Bila sekian lama umur dah masuk 3 series, sibuklah cari produk perawatan muke yang kononnye besh besh. hiks, takut kedut ke? Okeh, aku faham tua dan kedut tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Bagai aur dengan tebing. Semua orang akan melalui usia tua jika dipanjangkan usia olehNya.
Petang tadi pergi Alamanda kononnye nak survey emas ... tapi si teman tak nak ikut. Geram hati aku. Takpelah, ntah apa yang dirajuk ntah. So, lepas cuci kete ... aku pi Alamanda sorang-sorang membawa hati duka lara sebab nak beli pencuci muke. Terpaksa juga singgah Alamanda sebab pencuci muke dah habis. Padahal time tu kepala nak meletup dah sebab migrain. Kali ini aku pilih Deep Moisturising Facial Cleanser Safi Rania Gold! Pestime beli, tak tahu la best ke idak. Boleh jadi licin mulus ke kulit wajah aku macam Rozita Che Wan? Mestilah takkan ... kulit muke Che Ta memang dah mulus.
Aku beli dekat Guardian. Sebotol 150ml nie harga dia RM17.90. Murah jugalah. Dulu aku guna Hado Labo, rege dia boleh tahan mahal. Mahal pun, hasil dia berbaloi jugalah. Tengok daripada gaya botol macam boleh tahan 2-3 bulan kalau guna dengan jimat cermat. Aku nie jenis tak suka sangat nak shopping setiap bulan benda-benda macam nie. Meleceh! Bila beli botol besar camnie tahan 2-3 bulan aku tak yah pi shopping mall kerap sangat. Kalau pi kerap duit aku banyak yang akan habis. So, better jangan pergi sllu kan?
Deep Moisturising Facial Cleanser Safi Rania Gold nie mempunyai dwiaksi Nano Emas 24K dan Amino Peptida. Citer pasal emas je arini. keh keh keh. Dua benda nie bertindak membersihkan secara mendalam dan juga melembapkan ... muke korang le. Katanya dapat atasi kulit kering dan kurangkan tanda-tanda penuaan. Okeh, I like yang nie. Walaupun tua mengejar kita kan kan kan ... nak elak tak dapat tua nie, dapat kurangkan tanda pun dah okeh. he he he perempuan, camtulah!
Pastu dia kata lagi, Amino Peptida nie juga boleh meningkatkan sintesis kolagen yang mengembalikan keanjalan kulit wajah. Dia katalah. Aku baru je pakai sekali tadi. So, tak tahulah betul ke idak. he he he
See my telapak tangan ... mulus jugaklah. he he he. Mai aku cerita sket cara nak guna. Rasanya same je macam korang guna produk pembersih muke yang lain. Letak kat telapak tangan dalam kuantiti yang sedikit. Gosok dengan air sehingga berbuih ... urut lembut kat muke korang then bilas. Memang lepas tu aku rasa muke cam lembutlah juga.
Aku bukan nak cegah tua ye ... aku nak jadi tua yang jelita cam korang-korang jugak. hiks hiks. Bukan satu kesalahan pun nak jaga muke bagi berseri-seri ... kan
kan kan? Bila umur aku dah 3 series, aku rasa sudah sampai masanya aku
cari produk yang bersesuaian umur. Yang paling penting ia berkesan. Cuba
dulu baru tahu berkesan ke idak. Sapa yang dok baca blog aku dari awal,
mesti tahu aku nie pengguna Hado Labo yang agak tegar pada suatu masa.
Tak dinafikan produk nie bagus mengurangkan minyak pada muke aku. Boleh
dikatakan sangat best.
Aku juga pengguna tegar day cream Olay sampai sekarang. Masih setia! Cuma kesetiaan nie tak tahulah sampai bilakan .... Dulu aku tak suka tukar-tukar produk wajah nie. Risau naik jerawat juga kadang tu. Kalau naik jerawat cuma sebiji dua je. Masalah wajah aku yang paling ketara adalah pori-pori muke yang jelas kelihatan.
Kenapa aku pilih Safi Rania Gold? Satu sebabnye kerana aku dah 3 series. Produk nie cam sesuai je dengan 3 series. Sebab lain aku tengok ada sorang akak kat office aku tu muke dia cam cerah ngan flawless je. Dulu dia pernah tunjuk kat aku hubby dia hadiahkan dia 1 set Safi Rania Gold. Bestnye ada hubby yang suke suke bagi hadiah nie. Tanjat gurgirl tahu ... tapi gurgirl suke. he he he. Sebab yang lain-lain, produk nie agak berpatutan harganya. Mampu milik! Tapi kalau mampu milik pun ia tak berguna kat muke aku, aku buang juga nanti. he he he.
Aku tahu, muke aku susahlah nak jadi flawless sebab aku ada masalah pori-pori yang jelas kelihatan. Cumanya ia tak seteruk dululah. Pori-pori muke aku dah mengecil sebab aku pakai Set Tabita Skincare. Tapi produk nie mahal le sangat-sangat. Buat masa sekarang belum mampu milik. Walaupun ia berkesanlah sangat-sangat kat aku. Cukuplah aku pakai 3 bulan. Sekarang aku cuma pakai toner Tabita Skincare je ... itupun aku beli loose item, sebotol RM100! Satu set je dah dekat RM400! Ko mampu???
Tengoklah, kalau safia rania nie tak berkesan kat aku, In Shaa Allah aku akan berbalik kepada Tabita Skincare kot. Mahal pun mahallah ... kenalah kumpul duwet bulan-bulan. 1 set Tabita Skincare boleh tahan 3-4 bulan penggunaan. Tapi nak keluarkan duit sekali pembelian tu, telan air liur dalam-dalam la dulu. he he he. Nasib baik Sis Zura yang jual set Tabita nie sangat baik orangnye. Siap bagi tunjuk ajak. Pastu dia punya baik siap jual trial set lagi tahu. Rajinnye dia repack Tabita tu. Kalau korang tengok muke dia, memang mulus. Suami isteri tahu pakai tabita. Kalau korang rasa nak cuba Tabita nie, aku syorkan Sis Zura dekat korang. Bukan apa, Sis Zura jual original Tabita ... skang nie banyak sangat Tabita yang tipu. So, hati-hati semasa membeli. Kalau korang nak Tabita nie boleh add Sis Zura kat SINI <------ Benda baik seeloknye dikongsi bersama!
Tercerita pasal Tabita Skincarelah pulak ... he he he. Untuk Safi Rania Gold nie kita tunggu hasilnye 3 minggu lagi. Jelita tak aku nanti? ha ha ha. Tak jelita pun takpe janji pori-pori muke aku nie mengecil sekecil kecilnye.
Aku ada beli satu lagi produk safi tadi .... yang nie kita share di lain hari plak ye.
CK : Aku migrain ... nak tidur. Buat entry nie pun sebab mata takleh pejam tadi.
dulu saya pun guna SRG.baru je stop sebulan dua nie....
ReplyDeletesy baru nak menerai nie...hehhehe
Deletebaru nak tery nih..
ReplyDeleteTak sesuai la ngan CK....muke jadi berminyak. CK guna 2 weeks je dah stop terus
Delete