Monday, September 2, 2013

PANDAI DAN RAJIN MASAK

Assalamualaikum ...



Aku nie jenis kagum giler tengok wanita-wanita yang gigih memasak, baking dan sewaktu denganya. Dan la pandai masak, hasil air tangan pun cantik, kemas dan nampak sedap. Dah la pandai masuk, pastu memang rajin giler. Kalau setakat pandai masak, tetapi malas sampai kertu pun tak guna jugak. Asyik cerita resepi macam-macam, tapi sampai masa order makan kat kedai je. Ish!

Sebagai manusia yang banyak impian hidup macam aku (spesis tamak nak juga impian banyak2 dalam hidup) aku nak pandai dan rajin masak. Aku nak suatu hari nanti boleh hasilkan masakan sehebat, sesedap dan semenarik beberapa blogger yang ada kat alam maya nie. Aku taknaklah jadikan chef-chef tersohor sebagai idola ... sebabnya jauh sangat. Resepi dorang pun bukan jenis kena dengan tekak aku sangat. Aku nie suka resepi yang asli ... lebih kemelayuan walaupun aku suke je makan makanan western nie. 

Aku harap suatu masa nanti, aku mampu terror masak ... dan sedap! Dulu aku pernah ada cita-cita nak jadi chef. Tapi ayah aku tak kasi. Sedih tul! Sampai skang aku jadi tak keruan kalau tengok recipe dalam internet ... sampai terfikir nak je buka kedai makan sendiri, walaupun masak pun ntah pape ... kang takde plak sape yang datang ke mini cafe aku nanti. Rugi la plak.


Takpe ... aku letak cita-cita dulu. Mana tahu nanti aku ada rezeki dalam bidang F&B nie .... mesti puas hidup aku masa tu. he he he





CK : Cita-cita tak boleh blah ....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!