Saturday, May 29, 2010

Meehoon Goreng Hot n Spicy!!


Pagi nie bangun awal la jugak. Siapkan bahan2 nk wat meehoon goreng cili burung! Sebelum cuti wesak dah buat nasi goreng cili burung....arini tukar meehoon plak. Komen selepas makan = sama mcm makan nasi goreng tu jugak! Sedap! Pedas! Best!.....Abang suka!

Alooooo terasa mcm masuk lif tekan tingkat 88 kt KLCC jerk! Ko ingat selalu ke saya dapat komen baeeeeeeeek mcm nie? Huh...jgn mimpi la. Selagi x penuhi selera dia. Jgn harap nk dapat pujian terbaek itew. Abang jarang sgt nk puji apa yg saya masak sedap! Bukan jarang la...amat susah. So, bila dipuji tu...xdelah saya nk syok sendiri. Sbb esok2 maybe ada yg saya buat dia tak suka. Ingat....jgn lena dek puji, dan jgn rasa hina dek keji...duniaaaaaaaaaaaa semua ini.



p/s : Busan dok opis sorang2 tadi....dr waktu lunch sampai petang. Satu keje pun tak siap....sbb dok layan busan


Friday, May 28, 2010

Jalan, Order dan Makan : Steamboat at Radius Hotel, KL (Part 1)

Melayan kawan-kawan dan perut sendiri dgn steamboat. Lokasinya adalah RADIUS HOTEL @ KL. Ini dah kali ke-3 saya dan Incik Babah layan steamboat kt ctu. Dan kali ke-2 bg 2 org lagi kawan saya. Sorry...pic non ado!! Semuanya dalam hp Incik Babah. Tgu la..kalau rajin saya load. Cuma nk war-warkan pada kawan2 betapa murah dan sedap jugak makan steamboat kt Radius. Murah! RM19.90/person. Makanlah sampai lembik!

As usual kalau kami ber-4 ke Radius sana. Mesti lepak dlm 2jam. Ambil semua yg ada. Ketam.Sotong.Udang.Meatball.Cendawan...dan mcm2 lah! Giler 4 org makan mcm 10 org makan. Melantak bagai nk pecah perut! Serius puashati. Sebab tu sampai sekang blum jemu lagi kami ke sana.

Tgu gaji bulan depan. Pasti ke Radius lagi. Berbaloi2! Boleh amik berkali laukpauk utk steamboat. Hari steamboat kat Radius nie dr Selasa hingga Sabtu (6pm - 10pm). Kalau rasa nk bawa family mmg berbaloi makan kt sini.....



p/s : Sampai rumah terus tido. Kenyang sangat. Dah amat penat sekali.

Nasi Goreng Cili Burung!

Ini cerita pagi semalam. Sibuk sangat dengan seminar. Tapi saya sempat bekalkan abang saya Nasi Goreng Cili Burung. Mula2 goreng nasi tu dia bising sangat cakap kenapa ikan bilis tu ditumbuk? Kenapa tak goreng? Abang kan suka makan ikan bilis goreng! Bagai2 la ngomel dia. Tapi saya senyum jer. Org belum jamah mmg byk ngomel. Tapi saya kenal dia. Mcm manapun pasti dia makan juga. Dia tak suka membazir makanan mcm saya!

Tak sempat saya snap Nasi Goreng Cili Burung tu...komen selepas makan.

SEDAP nasi goreng nie...pedas! best!

Saya cuma senyum. Pagi tadi sape la ngomel lebih2 kan....hikhikhik. Moralnya : Jangan buat kesimpulan sebelum kita alami sendiri....makan dulu baru tahu rasanya! Kecewa dulu baru tahu rasa sakit & peritnya.....



p/s : Saya cuma manusia biasa...yg mungkin tak mampu membahagiakan sesiapa! Saya adalah saya dan tak perlu ubah saya mengikut kemahuan anda krn ketika itu saya tidak akan menjadi diri saya. Terimalah saya seadanya walaupun hanya sbg sekadar kawan biasa..."AWAK TERIMA SAYA DGN BAIK, LAYAN SAYA DGN BAIK MAKA SAYA AKAN LAYAN AWAK 10 KALI LEBIH BAIK DR ITU. TP KALAU AWAK LAYAN SAYA SEBALIKNYA....TAK SEMESTINYA SAYA AKAN KEJAM. DLM HIDUP SAYA TIADA ISTILAH KEJAHATAN DIBALAS KEJAHATAN...SBB SAYA TAHU DALAM TAK SEDAR SAYA JUGA PERNAH MENYAKITI ORG LAIN. STOP.

