Wednesday, April 3, 2013

CARA AKU MEMBUAT PEMBELIAN KEPERLUAN RUMAHTANGGA SENDIRI

Asaalamualaikum ...




Echeh, tajuk tak boleh blah kot aku rasa. Keperluan rumahtangga. Eh, macam main kahwin-kahwin kan ko nie. Ahaks! Berikut aku nak share dekat korang macam mana aku buat perbelanjaan dan pembelian barangan untuk keperluan diri dan juga rumahtangga. Rumah je dulu, belum ada tangga lagi. Soon ... In Shaa Allah!


Now, berbalik kepada perkongsian aku. Every month aku dah buat perkiraan pendapatan dan perbelanjaan. Boleh jenguk sini <---- Berapa banyak gaji yg aku dapat, berapa banyak yang perlu disimpan dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan termasuk horra horray!



Baki gaji selepas ditolak perbelanjaan wajib dan saving baru aku akan gunakan untuk belanja diri dan rumah. Kalau negetif bakinya, puasalah bulan tu! ha ha ha



Bagi memudahkan diri sendiri membuat penyemakan keperluan diri dan rumah, aku buat senarai macam dekat bawah nie. Aku senarai semua barang-barang yang aku guna.



See, panjang berjelakan keperluan aku. Baru sorang. Belum berdua. Bertiga dan berempat. Bagi memudahkan aku juga, aku membahagikan keperluan ini kepada 4 perkara ;

  1. Keperluan diri
  2. Keperluan memasak
  3. Keperluan dapur
  4. Keperluan mencuci

Jangan confuse bila keperluan dapur tu ada juga benda pencuci. Ini aku buat untuk faham sendirik sendirik sahaja. Kalau korang nak copy, buatlah cara yang korang faham. Bukan nak tunjuk jiran selang 3 buah rumah pun.


Aku print senarai ini sebanyak 12 salinan. Bermaksud untuk 12 bulan. Tapi, aku bukan beli semua barang-barang ye. Just beli mana yang diperlukan bagi bulan berkenaan sahaja. Yang kita tak beli tu, kosongkan ajelah. Mana ada tambahan baru, aku akan masukkan pada pembahagian yang telah dibuat.


Kenapa aku buat senarai berjela ini?


  1. Memudahkan aku check barang kat dapur apa yang dah habis dan perlu dibeli;
  2. Memudahkan aku mencari barangan berkenaan di pasaraya tanpa tertinggal satu pun. Kalau tak, sampai aje rumah, "alamak lupalah nak beli kicap kipas angin!" ...... "alamak, ingatkan minyak masak cap roda ada lagi, rupernya dah habis ... tak ambil pun kat rak pasaraya tadi!!". Senang cakap tujuan besarnya adalah memudahkan kita ingat. Lagi senang cakap elak LUPA! Melayu mudah lupa;
  3. Membolehkan aku membuat perbandingan harga barangan. Mana yang murah dan mana yang mahal. Aku tak pergi pasaraya yang sama setiap bulan. Kadang pergi Mydin Subang (jauhnye dok Putrajaya pi Mydin Subang), bulan depan pi Giant, A-Eon Big (Dulunya Carrefour) ... kalau nak jimat lagi aku pi kat Balaji, Pasar Borong Selangor je. Kat Balaji nie khas membeli barangan memasak sahaja; 
  4. Sebagai cara untuk mengawal perbelanjaan bulan dan dapat elakkan pembaziran. Kadang benda tu tak wajar pun dibeli, tapi sebab takde list ... korang saja beli sebab rambang mata. Balik rumah tak guna pun, last-last expired ... terutama bahan masakan.
  5. Memudahkan aku merekod perbelanjaan pada bulan berkenaan. Berapa byk belanja kena rekod, nanti senang tengok mana yang nak kena reduce atau potong terus atau tukar brand yang menawarkan harga lebih berbaloi. Ini semua dalam proses berbelanja dengan berhemah! ngeh ngeh ngeh; 
  6. Menjimat masa korang di pasaraya. Takdelah masuk pasaraya kul 8pm dekat kul 11pm baru nak keluar. Tak pun sampai ada announcement pasaraya nak tutup pun korang tak habis lagi shopping barang. Dah tahu dah ..... harap hard disk kat kepala je nak ingat, walhal bapak pelupa!! Dah tahu pelupa, buat list la weh!!!; dan
  7. Sebagai bahan bacaan gantian selain daripada baca pamplet promosi dalam pasaraya. Bahan bacaan tika mood masam muka kepada si teman. Time tu pula bermasam muke dengan si teman sebab tak sekepala bab pilih jenama kicap, boleh la aku baca list nie berulang kali sampai lebam!! Contoh .... hehehehehe

Itu sahaja aku nak share. Kira macam tips jugalah nie. Aku dah guna style nie setahun jugalah. Cuma tahun nie je belum sempat nak print lagi. 


Sila print dan simpan dalam kereta. Senang .... on da way tu boleh tick apa nak beli! Mudahkan??



Boleh je nak tiru style aku kalau korang rasa ia amat berguna. he he he he .... bubye!!





CK : Semua benda nak kena list, bapak pelupa nie .... tertelan banyak semut. ha ha ha

10 comments:

  1. kita pon sama cpt lupa setiap kali p pasaraya beli brg mesti list kalau tak mmg ada yg tertinggal
    *tips yg berguna kak..tq for share *

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk x mampu ingat semua...itu yg wat list berjela

      Delete
  2. kalau sy lak biasa tulis kat kertas je benda yg dah habis/nak habis....nanti keluar shopping, bwk je kertas tu...

    tp ok gak guna cara ni....sy mintak print ye...

    ReplyDelete
  3. Adoyaiii....... rajinnya awak buat senarai panjang lebar kan... bagus untuk kawal perbelanjaan sebenarnya

    ReplyDelete
  4. idea & tip y mnarik utk kawal kewangan ni...
    lya punya cara pon ala2 camni, cuma lya listkan dlm buku note keperluan utk bln tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna buku lagi senang....boleh belek2 dr awal. ketes print nie kadang ilang gak kalau x simpan leklok

      Delete
  5. salam sis
    Share soft copy boleh...senang nak tambah2 item

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tuk senarai nie...saya baru pindah rumah dan tak tau apa yg perlu beli.senarai nie betul membantu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!