Rindu kat mak ayah aku! Kalau kampung tu dekat, rasanya setiap minggu aku balik. Walaupun kat kampung aku tak ada pun ramai kawan, pergi mana pun berkepit dengan mak. Tapi happy apa! Sampai kawan-kawan sekolah selalu cakap aku nie anak mak. Tahu kenapa? Kalau aku keluar pergi town, mesti berjalan dengan mak siap-siap pegang tangan! Memang tak pandang kiri kanan dah, pergi sekolah terus kena kutuk-kutuk dengan member.
Masa aku belajar dulu, mak rajin bekalkan kismis sebagai 'ubat' untuk kuatkan memori. Mula dari sekolah menengah sampai aku sambung study kat U sana. Kismis yang mak beli kat Pekan Rabu tu bukannya terus beri pada aku, tapi mak akan buat solat hajat dan baca doa-doa tertentu yang diambil dari Al-Quran. Bukan untuk aku sahaja tapi juga untuk abang dan adik-adik!
Mak cakap itu adalah salah satu usaha dia sebagai seorang ibu, usaha selebihnya ... anak-anaklah kena rajin baca buku dan ulangkaji pelajaran. Kalau harap pada kismis yang telah didoakan itu semata-mata tak susah jugalah nak score dalam exam! Apapun kismis doa yang dibekal mak itu memang ada kesannya. Sejak tinggal zaman belajar, aku takda lagi nak makan kismis doa dari seorang ibu.
Pernah juga aku minta mak buat masa 2-3 tahun lepas aku dah bekerja, memang mak penuhi permintaan aku, cuma katanya dia harap lepas nie aku kena belajar buat kismis doa itu sendiri buat bekal pada anak-anak aku nanti! Insya-Allah ... kalau aku ada anaklah.
Rindu semua keadaan itu. Mak aku selalu cakap, dia takda rezeki nak belajar hingga peringkat tertinggi kerana kesusahan dan desakan hidup masa dahulu, jadi hanya anak-anak sahaja jadi penyambung cita-cita. Menitis airmata!
Ibu ... ayah sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak. Tapi anak-anak tak tahulah sanggup atau tidak berkorban untuk ibu bapa. Tepuk dada ... tanya hati dan akal sendiri. Termasuk aku juga!
Aku nak share dengan korang petua ibubapa yang aku dapat dari FB Farit Ismeth Emir. Mungkin ia bagus untuk dikongsi bersama. Moga korang yang dah ada anak akan jadi ibubapa cemerlang. Amin ...
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
Sudah lewat malam. Mata aku dah mengantuk. Lain kali sambung lagi. Thanks ya datang sini dan thanks for reading too ....
CK : Jamuan kat PWTC siang tadi ... memang menarik!! Dapat juga aku cekau sate .... peberet!
info yg menarik lg berilmiah. wuh! heheh
ReplyDeletethank you for sharing...okeh skarang nk amek pen ngan kertas nk salin. keh3.
ReplyDeletesiapa yang nak bekerluarga boleh mula kumpul tips mcm ni.hehe
ReplyDelete