Monday, March 31, 2014

SEKITAR MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN SYAMSUL YUSOFF & PUTERI SARAH LIYANA

Assalamualaikum ....


Oh hoooi, tengok gambar resepsi perkahwinan Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah Liyana terus teringat malam akad nikah aku dan hasben. Sangat syahdu dan bersyukurnye. Tapi kami takdelah pakai jubah dan takdelah hasben aku berserban. Aku kalau pakai jubah nampak sangat kateknye ... macam macam pokok bonsai dah aku rasa. Hasben aku kalau berserban aku pun tak dapat bayangkan macam mana. Kalau yelah dulu dia pakai macam Syamsull, tentulah aku akan sentiasa tergelak ketawa. Serius nampak lucu muka kamu hasben!


Happy dan nampak berseri je Puteri Sarah Liyana. Hoi sapa yang tak seronok berkahwinkan. Halal halal!!


Nampak tenang dan jernihnye wajah pengantin berdua neh!


Pasangan secocok


Ini family YATT kan?


Aku suka betul tengok wajah Irma selepas dia dah berhijrah pakai tudung. Nampak kesantunan dia. 
Admire eh kat dia neh.



Tema berjubah nie sangat menarik bagi mereka yang tinggi dan ramping. 
Untuk aku yang rendang ibarat pakai baju kembang rasanye. ha ha ha ha


Semua sumber gambar adalah dari ROTIKAYA.




p/s : Malam akad nikah adalah terlalu indah bila dikenang!!

Sunday, March 30, 2014

KOSONG KOSONG

Assalamualaikum ...


Last week, entah apa yang aku pikir ... tetiba laju je jari jemari tekan cashout dekat akaun nuffnang. Walhal baru sehari sebelum tu hubby aku cakap suruh simpan. Malasnyelah nak simpan dalam akaun tu lelama. Itu pun setahun lebih aku simpan tanpa sebarang perasaan untuk cash out.

Sekarang sudah cashout. Bagi yang ada status gliterrati sebulan Nuff akan proses payment kepada para pemegang akaunnye. Tapi make sure, kalau nak tekan button cashout tu, tekan dihujung bulan ... barulah ia akan diproses dalam tempoh tiga puluh hari. Kalau bukan status anak emas Nuff tu, proses dia 60 hari.

Sekarang ni earning sudah KOSONG ... KOSONG!



Cuma ada satu je BE (CPUV) yang tengah running. Bulan Mac dapat 2 BE. Alhamdulillah. Yang satu lagi dah credited dah pun. Tu yang aku tetiba nak cash out tu. Tinggalkan satu je BE sebagai penarik kepada BE-BE yang lain. Manalah tahu kot ada rezeki dapat BE berlambak-lambak. Dulu pernah dapat BE sebulan sampai 4-5, kira dah banyak la tu. Running pun lama. Sekarang ni nak dapat satu dua BE pun susah tau. Agaknye dah ramai blogger kot. Tapi takpelah, rezeki memasing ye dok. Ada rezeki ... kita ngap. Takde rezeki kita usaha sebaik mungkin. Ye dak?

Sekarang ni masa untuk tunggu cek dari Nuff sampai. Aku ingat nak guna duit tu untuk bayar insuran dan roadtax myvi aku. Cuma kena top sket je duit. Takdelah beban sangat. Ini kali kedua aku cashout setelah bertahun juga jadi ahli keluarga Nuffnang. So far, Nuffnang ni baik la sebab sudi singgahkan segala BE kat blog aku. Terima kasih Nuff!





p/s : Kalaulah aku dapat jadikan blogging ni sebagai part time kan best .... usaha tangga kejayaanlah nampaknya.

Saturday, March 29, 2014

SI TANGGANG ZAMAN MODEN?

Assalamualaikum ...



