Saturday, July 13, 2013

RESEPI : LAKSA UTARA

Assalamualaikum ....



Aku dah cerita pasal buat masak lemak cili api ketam kan semalam. Sebenarnya time sahur semalam tu, bukan sahaja aku buat masak lemak tapi juga sekali dengan laksa utara. Memandangkan adik aku ada kat rumah dan aku pulak balik kerja lambat, baik lah masak dekat dia terus. Pastu siang semalam aku roger ngan adik bongsu aku berbuka puasa kat rumah. Buat temankan adik aku yang sorang lagi kat umah tu. Sian pulak kat dia kang berbuka puasa sorang-sorang. Macam aku takpa sebab dah biasa.

Malam tadi, sampai je rumah 1.30am .... terus aku meluru ke dapur. Dalam kepala dok ingat laksa ja. he he he. Sendiri masak time sahur, tapi belum rasa lagi ... haruslah tengah malam pun terjah dapur. Atkins aku pun dah ke laut. Cuma nasi je aku dapat bertahan dari makan. Laksa nie pun sebab peberet, tu yang langgar pantang diet. Kalau bukan peberet ... aku boleh pejam matalah lagi. 

Sila terliur .... he he he

Bulan-bulan pose nie dok tayang gambar makanan ... takpa ka? Jangan korang menceceh airu liur sudahlah ye. Aku sahaja nak share je. Adik-adik aku memang suke sangat ngan laksa. Kalau datang rumah je sibuk suruh aku masakkan. Kadang siap tambah berpinggan-pinggan. Aku pun suka buat laksa, antara menu paling senang nak masak ... tak leceh sangat. Maybe sebab dah biasa kot. Tu yang rasa cam .... pejam mata pun dah siap. heeeeeeeeeeeeeeeeee .... poyo!

Aku tak sure dah pernah share ke belum resepi kuah laksa nie ... kalau belum, nak je share ngan korang. Kot ada sapa yang cuba-cuba nak masak laksa utara untuk berbuka nanti. Nah aku persembahkan resepi laksa utara dari orang utara sendiri. 



Resepi : Laksa Utara 
Sumber : Bonda Cik Kamoo
Pencuba : Cik Kamoo

Bahan-bahannya (Untuk 5-6 orang makan)  ;

  • Sekilo ikan kembung (aku suka ikan kembung campur dengan ikan sardin - sedap ambil ikan kembung saiz kecil dan fresh)
  • 15 biji cili kering*
  • 10 biji cili api* (kalau taknak pedas ... kurangkan kuantiti)
  • Belacan sebesar ibu jari* - dibakar terlebih dahulu
  • 10 ulas bawang merah*
  • 2 batang bunga kantan
  • Seikat daun kesum (ikat sebesar ibu jari je)
  • Asam keping secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit
  • Ajinomoto secubit (cubit kecik je)
  • Air secukupnye
  • Urat laksa - lagi sedap kalau dapat urat laksa beras. Kalau takde beli je urat laksa biasa

Bahan Hiasan dimayang halus - kuantiti ikut suka
  • Daun selom - hiris halus
  • Daun salad - hiris halus
  • Timun - hiris halus 
  • Daun gajus - hiris halus
  • Bawang besar - hiris nipis
  • Cili api - jika nak pedas la.
  • Telur ayam - rebus dan belah dua je


Cara-cara masak ;
  • Ikan kembung dibersihkan, direbus dan asingkan tulang dengan isinya. Masa rebus tu letak garam dan sedikit asam keping. Air rebusan dan tulang ikan jangan buang. Blend tulang ikan dengan air rebusan dan tapis.
  • Rendam dalam air panas cili kering, cili api, bawang merah dan belacan hingga lembut. Kemudian blendkan sehingga halus untuk jadi pes cili.
  • Pes cili yang diblend dimasukkan dalam periuk dan panaskan sehingga masak. Campakkan asam keping dalam periuk sekali dengan pes cili tadi. Kemudian masukkan air rebusan ikan yang telah diblend dengan tulang tadi (tapis dulu tau ... kang makan dengan tulang plak). Tambahkan air secukupnya hingga jadi seperiuk (Air dalam 2-3L)
  • Bila kuah dah mendidih .... ramaskan isi ikan sampai halus dan keluarkan tulang-tulang halus jika ada. Kalau malas sangat nak ramas, korang blend je isi ikan sampai hancur.
  • Masukkan isi ikan ke dalam kuah laksa tadi. Biarkan mendidih kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan, garam, gula dan ajinomoto. 
  • Kemudian didihkanlah sehingga masak. Bila rasa semua dah ok ... bolehlah hidangkan dengan urat laksa, kemudian curahkan kuah laksa baru letak telur dan bahan-bahan hiasan yang lain. bahan-bahan hiasan tu ikut suka la nak letak daun apa pun. Kalau kat kampung aku suka letak daun gajus dan kacang panjang. Laksa akan jadi lebih lemak dan sedap.

Tips: Kalau nak laksa yang sedap .... masak awal 12jam. Kuah laksa yang diperam dan dipanaskan semula semalaman akan lebih sedap rasanya. Kalau nak makan esok contohnya, malam nie dah boleh buat dah. 




#selamat mencuba ye ... petang nie bolehlah masak laksa utara. Senang je! Sapa kata masak laksa nie renyah? Sebenarnya ia menu paling mudah bagi aku .... heheheh



CK : Petang nie berbuka puasa di kejauhan ... ;=)

4 comments:

  1. ahaha...sangat setutu tu cik kamoo, kuah laksa makin lama makin sedap. kalau buat semalam, harini makan lagi sedap...biasalah orang utara, tak lari dari makan laksa :)

    ReplyDelete
  2. Saya bukan Melayu, tapi bagi saya Laksa Utara ni Raja Segala Hidangan Mee. Dari kecik lagi saya dah ketagih. Asal saya Kuala Kangsar yang femes dengan Laksa Kuala Kangsarnya... Hujung Minggu ni nak try resepi yang ini!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba! terima kasih bkunjung ke blog ini.

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!