Sunday, July 7, 2013

HYE HYE ....

Assalamualaikum ....




Fhuhhhh bersawang blog aku! Seminggu juga aku meninggalkan blog kesayangan tanpa cerita. Sibuk uruskan majlis utk diri sendiri then sibuk dengan keje-keje office. Dengar cerita, sepanjang puasa hingga hampir raya arahan telah dikeluarkan .... cuti beku!! Adeh .... kenapalah??


Takpalah nak buat macam mana cuti dah nak dibekukan. Redha ajelah. Tak boleh nak kata apa ... yang pasti, SAYA YANG MENURUT PERINTAH! Beku pun bekulah ...


Walaupun seminggu aku tak update ... tapi Alhamdulillah ada juga rezeki berblog. Tak sangka yang Nuffnang akan bagi satu CPUV baru buat aku. Walaupun akhir-akhir nie dia tak bagi selonggok CPUV, sekali bagi seketul je .... eh, ok lah juga daripada takdak kan ....




Sila lihat CPUV aku yang seketul itu masih on going! Coke Ramadan 2013, harap CPUV nie lamalah bertenggek. Aritu dapat CPUV KIA-What is project C ... tak dapat earning banyak sangat. Cedih! Selalunya earning aku atas RM10 bergantung kepada kerajinan aku update blog. Bila rajin update, ramailah masuk baca blog .... earning CPUV akan dapat bila ada UV dan time tu iklan berkenaan tengah berlegar kat blog. Itu yang masyuuuukkkk!!


Abaikan bab CPUV .... eh, papepun terima kasih Nuffnang!


Tak berapa hari lagi kita dah nak puasa. Puasa tahun ini bagi aku beza sikit .... paling ketara beza adalah bab keje. Bulan puasa plak kena keja lebih masa. Walhal tahun nie aku dah plan nak solat terawih kat masjid. Kalau dah penat keje, balik rumah confirm tidur! Itu yang aku tak nak tu ...


Harap-harap Ramadan kali ini adalah Ramadan terbaik untuk aku dan kita semua! Amin ....



Selamat Berpuasa dan Meningkatkan Amal Ibadat untuk korang semua! 





CK : Terima kasih datang juga berkunjung kat blog aku ..... walaupun aku jarang2 update skang nie

2 comments:

  1. tertunggu2 entry br akak...
    alhamdulilah rezeki tue..
    selamat menyambut puasa yerk kak :D

    ReplyDelete
  2. Akak sepanjang tahun lepas kat rumah je terawikh...sedih tapi apa boleh buat bujang kecik tu tak faham sgt lagi adab ke surau.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!