Friday, August 21, 2015

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG SEDAP DAN RANGUP

Assalamualaikum...


Salam Jumaat. Semalam buka blog, ingat nak update. Tapi macam malas je. Sekarang ni penyakit M macam dah nak besar je. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Harap aku dapat bendung secepat mungkin. kikikiki. Kalau penyakit M ni dah hinggap dalam diri susah la nak buang.

Ni aku nak cerita pasai last weekend. Balik kampung hasben sebab ada nak pergi beraya rumah sedara sebelah arwah abah di Shah Alam. Last weekend masih Syawal lagi kan. Raya kan sebulan. Puasa sebulan, jadi raya pun melantak sampai sebulan. Pipi pun dah bam bam. Minggu depan baru aku start nak diet sebab bulan 10 aku kena minum air gula lepas bersalin ritu. Dah minum bulan Jun ritu, tapi doktor tak puas hati, gula dah hampir border katanya. Adeeeh, ingat lepas bersalin ni takyah la ngadap air gula kat klinik tu lagi. Hasben plak semalam dah start bising suruh jaga makan. Sebulan lagi nak checkup gula katanya. Okeh. Pasrah!

Berbalik pasai balik kampung last weekend tu, aku ngan hasben bawa balik cempedak. Rumah mertua aku ada pokok cempedak. Boleh tahan juga la lebat buahnya. Isi dia sedap. Manis. Tebal plak tu. Bak kata makan mentah pun sedap. Masa petik dari pokok cempedak tak masak lagi, hampir nak masak. Kiranya dah tua la. So, kait dan bawa balik rumah ... terus gantung. Maksud aku peram.


Inilah rupa cempedak yang aku amik dari rumah mertua aku. Besar juga. Cukup la untuk aku dengan hasben. Bila nak masak je, bau harum cempedak sampai 1 rumah boleh bau. Sedap weh. Dah lama tak makan cempedak mentah. Dulu kat kampung mak rajin beli cempedak, sekali beli sampai 2 biji. Aku kan peneman setia bawa mak pi pasar malam kat Kuala Sungai tu. Gheja dok angkut buah durian ngan cempedak la.


Tengok tu ulas dia. Gemukkan kan. Manis berkrim. hahahahha over plak aku. Hasben aku la, "cepat-cepat amek gambar, nanti buat entry kat blog", katanya. Gigih aku amek gambar. Dia tolong pegang dan kopek buahnnya tu. Makan mentah sikit, selebihnya aku buat goreng cempedak ... ker cempedak goreng yek. Kalau kat Kedah kami panggil cucuq cempedak ja. Area Putrajaya, Bangi ... Kajang, cempedak goreng ni seulas 50sen. Bapak mahal. Tepung je tebal. Isi nipis. Peniaga ni kadang letak harga memang cekik darah. Walhal beli sekilo cempedak takdela mahal, bila dah siap goreng macam jual ketul emas pun ada. So, baik goreng sendiri tau. Meh aku share resepi tip top dari mak aku sendiri.


RESEPI : GORENG CEMPEDAK SEDAP DAN RANGUP
SUMBER : MAK KESAYANGAN

Bahan : 
  • Sebiji cempedak
  • 2 senduk kecil tepung beras
  • 1 senduk kecil tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit garam (secukup rasa)
  • Air secukupnya
Cara :
  1. Pastikan belah cempedak dan keluarkan ulas-ulas isinya ;-)
  2. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung dan taburkan serbuk garam. Gaul segala tepung bagi sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi. 
  3. Kemudian masukkan air ... bagi jadi batter yang tak cair dan tak pekat sangat. Agak-agak bila kita masukkan ulas cempedak tu, adunan boleh melekat.
  4. Pastu masukkan serbuk kunyi sedikit bagi adunan warna kekuningan.
  5. Bolehlah celup ulas-ulas cempedak dan kemudian goreng dalam minyak panas. Bila dah nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.
  6. Siap untuk dihidang.


Inilah rupa cempedak goreng aku tu. Comelkan. Aku suka resepi ni sebab tepung salutan tu jadi rangup. Makan pun sedap. Aicheeeeh terpuji diri sendiri pulak. hahahahahahha. Aku buat ni untuk breakfast masa last weekend tu. Malas nak masak menu lain sebab lunch dan dinner dah ada jamuan raya. Nak simpan lama cempedak ni takut terlebih masak, lembik pulak. Kalau dah lembik nak goreng macam tak sedap sangat .... takut makan minyak nanti.

Minggu ni hasben balik lagi kampung. So, boleh la minta hangkut cempedak lagi. Sedap cempedak ni. Manis habaqqqq hang! Korang kalau beli cempedak tu, boleh la cuba resepi yang aku bagi ni. Gerenti sedap weh .... silalah cuba.



p/s : Lambat lagi gomen nak gaji .... huk huk huk.

