Friday, March 14, 2014

MACAM-MACAM ISU ... SEMUA INI DUGAAN DAN UJIAN. SABAR.

Assalamualaikum ....



Salam Jumaat! Hye ... lama betul kita tak berjumpa. Jangan tak tahu akak yang sorang ni semakin sibuk, plus penat dengan kerja opis dan juga kerja sebagai surirumah separuh masa. Tak perlu nak herankan sangat kalau akak tak muncul kat sini. Dah kahwin nie, 24 jam rasa sekejaplah sangat. Tengok, hari ni dah Jumaat! Dah bulan Mac dah pun .... cepat sungguh masa berlalu.

Sepanjang sepeninggalan aku ... cuma tiada masa nak update blog ajelah. Baca blog korang ... ada masa, sebab aku curi-curi masa time keje baca. Masa awal pagi masuk keje dengan masa nak balik. Sempatlah baca 2-3 blog. Yang tak sempat tu, sorrylah ye. Masa amat mencemburui kite! Ewaaah ...

Lately, macam-macam isu yang wujud. Macam-macam ujian yang kita terima. Ujian ini untuk kita jadi hamba Allah swt yg tabah dan sabar. Kemarau yang panjang. Rasa aku hampir 2 bulan jugalah. Mak aku cakap telaga kat kampung yang tak pernah kering sejak dia kahwin dengan ayah tu dah kering kemaru kali nie. Ujian Allah kan? Empangan pun air dah surut. Tidur malam pun aku dah tak berselimut sejak sebulan nie ... panas! Baru panas dunia kan? Kalau kita ni tak sedar dan tak insaf lagi tak tahulah. Air dekat Selangor dah kena catu. Kesian kawan aku yang dok area Selangor. Putrajaya pun akan catu juga aku rasa kalau kemarau ni masih berpanjangan.

Bila kemarau berpanjangan, hutan terbakar sana sini kerana terlalu kering. Bila dah terbakar, jerebu sana sini. Putrajaya ni jangan cakaplah, jerebu tebal petang-petang. Siap dengan abu/habuk berterbangan lagi. Pedih mata! So, sejak jerebu nie ... habis waktu kerja sebelum jam 7.00 malam dah ada kat rumah. Tak kemana-mana. Risau kesihatan terganggu pulak nanti.

Belum sudah lagi hal kemarau ... usaha pembenihan awan oleh Kerajaan untuk menurunkan hujan, MH370 milik MAS pula lenyap bersama 239 penumpang dan anak kapal. Hari ini dah genap seminggu. Entah ke mana menghilang MH370 yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia dan penantian bagi keluarga mereka yang terlibat. Sayu hati aku. Kalau jatuh di bumi, nampakkanlah. Kalau ada di laut, timbulkanlah. Doa dan harapan sentiasa ada untuk MH370. Aku sendiri terfikir, apa yang terjadi pada 239 penumpang dan anak kapal berkenaan. Hilang sekelip  mata ... tanpa kata-kata akhir. Apapun aku harap segala usaha dipermudahkan dan menemui jawapan! Y-Allah lindungilah mereka.


Tentang atkins aku. Maaf, aku gagal berdiet atkins. Tapi, gagal sekali bukan untuk selamanya! ngeh ngeh ngeh.



p/s : entry semasa menghilang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!