Showing posts with label Bisik Hati. Show all posts
Showing posts with label Bisik Hati. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Seronok!!


Seronok tengok orang lain seronok. Suka tengok orang lain suka. Gembira tengok orang lain gembira. Bahagia tengok orang lain bahagia. Tak nak komplen apa2....bersyukur seadanya sbb takdir dan ketentuan Allah buat hambaNya tidak sama juga tidak serupa!!

"Peace no war"!!



p/s : Status facebook saya....kepala agak pening sejak akhir2 nie! Banyak perkara yang difikir agarknya

Friday, December 3, 2010

CINTA


Cinta dapat mengubah debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat


Carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya, tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu....

Aku mencari kebahagiaan dalam kekalutan
Dalam kehidupan yang macam-macam





p/s : Langkah terhenti dan doa....pun menjadi tak pasti.

Saturday, November 27, 2010

::Bertemu Yang Salah!!::

~aku seolah-olah terperangkap di jaring kehidupan, perlu kuat utk dilepaskan~



Ada yang cakap pada saya, dalam kehidupan ini ada masanya Allah akan temukan kita dengan orang yang salah, supaya kita sentiasa sedar bahawa setiap yang salah pasti ada hikmah disebaliknya. Ada sebab Allah anugerahkan kita suatu ujian dan dugaan pada kita agar kita tidak terus lalai dan leka menjalani kehidupan ini. Dan Allah juga ingin kita berusaha lebih baik memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Sepertimana kita yang punyai kelemahan dan kekurangan...seperti itu jugalah dia.

Dengan adanya kita bertemu dgn orang yg salah, untuk menjadikan kita peka bahawasanya Allah sayangkan kita. Dan untuk Allah dekatkan diri kita dengan-Nya. Pertemuan dengan seseorang yang bukan jodoh kita untuk menyedarkan kita bahwa kasih Allah lebih besar dan lebih nikmat buat kita. Walaupun saya kecewa dengan apa yang berlaku dan pernah menuding jari pada kesilapan yang berlaku pada dia, saya sedar dia juga hamba Allah yang tidak berdaya. Gerak-gerinya juga dikawal oleh Allah. Itu pesan KF pada saya suatu masa dulu. Sampai hari ini saya pegang dan saya sentiasa menjadikan ia sebagai pedoman yang baik buat saya.

Untuk merasai kenikmatan hidup ini seadanya. Dan untuk merasai semuanya merasa cukup...BERSYUKUR adalah jawapannya. Pasti kita rasa senang, tenang dan tabah melaluinya. Orang kata cakap memang senang. Tapi payah dan penat untuk melaluinya. Ya..saya akui tentang itu, lebih mudah berkata-kata dari melaksanakan. Bak kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Itulah yang saya lalui...tapi saya berpegang kepada prinsip dan keyakinan diri. Saya yakin dalam setiap apa yang saya lakukan jika itu sememangnya saya inginkan. Prinsip hidup saya amat senang dan mudah...menerima seadanya sesiapa sahaja sekiranya hati kita ikhlas dan bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

Keikhlasan akan membuatkan satu silaturrahim itu berpanjangan. Insya-allah. Memberi maaf juga harus dengan ikhlas. Ikhlas bila kita tidak lagi bersuara dan memikirkan apa kesilapan mereka buat kita. Bukannya memaafkan tapi tidak melupakan. Memberi maaf tida semudah yang diucapkan. Tidak perlu memberi maaf sekiranya hati masih berkata2 tentang keburukan dan kesilapan mereka...LEBIH BAIK JANGAN MAAFKAN. Saya akui dengan jujur yang saya sukar memaafkan seseorang yang membuat kesilapan yang disengajakan. Senang cakap...saya bukan seorang yg pemaaf....Saya hanya akan memaafkan kesilapan seseorang bila hati saya rela untuk memaafkan dan saya tidak akan mengungkit di kemudian hari. Itulah saya....Saya ingin memberi maaf dengan ikhlas. Selalunya kemaafan itu hadir dengan sendiri tanpa dipohon....