Wednesday, August 19, 2015

DEKORASI RUANG TAMU DAN WALL TV IDAMAN

Assalamualaikum....

Sebelum ni aku pernah share tentang permohonan rumah PPA1M yang aku mohon dalam entry ni.  Setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya permohonan aku berjaya. Memang rezeki Iskandar. Dan Alhamdulillah impian aku untuk ada rumah sendiri tercapai, walau orang cakap 'rumah burung'! Okey la kan dari takda langsung. Wajib bersyukur dengan rezki yang Allah beri. Nak lebih, kita usaha lebih ... untuk rumah idaman seterusnya, banglo setingkat ...aaauuuuuwwww! Bak kata adik aku, 'dream high'! Takpe, kita merancang dan berusaha, Allah yang menentukan. Bukan kena bayar pun berimpian nie. kan kan kan ....

Memandangkan akan ada rumah sendiri nanti, Insha Allah dalam tempoh 2 tahun lagi rumah tu akan siap, apakata kita berimpian dengan dekorasi dalaman. Dok rumah sendiri nak dekorasi macam mana pun rasa puas dan berbaloi. Dok kuarters kerajaan nak deko pun rasa malas bebenor. Tapi prinsip aku, deko setakat kemampuan je. Best tengok orang deko dorang punya ruang tamu, bilik tidor, dapur ... tapi ada aku tak semampu mana pun nak deko tahap gaban. Aim utama aku sekarang ni untuk rumah baru tu nanti, nak deko sikit-sikit dekat ruang tamu. Aku nak konsep moden yang simple. Tak tau la tercapai ke tak hasrat aku, kadang berlaga angin juga dengan hasben bab2 ni. Citarasa kitaorang tak sama weh! hohohoho bertabah la! Meh aku share antara deko ruang tamu dan wall tv yang menjadi idaman aku. Nampak simple dan smart. Macam-macam deko ada, aku dapat dari facebook.

Macam ni nampak simple. Tapi smart.

Camni elegen juga. Boleh Iskandar main panjat2 ..haahhahaha

Ini pulak nampak luas. Lagi simple. Ini adalah salah satu pilihan aku. Tak semak mata memandang ;)

Yang ni pulak simple sangat, kalau rumah bujang sesuai sangat nie. Takyah kemas banyak2.

Ini pun ok juga untuk rumah bujang atau yang baru berkahwin. Simple but nice.

Ini deko pilihan kedua aku. Menarik tertarik .... okeh boleh masuk dalam list dah. Kalau rumah aku sekarang macam ni, petang2 boleh la layan Syurga Nur kat TV3 tu. Korang layan tak drama neh? Aku 7.30pm baru dapat tengok. Sebelum tu kena bagi laluan kat  hasben aku layan berita kat NTV7 dulu...erghhhhhhh

Yang pilihan ke3. Masuk list juga ...heheheheh

Ruang tamu untuk bersantai2. Putih bersih. Aku prefer kaler merah, hitam atau hijau pucuk pisang. Kalau putih suci murni ni tak sanggup nak jaga ...ngeeeeeeeeeeeee

Ini pun ok juga. Siap rak buku dan hiasan lagi.

Warna menawan!

Ruang tamu macam nie memang aku suka sangat! Deko ruang tamu pilihan juga.

Ini pun okey. Nampak tenang. Cuma kaler sofa tu je kena tukar. Putih memang cantik cuma aku je tak sanggup nak jaga ....hahahhahaha

Ini pun boleh la....


Rumah yang ada sekarang ni memang takda deko langsung. Rasa macam bazir je nak deko kat rumah kerajaan nie. hehehehe. Walhal takde lah kretip, deko ni banyak juga pakai duit. Tapi kalau kretip boleh diy je banyak benda. Aku ni keras tangan ... idea deko pun ciplak orang je, barulah nak timbul idea sendiri. hahahhahaha

Apapun aku harap suatu masa impian aku nak ada dekorasi ruang tamu dan wall tv idaman ini menjadi kenyataan. Dari sekarang dah kena start menyimpan nie .... yang dah ada tu kita lelong, bleh? hahahhaha



p/s : Mengidam je lebey!

Monday, August 17, 2015

WAKTU YANG SESUAI PERKENALKAN ‘SOLID FOODS’ KEPADA BAYI ANDA


Assalamualaikum....

