Manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan. Termasuk saya. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan yg sama berulang kali. Saya mengaku kejahilan, kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri saya.
Saya tidak mahu persalahkan sesiapa. Saya sendiri yg lalai dan alpa dan seronok yg sementara. Mungkin hati saya ikhlas menyayangi dan menyintai. Tapi cara saya salah. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Saya ingin menjadi Muslim yg baik. Saya ingin kembali memperbaiki diri. Saya lemah. Saya jahat.
Allah masih sayangkan saya. Saya sedar Allah telah menunjukkan bermacam-macam kebenaran yg nyata. Tapi diri sendiri memilih untuk menjadi buta dan pekak pada kebenaran! Saya yg salah dalam mengatur perjalanan hidup sendiri. Hari ini saya tidak mahu menuding kesemua jari saya pada orang lain yg pernah singgah dalam kehidupan saya. Saya yg gagal memandu kehidupan saya ke jalan kebenaran. Ke jalan Allah. Sedangkan jalannya telah terbentang luas di depan saya dengan cahaya yg cukup terang. Saya tetap memilih untuk menjadi buta. Termasuk buta hati!
Hari ini saya semakin sedar. Dunia ini sementara. Keseronokan ini hanya sekejap. Saya terlupa pada pesan ibu untuk menjaga diri dan harga diri. Saya terlupa dan lalai dalam mengerjakan kewajipan 5 waktu. Hinakan saya ini? Allah telah memberikan saya berbagai kenikmatan....kasih sayang, kerjaya yg baik, perlindungan, kesihatan yg baik....ibubapa dan siblings yg penyayang serta kawan-kawan yg diantara mereka mendorong saya ke jalan Allah. Saya kufur nikmat!
Saya takut. Adakah Allah akan menerima taubat saya? Adakah Allah akan beri saya ruang untuk kembali kepadaNya. Saya takut saya MATI sebelum sempat bertaubat nasuha! Saya takut ibu dan ayah tidak terima saya kerana jahat dan berdosanya saya ini.
Saya pernah menghentam insan yg saya sayang. Mengungkit segala kesilapan yg tlh terjadi dan janji yg tidak tertunai berpuluh2 kali. Saya tidak redha dgn ketentuan Allah dgn takdir yg telah menjadi milik saya. Saya berdosa. Saya pernah membuat hati seorang ibu dan ayah terluka krn mempertahankan cinta dan kasih sayang saya. Tapi mereka masih bersama saya dan terus memberikan saya semangat. Saya bersyukur mereka masih menyayangi dan mengampuni saya. Adakah saya sempat membalas segala pengorbanan ibu dan ayah selama hayat mereka ada.
Ya-Allah...saya bersyukur di atas kesempatan yg Kau beri utk saya berubah. Tapi saya mohon Kau juga memberi kesempatan kepada yg teristimewa utk berubah. Bawalah kami bersama-sama MU.
Hari ini biarlah saya menghentam diri saya sendiri. Sepertimana saya pernah menghentam seseorang yg istimewa dalam hidup saya. Biarlah saya mengutuk diri sendiri. Sememangnya saya layak dihentam dan dikutuk. Saya tak punya siapa-siapa lagi untuk mengadu. Pada ibu dan ayah...tentu saya malu. Pada kawan-kawan...tentu saya tak tergamak bercerita. Saya hanya ada Allah untuk mengadu. Saya malu. Saya tak mampu menyimpan semuanya dalam diri saya. Saya takut tidak sempat bertaubat. Saya takut taubat saya tidak diterima. Saya takut esok sudah tidak ada untuk saya.
Saya mahu hidup saya tenang. Biarlah saya tidak memiliki yg istimewa. Saya redha. Asalkan saya tidak rasa bersalah dan berdosa. Biarlah Allah yang tentukan saya ini tulang rusuk milik siapa?
Ya-Allah aku tidak akan berputus asa mencari redha-Mu! Aku juga tidak akan berputus asa mendoakan yg terbaik buat diri aku, keluarga dan yg istimewa. Aku juga tidak akan berputus asa berdoa agar Kau memberikan hidayah bukan sahaja buat aku....tetapi juga buat dia! Biarlah kami miskin harta, asalkan jiwa kami tenang dan dekat pada-Mu. Biarlah kami hina di mata manusia, asalkan kami tidak hina di pandangan-Mu Ya-Allah!! Semoga Kau rahmati kehidupan aku dan dia dan tidak menyesatkan kami.....
p/s : Aku tahu untuk berubah menjadi baik amatlah susah. Aku kena sabar. Aku kena bertahan. Aku kena lawan demi hijrah ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!