Bukan senang untuk melalui kehidupan ini jika kita tidak cukup kuat dan berani. Dulu, saya selalu ckp pada diri saya...dunia ini hanya untuk mereka yang kuat dan berani sahaja! Keberanian dan kekuatan itu terletak dalam diri masing-masing. Jadi terpulanglah bagaimana untuk mengendalikannya. Begitu juga bila kita dipertemukan dengan orang yang salah. Kita perlu kuat dan berani untuk menghadapinya. Kebahagiaan terletak dalam diri kita dan hanya bagaimana untuk mencari kita sahaja yang tahu. Usah dicemburukan kebahagiaan kehidupan insan lain sehingga kita tergamak melukai hati insan yang tidak bersalah untuk dilukai. Bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bila kita menerima seadanya apa yang sedang kita miliki....kita akan merasakan kita lebih bahagia daripada mereka. Dan di situ kita tidak akan ada rasa untuk memiliki hati orang lain kemudian melukainya dikemudian hari.

Teruskan perjalanan hidup ini dengan senyuman..dengan doa..dengan usaha..dengan tawakal! Kerna Allah selalu menghadiahkan sesuatu yang terbaik buat kita, malangnya kitalah hamba-Nya yang tidak pernah tahu berterima kasih dan bersyukur. Sehinggakan kita memandang apa yang orang lain miliki lebih baik dan lebih hebat dari kita. Akhirnya kita tergerak meninggalkan apa yang kita ada dan berusaha memiliki sesuatu yang bukan kepunyaan kita. Bila yang bukan kepunyaan kita telah kita takluki dan jajahi....kita tinggalkan dalam keadaan terluka dan sememangnya dia tidak bersalah untuk dilukai. Adilkah kita? Hanya kerana kita tidak bersyukur dan menerima seadanya....kita telah membuatkan hati-hati yang tidak bersalah menderita dan terluka!

Wahai hati-hati yang terluka....kelukaan ini hanya sedikit. Dugaan ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan perjuangan dan dugaan Rasulallah S.A.W memperjuangkan dan menyebarkan Islam. Mengapa harus membiarkan kelukaan itu membaluti diri hanya kerana kita dipertemukakan oleh insan yang salah. Sabarlah....kerana sabar itu besar nikmatnya. Tidak salah untuk terus menyayangi...kerna kasih sayang itu juga sifat Allah. Semoga antara kita tiada benci dan dendam....dan moga kasih sayang ini berpanjangan. Insya-allah. Allah mengetahui setiap kemampuan hamba2Nya melalui dugaan dan ujian. Allah tidak akan lemparkan ujian yang tidak mampu untuk kita tanggung. Kerna kemampuan kita setiap ujian itu diturunkan hanya untuk kita sentiasa mengingatiNya. Kerna Allah sayangkan kita dan Dia rindukan suara kita untuk berdoa dan meminta2 padaNya.

Ada sebab kita dipertemukan dengan orang yg salah......percayalah dan yakinlah, hanya dengan keikhlasan yang dapat menyatukan 2 hati walaupun bukan dengan memiliki! Menerima dan memberi dengan kasih sayang dan bukannya menerima dan memberi dengan rasa kesian!

Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Penyayang. Allah itu Maha Pengampun.....sentiasalah memohon padaNya.....hanya Dia yang layak membantu kita di dunia ini. Seperti juga saya yg melalui beberapa jalan kejahilan dalam kehidupan ini kerna lemahnya saya menilai yang baik dan buruk...kerana kurangnya ilmu...kerana menurut rasa hati dan nafsu...ada masanya kehidupan ini melalaikan saya dan sehingga saya lupa tanggungjawab saya pada DIA. Semoga Allah ampun saya jua.......saya ingin kembali dan bahagia seperti dulu dan sebelumnya....malah ingin lebih baik dari itu....mudah-mudahan!



p/s : Bila seseorang yg melukai kita, yg merawatnya bukan dia tetapi MASA! Namun semuanya bergantung pada diri dan kekuatan hati utk melalui. Kelam malam bukannya 24jam begitu juga derita tak semestinya berpanjangan. Sekarang malam dan esok akan siang!! Mulakan dengan senyuman dan kesyukuran!!

::DELETE::

Sedang delete kisah2 lama dalam kehidupan
Untuk melupakan sstu yg menyakitkan
Walaupun orang sllu berkata...

"MEMAAFKAN MUNGKIN...MELUPAKAN...TIDAK MUNGKIN!"