Macam mana kita nak tahu, baby kita dah bersedia untuk makan solid foods? Kalau orang dulu-dulu, baby sebulan lagi dah bagi biskut cicah air gula. Ini realiti tau. Mak mertua aku sendiri ceritakan. Dan mak aku pun cerita perkara yang sama. Alasannya baby selalu menangis seolah lapar. Bila dah suapkan nasi lembik atau biskut celup roti baru la nak diam dan tidur. Kita sekarang dah ada knowledge, tapi bukan bermakna orang dulu-dulu takda knowledge. Maybe pemahaman dorang kurang. Baby baru lahir usus dia tak mampu lagi nak digest makanan pejal sebenarnya. Susu sahaja sudah memadai. Susu ibu atau formula sebenarnya telah menyediakan kalori dan secukupnya zat yang menjadi keperlukan kepada baby. Dan pada waktu ini, sistem pencernaan baby masih belum bersedia pun untuk memproses makanan pejal. Aku pernah terbaca ada baby yang terpaksa dipotong ususnya disebabkan oleh ibubapa yang memberikan makanan pejal terlalu awal. So, tak perlulah kita menanggung risiko sedemikian. Baby 0-5 bulan sebaiknya bagi je dia minum susu. Dah 5 bulan ke atas  barulah kita train pelan-pelan untuk solid foods. 

Hasil pembacaan dan pengalaman kawan-kawan aku, waktu yang biasanya sesuai memperkenalkan solid foods kepada bayi adalah sekitar umur 4-6 bulan bila dia sudah bersedia. Tapi aku perkenalkan Iskandar dengan solid foods pada usia 5 bulan 2 minggu. 5 bulan kita dah boleh train baby untuk makan solid foods. Cuma bukan makan hari-hari la, selang sehari. Dan juga dah boleh start ajar dorang minum menggunakan cawan ataupun sudu. Takdelah baby akan mengharap sepenuhnya pada botol susu. Macam Iskandar, aku dah didik dia untuk minum menggunakan sudu dan cawan pada penghujung usia 4 bulan. Kena ajar dari rumah sendiri dulu supaya bila hantar pada pengasuh takdelah pengasuh rasa kekok nak bagi dia minum. Bila Iskandar dan genap 6 bulan baru aku serahkan pada pengasuh untuk suap makan dan minum Iskandar. Minum guna cawan dan sudu. Sampaikan pengasuh cakap, “Pandai Iskandar minum dalam cawan....!”. Walhal dah didik awal-awal. Aku sebolehnya nak menyenangkan pengasuh aku. So, dekat rumah mana-mana yang boleh aku didik dulu, aku dan hasben akan buat.

Okey, macam mana kita nak tahu bila baby dah bersedia makan solid foods? Dah 2 kali aku tanya soalan yang sama. hahahahah. Macam aku, mula-mula aku campurkan beras susu (cerelac)1 scoop dalam susu Iskandar. Aku tengok penerimaan dia macam ok je, after 4-5 hari baru aku try suapkan bancuhan beras susu sebanyak 2 scoop dan suapkan menggunakan sudu. Mula-mula Iskandar tak pandai makan dengan sudu. Lidah dia akan tolak makanan keluar. Time ni mommies jangan nak marah-marah plak. Pelan-pelan didik baby tu, suap sikit-sikit. Memadai hujung sudu pun dah ok. Bila suapan ke 5-6 barulah baby kita nampak macam ok untuk menerima foods berkenaan. Time ni korang tengoklah memek muka dorang. Kelakar kot! Macam makan benda peliks je. Macam kita tengok fear factor tu. Hahahahaha. Kesian pun ada! Sometimes rasa nak give up juga bila baby dah start luahkan makanan. Habis kotor baju kadang tu. Tapi dah jadi mak-mak ni kesabaran kena la tahap langit ke tujuh weh!.

Antara isyarat lain baby dah bersedia untuk makan adalah kepala dia boleh disokong sendiri. Maksudnya dah stabil la. Kita tak perlu nak ampu lagi kepala dia dan dah berkebolehan untuk kedudukan menegak.  Bila baby dah mula berhenti untuk menolak makanan menggunakan lidah keluar dari mulut sendiri, bermakna baby juga dah bersedia menerima makanan pejal. Time ni baby dah mampu untuk menyimpan makanan dalam mulut dan kemudian mampu untuk menelan. 

Kebiasaannya baby menunjukkan tanda-tanda untuk makan makanan pepejal bila berat badan bertambah. Penyusuan 8-10 kali sehari tidak memadai lagi dan buat baby sentiasa rasa lapar. Ketika ini kita dah boleh ajar baby untuk makana solid foods secara perlahan-lahan. Macam Iskandar selalunya sekali minum 6 auns, itupun kadang tak cukup. Berat badan Iskandar dah mencecah lebih 8 kilo pada usia 5 bulan 2 minggu. Memang sado jugalah anak soleh aku yang sorang nie. Sebab itulah aku pelan-pelan ajar dia makan solid foods. Tapi bukanlah hari-hari time tu. Bila dah cukup 6 bulan baru aku bagi Iskandar makan 2 kali sehari. Syoknya bila suap Iskandar, dia siap pegang tangan aku ... gaya  macam nak suap sendiri, padahal kalau minum susu ... botol pun taknak pegang sendiri. Berpaksa barulah dia nak pegang.  

