Wednesday, July 17, 2013

AYAM

Assalamualaikum ....




Puasa nie ramai surirumah bising-bising sebab harga ayam dah naik. Melambung naik bukannye sikit-sikit. Memasing sibuk dok boikot .... jangan beli ayam ... jangan makan ayam.

Itu orang lain, tidak pada aku .... hampir hari-harilah sepanjang puasa nie aku beli ayam. Tak banyak, sikit pasti aku beli. Koman-komannye kepak ayam madu. Aku takdelah sibuk nak beli ayam mentah.

Tahu kenapa aku masih beli ayam? Sebabnye aku tengok harga ayam golek, ayam percik, ayam panggang ... kepak ayam madu .... rege sama je macam tahun lepas. he he he itu yang aku asyik bertukar menu ayam setiap hari. Sampai ke tahap aku kena marah ngan si teman, "hari-hari sibuk nak makan ayam .... makanlah menu lain plak yg takda ayam!".


Actually dia kena redha .... tak pun pasrah ajelah dengan minat dan kesukaan aku dengan ayam nie. heeeeeeeeee. Actually ayam tu lagi murah dari ikan tahu, dah tu ayam boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Tak sama cam ikan .... tapi walaupun hari-hari aku makan ayam tak bermaknalah aku tak makan ikan langsung. Makan juga ... cuma pilih jenis-jenis ikanlah!




Tengok ayam nie .... naik harga ke turun harga ke ... dia happy je!



Cuma yang aku pelik, asal menghampiri musim perayaan je, harga ayam naik. Tak ke pelik. Ini semua taktik je aku rasa. Mulalah bagi alasan harga makanan ayam mahal la ... itu la ini la. Lepas musim perayaan, harga stabil balik. Aiks ... takkan harga makanan ayam boleh turun plak. Inilah yang cakap ... ini semua muslihat semata-mata oleh pihak tertentu. 

Sampai satu masa aku rasa ... aku akan berhenti juga daripada jadikan ayam nie menu peberet aku. Rasanyalah .... ;=)






CK : Hari nie tengok jadual ... kerjalah pulak ;=)

1 comment:

  1. itulah bila harga ayam naik rasa nak beli ikan pulak -.='

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!