Saturday, May 15, 2010

Rindu...

Setiap hari saya rindukan ibu saya.
Rindu yg teramat sgt
Setiap minggu saya membuat panggilan pada ibu
walaupun tiada apa yg hendak dibualkan

Rindu saya pada ibu amat mendalam sejak akhir2 ini
Mcm mana saya pernah rindukan kekasih saya dulu selain drp ibu bapa
Begitulah rindu saya pd IBU setiap hari

Sesuatu terbuku dalam hati
Ibu...sempatkah saya bahagiakan hidup ibu dan ayahanda dalam kehidupan saya yg sementara ini

Ibu ckp apa yg berlaku pada saya juga adalah sebahagian ujian dan dugaan yg Allah beri pada ibu dan ayahanda.

Ibu...saya sayang ibu sangat! Saya juga amat sayangkan ayahanda...
Tapi rindu saya pada ibu terlalu dalam...



p/s : Dapat bercakap dan bermesra dgn ibu dan ayah adalah satu kebahagiaan buat saya. Selain daripada Kamie yg pernah bahagiakan saya.

Friday, May 14, 2010

Jahat Sangat Ke Saya Nie?


"Saya bukan malaikat, tapi saya juga bukan syaitan utk kalian pandang hina pada saya. Saya hanya hamba Allah yg biasa bukan maksum, kalau kalian ingin dihormati, belajarlah menghormati hamba Allah yg lain. Pangkat, kuasa dan pengaruh hanya di dunia sementara, di sisi Allah kita semua sama, yg membezakan kita hanyalah IMAN & TAKWA"


Saya mengaku sejak 7 tahun dulu saya cuma baik dgn dia. Sejak ada dia dalam kehidupan saya yg sementara ini---dialah kawan, sahabat, teman, kekasih, bekas kekasih dan hari ini kami masih lagi menjadi kawan! Dalam dunia nie tiada sahabat baik yg tidak pernah bergaduh, tidak pernah ada kekasih yg tidak pernah bertikam lidah, tidak pernah ada rumahtangga yg tidak dilambung ombak. Saya senang berkawan dgn dia. Senang dan selesa menjadi kawan dia. Marah, bergaduh, bertekak, merajuk, hentam-menghentam dah biasa bagi kami sejak adanya konflik yg tak jelas sejak 1 tahun lebih yg lalu. Tapi kami masih rapat sbg kawan. Tolong bila susah.


Nak kata dia baik 100% tidak jugak. Nak kata saya nie baik 100% pun jauh sekali. Dia ada lebih dan ada kurang. Begitu juga dgn saya. Saya dan dia masih lagi mampu untuk lengkap melengkapi kekurangan dan kelebihan yg ada dalam diri masing2. Sampai bila saya tak pasti! Itu hanya Allah sahaja yg tahu. Selagi dia masih anggap saya ini kawan dalam SETIAKAWAN yg dipegang. Maka kawanlah kami.

Bila saya dgn dia baik. Mungkin ada perubahan2 yg ada pada diri dia yg org lain pandang. Yang saya tak perasaan tp ada mata lain memandang yg perasaan. Mungkin org akan bercakap dia berubah sbb saya. Sbb saya dan dia dah dekat. Boleh pandang muka hari2. Tak mcm dulu. Boleh tengok..boleh makan dan minum sama2. Boleh bergurau...dan boleh segalanya! Dia jaga saya adalah kerana janji dia pada saya. Kalau dia berubah, saya tak pasti sayakah penyebabnya?

Jahat sgt ke saya nie? Sampai bila saya baik dgn dia dan dia baik dgn saya...org pandang mcm sakit hati dgn saya? Sedangkah dah bertahun2 saya baik dgn dia....! Jelik sangat ke? Dari mula saya di situ, saya dan dia sama sahaja. Kalau saya bergaduh dgn dia, saya tak kait2 dgn siapa. Kalau kalian ada rasa emosi dan ingin marah, saya pun seperti kalian. Saya kawal kemarahan saya, saya diam...saya biar org tindas saya, kutuk saya...hina saya malah mengumpat saya. Saya belum sampai tahap utk melenting depan kalian. Tak pernah. Saya ingat pesan dia "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak!". Saya tetap tolong dan bantu kalian bila kalian tersepit...