Iskandar masa 1st time makan solid foods dia buat muka pelik. Antara nak telan dengan tak telan tu sama banyak je. Pastu dia pandang muke aku dengan confuse sekali. “Eh, apa ni mommy ... pekebenda mommy sumbat dalam mulut Iskandar nie???”. Aku rasa camtulah kata-kata yang Iskandar cuba sampaikan pada aku. Yang aku ni plak, suka ketawa-ketawa bila pandang wajah confuse anak soleh aku tu. Ha ha ha ha. Sian dia selalu jadi mangsa buli mommy....sabar ajelah wahai anak soleh ye!

Uih, sedar sedar dah panjang plak entry aku. Okeylah. Next time aku share plak macam mana cara untuk perkenalkan solid fodd pada baby dah berusia 6 bulan. Untuk lebih maklumat korang boleh gugel sendiri atau tanyakan pada doktor kanak-kanak ye. Itu adalah sebaiknya. Aku cuma share apa yang aku dah buat sendiri, berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah lagi awal jadi ibu dan juga dari pembacaan aku dalam laman-laman web tertentu.  Aku banyak baca dari web babycenter. Penjelasan dia senang dan mudah nak faham.

Sharing is caring!


p/s : Suka tengok Iskandar membesar depan mata sendiri.


RESEPI PUREE CARROT DAN BROCOLLI

Assalamualaikum ....

Since Iskandar dah boleh makan solid foods, rajin la aku mengugel recipe nak buat makanan yg sedap2 dekat anak soleh aku ni. Mommy yg lebih excited, yang anak relaks je. Hahahaha. Nampak sangat tak keruan tak kena tempat. Jumaat lepas siap ajak hasben aku pi Tesco Kajang jam 11 malam semata mata nak beli buah dan sayur untuk buat puree kat Iskandar. Dah tak sabar nak tunggu siang. Lawak betul! 

Hasben aku layankan ajelah. Gigih dia kendong Iskandar yg menidurkan diri tapi mommy tengah malam buta pun sibuk nak shopping. Kat tesco aku beli bahan2 utk buat puree Iskandar....aku beli carrot, brocolli dan golden pumpkin. So, pagi Sabtu sebelum keluar pegi open house rumah member aku, gigih aku basuh, potong dan kukus carrot dgn brocolli. Buat stok untuk 4 hari dulu. Iskandar makan puree sehari 2 kali. Tengahari dengan petang. Tengahari pengasuh dia suapkan dan petang aku dan hasben suapkan. Kalau aku masak, hasben yang akan suapkan Iskandar.


Banyak sangat ceritakan. Meh aku share recipe simple untuk buat puree. Kali ni aku buat puree carrot dgn brocolli je tau. Golden pumpkin tu aku simpan utk buat stok minggu ni.


Resepi : Puree Carrot dan Puree Brocolli

Bahan :

  • 2 Batang carrot atau brocolli
  • Air suam atau EBM secukupnya
Cara :

  • Carrot atau brocolli dipotong kecil dan direndam 15 minit;
  • Kukus carrot dan brocolli hingga empuk (15-20 minit)
  • Bila dah empuk biarkan sejuk kemudian blend carrot atau brocolli bersama air suam atau ebm hingga halus. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
  • Kemudian tuang dalam bekas kecik (lihat gambar di atas)
  • Masukkan dalam fridge kat tempat beku tu. Boleh buat stok utk seminggu. Pastikan label tarikh ye. Aku buat stok utk 3-4 harije. Kiranya seminggu 2 kali la aku buat stok.
Ni puree carrot yg pestime aku buat kat Iskandar. Aku pn belasah juga makan. Sedap weh...lemak2!


Untuk mommies yg nak mencuba silakan. Tak susah pun. Start 7 bulan baru aku nak bagi Iskandar nasi bubur. Sekarang ni aku lebihkan pada serat dulu. Dah start makan bubur nasi nanti bolehlah letak ayam dgn ikan plak.

Nanti aku share recipe2 lain yang aku cuba ok. 


p/s : Rasa sekejap je Iskandar dah 6 bulan. Dah besar dah dia. Selalu jadi mangsa gigitan manja mommy...hahahaa geram peha sado sangat!