Semalam telah 'terjatuh'nya hukum kepada pasangan suami isteri yang menetap di Sweden. Jatuh hukum kerana memukul anak sendiri. Alasan yang diberi oleh mahkamah Sweden adalah kerana menjatuhkan hukuman salah serta penjara kepada pasangan berkenaan kerana ia adalah 'keganasan berulang'. Lain padang lainlah belalangnye. Lain negara lainlah undang-undangnya.

Tapi, aku yang belum menjadi ibu nie ... cukup sedih dengan keputusan tu. Aku rasa mak ayah dia pukul pun sebab nak mendidik. Dalam Islam dibenarkan kita memukul anak tetapi bukanlah sehingga memudaratkan. Memukul dengan tujuan untuk mendidik bukan untuk mendera! Disebabkan lain padang, maka terjadilah apa yang tak sepatutnya menjadi. Sekarang ini tak tahu siapa yang perlu dipersalahkan. Anak-anak ke? Sebab bercerita dengan sekolah dan kawan-kawan. Mak ayah ke? Sebab memukul dengan tujuan mendidik? Mahkamah Sweden ke? Sebab jatuhkan hukuman sedemikian rupa.

Kesian sangat. Apa dah nak jadi ni? Bayangkanlah, Shalwati Nurshal .. ibu kepada anak-anak berkenaan dipenjara 14 bulan. Dan bapa mereka, Azizul Raheem Awalludin dipenjara 10 bulan. Sudahlah dipenjara, kemudian diarahkan membayar ganti rugi kepada anak-anak berkenaan. Kesian sangat. Bila dah dipenjara off course bapa dia dah tak boleh bekerja dalam perkhidmatan awam Malaysia. Sedih tau! Yang aku tidak dapat bayangkan, bagaimana penerimaan kedua pasangan ini terhadap anak-anak mereka bila mereka telah dibebaskan kelak?? Apa akan terjadi kepada nasib anak-anak ini selepas itu??


Mereka adalah ibu bapa. Anak-anak adalah hak mereka. Selagi memukul yang tidak menimbulkan sebarang kemudaratan dan kecederaan melampau ... bagi aku semua ini tetap tak salah. Tapi aku berada di padang lain bukan di padang mereka. Aku kata tidak salah, tapi mereka  tetap mengatakan ia salah.

Dulu, masa aku dan adik beradik lain kecik-kecik, kena juga pukul dengan mak ayah. Mak ayah aku punya style ... mereka akan pukul dari paras pinggang dan ke bawah. Kami adik beradik tak pernah pula kena sepak ke terajang ke ... kena pukul dengan kayu api ke ... getah paip ke....semua tu tak pernah. Selalunya memang kena pukul dengan rotan ... tak pun pembaris yang mak aku selalu guna untuk ukur baju (sampai patahlah pembaris tu). Sekali tu pernah juga kena sebat dengan ranting inai ... bukan batang inai ye, ranting je. Berbirat jugalah betis. Setakat sakit sekejap je. Lepas tu elok je. Mak ayah aku angin pun bila kami adik-beradik tak dengar cakap .... lambat solat, tengok tv melampau-lampau, balik rumah lambat, malas baca buku, malas tolong mak ayah ... dan bla bla bla. Itu je pun. Takdelah kena pukul sampai lebam pun. Setakat pedih sikit je pun.

Takdepun nak cerita ngan kengkawan sebab kena pukul ngan mak ayah. Malu weh, kalau cerita mesti kena boooo ngan kengkawan. So, baik kita diamkan je. Mulut tu jangan nak gatal sangat bercerita. Hasben aku pun pernah cerita zaman dia kecik-kecik dulu. Yelah, adik beradik hasben aku 10 ke 11 orang camtu. Perempuan sorang je ... lenlain semua lelaki. Bayangkanlah macam mana omak mertua aku nak handle anak-anak lelaki yang dekat 9 orang tuh. Mestilah dorang meloncat sana sini. Main itu main ini. Tak dengar cakap dan degil tu benda biasa hasben aku cakap. Hasben selalu cerita, kalau setakat kayu api, getah paip ... hanger ... tali pinggang ... semua dah pernah hinggap dekat belakang badan. Tapi elok je hidup sampai sekarang. Tak psiko pun! Takda parut pun ... tapi parut jatuh pokok bleh plak ada kat lengan hasben. Haih! Lelaki kalau kecik-kecik kadang kenakalan dorang berganda!! Jadi "orang" pun adik beradik dia. Semua ada kerja dan ada keluarga sendiri. Takdepun nak hidup mengarut-ngarut ke ... So, far semuanya kira "menjadi" la sebab takde nak menyusahkan mak ayah pun bila dah dewasa. Pandai memasing cari kerja sendiri. 