Bila hari ini gunung berapi meletup! Saya tahu kalian tak suka pada saya....benar2 tak suka saya! Bukan saya yg meletup, tp kalian sendiri yg meletup. Saya sedikit pun tak bergaduh dgn kalian, cuma saya lebih byk berdiam sejak sebulan lebih nie sbb takda benda nk dibualkan. Org cakap diam itu lebih baikkan. Bila saya renung dan imbas semuanya...saya baru tahu, sikap berdiam saya org tak senang dan org tak suka. Semua ingat saya ini marah...atau cari gaduh! Tapi saya sememangnya mcm tu. Dulu kalian semua yg tegur saya itu ini. Bila kalian diam maka saya pun diam. Saya tak usik hal peribadi kalian...maka TOLONGLAH jgn usik hal peribadi saya.

Jahat sangat ke saya ini untuk kalian sehingga saya yg menjadi bahan umpatan kalian sehari2an?


p/s: Saya tidak pernah menggali telaga utk menguburkan diri sendiri.....saya sedar dari mana saya datang!!




Thursday, May 13, 2010

Cuci Kereta

Hari ini macam bosan je ada kat opis. Telinga sakit dgn cakap2 org di opis. Lepas siapkan keje, saya kemas meja saya yg bersepah.

Abie ajak saya temankan dia cuci kereta. So, saya pun follow. Makan kat gerai di bawah pencawang elektrik. Saya makan kuewteow hailam dan dia makan mee sup. Dia mmg selalu order mee sup. Kegemaran. Kereta Abie kotor sangat. Memang patut pun kena bersihkan.

Di sini asyik hujan. Mungkin sbb tu kereta dibiarkan lelama dalam kekotoran. Sibuk dengan meeting n perjumpaan. Tentu tak punya byk masa utk diri sendiri dan hal2 yg berkaitan dgn peribadi.

Selepas makan dan cuci kereta. Kami bergerak pulang. Dan sepanjang jalan dia menyanyi. Saya tahu hatinya sedih. Saya pernah lalui dan saya memahami rasa hatinya. Tapi saya abaikan semua itu. Biar dia bahagia melayan lagu2 agar hatinya reda walaupun resah dan sugul tetap ada.



p/s : Kadang2 kita tak tahu kenapa org lain tergamak tinggalkan kita begitu sahaja dgn tiba2....saya pernah rasa, lalui dan berdepan dgn keadaan ini. Bersyukur diri saya masih disayangi disaat saya berada dalam kekecewaan. Alhamdulillah.....

Monday, May 10, 2010

Doa Jodoh...

Sila click di bawah ;

Pilihan Hati

Sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua....




p/s : Setiap makhluk di dunia ini yg dijadikan Allah adalah berpasang-pasangan!

R&R

Saya ingin merawat hati yang luka.
Rawat dan Rehat.
Masa saya akan sampai
Dan pasti akan tiba
Janji Allah benar
Perancangan dan kententuan Allah adalah yg terbaik
& saya sentiasa percaya
pada kejujuran & keikhlasan
& juga pada Janji Allah
untuk saya!!



p/s : Hati saya berdebar....seolah sesuatu akan berlaku pd saya! Cuma tidak pasti baik atau buruk. Saya berserah pada sebarang kemungkinan yg akan berlaku. Mungkin ada silap saya jugak.


Ibu Saya....


SELAMAT HARI IBU
BUAT SEMUA IBU DI DUNIA INI
ANDA IBU YANG TERBAIK!!


Sempena Hari Ibu. Yg akan saya ceritakan juga tentang Ibu. Ibu saya. Sejak dari sekolah tadika hinggalah usia saya menginjak 30-an. Saya tak pernah sekali menulis ttg Ibu. Tentang siapa Ibu buat saya dan erti Ibu dalam perjalanan kehidupan saya. Beruntung hamba Allah seperti saya yg masih punyai Ibu di dunia ini dan masih diberi perhatian serta kasih sayang yg tiada tepian oleh Ibu. Tak semua orang bertuah seperti saya. Dan saya amat bersyukur dengan anugerah Allah yang tak terhingga ini. Tanpa Ibu, siapalah saya di dunia ini? Bukannya ayahanda tidak bererti buat saya. Tapi sempena Hari Ibu....saya hanya bercakap tentang Ibu. Tentang ayahanda juga punya keistimewaannya yg tersendiri, cuma belum masa utk saya bercerita walaupun hakikatnya saya mengakui saya seakan klon ayah-dr segi sikap & perwatakan kami yg hampir sama!!