Kalau boleh memaafkan ttp tidak boleh melupakan
Adakah itu dikatakan maaf!

Biarlah maaf dtg dr hati
Biarlah masa menjadi penawar kepada segala tragedi
Makin dipandang
Makin dibaca

Pasti hati terluka
Pasti airmata bercucuran!!

'DELETE'

Itu yg terbaik!!
Setelah bertahun2 ratusan sms itu bermukim di handphone sy!

Jalan yang terbaik ini
Sy temui setelah memikirkan
Hati tidak akan gembira bila kita mengenang kisah silam yg mendukacitakan!!

Kaki tetap perlu melangkah! Walaupun berhadapan dgn kepahitan...
Bahagia ttp dtg dgn kesabaran!!

&

KAWAN TETAP KAWAN walaupun ia melukakan!!

SMS...selamat tinggal!! Masa kamu sudah sampai utk dipadamkan utk selamanya!!






p/s : Time will heal everything....jgn merencatkan masa depan krn kisah silam! Setiap hambaNya ada dugaan yg tersendiri!

::Tiada Tujuan::

Kadangkala kita senyum
Tapi hati kita perit
Kadangkala kita menangis
Tapi bukan beerti kita sakit

Dunia ini terlalu macam-macam
Hinggakan kaki tak keruan
Melangkah tanpa haluan

Aku menulis bukan kerana nama
Tapi kerana rasa
Aku membina tembok utk tidak mahu dijengok

Hidup perlu SABAR!
Tapi adakah sabar itu akan terus hidup!!




p/s : Kta lebih memikirkan apa yg manusia buat dan apa manusia ckp! Tp selalukah kita memikirkan apa yang Tuhan suruh buat dan apa yg Tuhan telah suruhkan?? Jgn menilai dari satu pihak kalau kita sendiri tidak tahu salah dan benar! Bukankah diam lebih baik....dr berkata2 yg sia2.

Tuesday, November 16, 2010

::Cili::

Siapa makan cili dia terasa pedas
Hati2 dgn setiap kata2 & tingkahlaku


Jangan cuba menutup kebaikan demi melindungi keburukan



p/s: Allah Maha Adilkan....setiap perlakuan buruk si ketua itu sdg dalam pembalasan. Jgn cuba menyalahkan org lain yg tidak salah semata2 nk tutup keburukan sendiri.

Saturday, November 13, 2010

::Selamat Pagi::

Tangisan yang menjadi halwa telinga di pagi hari
Menyedarkan aku dari lena

Selamat pagi dunia!
Kicauan burung sedang menari
Berterbangan sana sini

Aku
Harus jua pergi
Mencari rezeki

Aku kerja la arinie
Di hujung minggu yang sunyi
Owh...apakah??
Sedang mereka masih bergelak ketawa bersama anak kecil

Aku perlu mandi
Menyiapkan diri
Memenuhi tuntutan yang tak seberapa ini
Walaupun indah dan empuknya tilam itu
Aku harus bangun seberapa segera
Huh! Bangunlah! Apa tunggu lagi??

Selamat Pagi semua
Semoga kalian bahagia di hari indah ini
Ditemani sang suria yg setia!



::Nukilan::Cik Kamoo in da house


p/s: Rezki tiada yg dtg bergolek.....

Friday, November 12, 2010

::Kau Rasa::

Kau rasa kau bagus
Kau rasa kau bijak
Kau rasa semua kau tahu
Kau rasa kau hebat
Kau rasa kau berpangkat
Kau rasa kau berkuasa

Tapi kau lupa
Kau bukan sesiapa pun
Kau cuma manusia biasa
Cuma hamba pada DIA Yang Esa
Sekali kau diuji
Dengan apa yang kau ada
Bagus
Bijak
Serba tahu
Hebat
Berpangkat
Berkuasa

Sebenarnya kau tidak tahu apa2
Malah jua tidak punya apa-apa
Cuma ada dalam diri kau
Rasa bongkak dn bangga yg tak bertempat
Hanya yg ada adalah ego si bodoh!