Dalam family aku, abanglah yang paling banyak kena sebat. Yelah dia anak lelaki. Ayah nak ajar dia agar jadi manusia yang kuat dan tabah hadapi kehidupan bila besar. Bila salah je mesti abang kena pukul. Aku ingat lagi, masa tu abang baru darjah 2 dan abang merupakan pelajar pintar. Masa darjah satu dia dapat no. 1 dalam kelas. So, dapatlah hadiah jam. Tapi bila masuk darjah 2, abang dapat no. 2 masa peperiksaan akhir tahun ...tau apa hukumannya. Kena duduk luar rumah selama sejam time malam. Macam kelakar. Tapi itulah hukumannya. Sejak itu ... abang sentiasa dapat No. 1 dalam kelas sampailah dia darjah 6. Kemudian dapat masuk sekolah asrama penuh ... siap dapat jadi best student peringkat Daerah lagi. Ayah dan mak aku tegas sikit dalam pendidikan anak-anak. Alhamdulillah, dengan ketegasaan mak ayah kami 4 beradik berjaya juga masuk IPTA. Abang aku sorang je terlepas ke luar negara. Yang adik-adik dia semua dalam Malaysia je mampu. Itu pun dah cukup baik mak cakap. 

Aku sentiasa mendoakan agar kami tidaklah menjad si tanggang zaman moden. Kadang kita kena didik anak-anak untuk bercakap dan berbicara dengan betul. Kena pasak dalam kepala dorang dari kecil, apa yang dorang boleh bercerita dan tak boleh bercerita dengan orang lain. Bila jadi kes macam pasangan Malaysia di Sweden ini ... rasa sangat menyedihkan bagi aku. Dorang akan buat rayuan, aku harap rayuan pasangan ini berjaya. Sama-samalah kita doakan!



Jauhkanlah kita semua daripada menjadi si tanggang zaman moden.




p/s : Sejujurnya aku tak sokong apa yang anak-anak pasangan ini buat. Kita berada di dunia ini pun kerana hubungan kasih sayang mak ayah dan keizinan Allah. Selagi mak ayah tak pukul kita sampai macam nak cacat atau  mati atau psiko .... dan tak minta kita buat perkara bertentangan dengan Islam, maka kita wajib taat kepada ibu bapa! Redha ibu bapa adalah redha Allah swt! Jangan lupa tu ..

Friday, March 28, 2014

9 TIPS MUDAH MENURUNKAN BERAT BADAN. KEVIN ZAHRI.

Assalamualaikum...


Asyik cerita pasai makan ja kan, mai kita dok cerita pasai nak kuruskan badan pulak. Mana la tau tetiba terkuat pulak semangat aku! Yang penting nak balik target 55kg tu. Nieh, aku share tips menurunkan berat badan dari Kevin Zahri. Mai la kita cuba sama-sama. 




Tips ke 9 tu suruh bermula 1st Januari. Takpalah bermula 1st April pun apasalahnya kan. Asalkan memang kita nak berubah. Nak berubah takyah tunggu-tunggu orang kata. Marilah bermula sekarang! Tips ini lebih kepada menempelak diri aku sendiri. Nak motivate diri agar kuat semangat dan  berdisiplin.


