Assalamualaikum ….
Stress! Membicarakan soal stress nie bukanlah satu perkara yang
menyeronokkan. Amboi ayat teratur sangat. Keh keh keh! Yang pastinya bukan aku
yang stress, tapi hasben aku yang stress dengan orang-orang yang dia berurusan.
Seminggu nie hasben asyik ngadu tentang orang yang tak cerdik tapi tak boleh
diajar. Bodoh pulak melantun-lantun. Usaha sendiri taknak, asyik nak persoal je
setiap masa. Dengarkan memang geram sangat tau. Tapi isteri setia menadah
telinga. Memang orang-orang yang hasben aku cerita aku kenal latarbelakangnya.
Pernah berurusan. So, aku paham macam mana sakitnya hati hasben aku bila
berurusan dengan manusia camnie. So, sabarlah wahai hasben. Orang camnie
biasanya tak lama esok lusa jatuhlah dalam lubuk tuh. Asyik nak mendengki je
tak habeh-habeh.
Aku plak yang rasa sedih dan kesian dengar luahan hati hasben. Tapi nasib
baiklah luahan hati hasben tak berlarutan sampai rumah. Selalu sampai ke kereta
je. Bila naik ke rumah, dah sibuk nak makan. So kita lupa tentang masalah.
Layan TV, bergurau senda dan campak jauh-jauh stress yang ada. Kepala pun jadi
ringan. Kalau balik rumah jaranglah kitaorang nak cerita hal kawan-kawan, adik
beradik atau office. Semuanya tu campak tepi. Kecuali kalau penting nak
dibincangkan baru kitaorang bincang. Masa bersama sekejap sangat, so baik
jadikan masa tu lebih berkualiti dengan aktiviti yang mengembirakan dan
menyenangkan hati masing-masing.
Aku harap hasben aku sabar lalui ‘dugaan’ kecil ini. Memang menyakitkan,
tapi maybe ada hikmahnye. Dan perlu paham kesengalan dan kebodohan manusia nie
kadang susah nak diajar. Dan orang-orang macam nie dijemput Allah hadir dalam
hidup kita sebab nak kita belajar supaya tak bodoh cam dorang dan kita lebih
matang di masa hadapan. Memang kena think positive selalu.
Takpelah hubby, sabarlah! Allah swt ada .... DIA pasti bantu kita.
p/s : tetiba rindu kat hasben melebeh-lebeh plak
p/s : tetiba rindu kat hasben melebeh-lebeh plak
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!