Friday, November 12, 2010

::Kau Rasa::

Kau rasa kau bagus
Kau rasa kau bijak
Kau rasa semua kau tahu
Kau rasa kau hebat
Kau rasa kau berpangkat
Kau rasa kau berkuasa

Tapi kau lupa
Kau bukan sesiapa pun
Kau cuma manusia biasa
Cuma hamba pada DIA Yang Esa
Sekali kau diuji
Dengan apa yang kau ada
Bagus
Bijak
Serba tahu
Hebat
Berpangkat
Berkuasa

Sebenarnya kau tidak tahu apa2
Malah jua tidak punya apa-apa
Cuma ada dalam diri kau
Rasa bongkak dn bangga yg tak bertempat
Hanya yg ada adalah ego si bodoh!

Kau memperdagangkan seribu alasan dalam tugas
Kau menjual beribu bohongan seolah kau tahu segalanya
Kau sebenarnya sedang mengaib diri sendiri
Dengan tindakan mencantas tugasan orang lain
Cantasan mu itu membina masalah
Yang bakal menjahanamkan semua pihak

Kau tak ubah seperti kerbau yang membawa lumpur
Terpalit mereka yang tidak bersalah
Mereka yang tidak tahu menahu
Tentang dusta dan penipuan

Allah Maha Kaya
Kesabaran manusia yang kau cantas
Allah membalasnya
Sedikit demi sedikit
Sudah ada yang tahu
Kau sebenarnya ... "tidak tahu apa satu"
Yang kau tahu...menjual air liur yang tidak pernah laku pada mereka yg bijak!!

Diamlah kau disitu
Belajarlah apa yang kau tidak tahu
Usah cuba sejukbekukan orang lain
Kerana kau bakal disejukbekukan oleh kebodohan sendiri

Bahagia kau sementara
Kebodohan kau sudah terjelma
Mahukah kau berjalan mendabik dada bagai dulu lagi???

Berhentilah mencipta alasan
Berhentilah niat buruk mu itu
Berhentilah menjaja kisah sia-sia
Berhentilah diri mu dari berdusta!!

Kami bukan pendendam
Kami mangsa keadaan
Oleh dirimu yang perasan bagus, bijak, serba tahu dan hebat itu...
Kami diam bila kau rasa kau berkuasa
Sedangkan kita sama sahaja

Si pangkat yang kau kipas
Tidak merasa kedinginan lagi
Kau tersalah guna kipas
Kipas terbakar di tangan sendiri!

Pembalasan dari Allah....
Semoga kau sedar
Tak semua manusia berdendam
Kami cuma melihat arus kau menggerakkan kipas
Kami cuma tersenyum
Bila kau punah dengan kebodohan sendiri

Cuma satu ingin kami katakan
"Doa hambaNya yang teraniaya dimakbulkan Allah"
Betulkan niat bekerja mu!
APC bukan ukuran....
Tapi kerja adalah ibadah untuk Tuhan!!


::Nukilan:: Cik Kamoo in da house!!


p/s : Ya-Allah aku bersyukur padaMu...."kami tidak tergugat w/pun disejukbekukan dan diumpat"....kini satu persatu niat buruk itu mendapat balasan yg menjadi tatapan mereka yg lebih berhak menilai mana benar mana yg mungkar!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!