Friday, August 14, 2015

ISKANDAR AMBIL DARAH KALI KEDUA

Assalamualaikum...


Aku baru balik dari Klinik Presint 18. Ambil darah Iskandar untuk kali kedua. Kali pertama ambil hari Isnin, lepas tu doktor terus setkan appointment untuk ambil darah kali kedua sebab bacaan platelet darah dia tinggi ... hampir 572,000 permikroliter. Sedangkan bacaan platelet darah yang normal adalah 150,000 - 450,000 permikroliter. Yang aku baca dan doktor bagitahu la. Aku tak reti sangat bahasa perubatan nie. Tapi cuba nak ambil tahu bila dah beranak ni. Nak tahu lebih lanjut kena rujuk pakar perubatan ya. Hari ni bila ambil darah sekali lagi, platelet dalam darah Iskandar dah turun jadi normal ... bacaan dalam 300,000! Alhamdulillah. Cuma kaki tangan dia tetap rasa panas-panas dan sekali ada bahang-bahang. Cuma doktor bagitahu, bila umur Iskandar cukup setahun dia kena ambil darah sekali lagi sebab nak tahu tahap kesihatan dia macam mana.



Nasib baik Iskandar sangat behave bila ambil darah. Dia tak nangis. Cuma eeeeek sikit je. Aicehhh macam la aku yang bawa dia masuk makmal, walhal hasben aku yang bawa masuk. Aku dah tak sanggup nak tengok akak-akak misi yang comey2 tu cucuk Iskandar untuk ambil darah. Trauma rasanya! Kalau setakat cucuk vaksin tu aku okey lagi. Cucuk amek darah ni macam tak sanggup bila mengenangkan keadaan Iskandar masa warded dulu. Aku plak rasa nak lempang doktor kat Hospital Sultanah Bahiyah tu .... doktor praktikal amek darah anak aku sampai 5-6 kali try tak dapat .... Iskandar dah meraung sampai hilang suara. Nak tidor pun dia still merengek! Pastu kul 3 pagi kejut lagi anak aku semata-mata nak amek darah. Vangang sangat tau ... dah tahu tak reti amek darah bagi la kat doktor yang dah bertauliah. Masa tu aku sikit lagi nak hilang sabar, kalau tak tak tahu la apa nak jadi. Geram punya pasal terus aku minta 'check out' dari hospital tu. Kesian anak aku! Aku ni kan mak mak yang muke gangster tapi hati macam agar-agar bila dah ada anak ni. hahahahaha .... sabo ajelah!! Yelah mak mana yang sanggup tengok anaknya sakit kan....

Entry ni aku type dari opis hasben sampai balik rumah tak sudah2. Maka wajarlah aku stop kat sini. Nak pi Tesco sat...cari diapers Iskandar. Kata ada sale diapers drypers kat sana, haruslah terjahkan.....okeh cau cin cau dulu ya!


P/s ; Alhamdulillah dapat juga aku sempurnakan puasa 6 bulan Syawal. Tahun lepas tak sempat....

Thursday, August 13, 2015

GENAP 6 BULAN

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, semalam genap Iskandar 6 bulan. Dah membesar bagai juara. Baju seluar dah ada yang tak muat. Baju pun dan senteng nampak pusat pun ada. Sabar ajelah anak soleh mommy nie. Kejap sangat masa berlalu, sedar tak sedar dah 6 bulan Iskandar. Aku rasa macam baru semalam aku baru masuk bilik bedah ... macam mimpi2 pun ada. Iskandar membesar dengan baik dan setakat ini Iskandar sangat behave dan memberi kerjasama yang baik kepada aku dan hasben. Dia takdelah banyak merengek. Cuma ada masanya  manja Iskandar berlebih-lebih bila hujung minggu. Tapi still undercontrol. Berbeza la dengan masa Iskandar dalam pantang sampai aku langsung tak cukup tido dan nak makan pun tak sempat. Dengan Iskandar jatuh sakit masa usia dia 39 hari serta terpaksa warded menjadi kerisauan aku berganda. 3 malam menginap di Hospital Sultanah Bahiyah (aku berpantang kat kampung di Kedah) buat aku menangis je, stress lagi nak jaga bekas czer, adus Allah sahaja yang tahu. Syukur, ganjaran selepas pantang Iskandar baik baik selalu. 


Seronok tengok Iskandar membesar depan mata. Macam-macam perangai dia yang kadangkala buat hati amat terusik. Cukup 3 bulan 2 minggu Iskandar dah boleh meniarap. Ada orang cakap kat aku, "cepatnya dah boleh meniarap!". Alhamdulillah la. Teruja sangat aku  masa tu ... kemudian habis satu katil dia pusing. Ke sudut sana, ke sudut sini. Masuk hampir 5 bulan barulah Iskandar pandai terbalikkan badan dia semula. Aku perasan, Iskandar lambat terlentangkan badan sendiri sebab dia terlalu berhati-hati ... seolah-olah dia gayat. Beberapa kali dia cuba nak terlentangkan diri sendiri, tapi masih juga tak lepas. Seriyau kot bak kata orang Kedah. Aku yang memandang nie senyum je tengok dia. 