Ibu saya bukan sesiapa. Bukan kerja bagus2 atau hebat seperti sesetengah Ibu sekarang yg bila ditanya anak2..."Ibu kamu kerja apa?"...Jawab anak sekarang..."Ibu saya guru/jurutera/pegawai tadbir/pengetua/pramugari/doktor dan bagai2 lagi jawapan yang keluar!". Tapi, Ibu saya cuma seorang surirumah yg bekerja sambilan sebagai pesawah bagi membantu meringan beban ayahanda dan berkebun kecil-kecilan sebagai hobinya. Ibu melahirkan, menyusu, mengasuh, mendidik dan membesarkan seorang putera dan 3 orang puteri termasuk saya dgn dibantu ayahanda.

Dulu saya dgn Ibu mmg tak rapat.Takde peluk2. Takde cium2 pipi. Serius. Memang dia betul2 Ibu. Saya lebih suka berada di dunia saya. Hubungan saya dgn Ibu agak 'jauh'. Mungkin sbb saya anak ke-2 dan perempuan sulung, jadi ada 2 org adik bawah saya yg perlukan lebih perhatian berbanding saya. Sbb itu juga saya rapat dgn ayahanda. Apa sahaja saya inginkan saya lebih selesa meminta-minta dgn ayahanda.

Sekarang...saya sentiasa cium pipi Ibu dan peluk tubuh Ibu. Saya sentiasa cium tangan Ibu. Ibu syurga dunia saya.

Dulu dalam usia yg amat mentah, saya amat bodoh menilai kasih sayang dan pengorbanan. Jujur. Saya selalu anggap Ibu tidak kisah tentang saya. Tapi sebenarnya saya silap. Ibu amat sayangkan saya. Ibu amat sayangkan saya berbanding adik-beradik yg lain. Mungkin. Melihat apa yg saya lalui sekarang ini sendirian, saya dapat rasakan kasih sayang & perhatian ibu pada saya amat menebal.

Ibu mula menjadi kawan, sahabat dan teman saya bila usia saya menginjak 20-an. Bila adik2 semua sudah dewasa. Ibu mula menjadi teman saya. Dan saya mula menjadi teman Ibu. Saya sayang Ibu saya. Sungguh. Teramat sayang. Teramat kasih. Teramat rindukan segala2nya tentang Ibu. Ibu seorang yg amat tegas. Ibu seorang yg tabah. Ibu seorang yg kuat semangat. Susah yg teramat utk saya lihat Ibu menangis!! Ibu mmg seorang yg cekal. Seumur hidup saya cuma sekali saya melihat Ibu menangis di hadapan saya, bila Ibu tak mampu menanggung beban perasaannya. Cuma sekali Ibu menangis pada saya.

Saya kagum dgn Ibu.
Saya cemburu melihat Ibu yg cukup cekal, kuat, tabah dan sabar menghadapi apa sahaja ujian. Ibu sentiasa mengingati Allah dan keluarga dalam hidupnya. Ibu amat sayang kami semua!!

Tapi saya tak mcm Ibu. Cuma satu kerajinan ibu jd milik saya --- saya rajin memasak mcm Ibu. Tapi masih tidak pandai masak mcm Ibu. Saya dan sikap Ibu agak jauh berbeza. Ibu tegas. Susah dan amat susah menangis. Saya mudah menangis. Saya amat sensitif. Hati saya cepat tersentuh. Saya seorang yg manja dan sentiasa perlukan perhatian dr Ibu, ayahanda, keluarga dan Kami. Tapi Ibu lain, apa pun yg jahat/buruk org lain lakukan pada Ibu...Ibu masih mampu sabar. Dan terus berdoa dan memohon pada Allah. Ibu ckp...kita jgn lupa Allah. Jangan tinggal solat 5 waktu (Ada masanya saya lalai tentang pesan Ibu yg satu ini).

Saya tahu, saya tak mampu bahagiakan dan gembirakan hati Ibu. Tapi Ibu masih mampu bersabar. Ibu nk tengok saya bahagia dgn insan yg saya sayang. Tapi masa saya belum sampai. Dan saya redha. Ibu pula tetap sabar. Ibu cakap..."Ini pun satu ujian utk Ibu dan ayahanda". Kesabaran Ibu pernah buat saya menitiskan airmata. Saya pula tidak pernah terlepas dalam menduga hati Ibu dgn sikap saya. Saya Ibu telah memaafkan saya. Tapi saya tetap rasa berdosa. Saya pernah mengocak kesabaran di hati kecil Ibu sehingga dia berkecil hati. Menyedari akan kesilapan itu. Saya memohon maaf pada Ibu. Ibu dengan ikhlas hati memaafkan saya. Tapi saya akan terus memohon maaf dari Ibu selama hidup saya. Saya tak pernah bersikap sebegitu. Naifnya saya. Kekhilafan yg membuat saya sentiasa rindukan Ibu.

