Saturday, September 14, 2013

CUBA TENANG

Assalamualaikum ...


Hari ini aku bangun awal. Cuba jadi manusia yang tenang. Cuba lupakan kesilapan orang lain kepada aku. Aku sedar, aku tak mampu untuk mengubah sikap orang lain. Aku juga sedar, kadang kala aku tidak mampu mengubah benci menjadi cinta. Begitulah sebaliknya.

Aku akhirnya menerima, cuba menghentikan bicara tentang mereka yang membuat aku terluka. Bila aku diam, tidak pedulikan mereka .. aku rasa semakin bahagia. Baiklah, aku mengalah ... lebih baik aku terus meminggirkan diri. Aku tahu, aku tidak akan rugi dan tidak pernah rugi. 

Aku berfikiran, suka dan tidak menyukai adalah perkara biasa. Kadang, kita juga tidak mampu menyukai sesetengah orang, jadi tidak hairanlah kadang ada yang tidak menyukai sikap kita. Kita diam pun orang tak suka, itu yang aku tak faham ... tetapi aku menerima. Sebab itulah aku lari dan cuba lari dari mereka. Walau mereka sebenarnya di depan mata.

Semuanya ada hikmah. Dugaan ini menjadikan aku manusia yang kuat dan tabah. Mungkin ada habuan kebahagiaan pada aku di masa hadapan. Siapa tahu? Kecuali Tuhan, Dia tahu!

Bila aku tidak lagi senyum, jangan marahkan aku .... bukan aku tidak suka senyum, tapi aku rasa membazir senyum pada manusia yang pura-pura pada kehidupan dan orang lain. Pura-pura baik. Pura-pura itu. Pura-pura ini.

Aku sempadan diri aku dan kamu selepas ini dan seterusnya. Bicara kita hanya atas urusan rasmi ... kerja! Selebihnya tolong diam dan jangan usik lagi perihal hidup aku dan si cinta hati.




CK : Aku pasti kuat. Pasti!



1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!