Bila dah masuk 5 bulan dah pandai masuk bawah meja walaupun belum pandai merangkak apatah lagi menyulur. Kalau Iskandar nak ke sesuatu tempat, dia akan meniarap terlentang meniarap terlentang seolah-olah macam bergolek ... sedar-sedar dah masuk bawah  meja, sedar-sedar dah tepi sofa. So, sekarang ni kalau nak tinggalkan Iskandar tidor kat tilam, aku kena kepung keliling tilam tu dengan bantal tak kasi Iskandar bergolek. Ish, seriyau la kot jatuh tilam kang. Tilam master bedroom aku berdouble, sebab katil kitaorang dah robohkan, tinggi sangat dan risaukan Iskandar takut dia jatuh. Kemudian, doublekan tilam. Itupun nampak macam tinggi. Hasben plan nak angkat tilam lagi satu, biar satu je yang tinggal ... so, rendah la. Jatuh pun takdelah risau sangat.

Habit Iskandar kalau tido mesti nak peluk bantal. Ish macam orang dewasa sungguh. Kalau takde bantal pelok dia, macam liatnye nak tido sendiri. Aku bersyukur sangat sebab Iskandar tak tido buai. Dari lahir memang aku tak ajar Iskandar tido buai, walaupun time berpantang mak and abang aku paksa tidokan Iskandar dalam buai sebab Iskandar susah nak tido time tu. Dorang kata tido buai senang, anak lena lama. Oh, no no no.....sebabnya aku taknak nyusahkan pengasuh aku nanti nak berbuai dia. Kalau nak ke mana-mana pun susah kalau nak berangkut buai. Walaupun masa tu mak and abang dok cakap macam-macam dan hampir-hampir juga la aku nak letak Iskandar dalam buai tu. Tapi dah jenis keras hati, lantak la orang nak cakap apa pun. Aku faham mak and abang paksa aku sebab dorang kesiankan aku time pantang tu, dengan anak menangis tak nak tido then perut aku plak sakit kat part jahitan. Aku kan degil melampau ..... so, buat derk ajelah. Berkat buat derk tu, Iskandar pandai tido sendiri. Bagi bantal, golek kiri golek kanan terus tido. Cuma, bila orang ramai ... macam contoh balik kampung, baru aku kena dodoikan Iskandar tido. Iskandar susah sikit tido kalau dengar suara orang nie....sibuk je mencari tuan punya suara.

Iskandar dah start makan solid food. Actually, aku start bagi Iskandar makan pada usia dia 5 bulan 2 minggu. Mulanya aku campurkan 1 scoop cerelac beras susu dalam susu botol dia. Then aku bancuh 2 scoop cerelac untuk dia makan. Sehari sekali je. Baru semalam aku start buatkan Iskandar puree carrot. Bukan main laju Iskandar makan, kalau lambat sikit suap bukan main marah lagi dia. Kalau cerelac Iskandar makan macam  tak excited sangat, puree carrot nia macam dia suka la. So, hari ini aku bekalkan Iskandar sebekas kecil puree carrot kat rumah pengasuh. 1st time nak bagi pengasuh plak suap. Aku bagi sebekas je, sebab petang biasanya aku yang suapkan sendiri. Aku nak juga feel suap anak sendiri tu.

Dan ... bila dah genap 6 bulan ni baru aku tahu ... condition darah anak soleh aku tu tak stabil. Esok amik darah lagi. Harap semua ok. Aku sentiasa doakan yg terbaik utk anak soleh aku dunia dan akhirat.

Buat anak mommy Iskandar, suatu masa nanti kalau blog mommy masih wujud dan kamu terbaca segala entry di sini, mommy nak bagitahu bahwa kamu adalah anugerah terindah dalam kehidupan mommy dan babah! Mommy dn babah sayang kamu dunia akhirat.



p/s ; Cepatnya masa berlalu....

Sunday, August 9, 2015

MASAK LEMAK CILI API IKAN SALMON

Assalamualaikum...

Amboi mentang la berhasbenkan org Nismilan, semua benda nak buat masak lomak...kan? Menu terkini ikan salmon buat masak lomak. Idea hasben. Selalu kalau beli salmon, aku grill je. Senang dan mudah. Akhir2 ni menu ikan salmon menjadi kegilaan nafsu aku dan hasben. Tapi takdelah selalu beli, sebulan sekali je pun. Ikan ni kan mahal bebenor. Kalau kat hotel lagi mahal menu ikan ni. Baik masak sendiri, murah sikit. 


