Start Khamis malam Jumaat, aku dah rasa tekak and badan nie tak berapa nak best. Tekak sakit, suara dah bertukar garau dan badan sedikit panas. But, aku malas nak layankan badan nie. Masa yang tak sesuai nak memanjakan diri nanti takut demam teruk. Sian pulak dengan anak-anak buah yang kat rumah nie, risau takut berjangkit dengan dorang.
Hari Jumaat aku dah start batuk-batuk teruk. Lunch time hari tu juga aku keluar pergi cari ubat. Beli panadol soluble dengan ubat batuk woods. Nak ke klinik cam malas. Lepas makan terus aku hadap panadol soluble. Rasa dia mak aih ... pheeeeeewwwww aku memang tak suke. Tapi kena suke juga.
Ubat sebesar nie jangan minta aku telan ... tak rela! Nasib baik jenis masukkan dalam air ... |
Bayangkan kalau aku telan soluble tu pastu terus minum air. Sure menggelegak sama camnie juga dalam perut aku. |
Nasib baik aku amek tindakan yang cepat. So, demam aku dan batuk baik jugalah. Takdelah sakit-sakit badan ke hape macam sebelum nie. Semalam aku teman adik aku bawa anak dia ambil nep kat Lita Alis. Ingat cam nak juga jumpa doktor sekali, memandangkan tunggu adik aku ambil nep punya lama terus aku pegi kedai sebelah beli lagi soluble.
Lepas pergi klinik, kami makan dekat Taman Ampangan Presint 5. Ramai cakap masak asam pedas kat situ sedap. Aku tak pasti sebab tak pernah makan. Aku suke kuih muih kat sini dan sup daging dia ... sedap! Lepak lama juga kat situ sambil bagi anak buah aku jenjalan sket. Maklumlah dok apartment, rumah cam sarang burung bertingkat je. So, nak keluar pun susah. Sekali dapat keluar ... bawalah dia jenjalan sekali. Kena plak angin sepoi-sepoi bahasa kat taman tu. Lega sket ... baru terasa hirup udara segar.
Tengok tu, lupa diri sekejap anak buah aku kalau dapat keluar. Semua kawasan dia nak redah dan melawat. Budak-budak ... jumpa plak tempat cantik camnie, sukelah dia! Balik je dari Taman Ampangan, sampai rumah terus aku makan ubat. Tengok TV. Adik aku dengan anak-anak buah masuk tidur. Kesian, adik aku tak dapat tidur malam sebab anak dia hidung tersumbat, so susah nak tidur. Asyik berjagalah. Dah amik nep tu, rasa okeh tu yang dapat tidur dari kul 2.30pm sampai 5.00pm. Pengorbanan ibukan!
Aku plak walau tak sihat, nak tidur takde mood plak ... terus buat kira-kira hasil simpanan setahun aku tu. Hasil simpanan setahun nie nanti aku share .... macam tabung bunian jugalah! Mula tu suke-suke skang dah jadi hobi plak. Tunggu yek, malam kang kalau aku rajin aku kongsi cerita nie.
Skang aku nak rehat jap ..... sakit perut plak dari pagi tadi! Memang betul tak sihat aku nie ....
CK : Plan nak gi keje ... minggu nie dah la boss nk jumpa, report tak siap lagi. Alahai .....
alo~...cianyer, sekarang ni tengah pertukaran monsun, so cuaca tak berapa nak ok. kalau sendiri jer kena takpa, kalau jangkit dengan orang lain yang tak tahan tu...
ReplyDeleteItulah, berjangkit ngan budak2 masalah tu...ngan kite2 susah. Kita sorg je susah takpelah...
DeleteJga kshatn baik2
ReplyDelete