Ibu sentiasa berada disaat jatuh saya, gagal saya dan kecewa saya pada cerita kehidupan ini. Dialah yg telah menyandarkan bahu disaat saya terluka. Dialah yg meniupkan semangat dan ketabahan disaat saya tumbang dalam mencari diri. Dialah yg memeluk saya disaat saya terluka. Dialah yang berkata.."Jangan menangis kakak, Ibu sayang kakak!". Dialah yg menasihati saya disaat saya lupa, lalai dan alpa! Saya sentiasa berusaha utk menjadi anak yg baik pada Ibu dan ayahanda. Tapi ada masanya saya kecundang....! Saya kagum dgn kasih sayang Ibu & ayahanda pada saya.

Ibu,
Kalau Ibu nk tahu...saya amat sayangkan Ibu. Saya sentiasa rindukan Ibu. Maafkan saya andai sikap saya ada yg melukakan hati Ibu.

Ibu,
Kalau Ibu tak ada...siapa yg akan bersama saya? Saya kuat sbb Ibu. Sbb Ibu selalu doakan saya. Begitu juga ayahanda.

Ibu,
Terimakasih sentiasa doakan yg terbaik buat saya. Terimakasih atas layanan istimewa Ibu buat saya.

SAYA TAK MAMPU BALAS JASA2 IBU & AYAHANDA. TAPI SAYA AKAN CUBA SEMAMPU MUNGKIN UTK BERI YG TERBAIK BUAT IBU & AYAHANDA.

Ya-Allah---Aku bersyukur dgn anugerah yg tidak terhingga nilainya ini. Alhamdulillah....


p/s : Hargailah ibu & ayah selagi mereka ada di dunia ini, selagi pipi mereka boleh kita cium dan sentuh, selagi tubuh mereka kita boleh peluk. Tanpa mereka siapalah kita.....

Ingin...

Setiakawan
Aku
Ingin
Ada
Kamu
Dalam
Perjalanan
Hidupku

Tapi

Malangnya
Aku
Tidak
Mampu

Dan

Allah
Juga
Tidak
Izinkan
Kita
Untuk
Bersatu

Namun

Ingin
Aku
Nyatakan
Sesuatu

Aku Bahagia & Selesa di sampingmu walau hanya sekadar bernama seorang KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN....




p/s : Minta dijauhkan nyanyuk di hari tua ku, jika Allah izinkan umurku panjang dan mendapat keberkatan umur ku ini "INGIN KU KENANG DIRIMU SELAMANYA DALAM HIDUP INI & SESUDAH SOLAT AKAN KU DOAKAN KAU BAHAGIA DAN GEMBIRA. KAU ANTARA ANUGERAH ALLAH PADAKU DLM PERJALANAN HIDUP KU YG SEMENTARA INI. Kalau kau tahu, aku benar2 hargai kehadiranmu....walaupun akulah org yg telah menghentam dirimu disaat kau tidak mampu menunaikan segala janji dan memenuhi impian serta harapan ini. Betapa SETIAKAWAN ini benar2 menyentuh hati". ---- aku menangis....& dan tidak tahu kenapa aku menangis di saat ini....

Pesanan Penting Untuk Saya dan Anda juga...

Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tangan-Nya dimalam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa disiang hari dan membentangkan tangan-Nya disiang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa dimalam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (kiamat)." -H/R Muslim

Sahabatku, janganlah anda berputus asa untuk mendapatkan rahmat dan keampunan Allah. Selagi anda masih bernyawa, selagi itulah jangan berhenti dari memohon keampunan Allah SWT. Khabarkan juga berita gembira ini pada rakan-rakan anda.




p/s : Hari2 yg kosong...dan jiwa yg sepi....

Sunday, May 9, 2010

Setiap hari saya rindukan ibu saya
Ada masanya rindu itu terlalu mencengkam jiwa

Saya rindukan dia...
Ibu...

Aku sayang kamu!!!

