Aku perasan, kalau Ramadan datang je ... keywords yang paling banyak dicari adalah berkaitan resepi. Bak kata resepi dan Ramadan tak dapat dipisahkan. Bulan Ramadanlah memasing nak tunjuk skill memasak. Ada yang jadikan bulan Ramadan nie bukan setakat berpuasa dan melakukan amal-amal baik yang lain, tetapi juga dijadikan bulan untuk menimba ilmu dan menambahkan sklill memasak. Bagus!
Buktinye .... ini keywords minggu lepas. Kesemuanya keywords adalah berkaitan dengan resepi. Paling ketara memasing sibuk cari resepi mee goreng dan rendang ayam. Harap resepi yang aku kongsi tu menjadi manfaatlah untuk korang. Korang leh adjust agar resepi tu jadi lebih sedap dr apa yang aku bagi. No prob!
Ramadan tahun nie aku baru 2 kali masak. Hari tu buat masak lomak cili api ketam ... petang tadi buat sambal ikan bilis. Serius tiada kesempatan. Aku kerja sampai kul 11.30pm hampir hari-hari. Nak masak sahur pun tak daya ;p .... time sahur aku cuma makan 3 biji kurma dan segelas air suam. Cukuplah tu. Alhamdulillah.
Tapinye, si teman aku .. dah membising bila aku nak masakkan dia mee kari. Asyik dok merungut je. Aiyak ... bilalah ye? Resepi dah ada, nak pergi cari bahan mentah tu entah bila. Kot nanti sedar tak sedar dah habis Ramadan. Hye ... nasib badanlah ye ... he he he
Okeylah nak sambung buat keje lain plak. Dah lama tak update ... nak stop entry pun tak reti dah. hehehehe
CK : Mendapat selsema plak puasa-puasa nie ....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!