Sunday, November 21, 2010

Aku Budak Kampung : Part Ketupat Palas

Di utara sana...setiap kali raya ketupat palas mmg tidak pernah ketinggalan.
Tambah2 lagi ketupat palas dari air tangan mak! Sedap...
Sy balik raya kali ni agak lewat...raya kedua malam baru sampai ke A.Star!
Itupun sampai jam 11pm, setelah flight delay hampir 2 jam...siap bertukar pesawat lagi
Huh! Marah je...tp buat2 tenang segala. Nk marah betul2 pun tak guna

Jumaat siang
Mak buat ketupat palas kali kedua!
Breakfast ketupat lah pagi tu....cicah dgn kari daging!
Mmg sedap!

Inilah ketupat hasil air tgn mymother!!

My SIL org Perak sebelah selatan sana
Tp bila dah kahwin dgn abg sy...dari utara sini
Dia pun kenalah ngap jugak ketupat palas nie setiap kali raya mcm kitaorg jugak
Bagi org2 utara ketupat palas nie tak elok makan byk2...katanya boleh "mabuk"!
Sebenarnya bukan mabuk...cuma kita akan terlebih ngantuk!
Ketupatkan dibuat drp beras pulut siap letak santan skali!

My SIL makan ketupat mcm dah bertahun2 dok kt Kedah!
Masa tahun pertama dia ckp "Ini 1st time makan...sedap!"
Dan biasanya dia makan lebih byk dr kami....pastu siap ulang2 makan lagi
Penyakit suka makan ketupat palas nie dah turun pada 2 orang anaknya!
So, mak kenalah wat ketupat palas nie setiap kali anak cucu menantunya balik w/pun bukan time raya. Klu mak nk ke KL pun dia ttp kena bawa kenal ketupat palas jugak.
Sbb klu tak cucu2nya akan tanya...
" Tok tak bawa ketupat ke? Abang rindu nk makan ketupat tok buat".

Kalau tak dapat beraya kt kampung, abang akan buatkan ketupat dekat anak2nya
tapi bukan ketupat palas....ketupat daun pisang!
Sbb abang tak pandai nk balut guna daun palas tu!



p/s : Masih belajar balut ketupat palas....w/pun tak sehebat mak, tp tahu jugaklah sikit2!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!