Monday, April 1, 2013

MUZIUM ALAM SEMULAJADI MENGECEWAKAN SAYA :=(

Assalamualaikum ....



Hari Sabtu lepas pergi tengok hot air balloon di Presint 2, lepas tu aku pergi Maybank P3 kejap. Adik aku sibuk nak keluarkan duit. Jam masa tu dah menunjukkan 8.30 pagi. Lepas adik aku siap ambil duit bagai, jam dah 8.45 pagi. Kemudian aku ajaklah mak ayah and anak buah aku pergi Muzium Alam Semulajadi dekat Presint 15. Niat hati nak bawa anak buah aku yang 6 tahun tu tengok Pameran Katak dan Kodok yang sedang berlangsung sekarang nie.


Memandangkan anak buah aku akan balik ke utara jam 2.00 petang Sabtu, so aku nak lah dia happy. Niat baik nak bawa dia jalan-jalan. So, Muzium Alam Semulajadi adalah pilihan kami. Dekat dan kebetulan ada pameran. Boleh juga bawa mak ayah sekali sebab dorang pun nak balik utara hari Ahad. 


Dari Presint 3, aku gerak ke Presint 15 .... lebih kurang 10 minit. Sampai dekat muzium, 8.55 pagi. Muzium buka jam 9.00 pagi. Dengan harapan seronoklah dapat tengok pameran kodok dan katak. Anak buah aku si Danny tu punyalah excited. Asyik dok tanya, "kodok tu apa? macam mana rupa dia ..". Soalan budak 6 tahun, standardlah .... itu je dia mampu tanya. Tapi memang aku perasan, jelaslah muke happy dia. Yelah, petang tu dah nak balik. Tambah happy bila aku relahati bawa dia pi muzium lepas tengok hot balloon. Bila sampai muzium dia siap cakap, "eh, kite dah pernah datang dah sini dulu ....". Dulu masa aku bawa dia datang muzium P15 nie, umur dia baru je 4 tahun. Kiranya 2 tahun lepaslah aku bawa dia. Ingat lagi rupanya!



Bila sampai depan kaunter muzium, pintu masih tutup. Setahu aku (sebab aku pernah kerja frontliner Kerajaan) kalau kita kerja kaunter macam nie, kena berada di kaunter 1/2 jam atau 15 minit sebelum waktu operasi.  Cukup time terus buka pintu. Ini tak, kelibat staff muzium sorang pun aku tak nampak. Aku beranggapan dorang kat dalam kot kemas-kemas barangan muzium apa yang patut. Mungkin la. Sedangkan masa tu dah 9.00pagi. Sepatutnya Muzium Alam Semulajadi nie dah buka bila tepat waktu operasi. Anak buah aku dah tarik-tarik pintu. Siap tanya aku kenapa belum buka lagi. Budak, tahap sabar dia tak sama cam orang dewasa. Dah la dia excited nak tengok kodok. Aku pujuklah, belum time lagi walhal dah time dah. Okeh, tipu sunat kejap. 


Tunggu punya tunggu dah 9.10 minit. Pintu tak buka lagi. Mak ayah aku dah penat berdiri depan pintu muzium. Ayah aku dah la jenis tak suka bab-bab menunggu nie. Aku tengok dia dah gelisah semacam je. Anak buah aku pula asyik soal siasat aku macam-macam. 10 minit tu lama juga, budak 6 tahun tu dia bukannya faham sangat bila aku cakap sabar.


Last-last aku plak hilang sabar. Dah tunggu 10 minit tak buka, aku pun turunlah ke kaunter depan. Kaunter keselamatan. 



Aku : Encik ... muzium buka jam 9am kan?

Keselamatan : Ya .... jam 9am

Aku : Ini dah jam 9.10 minit tak buka lagi. Macam mana?

Keselamatan : Eh, ye ke dorang tak buka lagi. Eh dorang nie mana ....



Wah ko tanya aku plak staff muzium nie mana? Manalah aku tahu. Aku nie pelawat. Staff muzium pun aku tak kenal. Dah ko tampal kat situ 9.00am buka, kenapa tak buka lagi? Kalau aku datang sorang tapi muzium buka lambat, aku tak kisah. Bila-bila masa aku boleh datang. Ini aku bawa mak ayah and anak buah aku dari kampung. 


Aku takdelah berkasar dengan keselamatan nie. Masih ada budi bahasa. Masa aku tengah jalan nak naik  semula ke kaunter muzium, aku perasan ada sorang lelaki dari kawasan parking bawah muzium tu menuju kat aku. Bila aku tengok t-shirt dia pakai aku tahu dia staff muzium. Sebab ada logo muzium kat t-shirt dia.


"Cik ... minta maaf, muzium lambat skit buka pagi nie. Kami pun tak dapat masuk. Keselamatan yang pegang kunci belum datang lagi".


Oh! ye ke???? Terus aku blah ... dalam kepala memikir, "staff tak boleh pegang kunci spare ke?"


Aku naik semula dekat kaunter muzium. Tunggu lagi. Sampai 9.20 pagi tapi belum juga buka, ayah aku dah ajak balik pi cari tiket balik kampung kat Sentral Presint 7. Muka ayah aku dah lain dah. Aku rasa dia cam bengang. Bab ayah aku tak kisah sangat. Dia maybe tak excited nak tengok pameran katak and kodok tu. Dia cuma nak temankan cucu dia yang akan balik ke utara jam 2 petang hari yang sama.