Ibu

Selamat
Hari
Ibu

Buat ibu yg amat saya sayangi dan kasihi
Buat ibu yg sentiasa memberikan saya kasih sayang tanpa sempadan
Buat ibu yg sentiasa menyayangi saya dgn luar biasa sekali
Buat ibu yg sudi mendengar rengekan saya sehingga usia saya ini
Buat ibu yg sudi menemani saat2 terluka dan kecewa saya dengan kehidupan...

Ibu
Saya amat sayang kamu
Sungguh
Tiada kata yg dapat mengungkapkan betapa besarnya kasih sayang ku pada mu
Walau ku diberi izin olehNya bernafas seribu tahun lagi
Mana mungkin saya dapat membalas semua jasa dan kebaikan mu

Ibu
Maafkan saya
Ampunkan saya
Ada masa dan ketika
Kata-kata saya perit menerjah ke telingamu
Saya sedar dan memohon ampun
Dan sayu hati ini melihat keikhlasan mu
Mengampuni anakmu yg penuh dgn kekhilafan

Ibu
Kau sememangnya tiada dua
Saya seolah mati segala andai kau tiada di sisi
Betapa hidup ini ku lalui ada masanya penuh kelukaan
Kau masih setia menemani saya
Dengan kata-kata dan sentuhan
Saya hidup kembali

Ibu
Maafkan saya
Semua dosa-dosa saya

Ibu
SAYA AMAT SAYANG DAN KASIHI KAMU...
DUNIA DAN AKHIRAT SAYA....
TERIMA KASIH KERANA MENJADI IBU YG TERBAIK BUAT SAYA
DI DUNIA INI
DAN
AKHIRAT JUA...

Buat Ibu saya.....Puan Hajjah R binti M......



p/s : Terima kasih ibu....kaulah segalanya untukku

Friday, May 7, 2010

+++

Hanya
Ada
Satu
Rasa

"Ingin DIMANJA.....bagai dulu"

oleh bonda, ayah dan dia....


Kalian membuatkan saya amat takut menjalani kehidupan ini andai sampai suatu masa kalian tiada. Pada siapakah akan saya sandarkan resah hati ini??



p/s : Kenapa perjalanan hidup saya berliku sedemikian rupa. Walaupun saya bsyukur atas setiap ujian dan dugaan yg menimpa. Menjadikan saya manusia yg berani, tabah dan sanggup menghadapi. Tapi ada masanya saya rebah dan tersungkur sendiri....pada permainan duniawi.

Saturday, May 1, 2010

Rindu..

Rindu sangat
Pada blog nie
Kamoobeekamie
Rindu nk menaip
Byk perkara nk dikongsi

Terutama ttg kursus yg saya hadiri
Tapi ceritanya bukan ariniela
Alhamdulillah...kursus itu byk menyedarkan byk perkara
Menyedarkan saya ttg kehidupan ini yg sementara

Hinggakan....saya menangis dalam dewan kursus berkenaan dihadapan 40 org peserta
Dan saya adalah org pertama yg menangis.
Ada perkara yg mengusik hati saya dan membuatkan saya menjadi sebak.
Bersyukur bila Allah memilih saya utk menyertai kursus ini
Walaupun pada mulanya saya amat tidak seronok dan rasa amat berat hati

Insya-allah apa yg saya dapat dr kursus berkenaan akan saya kongsikan dgn anda
dalam beberapa part mungkin!


p/s : Tersedar kelemahan diri dan kejahilan yg berganda. Dan sedar bahawa manusia seperti saya tidak layak menghukum manusia lain biarpun mereka melukai hati saya berkali2. Bantulah saya melalui jalan Allah...

Selamat Hari Pekerja

Untuk semua warga kerja
Tidak kira anda siapa
Ucapan khas buat anda semua

SELAMAT HARI PEKERJA

Biar siapa pun anda
Perdana Menteri
Menteri
Hakim
Doktor
Pegawai Kerajaan PNP
Pegawai Kerajaan Kumpulan Sokongan 1& 2
Buruh kasar
Peniaga
Penternak Ayam / Lembu
Petani
PESAWAH
Pegawai bank
Sistem Analisis
Tukang masak
Tukang Kebun
Tukang sapu
dan sebagainya....

Andalah pekerja...
Berbanggalah menjadi diri anda biar apapun profesion yg anda sandang
Kerana tanpa anda mungkin organisasi ditempat anda bekerja...
Mengalami kesukaran melancarkan tugas harian!

Tahniah!! Anda adalah pekerja yg berjaya.



p/s : Walaupun hari ini 1 Mei 2010 ... cuti umum! Tapi saya kena bekerja krn kerja2 yg belum selesai dilaksanakan....