Saturday, April 13, 2013

AKU ANAK MALAYSIA

Assalamualaikum ....



Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia. Malaysia masih dalam kategori aman walaupun ada puak yang cuba buat demo jalanan yang aku rasa macam bangang. Huru hara sikit sana sini sampai orang nak menjalani kehidupan harian pun rasa sesak. Tapi, aku masih lagi rasa bersyukur jadi anak Malaysia, kurang-kurangnya aku dan keluarga serta kawan-kawan masih cukup makan dan kadang melampau makan. Masih cukup pakai dan kadang terlebih pakai. Masih mampu travel sana sini walau kadang sedikit tertekan dengan tol. Tapi aku tetap bersyukur, aku masih mampu bayar tol. 


 
Aku rasa selesa tinggal di Malaysia mungkin sebab aku tak pernah tinggal di negara luar. Bagi aku cukuplah melihat negara luar melalui TV dan internet dan aku buat kesimpulan Malaysia tetap yang terbaik. Sapa kata Malaysia tiada pendidikan percuma, ada ... cuma student taknak rajinkan diri belajar sampai dapat CGPA yang terbaik. Study setakat melepaskan batuk kat tangga pastu heboh nak pendidikan percuma. Aku bersyukur sebab aku study dapat pinjaman JPA ... bukan biasiswa, tapi aku tak mengeluh pun kena bayar balik walau aku habis study dapat kerja gaji ciput! Aku bayar sampai sekarang walau belum habis. Aku tahu, kalau mengeluh pun bukan loan tu akan hilang sekelip mata. Dah nama hutang, memang bawa sampai ke mati. Jadi, pandai hutang pandai bayar. Itu tanggungjawab.

 
Benda percuma nie jarang orang hargai dan bersyukur! Benda percuma lain dari start hidup sampai dah nak mati pun kadang orang jarang-jarang buat. Solat khusyuk....solat berjemaah ... pahala percuma berganda-ganda pun kita jarang-jarang buat. Nak heboh dapat pendidikan percuma! Eh, sudahlah ...

 
Dekat Malaysia nie senang dapat kerja dan gaji besar, asal kau rajin dan ada ilmu. Kalau semua benda nak subsidi, banyak bendalah kau akan salahkan Kerajaan. Kalau hidup asyik nak bergantung dengan subsidi, sampai ke tahap itu ajelah hidup kau. Sebab itulah sesetengah orang sibuk nak tukar Kerajaan. Nak berjaya dalam hidup bukan dengan tukar Kerajaan, tapi tukarlah diri kita dari buruk kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari lebih baik kepada cemerlang! Itu sahaja jawapannya.

 
Kalau kita malas, 10 kali Kerajaan bertukar sekalipun .... hidup kita tak ke mana! Sama sahaja. Kalau nak keluar dari zon selesa kehidupan bagi aku bukan dengan tukar Kerajaan, pendapat aku Kerajaan sekarang dah cukup baik. Semua benda yang ada kat Malaysia nie bagi aku dah cukup lengkap, malah jauh lebih baik dari sesetengah negara lain.

 
Aku perasaan, sesetengah orang kalau gagal satu satu benda tu, mesti nak salahkan Kerajaan! Tak pernah nak salah diri sendiri. Tak pernah nak selidiki diri sendiri. Kita nie cepat sangat ..... telunjuk lurus kelingking berkait (peringatan kepada diri aku!)

 
Kalau nak berada dalam zon kehidupan yang luarbiasa hebat ... ubahlah diri sendiri bukan ubah Kerajaan. Kalau ubah Kerajaan tapi diri sendiri tetap sama, macamtulah juga hidup kau 50 tahun akan datang pun!

 
Itu sahaja aku nak post malam nie.






CK : Post kat FB  then copy balik buat entry malam nie. Banyak perkara yang buat aku bersyukur jadi anak Malaysia. Tapi cukuplah ini yang aku luahkan!

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!