Assalamualaikum ...
Happy weekend! Bestnya dapat cutikan? Lepak-lepak kat rumah. Bersama family. *Lagi best ada family sendiri*. Tengok TV. Tengok Movie. Jalan-jalan sana sini. Shopping raya dengan family. Seronoknya! Tapi saya ... kerja! Ini rezeki saya ... ada masa lepas nie saya pun nak cuti weekend macam orang lain. Untuk setakat ini harus bersyukur apa yang diberi Tuhan! Kerja satu rezeki. Keluarga pun satu rezeki. So, apa yang kita miliki adalah rezeki. Bersyukur itu perlu!
Cerita pasal rezeki, Alhamdulillah ... bila balik dari bercuti dari kampung, saya dapat rezeki dari blog. Buffered Earnings. Just nak kongsi dengan kawan-kawan yang selalu jenguk sini. Julai lepas langsung satu BE pun tak ada. Redha ajelah. Menulis pun memenuhi minat. Hasil dari penulisan adalah perkara sampingan.
Setiap kali ada BE saya akan berkongsi di sini. Bukan untuk berlagak. Bukan otai pun. Bukan hebat sangat pun. Tapi cerita tentang BE untuk beri semangat kepada bloggers yang baru bertapak. Itu sahaja niat saya. Saya pun masih baru. Setahun 5 bulan. Blog-blog yang terdahulu sejak 2005 tak kiralah. Itu semua hidup segan mati tak mahu! Masa tu keadaan tak cukup sifat untuk berblog. Dengan lappy dan line internet yang tak ada kat rumah. Harap office je ... mana syiooook!!
BE yang saya selepas balik bercuti dari kampung. Alhamdulillah ... sangat teruja sebab kempen dari DiGi DEP Free All Day dan Iskandar Malaysia dapat dalam masa seminggu. Terima kasih Mr. Nuffnang. Sayang ketat-ketat! Rajin-rajinlah backlink kat Nuffnang mesti esok dia bagi BE lagi ... he he he. Lebih baik ada daripada tiada. Macam biasa bersyukur itu perlu.
BE saya memang tak sekencang Cik Epal06 ... Yuyu Zulaikha ... jauh sekali Redmummy. Mereka ini bloggers hebat. Bloggers perempuan yang hebat yang saya tahu dan yang selalu cerita tentang earnings mereka. Ada lagi ke yang lain? Mungkin ada, tapi mereka memilih untuk diam aje. Takpa. Tak kisah. Hak masing-masing ... ye dak? Dapat satu dua BE pun dah buat diri sendiri teruja. Seronok.
Walauppun traffic rendah dulu ... menulis tetap menulis. Rasa seronok kerana masih ada yang sudi jenguk!
Terima kasih ya ..
Terima kasih ya ..
Rendah! Alhamdulillah masih ada pengunjung. Traffic minggu pertama bulan Ogos. Ini memang traffic yang biasa saya dapat sejak mula berblog. Biasa bukan! Tak gempak pun. Even saya pernah update satu hari 4 entry. Baru saya tahu susahnya mendapat pembaca setia! Susahnya nak menarik minat orang lain membaca blog kita. Nak biar hati mereka meruntun-runtun untuk baca. Memang susah. Tapi tak salah berusaha. Jika memang suka menulis ... tulislah apapun selagi tidak mengganggu hak kehidupan orang lain.
Mencari idea untuk menulis kadang-kadang susah. Kadang-kadang idea ada tetapi kekangan masa yang buat kita tak sempat. Jadi kerana masa yang memang hanya 24jam sehari semalam pada umat manusia, maka harus selit-selit bila perlu berblog. Tambahan pula ada tugas wajib yang lebih penting. Berblog adalah sampingan. Sekadar memenuhi tuntutan jiwa. Macam saya sekarang, sudahnya satu hari hanya dapat satu entry ... paling sempat pun 2 entry. Itu pun terkial-kial.
Bila melihat traffic selepas balik dari bercuti, Alhamdulillah ... traffic naik dengan mendadak. Kalau dulu seminggu hanya ada lebih kurang 200 ke 300 pembaca sahaja. Tapi sekarang ... sudah 800 lebih! Pencapaian terbaik pada diri sendiri yang saya nak kongsi dengan korang. Seronok sangat ... walaupun tidak sehebat bloggers lain.
Traffic tertinggi setakat ini. Tidak gempak pun ... tapi seronok melihatnya!
Double terima kasih kepada korang yang sudi jenguk sini tanpa jemu! Korang juga satu semangat!
Ada yang naik ada yang turun. Biasalah kita tak akan dapat semua bukan? Harus menerima ... sini lebih pasti sana akan ada kurangnya. Bila traffic saya meningkat ... saya perasan setiap entry saya semakin kurang comment. Lebih ramai silent readers agaknya. Tapi saya tak kisah ... walaupun bagi saya comment adalah pertambahan kepada keseronokan menulis!
Seronok bila dapat comment dari kawan-kawan. Baca sambil senyum sorang-sorang adalah perkara biasa. Macam-macam comment yang ada. 2-3 comment pun dah buat diri sendiri suka. Rasa penulisan itu dihargai. Moga comment korang sememangnya ikhlas dengan apa yang saya tulis. Jika sebaliknya, itu bukan hak saya untuk menilai. Ye daaak?? Comment korang tetap saya menerima dengan hati terbuka. Alhamdulillah kebanyakan comment kawan-kawan semuanya adalah baik. Belum ada lagi yang sebaliknya. Kalau ada, kenalah berfikiran positif. Menegur itu bukan untuk menentang. Tapi menegur itu adalah kawan untuk berfikiran secara lebih positif!
Dah panjang lebar pulak entry ini. Siap saya save dan sambung di office. Oklah nak sambung kerja. Nanti sembang lagi ye. Itu aje saya nak share hari ini. Kegembiraan. Keterujaan. Turun. Naik. Dan terima kasih buat semua yang selalu jenguk di sini. Terima kasih sebab baca sampai noktah yang terakhir tau!
CK : Peritnya mata nie menahan mengantuk yang teramat ....
tahniah kak... rezeki jugak ni kan..
ReplyDeletepsst, sy pun keje hr ni.. kak, nk tnye nasi arab yg akak ckp hr tu.. kt mn yer? best x?