Meriah betul melawat kedai emas dari last week sampailah weekend
baru nie. Kedai emas sesak dengan kaum hawa. Mak aih, tak pernah-pernah aku
lalui situasi berkenaan. Ingat naklah snap gambar 2-3 keping buat tatapan
korang … gambar bagaimana kaum hawa yang teruja sangat-sangat dengan emas nie.
Yang encik suami-encik suami sibuk pangku anak, cukup time
keluarkan duit bayar jew hasil ‘rampasan’ para isteri. Para suami sila jangan
pening kepala, beli emas kepada isteri tercinta. Ia tak merugikan, tapi kalau
beli korset ribu riban bagi aku agak rugi sebab korset tu ada susut nilai. He he
he …. Lagi satu tak boleh gadai bila sesak. Lagi rugi kalau isteri tak
kurus-kurus juga walau pakai korset beribu-riban harganya. Suruh je isteri pi
jogging dan diet makan. Jimat duit! Tips jimat.
Sehingga tarikh semalam harga emas di Habib Jewels Alamanda adalah
RM155/gram ada diskaun RM8 untuk selected emas 916. Sama juga macam Tomei,
promosi kedai berdua nie sama je. Cuma untuk S.Wan Jewels kat Alamanda airtu
aku tengok RM147/gram tak salah aku. Tak promotion diskaun.
Dan dekat Kedai Emas Sri Bangi, RM149/gram. Oh, aku tak suke kedai
emas nie … selerak sikit dan nampak tak selesa nak beli emas. Barang kemas dia
tak tersusun dan design tak menarik. Adik-adik aku masuk sekejap terus ajak
keluar.
Daripada beberapa kedai emas yang aku pergi, Tomei Alamanda
mempunyai design yang menarik. Kalau korang tak kisah tentang design boleh je
beli kat mana-mana. Mungkin korang nak buat pelaburankan? Design kat Tomei
Alamanda lebih up to date. Sesuai dengan jiwa muda aku. Hah, perasaan mude
ahkak!
Dekat Habib menarik jugalah tapi tidak banyak pilihan. Aku nak
menjenguk tengok barang pun susah. Habib Alamandakan kecik, so dapat tengok
punggung orang ajelah. Nak celahkan kaki aku sebelah pun tak dapat. Sendiri
bayanglah camne padatnye orangkan!
Aku dan adik-adik hanya mampu jenguk dan jeling je … nak duduk dan
ditemubual oleh promoter emas memang tak dapat langsung la. Adik aku nak beli
gelang, aku plak survey cincin dan rantai tangan. Bukan survey sangatlah,
sebenarnya kalau ada rege yang bersesuaian memang nak terus beli je. Tapi
memang takde rezeki kami, ramai sangat orang … tak cukup promoter emas tu nak
layan kami.
Sudahnya balik dengan tangan kosong tapi poket masih kembung.
Chewaaah, kembunglah sangatkan! Ha ha ha ha …. Aku ingat this coming Friday nak
ajak chenta hati pi tengok. Pi tengok dan beli sekali … harap-haraplah dapat.
Rugi plak rasanya kalau tak beli. Pelaburan masa depan.
Cuma aku nak pesan dekat korang, kadang jangan terpedaya dengan harga
emas yang murah ye. Bukan ape, harga emas pasaran semasa setahu aku turun
sehingga RM137/gram. Setakat hari ini yang aku tahu hanya Kelantan yang jual
emas ikut harga sebenar pasaran emas semasa. Tapi, dekat area selatan kebanyakannya
dorang dah ada persatuan emas dorang sendiri yang meletakkan harga emas pada
kadar RM155/gram. Katanya lagi, harga tidak boleh lebih dari RM155/gram tapi boleh
kurang dari kadar berkenaan. Ini aku dengar sendiri dari staff kedai emas
berkenaan. Nama kedai emas dirahsiakan. Hasil temubual seseorang.
Bila nak beli emas walaupun ia murah, tolong hati-hati dengan kos
upah. Kadang, kos upah adalah tinggi. Sebaiknya cari kedai emas yang tidak
menawarkan kos upah ataupun kos upah yang dikenakan berpatutan. Nak melabur
walaupun murah tapi biarlah ia menguntungkan! Setakat ini yang aku tahu Kedai
Emas Sri Bangi tidak mengenakan kos upah. Rujuk FB Kedai Emas Sri Bangi ye.
Cuma design dia ajelah tak menyenangkan hati aku.
Ini sahaja info aku mengenai harga emas yang menurun ketika ini.
Selamat melabur dengan emas. Sekiranya ada lagi berita terkini, akan aku update
dari semasa ke semasa. Cheewaaah, dah macam pelabur emas dah aku nie.
CK : Dah berkenan satu cincin tu ....
kte org kelate..hello kt pakcik dok sane suh belikan...nk simple design je...pueh ati..sini mahal sikit..
ReplyDelete