Kawan-kawan aku ramai yang tahu, sepanjang Ramadan 2013 aku akan berkerja lebih masa hampir hari-hari. Redha. Kerja satu amanah, suka atau tak ... kena sukakan juga supaya diri menjadi ikhlas. Supaya rezeki yang dapat tu adalah satu keberkatan. Barulah yang sedikit itu terasa cukup dan yang banyak terasa nak dikongsikan.
Semalam aku habis operasi kerja hampir jam 12.00 tengah malam. Penat usah cakaplah. Satu badan letih. Kalau ikut kata hati dan nafsu, rasanya sampai rumah tu aku nak je terus tidur. Tanpa mandi ....! Alhamdulillah, hati aku cukup kuat semalam ... aku sampai rumah, terus mandi ... siap dan solat Isyak. Cuma yang ruginye, aku dah tiada daya ketahanan untuk solat terawih. Rugikan? Ramadan bukannya hari-hari dan bukannya tetiap bulan. Tetapi hanya sebulan dalam setahun. Nak tunggu tahun depan, entah panjang umur ke tidak kita tak tahu. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinye!
Dek kepenatan .... lepas solat Isyak, teruslah letak krim muke sebelum tidur. Itu pun letak krim sambil mata pejam-pejam dah. Kritikal mengantuk dah rasanya. Masa tu aku perasan jam dinding dah 1.30am. Terus set alarm 4.30am untuk masak dan sahur. Sekali ...........................aku ternyenyak tidur akibat kepenatan.
Hasilnya aku sedar dekat 6.30am ..... tak dapatlah nak bersahur!! Rugi jugak nie ... kita puasa kena sahur, baru betul cara Islammnye. Tapi nasib baik malam tadi aku dah niat puasa siap-siap. Lagipun awal puasa aku dah niat utk sebulan. Kalau tak hari ini lupa bangun ... kalau lupa niat, dah teguk sirap limau ais dah time-time cenggini. Uh, syoooooorrrrgaaa!! he he he
Hari nie balik kerja lambat lagi .... aku harap, dapatlah aku bangun sahur! Kuatlah semangat ... janganlah penat!!
#nasi arab yang menyelerakan. tapi ayam tu lagi nampak seleranye .... petang nie boleh beli ayam saja buat berbuka. untuk nasi telan air liur jap sebab nak turunkan berat badan nie ...hehehhehe#
CK : Lemau semacam ....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!