Saturday, March 15, 2014

SYUKUR

Assalamualaikum ...


Perasan tak, bagaimana Malaysia dilanda dengan pelbagai ujian. Bermula dengan banjir yang berlarutan penghujung 2013. Kemudian diikuti dengan cuaca yang sejuk lebih dari 2 minggu. Ketika itu kita seakan kecoh dengan kesejukan yang diturunkan Allah. Kita ni kadang jenis tak bersyukur ... hujan salah, sejuk salah ... panas pun salah! Apa yang kita nak sebenarnya sebagai HAMBA?

Tak habis dengan suhu sejuk ketika itu, datang pula panas yang berpanjangan. KEMARAU! Dah hampir 2 bulan aku rasa. Macam aku bagitahu sebelum ini, sungai hampir kering .... empangan airnya dah surut. Telaga rumah aku kat kampung dah kontang. Hujan tak turun-turun. Panas jangan cakaplah, 15 minit kat tengah padang time 11.00 pagi peluh yang keluar umpama berjogging 2 jam. Kau tak perlu sibuk nak ke sauna dah. Sauna semulajadi time tengahari dah cukup.

Dalam keadaan kemarau yang belum sudah, hilang MH370. Nampak tak kita sedang diuji. Nampak tak Allah nak lihat kita ni kelam kabut bagaimana bila diuji. Nampak tak Allah sebenarnya amat sayang dan kasihkan kita dan kerana itu Dia turunkan ujian. Nampak tak? Dia ingin melihat sejauh mana kita akan kembali kepadaNya. Sujud kembali kepadaNya setelah lupa seketika.

Tapi kita ... bersyukur ke mengeluh??




Hari ini dah lebih seminggu MH370 tidak dijumpai. Pelbagai usaha dan pertolongan banyak pihak yang datang membantu Malaysia. Terima kasih. Harap semuanya berniat baik, bukan sebaliknya. Kerajaan menyeru untuk kita buat solat hajat. Sama-sama. Di sini, aku nampak muafakat kita. Di sini aku nampak kita boleh bersatu. Please ... mari kita bersatu demi Islam. Hanya Allah swt sahaja tempat kita  bergantung harap. Hanya Dia yang Maha Mengetahui di mana MH370 dan hanya Dia sahaja yang mampu menurunkan hujan membasahkan tanah yang sudah lama kontang.

Sepanjang usia aku yang dah melebihi 30-an ini, baru kali ini aku merasa kemarau yang panjang. Baru kali ini aku merasa jerebu yang sangat teruk dan bangunan pun turut hilang dari pandangan. Baru kali aku melihat yang sekarang dunia melihat Malaysia hanya kerana lenyapnya MH370. Aku harap ... lenyap ini hanya seketika. Untuk pengajaran cuma pada kita yang leka. #prayforMH370. Jangan berhenti berdoa ... moga Allah makbulkan doa kita untuk pulihkan keadaan seperti sediakala. 

Mari kita bersyukur ... walau apajua keadaan yang menimpa dan menjelma!



p/s : Kita sungguh kerdil!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!