Aku Dan hasben mula terjebak dgn si salmon ni masa shopping sayur kat Cold Storage. Kat CS, sayur murah ... Segar pulak tu. Tapi ada time dia la nak jumpa sayur segar ni. Then lalu kat tempat ikan, terpandang salmon. Macam best je....macam best je. Memanggil manggil ikan ni kat aku. Masa nak beli tu memikir nak masak apa. Siap bincang recipe ngn hasben depan ikan tu. Kalau dah bincang recipe wajib la beli. Aku cakap hasben, grill je senang. Amik seketul cukup sebab makan bdua je, lagipun ikan ni 100g RM6-8 ... Selalu seketul aku beli dalam RM20 ke atas.

Dah 3-4 kali asyik grill je, tu yg tertimbul idea buat masak lemak cili api. Sedap juga rupanya masak lemak cili api salmon ni. Salmon ni grill pun sedap bleak inikan pula buat masak lemak.... perghhhhh memang sedap berdouble lemak la.

Recipe aku update kemudian ye. Nak belek Iskandar jap. Dak Iskandar dah bangun... dok haaaahaaaahaaaa nak suh kite amek dia.  Kang aku sambung recipe ni ye...


p/s; Semalam ngan Jamuan Raya asyik ngadap rondang joooo 


Saturday, August 8, 2015

PESANAN UNTUK IBU DAN AYAH

Assalamualaikum ....


Pesanan ini khas untuk ibu dan ayah. Sejak jadi ibu pada Iskandar aku banyak juga la gugel dan baca ilmu parenting ni. Sebab aku sedar, menjaga, mengasuh, membesarkan dan mendidik anak pada era sekarang sangat-sangat mencabar. Gigil pun ada. Apapun aku berdoa agak Allah swt permudahkan urusan aku dan hasben untuk menjaga, mengasuh, membesarkan dan mendidik Iskandar dengan baik. Aku juga mendoa dengan harapan Iskandar membesar menjadi anak yang soleh dan baik akhlaknya. Serius aku meletakkan harapan pada Iskandar untuk menjadi hamba Allah swt yang baik dan berbuat kebaikan di dunia ini. Moga anak soleh aku senang di akhirat kelak. Itu harapan aku. Semestinya aku agak risau perihal Iskandar, tapi aku kena cool ... dan kena tunjukkan dan buktikan aku serba boleh di mata anak soleh ku nanti.

Untuk mak ayah, ummi abi, mommy daddy ... mama papa, mommy babah (aku ler tuuu) ini pesanan khas untuk korang semua. Aku doakan agar kita semua dapat mendidik anak-anak dengan baik dan sempurna. 


Selalunya kita sebagai ibu bapa sedar bahwa kita tidak cukup baik, bagus dan sempurna. Namun, rata-rata ibu bapa dalam menjaga, mengasuh dan mendidik anak pastinya ingin lakukan yang terbaik buat anak-anak. Kadangkala harapan kita pada anak-anak soleh/solehah lebih besar dari segunung intan permata!


#feelmakmakterlebih



p/s: Moga Iskandar menjadi anak yang soleh. Selamat hujung minggu! 

Friday, August 7, 2015

BEGEDIL SEDAP

Assalamualaikum...

Amboi tajuk kemain. Mentang-mentang la asyik hadap open house dan open office sepanjang Syawal ni....citer makan je. Dah makan pasti gemuk. Nangis sorang sorang! Kikkiki. Tajuk di atas berkaitan cerita semalam. Al kisahnya semalam, bff aku si Jun dan Ida datang beraya kat rumah. Dorang dh roger 2-3 hari awal nak datang. So memikir la menu apa nak masak. Masa adik aku dtg beraya, hasben masak mee kari. Sedap giler mee kari hasben aku masak tuh. Hehehehe matik la puji hasben sendiri.

Semalam turn aku lak masak utk tetamu aku 2 sekeluarga ni. Bincang dgn hasben buat mee sup ajelah. Tapi hasben plak beli nasi impit adabi utk opis dia. Aku cilok 15 ketul utk rebus. Senang. Time rehat semalam bergegas aku balik rumah masak kuah sup dulu. Time relaks nak tunggu kuah sup masak, macam bosan je. Terus timbul idea nak buat begedil sedap. Ini pun sebab teringat begedil biras aku masa raya kat rumah mertua. Aku tolong dia gentel begedil tu, sesambil risik2 resepi sekali. Hahahaha tolong ada makna tu. Akhirnya dalam sejam jadilah 30 ketul begedil sedap aku tu....