Kau memperdagangkan seribu alasan dalam tugas
Kau menjual beribu bohongan seolah kau tahu segalanya
Kau sebenarnya sedang mengaib diri sendiri
Dengan tindakan mencantas tugasan orang lain
Cantasan mu itu membina masalah
Yang bakal menjahanamkan semua pihak

Kau tak ubah seperti kerbau yang membawa lumpur
Terpalit mereka yang tidak bersalah
Mereka yang tidak tahu menahu
Tentang dusta dan penipuan

Allah Maha Kaya
Kesabaran manusia yang kau cantas
Allah membalasnya
Sedikit demi sedikit
Sudah ada yang tahu
Kau sebenarnya ... "tidak tahu apa satu"
Yang kau tahu...menjual air liur yang tidak pernah laku pada mereka yg bijak!!

Diamlah kau disitu
Belajarlah apa yang kau tidak tahu
Usah cuba sejukbekukan orang lain
Kerana kau bakal disejukbekukan oleh kebodohan sendiri

Bahagia kau sementara
Kebodohan kau sudah terjelma
Mahukah kau berjalan mendabik dada bagai dulu lagi???

Berhentilah mencipta alasan
Berhentilah niat buruk mu itu
Berhentilah menjaja kisah sia-sia
Berhentilah diri mu dari berdusta!!

Kami bukan pendendam
Kami mangsa keadaan
Oleh dirimu yang perasan bagus, bijak, serba tahu dan hebat itu...
Kami diam bila kau rasa kau berkuasa
Sedangkan kita sama sahaja

Si pangkat yang kau kipas
Tidak merasa kedinginan lagi
Kau tersalah guna kipas
Kipas terbakar di tangan sendiri!

Pembalasan dari Allah....
Semoga kau sedar
Tak semua manusia berdendam
Kami cuma melihat arus kau menggerakkan kipas
Kami cuma tersenyum
Bila kau punah dengan kebodohan sendiri

Cuma satu ingin kami katakan
"Doa hambaNya yang teraniaya dimakbulkan Allah"
Betulkan niat bekerja mu!
APC bukan ukuran....
Tapi kerja adalah ibadah untuk Tuhan!!


::Nukilan:: Cik Kamoo in da house!!


p/s : Ya-Allah aku bersyukur padaMu...."kami tidak tergugat w/pun disejukbekukan dan diumpat"....kini satu persatu niat buruk itu mendapat balasan yg menjadi tatapan mereka yg lebih berhak menilai mana benar mana yg mungkar!!

Thursday, November 11, 2010

Kemenangan Satu Kesabaran

Kawan ketawa senang dicari
Kawan menangis sukar ditemui
Hidup kita tidak selamanya bahagia
Begitu juga tidak selalunya gembira
Hari ini kita sempurna
Dan memiliki segalanya
Tetapi hari esok tiada siapa yang boleh menentukannya
Kecuali DIA Yang Maha Esa!

Jangan diusik bahagia sy. Jgn ditambah duka yg ada.
Ini hanya satu permintaan biasa. Satu permintaan mudah.
Semudah makan kacang CAP TANGAN.



p/s: Bahagia ada dalam hati...bijaklah mencari! Pasti kau temui....

Friday, November 5, 2010

~Sesekali cerita itu singgah di ingatan~Seakan perit....



Diri ini belum tentu dihargai.
Malah disakiti dan dikhianati.
Semoga Allah tunjukkan jalan untuk perbaiki semua kesilapan.

Mengenang kisah semalam
Semalam yg penuh dgn airmata
Semalam yg penuh dgn tanda tanya
Persoalan tanpa jawapan

Hari ini
Ingin kembali senyum
Menepis segala kesedihan
dan
jua
KEKECEWAAN
yang
pernah
menghuni
HATI KECIL INI

Hati ini
tidak terlalu kuat
juga tidak terlalu kental
untuk disakiti
untuk dilukai
untuk dikhianati

Parut kecewa masih ada
jgn ditoreh lagi kesan luka lama
sesekali
airmata
tetap bergenang
mengenang cerita semalam
yg amat menghiris perasaan!

Namun, aku tetap bangkit
demi sebuah kehidupan
hilang kamu sebagai kekasih
ttp masih punyai kamu sebagai SAHABAT

Aku senyum....walau tidak lagi selebar waktu kau datang dlm hidup ku!
Bersyukur...Allah masih limpahkan aku kekuatan & jua kesabaran
mengenang terus diri mu sbg SAHABAT!

