Monday, February 24, 2014

EH, DAH 10 TAHUN?

Assalamualaikum ....


"Selamat Ulangtahun ke 10!" ... sayup sayup je bunyi bisikan kat telinga aku oleh hasben tadi. Erk, ulangtahun ke 10? Mesti korang pelikkan? Baru kahwin dah ulangtahun ke-10. Actually, hari ini adalah ulangtahun perkenalan aku dan hasben yang ke-10. Pertama kali kami bertentang mata pada 24 Februari 2004, hari ni dah 24 Februari 2014. 10 tahunlah tu. Lamakan?

10 tahun kenal, tapi baru beberapa bulan nikah. Kalau nikah masa mula kenal, aku rasa sekarang ni dah ada 2-3 orang anak dah. Inilah dinamakan JODOH. Perancangan Allah swt itu lebih baik dari perancangan manusia itu sendiri. Aku pernah merancang untuk hidup bersama hasben aku sekarang ini yang suatu ketika dulu sekadar kekasih. Rancangan aku patutnya kami nikah 5-6 tahun lepas. Malangnya, jodoh tiada antara kami masa tu. So, aku pasrah ... ! Aku kan manusia yang cepat pasrah akan sesuatu yang aku rasa sukar untuk menjadi milik aku. Nak-nak soal jodoh nie. 

Dari sekadar kawan menjadi sahabat ... jadi teman ... kekasih dan bekas kekasih. And hampir 10 tahun kenal, dengan izin Allah swt dan restu ibubapa kedua belah pihak akhirnya kami menjadi suami isteri. Alhamdulillah. Sejujurnya aku amat bersyukur dengan anugerah Allah swt ini. Seorang suami yang aku harap dan sentiasa mendoakan agar dia sentiasa menjadi imam pada setiap solat aku. Seorang yang akan membawa aku ke jalan yang Allah swt redhai. Yang akan membimbing aku ke syurga Allah swt. Itulah yang aku harapkan dari suami aku sejak kami diijabkabulkan.

Siapa sangka ... akhirnya dalam berbagai gelombang yang aku tempuh dan pelbagai dugaan yang aku berhadapan, sampai satu tahap aku dah lupakan hampir banyak perkara tentang cerita kami. Namun jodoh kami kuat dan ketika ini dia adalah suami aku. Syukur!

Tadi sempat lagi hasben aku wishkan ulangtahun dan sempat lagi dia post kan satu lagu yang dia pernah tujukan kepada aku tapi aku tak tahu pun lagu tu ditujukan untuk aku masa tu....10 tahun lepas la. Seribu Bayangan kumpulan Damasutra. Dia memang asyik sangat nyanyikan lagu ni dulu. Bila mengenang kembali kisah cinta kami, aku selalu mengalirkan airmata. Bagi aku, kisah cinta aku dan hasben suatu masa dulu adalah satu perkara yang agak tragis ... dan kalau boleh aku nak lupakan kisah cinta kami yang dulu kerana cinta dan kasih sayang aku pada hasben hari ini adalah cinta selepas nikah! Dan hari ini kalau orang tanya aku, jujur aku cakap .... cinta selepas nikah cukup indah dan penuh ketenangan!

Korang mesti pelik kenapa aku cakap cinta selepas nikah walhal aku dah kenal hasben 10 tahun kot. Selepas kitaorang berpisah, aku dah decide untuk lupakan segalanya. Aku nak mulakan hidup baru. Walaupun orang sekeliling selalu tengok kami bersama sentiasa, tapi that time aku dah pasrah soal cinta dan kasih sayang. Macam rasa berkawan lebih baik ... pasrahlah namanya tu. Kuasa Allah swt, Mac 2013 ... terbuka hati hasben aku, cakap nak jumpa family aku. Aku ingat dia main-main, tapi rupanya dia serius. Akhirnya, Julai 2013 kami bertunang then November 2013 ... nikah. Bila time bertunang itulah, aku cambahkan kembali kasih sayang aku dekat suami yang masa tu masih tunang. Aku belajar untuk kenal diri dia semula. Aku lupakan kisah-kisah lama yang buat kami dilambung ombak badai bagai. Alhamdulillah, bila dah diijabkabulkan ... kasih sayang dan cinta aku dekat dia adalah baru dan semakin bercambah sampai hari ini. Itulah yang aku doakan setiap hari sejak aku jadi isteri dia. Aku bersyukur sangat bila hasben memilih untuk kembali mencari aku ..... dan paling aku bersyukur Allah swt masih meletakkan rasa kasih dan sayang dalam hati aku pada hasben.  

Begitu cepat masa berlalu, tup tup 10 tahun berlalu .... tiada apa yang aku harapkan melainkan kasih sayang yang setia dan tulus ikhlas dari suami aku. Moga ikatan ijabkabul ini kekal hingga ke jannah!

I love u ... suami!  10 tahun lepas ... kita baru nak kenal-kenal. 10 tahun berlalu, hari ini kita baru nak berkenalan sebagai suami isteri. Thanks to Allah swt!!



p/s :  selalu aku jadi yang pertama wishkan ulangtahun ini .... tapi genap 10 tahun, hasben jadi pertama.

1 comment:

  1. owh dah 10 thn berkenalan.... smg hubungan kalian berkekalan hingga ke jannah... aminn..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!