Masa aku turun tangga muzium nak balik, anak buah aku siap tanya .. "kenapa kita tak masuk? abang nak tengok katak ngan kodok ... janganlah balik lagi!". Kesian tahu!! Aku tanya ayah aku nak tunggu tak? Ayah aku cakap tak larat nak tunggu ... nak berdiri pun  tak larat. Dia dah tua. Kaki pun dah tak kuat.


Kalau aku tunggu, tak tahu pukul berapa muzium ini akan dibuka. Tak tahu! Aku bajet .... masuk jam 9.00am kat muzium tu kul 9.30am atau 9.45am bolehlah balik. Nak pi cari tiket balik kampung kat mak ayah aku. Pastu nak balik masak lagi sebab adik ipar aku nak balik ke utara dengan anak buah aku yg 6 tahun tu kul 2pm. So, aku dah setting masa aku baik-baik dah. Sebab itulah aku keluar dari rumah tengok hot balloon awal-awal pagi! Niat aku nak happykan anak buah aku je!!


Kalau pengurusan Muzium Alam Semulajadi nie baca belog aku. Aku cuma nak bagitahu, aku tak marah muzium nie buka lambat. Kunci pihak keselamatan yang pegang. Aku boleh faham. Kadang-kadang dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, pasti ada kelemahan sana sini. Tapi, belajarlah atasi kelemahan tu.


Yang aku marah sangat sikap staff Muzium Alam Semulajadi nie! Dah tahu muzium tu tak boleh buka jam 9.00am sebab tak ada kunci, janganlah duduk berborak 3-3 orang dekat parking bawah muzium tu! Siapa nak kenal awak tu staff muzium??? Berborak kat parkingkan. Cuba pergi duduk depan pintu kaunter muzium tu, bila ada pelawat datang bagi tahu kenapa muzium tak boleh buka seperti masa yang dah ditetapkan. Minta maaf. U'olls mesti ada pergi kursus khidmat pelanggan kan? Inilah cara kita atasi kekurangan kita. Nak-nak kita ni kakitangan Kerajaan. Aku pun kakitangan Kerajaan. Aku pernah merasa menjaga kaunter. Please, atasi kelemahan ini. Salah faham boleh dielakkan!!


Aku dan family tunggu sampai 10 minit depan pintu kaunter muzium dan plus 10 minit lagi dengan harapan pintu muzium akan terbuka. Total 20 minit. Tapi selepas aku bertanya kat kaunter keselamatan pun, 3 orang daripada staff muzium tu tak naik pun kat atas untuk tunggu!!! Untuk bagitahu pelawat .... "Minta maaf, muzium buka lambat sebab masalah bla bla bla ....!"


Bukan aku sahaja yang kecewa. Ada lagi 1 family yg datang lambat sket dari aku ... dah satu lagi family yang datang masa aku dah nak blah!








Hanya dapat share dengan korang luahan hati aku yang mengecewakan sangat. Bukan kecewa untuk aku, tapi kesedihan kat muke anak buah aku. Hampa sbb tak dapat masuk tengok pameran katak n kodok! Dia pun dah sampai utara dah pun.


Kalau staff muzium nie bijak atasi kelemahan yang ada, sure dorang tunggu depan kaunter muzium. Inform public kelewatan operasi. Bukan susah pun. At least orang tak perlu tunggu lama. Maybe boleh balik dulu dan datang kemudian. Atau macam aku boleh balik terus, tak yah bazirkan  masa sampai 20 minit kat situ, Tapi setakat dapat tengok poster ajelah!!




Kecewa sungguh!!! Sian anak buah aku ... itu jer. Satu pengalaman yang mengecewakan.







CK : Aku bukan jenis suka nak maki hamun orang ... tp kalau aku dah diam, orang  bercakap ngan aku ... aku masih diam. Maknanya memang aku tengah benganglah tu!!

9 comments:

  1. singgah pagi..bestnya dpt jalan2
    sy dok rumah je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ...best kt hot balloon je...tp kat muzium nie menyedihkan

      Delete
  2. betul cakap kamu tu, kalau dorang bukak awal, 9.45 dah boleh balik dah...kalau saya le memang terkilan sesangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIta ikut masa dorang....tp dorang sendiri tak ikut masa yg diberi...ermmm camne kan?

      Delete
  3. buat malu je
    bayangkan kalau ada pelancong asing yg dtg

    ReplyDelete
  4. ada....tp itulah, benda camnie kita kenalah peka. dah tahu tak buka on time, cuba atasi kelemahan tu

    ReplyDelete
  5. salam.. baru2 ni sy berpeluang ke sini atas field trip. alhamdulillah menarik :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Bagi saya Muzium ini amat penting dan pendapat saya mungkin berkisar kepada bahan yang dipamerkan. Memang adakalanya berlaku insiden yang tidak diingini seperti kelewatan (dan kejadian seperti ini kita tidak tahu kekerapan berlakunya). Namun apa yang membimbangkan adalah kepentingan fungsi Muzium ini dalam memberikan maklumat yang mencukupi, lengkap dan berguna kepada orang ramai. Pendapat saya ini saya kisahkan di dalam salam sebuah artikel saya di sini: http://www.myrokan.com/2015/08/muzium-alam-semula-jadi-malaysia-muzium.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!