Biar aku dilimpah dgn kata keji oleh mereka yg tidak tahu cerita
Biar mrk menghukum
Sdgkan Tuhan yg layak menghukum pun tidak sekejam mereka
Kerna bagi ku Allah lebih tahu segalanya
Segalanya perancangan terbaik buat hambaNya
Dan aku semakin percaya bukan semua yg kita sayang itu
Allah ckp baik utk kita!

Aku serah hidup ku pada mu Tuhan
Aku seakan serik utk membuat perancangan....

p/s : Berbaik dgn semua org, jgn mengkhianati perhubungan....pasti hidup mu bahagia! Percayalah Allah ada dgn kamu. Biarlah segalanya Allah yg membalas....bukan sy!

Tuesday, November 2, 2010

~Emosi Bila Sendirian~

Tekun saya membelek facebook kawan2. Best dan menarik dibaca. Apa yang sy amat suka bl belek facebook kawan2 nie...adalah cerita ttg family dan anak2. Cukup buat hati kecil sy tersentuh. Tambah2 kalau sy ada kat rumah sendirian. Seronok baca komen kawan2 dlm facebook ttg anak termasuk juga sy yg memberi komen.

Siapa yang tak nak anakkan? Semua orang kalau boleh ingin punyai zuriat sendiri (Wpun ada yg buang anak...mcm buang anak kucing! Opsss itu sy keluarkan dr kategori ini, sy berbicara soal manusia normal yg mengasihani dan menyayangi). Tambah pulak hari ini sy baca Berita Harian..front page.."Bayi RM21,000!". Zaman sekarang semuanya diperdagangkan termasuk manusia....asal barang jadi duit! Bayi malang yg dijual pada front page BH tu SANGAT COMEL! Sampaikan kawan sy ckp...:klu tak nak anak tu bagi saya!". Tapi kau ada RM21,ooo ker nak amik anak tu? Tak dak kan?

Walaupun org tgk sy happy, cool n relax semacam...tapi jauh kat sudut hati sy..."bestnya klu sy ada zuriat sendiri yg panggil sy 'mummy or mama'...mesti bahagiakan!". Utk meredakan rasa hati sy...kdg2 sy buat mcm sy nie tak suka kanak2! Sbb klu sy terlalu layan kanak2 lagi hati sy cepat tersentuh! Hati perempuan normal...mcm mana pun mesti ada keinginan punya anak sendiri. Buat masa sekarang Allah masih menentukan takdir hidup sy sendirian....sy menerima dgn redha dan cuba tabahkan hati. Cuma hati ini ada masanya terdetik...kalau sy benar2 mampu dr segi kewangan untuk mengambil anak angkat mengikut prosedur yg sah...Insya-Allah akan sy buat! Tapi sy ibu sy kurang merestui niat baik sy....ibu ckp sy muda lagi...dan pasti akan ada jodoh buat sy dan sy mampu lahirkan zuriat sendiri.

Seronok tengok kawan2 bahagia dgn family dan anak2. Sy seolah menumpang kebahagiaan mereka tanpa mereka sedar! Terima kasih kawan2. Byk rasa yg tersimpan di hati kecil ini. Biarlah yg mengetahui hanya Dia Yang Maha Mengasihi.....hidup ini akan sy tempuh dgn penuh kesabaran! Moga pasti sy juga menjadi seperti kawan2 sy itu. Amin.....




p/s : Ada baik ada buruk yg perlu ditelan...ada pahit yg sayang utk dibuang. Di sebalik senyuman terselindung tersemat ketabahan dan tanda tny yg tidak terungkai. Memilih melupakan episod lama dgn tidak mengungkit segala yg lepas. Memula episod baru.....biarkan mungkin dikecam oleh mereka yg tidak tahu....apa sebenarnya??

Sunday, August 8, 2010

BAHAGIA+HAPPY

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka.Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia.

Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam
tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya. Erti hidup pada memberi....


sumber gambar : google


p/s : Telah ku menjadi insan setia pada dirimu. Telah ku berkorban segalanya demi dirimu. Telah ku mengenepikan segala kepentingan diri demi dirimu. Telah ku menanggung derita dan luka demi dirimu. Telah ku titis airmata demi melihat mu bahagia. Telah kukorban segalanya demi dirimu. Tapi...di mana dirimu disaat aku dilambung derita.....dan sengsara rasa?? Adakah aku tidak pernah buat dirimu cukup BAHAGIA? Jujurlah pada hatiku dan jujurlah pada kata yg dilafazkan.....kerna aku juga manusia yg punya rasa...INGIN DISAYANGI & DICINTAI DGN RASA JUJUR & IKHLAS....untuk kehidupan yg sementara ini.

Monday, May 10, 2010

R&R

Saya ingin merawat hati yang luka.
Rawat dan Rehat.
Masa saya akan sampai
Dan pasti akan tiba
Janji Allah benar
Perancangan dan kententuan Allah adalah yg terbaik
& saya sentiasa percaya
pada kejujuran & keikhlasan
& juga pada Janji Allah
untuk saya!!



p/s : Hati saya berdebar....seolah sesuatu akan berlaku pd saya! Cuma tidak pasti baik atau buruk. Saya berserah pada sebarang kemungkinan yg akan berlaku. Mungkin ada silap saya jugak.


Tuesday, April 20, 2010

Perjalanan Yang Sekejap

Aku
Hanya
Seorang
Aku

Yang
Punya
Hanya
CINTA
dan
SAYANG
di HATI

Buat
Bonda
Ayahanda
Keluarga
dan
DIA
yang
aku
namakan
ABIE

perjalanan yang ku tempuh ini sungguh jauh...dan panjang! Berbagai yang menyinggah dan perhi dari perjalanan hidupku. biarpun siapa mereka dalam hidup aku yg sekejap ini. kalian tetap bermakna. baik buruk jahat suka duka gembira dan luka yg kalian tinggalkan dalam sepi hidup ini adalah pengalaman yg bermakna. aku cuma manusia. bukan Nabi yg maksum. juga bukan Tuhan yang boleh menghukum. aku cuma hamba-Nya. berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit. langkah aku yg kekadang menghampiri kemungkaran. dan langkah ku yang ada masanya mendekati kebaikan. ada masanya dalam hidup yg sekejap ini, aku lalai, juga tersasar. aku alpa dan mungkin juga lupa.

sendiri. usia yang semakin hari semakin menginjak ke senja. mungkin esok sudah tiada buat aku. namun sabar masih menunjangi diri. aku pernah rasa bahagia. aku pernah merasa cinta. aku juga pernah mengerti tentang sayang dan rindu. semuanya berlaku dengan cepat. semuanya berlalu dengan pantas. sendiri. sunyi? mungkin sunyi tiada lagi dalam hidup aku. sudah cuba berkali-kali ku usir. mungkin aku tiada apa yg orang lain ada. tapi aku tetap bahagia .... walaupun kehilangan dia yg pernah menjadi cinta saya.


aku gembira melihat mereka yg menjadi kesayanganku hidup gembira dan bahagia. sedaya mampu aku cuba membahagiakan mereka yg menjadi kesayangan aku. tentang aku ... ada bahagia atau tidak - tidak sepenting dulu! yang pasti aku bersyukur dan rasa gembira dgn apa yg aku miliki walaupun kitaran hidup ini masih belum sempurna.



p/s : Semakin pasrah dgn takdir Allah ......

Wednesday, April 7, 2010

Saya Yang Lalai...

Manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan. Termasuk saya. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan yg sama berulang kali. Saya mengaku kejahilan, kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri saya.

Saya tidak mahu persalahkan sesiapa. Saya sendiri yg lalai dan alpa dan seronok yg sementara. Mungkin hati saya ikhlas menyayangi dan menyintai. Tapi cara saya salah. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Saya ingin menjadi Muslim yg baik. Saya ingin kembali memperbaiki diri. Saya lemah. Saya jahat.

Allah masih sayangkan saya. Saya sedar Allah telah menunjukkan bermacam-macam kebenaran yg nyata. Tapi diri sendiri memilih untuk menjadi buta dan pekak pada kebenaran! Saya yg salah dalam mengatur perjalanan hidup sendiri. Hari ini saya tidak mahu menuding kesemua jari saya pada orang lain yg pernah singgah dalam kehidupan saya. Saya yg gagal memandu kehidupan saya ke jalan kebenaran. Ke jalan Allah. Sedangkan jalannya telah terbentang luas di depan saya dengan cahaya yg cukup terang. Saya tetap memilih untuk menjadi buta. Termasuk buta hati!

Hari ini saya semakin sedar. Dunia ini sementara. Keseronokan ini hanya sekejap. Saya terlupa pada pesan ibu untuk menjaga diri dan harga diri. Saya terlupa dan lalai dalam mengerjakan kewajipan 5 waktu. Hinakan saya ini? Allah telah memberikan saya berbagai kenikmatan....kasih sayang, kerjaya yg baik, perlindungan, kesihatan yg baik....ibubapa dan siblings yg penyayang serta kawan-kawan yg diantara mereka mendorong saya ke jalan Allah. Saya kufur nikmat!

Saya takut. Adakah Allah akan menerima taubat saya? Adakah Allah akan beri saya ruang untuk kembali kepadaNya. Saya takut saya MATI sebelum sempat bertaubat nasuha! Saya takut ibu dan ayah tidak terima saya kerana jahat dan berdosanya saya ini.

Saya pernah menghentam insan yg saya sayang. Mengungkit segala kesilapan yg tlh terjadi dan janji yg tidak tertunai berpuluh2 kali. Saya tidak redha dgn ketentuan Allah dgn takdir yg telah menjadi milik saya. Saya berdosa. Saya pernah membuat hati seorang ibu dan ayah terluka krn mempertahankan cinta dan kasih sayang saya. Tapi mereka masih bersama saya dan terus memberikan saya semangat. Saya bersyukur mereka masih menyayangi dan mengampuni saya. Adakah saya sempat membalas segala pengorbanan ibu dan ayah selama hayat mereka ada.

Ya-Allah...saya bersyukur di atas kesempatan yg Kau beri utk saya berubah. Tapi saya mohon Kau juga memberi kesempatan kepada yg teristimewa utk berubah. Bawalah kami bersama-sama MU.

Hari ini biarlah saya menghentam diri saya sendiri. Sepertimana saya pernah menghentam seseorang yg istimewa dalam hidup saya. Biarlah saya mengutuk diri sendiri. Sememangnya saya layak dihentam dan dikutuk. Saya tak punya siapa-siapa lagi untuk mengadu. Pada ibu dan ayah...tentu saya malu. Pada kawan-kawan...tentu saya tak tergamak bercerita. Saya hanya ada Allah untuk mengadu. Saya malu. Saya tak mampu menyimpan semuanya dalam diri saya. Saya takut tidak sempat bertaubat. Saya takut taubat saya tidak diterima. Saya takut esok sudah tidak ada untuk saya.

Saya mahu hidup saya tenang. Biarlah saya tidak memiliki yg istimewa. Saya redha. Asalkan saya tidak rasa bersalah dan berdosa. Biarlah Allah yang tentukan saya ini tulang rusuk milik siapa?


Ya-Allah aku tidak akan berputus asa mencari redha-Mu! Aku juga tidak akan berputus asa mendoakan yg terbaik buat diri aku, keluarga dan yg istimewa. Aku juga tidak akan berputus asa berdoa agar Kau memberikan hidayah bukan sahaja buat aku....tetapi juga buat dia! Biarlah kami miskin harta, asalkan jiwa kami tenang dan dekat pada-Mu. Biarlah kami hina di mata manusia, asalkan kami tidak hina di pandangan-Mu Ya-Allah!! Semoga Kau rahmati kehidupan aku dan dia dan tidak menyesatkan kami.....




p/s : Aku tahu untuk berubah menjadi baik amatlah susah. Aku kena sabar. Aku kena bertahan. Aku kena lawan demi hijrah ini.


CACAT

Aku Yang CACAT
Cacat hati
Cacat pendengaran
Cacat penglihatan...

Aku yg buta hati...
Aku yg pekak dgn keadaan sekeliling

Dan aku tidak mahu kecacatan ini terus 'mati' kan aku
Ya-Allah...ambillah aku untuk bersama mu

Tuesday, April 6, 2010

Kenapa Diri Ini Terus Diuji...

"Sememangnya manusia tidak pernah bersyukur!"



Ya-Allah andai sunyi dan keseorangan ini membuatkan jiwa dan hati ku tenang. Aku sanggup hidup di dunia ini tanpa cinta dan kasihsayang seorang manusia bernama lelaki. Ya-Allah aku tidak pernah membenci kaum lawan ku itu. Sesungguhnya aku sedar setiap umat manusia punya kelemahannya sendiri. Ya-Allah aku tidak mahu lagi ketulusan cinta dan kasih sayang yg bertahun2 ini dikhianati. Ampunkan aku atas segala kesilapan dan dosa-dosa yg telah aku lakukan.

Ya-Allah, biarpun kasih sayang, perhatian dan pengorbanan yg aku lakukan seolah dipandang sepi oleh yg istimewa. Mungkin yg istimewa punya alasanya yg tersendiri...atau mungkin kemampuannya terbatas untuk menunaikan janji diberi. Aku pasrah. Aku redha. Aku sedar semua ini adalah balasan atas kesilapan diri ku sendiri pada-Mu Ya-Allah. Tapi telah jenuh aku mencari di mana silap dan kurangnya kasih sayang dan perhatian ku pada yg istimewa. Adakah aku mangsa permainan atau mangsa kerakusan keseronokan dunia yg sementara ini? Kalau dulu aku menudingkan jari ke arah yg lain...hari ini biarlah jari itu menuding diri sendiri. AKU LALAI dan ALPA....itulah kesilapan aku!!

Ya-Allah telah jenuh aku mempertahankan semuanya. Namun aku masih CACAT di mata yg istimewa. Ya-Allah ampunkan aku, juga ampunkan yg istimewa. Tunjukkan aku, dan tunjukkan dia jalan-Mu yg benar. Ya-Allah aku kecewa krn aku GAGAL membawa yg istimewa kepada jalan yg lebih baik. Aku GAGAL. Ya-Allah jgn Kau sasarkan dia dalam kehidupan yg sementara ini.

Demi keikhlasan KASIH SAYANG dan CINTA ku yg luhur buat yg istimewa...aku mohon pada-Mu berikanlah hidayah kepadanya. Berikanlah kehidupan yg gembira dan bahagia sepertimana yg istimewa idamkan selama ini. Ya-Allah jadikanlah yg istimewa hamba-Mu yg terpilih. Ya-Allah jauhkanlah yang istimewa dari godaan dunia yg sementara ini.

Aku tidak sanggup melihatkan kemusnahan hidupnya Ya-Allah. Aku tidak sanggup melihat yg istimewa dibinasakan oleh manusia perempuan atau lelaki yg mempergunakan dirinya.

Kepada perempuan itu yg baru dikenali...jauhkanlah dirimu dr yg istimewa. Yang istimewa mempunyai seorang isteri yg menunggunya...dan seorang sahabat yg sentiasa berkorban apa shj demi dirinya.




p/s : Ya-Allah andai ini adalah balasan kepada kesilapan aku di dunia ini, Kau ujilah aku...dugalah aku. Jangan Kau terus menguji dan menduga yg istimewa dgn keseronokan dunia yg sementara ini. Masih ada yg sayang pada dirinya dan ingin membawanya ke jalan-Mu.

Saya menulis dgn deraian airmata. Hati saya remuk bila tahu kebenaran kepada jawapan 'kenapa saya tak sedap hati 2-3 hari ini dan saya ckp benda2 seolah sy akan pergi'. Apa yg saya risaukan terjawab. Saya dapat jawapan knp call saya tidak dijawab pada petang Sabtu (3-4-2010) ...hari NS lwn Sgor kt Stadium Paroi.

Hanya KASIH SAYANG YG LUHUR DAN IKHLAS yg akan dibawa sampai mati. Hargailah apa yg kalian ada...sementara masih ada jgn khianati kepercayaan dan kasih sayang yg diberi.

Sunday, April 4, 2010

++++

Rindu kasih tiada siapa peduli
Saya tetap saya
Kasih sayang tetap sama

Saya tak pernah berubah
Saya masih saya yang dulu
Biarpun yang istimewa sudah tidak lagi sama....seperti dulu!

Yang tak berubah walau seinci adalah saya!




p/s : Merindui dia yg telah pergi....ada tp x sama!