Dah siap gentel. Tapi tak comey sangat sebab buat time rehat kan. Berkejar-kejar masa. Nak masuk opis lagi. Memandangkan aku rebus nasi impit nak buat soto, so kalau ada begedil lagi la ummmpphhhh bila makan. Nak nak dgn sambal kicap berapi aku tu. Meleleh air mata makan.


Yang ni begedil yang dah siap digoreng. Siap goreng 1st round aku dah ngap beberapa ketul. Buat begedel ni tak leceh sgt. Bahan pun x banyak...sejam dh siap utk dimakan. Menu mee sup dan soto semalam aku x snap pun. Sibuk layan tetamu, sibuk kat dapur dan sibuk dgn Iskandar anak soleh ku itu.

Meh aku share recipe yg aku pelajari dgn tak sengaja dari biras aku....

Resepi : Begedil Sedap
Sumber : Biras ku ;-)

Bahan;

10 ketul kentang
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit garam dan serbuk perasa
Beberapa tangkai daun sup dan daun bawang
Sebiji telur

Cara;

1. Kopek kentang dan belah 6. Kemudian gorengkan kentang hingga empuk
2. Tumbuk kentang yg tlh digoreng hingga lumat.
3. Tumbuk bawang goreng sedikit bagi hancur dan hiris halus daun sup dan daun bawang.
4. Gaulkan kentang yg ditumbuk bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
5. Kemudian bulatkan kentang tu kecik2 atau ikut suka hati saiz yg korang nak. Jadilah bulatan begedil.
6. Pukul telur dan celupkan begedil dalam telur dan boleh digoreng.
7. Bila dah kekuningan...boleh angkat, toskan dan boleh dihidangkan.

Resepi ni simple je...tp dah mengarang jd panjang la pulak. Hahahhahaha. Selamat mencuba.



P/s ; Hari ni kenyang makan satay je.


Monday, August 3, 2015

SAMBAL HITAM PAHANG

Assalamualaikum...


Seminggu pendam diri. Sibuk beraya rumah sanak saudara sebelah hasben. Tapi nak up cerita pasai raya macam tak best la pulak sebab raya tahun ni aku tak gigih sangat nak ambek gambar. Harap hasben ja dok snap gambar sana sini. Tu pun belum transfer lagi gambar dari hp dia. Cerita raya takdak, kita cerita pasai makan. Menu baru yang jadi kegemaran aku dan hasben. Bukan menu ciptaan sendiri ye, menu cilok dari orang Pahang. Sambal hitam! Hitam-hitam menawan. Betoi ka sambal hitam ni memang original dari Pahang? Jangan tanya aku ... aku pun tatau ye! Aku tau makan je.

Tertimbulnya keinginan nak makan sambal hitam ni sebab dok tengok kawan aku juai kat fb. Dok teringin la sangat, lebih pada orang mengidam habaq hang. Memang teringin la. Berjanji nak pi beli kat dia, tp tak pi pun sebab masa tu hasben demam. Nak order lagi kang takut tak terambil. So, time tu telah la ailio bergelen sebab teringin bebenor! Dan satu hari tu, pi ofis hasben then nampak la pokok belimbing buluh dengan buah yang lebat. Terus suruh hasben bawa balik buah belimbing buluh sebab nak try buat sambal hitam ni sendiri. Tak pernah buat tau. Sebab teringin punya pasai sanggup berpayahan. Nampak tak ... kuat melantak aku ni kadang, tu sanggup berusah payah kalau bab makan. Time rajin ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! Kalau time malas rebuih megi ja la. ahaks!



Rupanya susah juga buat sambal hitam ni. Makan sedap. Nak tunggu siap berjenuh jugak la. Meleleh peluh habis satu badan tau. Baru dapat sejemput. Susah payah juga aku google recipe sambal hitam ni. Walaupun agak susah nak buat, tapi aku puas hati la .... sebab sambal hitam ni memang sedap rupanya. Padanla kawan fb aku tu jual memang laku keras sambal hitam dia! Hilang penat buat sambal hitam ni bila hasben puji ..."sedap la!". Terus kembang kucup hidung aku yang tak mancung nie. ahaks!

Recipe aku gugel je. Nanti aku share update pasal recipe ni ye. Manatau kot hangpa pun teringin nak buat. Nak balik dah, hasben dah call...ngeh ngeh ngeh ....


UPDATE :

Nak share recipe yang aku gugel tu. Untuk tatapan korang.

Sambal Hitam Pahang

Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : Blog Madihaa


Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus 
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.



PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
 #terima kasih akak madihaa!!


p/s : Susah betul nak update blog kat rumah. Tenet macam hape je. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr