Sunday, April 7, 2013

HASIL SIMPANAN SETAHUN

Assalamualaikum ....




Dulu suka-suka, sekarang dah jadi hobi. Sebelum nie aku sekadar suka-suka kumpul duit syiling dan duit kertas seringgit. Memang suke-suke. Dan aku anggap sikap suka-suka ini sekadar tabung bunian. Aku bermula tahun 2004, kumpul duit syiling dan seringgit. Pernah kumpul selama setahun dapat hampir RM1K. Semua tu aku simpan dalam Tabung Haji. Lepas tu korek balik .... ha ha ha jangan tiru yang nie. Itu dululah, skang aku dah tak korek dah duit tabung haji tu. Rasanya dah 2 tahun kot aku tak korek. 



Dulu gaji aku kecik je, tak sampai RM1k pun sebulan. Tapi syukurlah, bila aku pindah Putrajaya tahun 2004, aku boleh berjimat sebab pergi kerja naik motor. Duit petrol sebulan baru 30-40 ringgit je. Komitmen besar takda kecuali loan JPA dn bagi mak ayah sket. Sebelum nie aku keje dekat KL, kos pengangkutan sebulan RM300. Pergi keje naik LRT STAR dan bas. Gaji plak dalam 700 sebulan. Syukurlah ada juga rezeki, berbanding orang lain yang nganggur dan menyusahkan mak ayah. Lagilah kan ....


Masa aku keje KL, aku tak dapat nak menyimpan pun. Kadang je dapat simpan 50-100 ringgit sebulan kat ASB, pastu hujung bulan gaji tak masuk lagi ... korek balik. Camtulah berulangkali. Walaupun susah, aku tak pernah minta duit mak ayah. Duit bulanan untuk ayah cuma 50 ringgit je. Sedih tau time tu, nak bagi ayah pun tak cukup duit. Tapi aku bagi juga bila balik kampung. Nilai tu sikit sangat, tapi .... dah aku niat  bila aku keje aku nak bagi mak ayah duit walaupun dorang tak pernah minta duit anak-anak.


Dan bila aku dah kerja kat Putrajaya tahun 2004, aku dah start menyimpan. Dah boleh main kutu ngan ayah aku dan orang kampung tahu. Sekali dapat duit kutu RM10K. Aku share ngan adik aku ... so, sorang RM5K lah dapat. Dengan duit kutu RM5K tu lah aku keluarkan sebuah kereta koyak plastik (kete baru). 5 tahun aku simpan duit baru dapat beli kereta. hu hu ....


Dah beli kereta pun aku masih gilerkan kumpul duit syiling dan seringgit kertas. Sampai satu tahap, aku rasa tak boleh hidup bila tak tengok dan kumpul duit syiling. Bila tengok duit syiling rasa sayang giler nak belanja. Mesti nak simpan. Tak tahu kenapa. Makin lama, dari suka-suka dah jadi hobi. 


Semalam, memandangkan tiada apa aktiviti ... aku pun start mengira hasil simpanan setahun aku sepanjang tahun 2012. Duit simpanan di office dan juga duit simpanan di rumah. Hah kau, kat office ada tabung kat rumah pun ada tabung juge. Tapi korang jangan ingat aku nie jenis berjimat cermat sangat .... ada masanya aku boros giles. Boros sangat. Cuma sejak 2012 aku cuba kontrol perbelanjaan aku, kadang-kadang je terbabas. Biasalah manusia, ada masanya nafsu gagal dikawal. Syaitooonnirajim menghasut tanpa putus asa!!


Kalau orang lain dah buang gamaknye tin sekut tuh, aku je sibuk dok simpan. ha ha ha

Meh, aku nak kongsi rekabentuk tabung yang aku ada. Tak perlu beli tabung nie. he he he. Pakai apa yang ada je ... tapi ada juga tabung yang mak dan kawan aku bagi. Aku dah susun ikut usia tabung berkenaan ...

  1. Tabung bentuk bangunan Tabung Haji - mak aku bagi masa aku pindah Putrajaya
  2. Tabung katak - kawan aku kat department lama bagi
  3. Tabung KFC - tak hengat plak bila dapat
  4. Tabung tin Jacob tu amek kat pantry office - buat simpan duit seringgit
  5. Tabung tulisan jepun buat simpan duit hasil jualan kuih mulanya - skang tak jual kuih dah. stop dulu.
  6. Tabung plastik KAKE - amek kat office yang hamper tu. Dorang nak buang aku amek le. Buat simpan duit kertas seringgit
  7. Tabung plastik CRIKY - simpan duit syiling yang tukar dengan kawan-kawan
  8. Tabung PNB yang last sekali tu baru je berusia 2 minggu, dapat masa aku buka akaun ASN (Amanah Sekim Nasional)

Susunan duit syiling ikut size dan nilai..... (Abaikan toto berkenaan, lantai baru lepas mop ... malas nk hampar tikar lagi)

Antara hasil aku semalam. Disebabkan tabung aku banyak sangat memang berejam juga aku kena mengira. Ada juga tabung yang tak penuh tapi aku kira juga ... tabung yang Menara Tabung Haji tu 2-2 tak penuh, tapi dah cukup setahun aku kenalah kira juga.

Kebas kaki aku bersila nak kira semua syiling nie

Kiraan hasil yang aku dapat untuk tempoh setahun simpanan ....

  1. Tabung bentuk bangunan Tabung Haji (2 tabung) - RM69.45 (tabung tak penuh pun)
  2. Tabung katak - RM133.50 (yang nie semua duit 0.50 je)
  3. Tabung KFC - RM79.56
  4. Tabung tin Jacob tu amek kat pantry office - RM125.00
  5. Tabung tulisan jepun buat simpan duit hasil jualan kuih mulanya - RM25.00
  6. Tabung plastik KAKE - RM23.00
  7. Tabung plastik CRIKY - RM100.00
  8. Tabung PNB yang last sekali tu baru je berusia 2 minggu, dapat masa aku buka akaun ASN (Amanah Sekim Nasional) - belum ada isi lagi. he he he
  9. Simpanan office (dalam beg tiada dalam gambar) - RM88.55


Total semua simpanan setahun aku adalah RM644.06
. Alhamdulillah ..... oklahkan ... sekadar suke-suke ada juga hasil dia. Aku ingat nak masukkan dalam Tabung Haji dan ASB. Untuk ASN tu ingat nak tambah juga, tapi kena tengok naik turun saham dululah. 


Sekarang nie aku harap aku dapat konsisten menabung. Sebanyak dah dekat setahun lebih aku tak korek akaun ASB dan Tabung Haji 2 tahun tak korek. Harap-harap tak koreklah sampai saving tu sampai target yang aku nak.


Guna semula tabung yang ada.....dah kosong! Tunggu setahun lagi bulan April 2014!!

Semalam dah siap kira semua dan kosongkan tabung, aku labelkan tabung yang ada. Boleh rujuk gambar di atas. Hasilnya akan dituai setahun lagi. April 2014. Walaupun hasil 2012 tak sehebat hasil 2004-2007, setahun dekat RM1k aku dapat. Tapi aku bersyukur aku masih punya minat untuk terus menabung. Terima kasih juga kat si teman sebab dia sudi menjadi penyumbang bagi setiap duit syiling yang dah beratkan kocek dia tu. But, now ... aku dah tak merasa duit syiling dia tahu sebabnya aku berjaya buat dia juga menabung cam aku. Heh, lambat la penuh tabung aku. ha ha ha.



Entry nie nak ajak korang sama-sama menabung dan menyimpan. Mana tahu suke-suke nanti boleh jadi hobi juga kan kan kan. Buat masa sekarang aku suke sangat dengan hobi nie ... he he he, sape yang tak suke duitkan kan kan. Tapi bukan untuk dibelanjakan la, simpan untuk kecemasan. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku .... so, simpan demi masa depan!



Itu hasil setahun .... kalau 2 tahun ... 3 tahun ... 4 tahun ... 5 tahun .... plus plak dengan dividen, uihs banyak tu. Opppppsssss terus aku jadi mata $$$$$$$$$$$$$$$$$$ ha ha ha. Mata $$$$$$ duit sendiri takpe, jangan duit orang! Kang kena jual plak kan kan kan ...





Tips menabung : Tahan nafsu membeli dah juga makan ... ha ha ha





CK : ABPBH 2012, boringnye la hai .... Lady Gaga Malaysia tu nape camtu yek. Kesian aku tengok.

29 comments:

  1. wow!!gigih betoi cik kamoo..salute lah!siap asingkan ikut nilai tu...lelaki memang tak pandai menabung, semua harap dekat pompaun jer, kalau tak, tak kemanalah deme, huhu~...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sangat gigih kadang2. Bab simpan duit pi jalan2 memang sllu gigih...hehehhe

      Delete
  2. bagus nya. kalau saya, syiling tu la yang nak habiskan dulu sebab malas beratkan wallet. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sayang duit syiling kecuali terpaksa dibelanjakan je...he he he

      Delete
  3. banyaknya ..bagus2 menabung
    tq kak coz share tips ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi sbb nk tarik minat semua org menabung juga...

      Welcome dik ;)

      Delete
  4. waa..bagus ni..sy bila dah bnk in duit tabung slalu duit tu draw balik..huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk ASB ke ASN ke....susah la nk draw he he he ... mood malas isi borang

      Delete
  5. wahh bgs2....kte baru blaja menabung kekeke

    ReplyDelete
  6. seronok pulak baca post nie... hehe.. kita punye hobi yang sama...

    ReplyDelete
  7. wahhh...bagusnya..saya dah lama x menabung syiling..pasni nak menabung jugak lah...semangat tgk awak punyer..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mulakan dari sekarang....tuai hasil setahun lagi....kemudian ulang dan ulang. Pasti nanti awak puashati

      Delete
  8. wah.. bagus ni. Ada jugak menabung. tapi tak de la spesifik mcm kamu ni. good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe....ini xde kojer namanye...saje suke buat pengasingan camnie

      Delete
  9. best nya kalau dapat konsisten menabung macam ni..ini tak selagi ada tabung selagi tu korek..baik tak payah ada tabung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe...pelan2 kayuh. Pasti jaya ... jgn putus asa

      Delete
  10. bagus entry ni.. haah, jadi semangat nak menabung..

    ReplyDelete
  11. dah start menabung pakai tin biskut tapi tak terpike pulak nak asing-asing duit syiling tu ikut nombor :D bagus gak, sebab umah memang penuh tin biskut, berlambak. daripada buang baik menabung ekekeke

    ReplyDelete
  12. Post yang bagus...bagi motivasi ke saya untuk menabung.
    Saya pulak jenis tak boleh simpan duit...asik nak korek guna je.

    Alhamdulillah sekarang dah dapat cara bagus simpan nilai duit iaitu dengan simpan EMAS.
    Ada duit bonus je, beli emas.

    Banyak tips yang saya dapat kat Page " Tips Simpan Duit "

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!