Friday, April 12, 2013

SABAH! 50-50

Assalamualaikum ...






Hari tu aku sibuk-sibuk minta no. phone kereta sewa untuk ke Kota Kinabalu Sabah. Terima kasih kepada korang yang sudi membantu. No phone tu semua aku dah siap save dalam hp dah. Jasa korang sangat-sangat aku hargai ;=)


Tapi, aku sekarang nie dalam dilemma ... jadi ke pergi Sabah nie? Jadi ke tidak? Jadi ke tidak? Aku terlibat dengan PRU, flight aku ke Sabah hujung April nie selepas penamaan calon. Penamaan calon 20 April ... bila dah start penamaan calon, sah-sah nanti busy. Kalau aku tak busy pun, kawan-kawan aku yang pergi sama pun terlibat dengan PRU juga. Huh! 


Bila keadaan macam nie, aku jadi serba salah. Hati nak pergi. Yelah, tiket flight dah beli dari last year lagi. Walaupun rege tiket masa aku beli tu murah, tapi nak sampai ke Sabah  tu akan jadi pengalaman yang mahal dalam hidup aku. Dah la, percutian ke Sabah termasuk dalam wishlist 2013. Huk huk huk. Tengok pada keadaan sekarang, lebih kepada akan cancel trip nie! huwaaaaaaaaaaaa


Masa diumumkan mengundi 5 Mei, aku dah melonjak happy. Tapi bila semalam aku dapat email berkaitan pegawai petugas semasa PRU terus hati rasa ... ermmmmmm!! Hilang mood aku masa tu. Dah la tengah dok tengok hotel kat Agoda. Harga plak berbaloi-baloi. Kalau tahun nie tak dapat pergi Sabah, aku harap tahun dapatlah pergi Sabah ... Medan (ticket dah beli) ... Miri pastu Brunei! ha ha ha giler tamak nak jalan-jalan!



Apa-apapun Sabah, sila tunggu aku datang ... aku senantiasa mendoakan kesejahteraan Sabah dan Malaysia dari pencerobohan manusia durjana!





CK : Kalau dah memang 'kaki berjalan' ko ikat pun terasa nak jalan juga ... ha ha ha

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!