bulan. 1 set Tabita Skincare boleh tahan 3-4 bulan penggunaan. Tapi nak keluarkan duit sekali pembelian tu, telan air liur dalam-dalam la dulu. he he he. Nasib baik Sis Zura yang jual set Tabita nie sangat baik orangnye. Siap bagi tunjuk ajak. Pastu dia punya baik siap jual trial set lagi tahu. Rajinnye dia repack Tabita tu. Kalau korang tengok muke dia, memang mulus. Suami isteri tahu pakai tabita. Kalau korang rasa nak cuba Tabita nie, aku syorkan Sis Zura dekat korang. Bukan apa, Sis Zura jual original Tabita ... skang nie banyak sangat Tabita yang tipu. So, hati-hati semasa membeli. Kalau korang nak Tabita nie boleh add Sis Zura kat SINI <------ Benda baik seeloknye dikongsi bersama!


Tercerita pasal Tabita Skincarelah pulak ... he he he. Untuk Safi Rania Gold nie kita tunggu hasilnye 3 minggu lagi. Jelita tak aku nanti? ha ha ha. Tak jelita pun takpe janji pori-pori muke aku nie mengecil sekecil kecilnye. 


Aku ada beli satu lagi produk safi tadi .... yang nie kita share di lain hari plak ye. 








CK : Aku migrain ... nak tidur. Buat entry nie pun sebab mata takleh pejam tadi.

HARGA EMAS JATUH MERUDUM

Assalamualaikum ...





Semalam aku balik kerja lambat. Lambat sangat. Sampai rumah dekat 10pm. Hari ini aku datang kerja awal. Awal sangat. 7am dah ada kat messy desk sendiri. Kalau hari-hari aku ulang benda yang sama, aku rasa memang takde lifelah sangat!

Okeh, yang itu abaikan! Dah nama pun kerja, cubalah untuk ikhlas walaupun ada orang buat hati aku terluka bila aku terlebih rajin. Ah, pedulikkan ... aku pun tak pernah sibuk dengan kerja orang malah bagi semangat lagi adalah!


Yang aku nak cerita sebenarnya pagi nie pasal ....



HARGA EMAS JATUH MERUDUM??



Betul ke? Aku check semalam dekat Kedai Emas Sri Bangi RM155/gram untuk emas 916. Semalam juga adik aku sms ada kedai emas yang harga dia RM138/gram bagi emas 916! Oih biaq betul mak jemah!!!! Suami adik aku awal-awal sms suruh pi check dekat kedai emas ..... nak buat hadiah le tue. Baiknye suami!!


Aku skang sibuk nak jadi pengumpul emas. Hampir setiap bulan aku dok check harga emas. Pengumpul emaslah sangatkan! Tak sedar umur dah tua....orang tua je yang suke giler ngan emas nie, macam mak aku. Aku dulu masa muda mudi tak pandang emas nie. Tak minat hoih masa tu. Skang nie mensuka plak!


Last aku beli emas, eh ... bukan aku beli .... si teman belikan hadiah birthday, cincin emas kat aku masa tu RM190/gram. Sebentuk cincin berat lebih kurang 2.5gram campur upah bagai dekat RM500! Giler mahal. Mahal sangatlah!


Bile dengar je emas dah jatuh, aku rasa pas lunch nanti nak pi cari emas dekat kedai emas bukan dekat lombong emas ye. he he he! Mesti ramai wanita-wanita kat luar sana lebih awal serbu kedai emas. Aku rasalah! Heboh juga pasal harga emas dah jatuh nie. Wajib gi check kedai emas berdekatan dengan kadar segera. Kat Alamanda ... ada Tomei, Habib Jewels dengan apa ntah satu lagi tu ... aku dah lupe. 


Aku ingat nak pi cari kat Poh Kong Kajang je karang tak pun dekat Kedai Emas Sri Pinang atau Sri Bangi ... he he he kalau sempatlah! Pelaburan paling baik nie, memandangkan harga tengah murah!


Eh, korang off pc dan lebih baik pergi serbu kedai emas skang ... he he he .... kalau RM155/gram pun bagi aku dah murah sangat dah.



Esok datang kerja blink blink la...kalau jadi beli. ohooooiiiiii





CK : Emas turun naik rege, nilai dia boleh naik berkali ganda ... aku rasa melabur dengan emas lagi baik kot. Korang rasa???

Tuesday, April 16, 2013

SEDIH

Assalamualaikum ...




Kadang aku tak faham kenapa orang sampai hati ... lukakan hati kita?
Kenapa?



Kita hargai sapa-sapa yang kita sayang dan baik dengan kita sebaik mungkin
Tapi ... kadang-kadang sikap mereka buat hati kita rasa amat tertekan!


