Saturday, July 13, 2013

HARI MINGGU

Assalamualaikum ....



Dapat juga berehat pagi nie. Tadi aku bangun sahur time kecemasan. Sempat teguk air je sikit. Alhamdulillah la daripada tak teguk apa-apa kan? Balik semalam, 1.30am baru sampai rumah. Penat jangan cakaplah. Rasa nak pergi spa time tu juga. Kerja sungguh bulan Ramadan tahun nie.

Walaupun sebenarnya aku kerja hari nie .... dari 4pm sampai 12.00am, aku minta excuse sebab ada hal personal. Minggu nie jelah dapat minta excuse sebab ramai yang bertugas. Kalau masuk minggu depan susah dah nak excuse sebab satu group beberapa kerat je pun yang ada. Jadi kalau 'hilang' dari tugas orang akan perasan. Orang takkan perasan masa kita tengah sibuk buat kerja, tapi orang akan perasan bila kita hilang dari kerja. Sifat manusia kan macam tu, mencari salah orang macam satu keseronokan.

Memandangkan aku tak kerja, so ... bermalasan sekejap kat rumah. Tapi yang tak bestnya .. pepagi boss aku dah sms suruh buat itu buat ini. Hello boss ... hari nie Sabtulah! Bagilah aku rehat. Kalau ye pun nak sms soal kerja janganlah waktu pagi sangat. Terganggu emosi aku. Terganggu hari minggu aku. Macam spoil pulak! Fhuhhhh sabaq .... bulan puasa nie!

Itu peel boss aku. Dia memang tak reti hormat masa dan hak orang. Asal dia senang. Orang lain susah pun takpa. Aku pun malas nak kecoh ... sebab dia boss. Kalau mana yang mampu aku buat, akan aku buat. Tapi kalau arahan dia bukan-bukan memang aku akan menjawab bukan-bukan dengan dia. Biar dia sedar sikit bahawa orang lain pun ada masa lapang yang perlu dihormati.

So, senang cakap emosi aku di hari minggu nie agak terganggu kerana sms boss aku di pagi hari. Kalau dia sms tengahari kang ke, maybe aku ok sketlah kot. Ini orang baru nak menghayati puasa di hari minggu ... dia plak dok keluar perintah kerja plak. Haish....sabarlah sabarlah *urut dade la sat*.

Boss, boleh tak bagi saya berehat sat??






CK : Tak kira masa perintah turun....apa da ...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!