Wednesday, December 31, 2014

SELAMAT TINGGAL 2014, SELAMAT DATANG 2015

Assalamualaikum ...

INI entry terakhir bagi tahun 2014. Masa berlalu dengan begitu cepat. Kealpaan memang selalu merugikan. Tak pasti sama ada 365 hari berlalu dengan gembira, suka, duka, airmata atau sebagainya. Esok dah bakal 2015. Tahun baru. Wajah baru mungkin. Azam baru. Sebut soal azam, aku tak terfikir lagi apa azam yang aku akan buat dan tekad untuk selesaikan azam itu. Aku cuma berdebar menunggu cahayamata soleh solehah yang pertama buat aku dan suami. Setakat ini segala tumpuan dan perhatian tertumpu pada anugerah Allah swt yang satu ini. Berdebar, teruja, takut, nebes, gembira semuanya bercampur baur. Emosi aku sendiri jadi tak stabil kadangkala. Pergi kerja hanya membawa jasad, walhal hati dan kepala lebih tertumpu pada kelahiran pertama ini. Moga segalanya dipermudahkan Allah swt. Amin!!

2014 berlalu dengan suka duka. Tapi bagi aku, 2014 negara penuh dengan duka. Bukan sahaja buat Malaysia yang kehilangan MH370, MH17, bencana banjir yang amat besar di pantai timur, Johor dan Perak kemudian baru-baru ini dikejutkan lagi dengan terhempasnya pesawat Airasia penerbangan Surabaya ke Singapura QZ8501. Paling memberi kesan di hati sudah tentu bencana banjir yang masih belum pulih lagi, walaupun esok tahun baru. Mereka menerima tahun baru dengan penuh hiba. Rumah tiada. Yang tinggal hanya tapak rumah sahaja. Harta benda sudah pasti semuanya musnah. Keadaan seolah seperti tsunami darat. Sungguh dasyat. Peringatan kecil dari Maha Hebat buat kita hambaNya yang kerdil. Peringatan kecil!! Dan yang terkini, helikopter milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia terhempas di Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir. Dugaan. Ujian. Seharusnya kita bertabah menghadapinya.

Dan kerana kita turut sama-sama berduka dengan mangsa-mangsa banjir, pelbagai sambutan ambang tahun baru 2015 dibatalkan. Termasuk yang telah dirancang di Putrajaya. Alhamdulillah. Semuanya digantikan dengan program keagamaan. Malam Cinta Rasul di Dataran Merdeka, KL. Karnival Raudhah di Masjid Putra, Putrajaya. Bagi aku, sambutan tahun baru ini tak perlu pun disambut dengan hiburan dan artis. Tak sesuai langsung dengan budaya masyarakat kita. Aku harap sampai bila-bila sambutan sebegini tiada. Bukan tunggu saat duka sahaja baru kita nak batalkan konsert-konsert sambutan tahun baru ni. Pendapat akulah.

Walaupun 2014 akan berlalu dengan pelbagai kisah yang tersimpan, aku harap 2015 memberi sinar dan harapan buat semua. Cepatlah berlalu tangisan 2014 ...namun, aku harap kita mengambil iktibar dari segala kisah yang terkandung di dalamnya. 2015 mungkin membawa kebahagiaan da kerahmatan buat kita semua. Inshaa-Allah!!


2015, kehadiran tahun baru yang aku sendiri belum letak sebarang azam dan target. Tumpuan aku dan hasben lebih kepada bakal cahayamata soleh solehah kami yang bakal lahir. Bila segalanya telah dipermudahkan dan selesai dengan baik, barulah nak merancang. Kepala tidak boleh berfikir saat-saat menghitung hari dengan kelahiran pertama ini. Perasaan lebih bercampur baur. Kali ini, tahun baru tidak memberi keterujaan yang lebih dan jauh sekali merembes sebarang keseronokan melampau seperti tahun sebelumnya.

Oh, sebelum terlupa ... sedikit kegembiraan sebelum 2014 ini berakhir beberapa minit lagi. Harga petrol RON95 dan RON97 turun RM0.35 berkuatkuasa tengah malam ini. So, harga baru RON95 menjadi RM1.91 seliter dan RON97 menjadi RM2.11 seliter. Selamat bergembira dengan pengumuman ini. Anggaplah ia sebagai hadiah tahun baru dan satu permulaan yang baik untuk kita menghadapinya. Cuma jangan ingat harga barang lain akan turun macam petrol sudahlah, bijak-bijaklah mengurus kewangan dalam menghadapi dunia yang sentiasa perlukan wang di mana-mana sahaja. Hatta nak buang air kecil/besar sendiri pun kena caj RM0.50! Dunia sekarangkan .... Tapi janganlah membuang bersepah-sepah pula semata-mata nak elak dari sebarang bayaran. Kebersihan harus dijaga. Ada faham!

2014, keaktifan aku sebagai blogger agak merudum. Entry pun tak banyak. Itu je aku mampu. 2015, tak pasti lagi macam mana. Harap aku dapat jadi blogger yang lebih berjaya. Aicheeeeh. hehehe. Sebelum menutup tirai blog 2014, aku nak mohon maaf sekiranya sepanjang tahun 2014 atau tahun sebelumnya ada kata-kata dari entry aku yang mengguris dan melukai hati perasaan dan sanubari korang. Ampun maaf dipinta. Macam raya puasa plak. kikikiki. Biasalah kadang jari nie terlajak taip dan emosi plak kadang tak dapat dikawal dengan minda sedar. Ada sahaja kekhilafan. Moga aku dimaafkan oleh korang-korang semua. Harap dapat support yang terbaik dari korang untuk aku terus menulis blog. he he he he. Tanpa korang, apalah sangat blog kedaung ini ..... kan kan kan.


Selamat Tahun Baru 2015 dari blogger REMPITKEHIDUPAN!!




p/s : Ceria selalu. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!