Kadang dorang macam tak faham ...
Bahawa kita punya hati dan perasaan untuk dihormati dan dijaga!!




Sedih aku dengan perilaku macam nie!
Berubahlah demi kebaikan .... kalau orang dah jaga hati kita, hormat diri kita dan apa yang kita buat, belajarlah berusaha untuk jaga dan hormat hati orang lain. Balasannya cukup baik dan indah, tak pernah terfikir ke semua tu??




CK : Sekian lama aku sabar .... selagi boleh sabar! Aku tahu Tuhan sentiasa dengan aku.

MEETING

Assalamualaikum ....



Dulu, sebelum aku dapat kerja tetap ... dengar boss-boss masuk meeting. Uih, macam best je! Seronok je bunyi. Macam terasa pentingnye diri seseorang manusia tu bila dapat masuk meeting. Terasa macam best giler dapat jadi boss yang hari-hari kerja dia meeting ... meeting ... meeting tapi kerja lain tak siap. ha ha ha ha


Now, bila aku lalui keadaan yang sama ... " mai aih, boringnyelah hai meeting nie ... bila nak habis!". Mata asyik tengok jam. Setiap 15minit tengok jam. Betullah orang cakap, setiap cakap itu adalah doa. Nak sangat dulu meeting cam boss-bosskan? Sekali bila asyik keluar masuk meeting, aku terasa takde  nikmatnye kerja!


Aku rasa kebanyakan meeting tu buang masa! Serius ... nak bincang benda yang nak dimeetingkan tu kalau nak diikut sekejap je pun. Sejam pun dah cukup. Eh, 30-45 minit dah cukuplah. Cakap benda penting je, cari jalan penyelesaian dan buat keputusan. Tapi kebanyakan meeting adalah melalut. Merapu. Meraban. Buang masa! Dengar boss-boss gelak. Citer bangang dalam office. Gossip! Mengumpat WT*!!! Itu antara hiburan yang lagha dalam meeting! Aku tak suke ... tak suke ... tak suke!!



Kalau saat ini, selagi aku boleh elak dari masuk meeting ... aku akan elak! Pelbagai alasan akan terpacul kat mulut aku kecuali meeting tu sangat penting atau aku terpaksa juga masuk sebab kena ganti boss. Itu memang takde pilihanlah!



Tak boleh ke kita expresskan meeting tu? Bincang apa yang patut je? Atau boss besar aku tak berapa pro? Dia kena bergossip dulu baru start meeting ... atau memang dia kena maki hamun orang dan luahkan perasaan dia dulu baru start meeting?? Aaaahhhhhhhhhhhhh giler bosan! Orang lain pun ada masalah hidup la!!




Selamat bermeeting, tapi jangan jadikan meeting satu tempat mencedok dosa dengan mengumpat staff lain! Plissssssss






CK : Belajar bersihkan hati la weh!

Monday, April 15, 2013

MONDAY?

Assalamualaikum ....





Dalam hidup aku jarang ada istilah Monday Blues!
Sama je hari-hari bekerja nie.
Bangun 6.30am ... buat apa yang patut! Ulang Isnin sampai Jumaat.
Yang tak sama cuma weekend ... boleh bangun lambat kalau tak masuk office. heeee



Tak payah nak Monday Blues sangatlah!
Ikhlaskan hati dalam pekerjaan
Rezeki datang dari Allah melalui pekerjaan yang kita lakukan.




So, wajar ke nak heboh sangat korang Monday Blues .... setiap Monday???







CK : Senyum sokmo der!!

Sunday, April 14, 2013

SAYU HATI AKU

Assalamualaikum ....




Happy Sunday! Hari nie suka ke tidak, aku kena juga masuk office. Minggu nie aku ada meeting ... In Shaa Allah akan ada meeting hampir hari-hari. So, suke ke tidak aku kena juga siapkan report.


Pagi yang dingin, sejuk dan nyaman ... orang lain semua bersuka ria dok kat rumah. Ada yang masih berselubung. Aku pulak sedang berada di office. Ermmm sungguh tak best tapi aku cuba bestkan juga! Rezeki aku datang dari Allah dan melalui kerja-kerja yang aku buat ini. Cuba untuk ikhlas. In Shaa Allah.


Disebabkan office punya hal. Aku bangun awal. Kalau bukan kerana office pun aku bangun awal juga cuma boleh berlengah dengan masa ajelah. Bangun buat apa yang patut segala ... siapkan bekal untuk breakfast. Tup tup anak buah aku bangun. Dah tengok aku bersiap shantek shantek ... dia pun merengek nak suruh dukung. Alahai .... dari nak pergi kerja kul 9.00am...terus kul 10.00am baru sampai office. Datang je terus update blog. ha ha ha sambil menyelam minum air!!


Nak datang tadi, anak buah aku dah suruh dukung dia. Ke hulu ke hilir dia mengekor. Pegang kaki aku. Alahai, ini yang buat hati aku sayu sangat. Rasa nak bawa je datang office. Tapi kalau aku bawa sah-sah aku tak jadi buat kerja kena jaga dia. Kalau bukan sebab meeting, memang aku tak datang buat report ni. Baik aku bermesra dengan family, bawa anak buah pi playground ke. 


Anak buah aku merengek takdelah seteruk nie. Dan aku takdelah pakai seket...hehhehe

Tadi mummy dia buatkan susu bagi sebotol pun dia tak nak ... mula-mula menolak. Mummy dia nak ambil dari dukungan aku pun dia dah pandai tepis tangan. Lagilah aku rasa sayu yang amat. Dia lentuk kepala dia kat bahu aku ... huwwaaaa lagi sayu hati nie nak tinggalkan dia. Sorrylah ye Darwisy! Memang tak boleh bawa jalan-jalan. Sejak dia stay dengan aku, cuma sekali dua je aku bawa dia jenjalan. Lain-lain masa memang tak menyempatlah. Aku sibuk ngan kerja, kursus ... personal. Aku cuma spent time dengan dia ... malam ajelah. Start dari 7.00pm sampai kul 10.00pm. Itupun kalau hari aku balik kerja awal. Kalau aku balik lambat, dorang semua dah tidur!



Bila aku melalui keadaan tadi, baru aku faham kenapa ibu-ibu tak sampai hati tinggalkan anak-anak terutama anak kecil lelama. Pandangan mata anak-anak kecil nie buat hati seorang ibu menjadi sayu dan luntur. Itu kalau ibu sejatilah! Sekarang nie kadang aku tengok dengan selamba je ibu-ibu tinggal anak kat maid. Cam tak rasa pape plak! Kalau aku memang idaklah! Aku jaga anak-anak abang aku dan adik-adik dah sekian lama. Kadang kalau aku ada masa free aku rela jaga dorang dari dorang dihantar ke nursery. 


Masa ini ajelah aku nak spent time ngan dorang pun, esok-esok aku dah kahwin .... susahlah sket nak melayan dorang. Dah ada encik suami sendiri, so layanlah si suami dulu. ngeh ngeh ngeh ...




CK : Warm up .... baru nak start buat report.

NAFSU DI TENGAH MALAM BUTA

Assalamualaikum ...




Sorry ye gangs....ini bukan entry 18sx di tengah malam Jumaat. Ini malam Ahad.
Sila betulkan minda memasing. Aku kecepuk kang.
Hah! Asal sebut nafsu, memasing menghala pada nafsu yang satu. Eh, banyak tahu tahu nafsu serakah manusia nie.
Kadang tak terbilang.




Nafsu aku malam ini ... ha ha ha ha ha gelak syaitoooon sket!




Malam-malam boleh teringat benda kat bawah nie ... 
Boleh pulak rasa nak makan sangat-sangat!
Kau mampu nak layan nafsu macam nie malam-malam???


Bukan nak cakaplah, ini memang nafsu bukan-bukan aku di tengah malam
Sedap! Enak! Menjilat-jilat slurrrrrpppppppppp

Aiskrim Magnum Chocolate Brownie. Sedap habaq hang!
Aiskrim yang lapisi coklat dan kacang mede. Kacang mede?
Kacang mede nie kalau tak salah aku adalah biji gajus yg dah siap dipanggang.
Mede tu orang Indonesia kot panggil. Rasanyalah. Kalau aku salah sila perbetulkan ye.
Minta mahap awal-awal hokeh.




Coklat dan kacang mede nie terasa akan kerangupannye. 
Coklat pun rangup? Yes, coklat kat luar tu yang nampak rangup. Pejal. Sedap. Mengiurkan juga!
Terasa akan coklatnye yang pekat. 

Serius sedap! Harga cuma RM3.90. Sekali makan, teringat kesedapan!
Sebatang aiskrim nie sebenarnya tak cukup buat aku kenyang ...


Tapi cukup untuk aku hilangkan stress!


Sapa yang tengok aku makan aiskrim tetiba, memang tahu that time aku tengah stress! 
Aku hanya akan makan aiskrim bila stress sahaja atau bila ada orang bagi. 
Kalau aku saja suke-suke nak beli aiskrim tanpa sebab, memang susahlah.



Kalau orang bagi, stress ke idak ... aku makan je! ha ha ha ha





CK : Nak tidur dah ... nanti aku keje di hari Ahad!