Jom kita cuba, manalah tau ... berjaya pulak! Usaha tangga kejayaan.



p/s : Apapun tips yang dibagai, kalau tiada disiplin tiada gunanya.

Thursday, March 27, 2014

CHICKEN CHOP JAWA STYLE

Assalamualaikum ...


Hah, aku ni tak habis-habis story pasal  makankan? Jangan marahkan aku ye. Dalam folder lappy aku ni berlambak gambar-gambar makanan yang aku tak sempat nak story kat sini. Asal amek gambar je, simpan. Maklumlah busy bebenor jadi isteri. Tapi ini bukanlah menu terkini kami suami isteri. Dah sebulan terperam dalam lappy, maka marilah kita saksikan menu yang biasa-biasa cuma pelik sikit namanya. Sila jangan ketawa. huuuuuuuuuuuuuu >...<! 

Pernah makan chicken chop jawa style? Aku je yang terpelik sikit buat chicken chop jawa style nie. Korang pi la cari kat restoran western food mana pun sure tak jumpa punya. Masa bujang tak pernah sekali pun aku buat chicken chop. Namun, atas permintaan hasben ... hegeh-hegehlah si isteri menggodek recipe dari internet. Fhuuuhhhh nasib baiklah ada internet. Tapi lagi bernasib baiklah rumah nie memang langgan internet, maka ianya sangat membantu aku dalam mencari recipe kemudian aku derhakakan sedikit sebanyak recipe berkenaan. Asal boleh makan, hasben aku onnnnnnnn je tanpa sebarang kata-kata! Suke le kot!


Chicken chop jawa style. Yang menjadikan ianya jawa hanya adalah kerana tempe goreng tu je. Aku gantikan kentang goreng dengan tempe. Nampak lagi sedap dan lebih mengenyangkan. Kuah blackpepper tu pun aku  buat sendiri. Mulanya aku ingatkan susahlah nak buat kuah blackpepper nie. Rupanya senang je. Pejam mata pun boleh. Eh, angkuh pulak. Lompang kokedai nak?

Ini masa kami suami isteri betul-betul tak makan nasi. Hari ini chicken chop ... esok chicken grill ... lepas tu makan sayur dan ulaman rebus je. Lepas tu, diet makan nasi seminggu sekali plak, sampailah sekarang. Cuma aku je, walau tak makan nasi sangat ... dan hanya jamah nasi seminggu sekali, badan aku tetap bam-bam! Bila umur dah meningkat metabolisma makin jadi pemalas. Maka, tuan badan terus jadi gempal! grrrrrrr.

Bukan senang sebenarnya nak berdiet bila dah bekeluarga, nak-nak kena masak kat suami. Bila dah masak, isteri pun teman suami makan dengan sukahati dan dalam masa yang sama .... mari kita sama-sama makan!




p/s : Macam mana nak kuat semangat untuk terus berdiet neh? Silalah bantu aku ...huhuhu

Wednesday, March 26, 2014

MEE CAMPAK

Assalamualaikum ...



Ingat tak sebelum ni aku ada sebut pasal mee campak. Mee campak ye, bukannya demam campak! Hah, hari ini aku nak cerita dekat korang pasal mee campak tu. Maksud mee campak bagi aku adalah, rencah and bahan tak cukup lepas tu campaklah dalam kuali ikut suka hati. Asal jadi dan sedap. Mee yang tak berapa nak ikut peraturanlah kiranya. Idea ni asalnya datang dari aku, tapi hasben plak datang membantu suruh tambah itu ini. Aku apa lagi, follow tanpa membantah! Nasib baik menjadi dan nampak pun macam seleralah nak makan.


Nampak, selera tak mee campak gabungan idea aku dan hasben? Nampak cam sedap jugakkan? Actually, mee campak ni kami guna mee sanggul. Kat area Putrajaya susah nak cari mee sanggul. Ini pun aku import dari Aloq Staq habaq hang. Area sini tak tau mana nak cari. Dah 2-3 bulan beli mee nie, dok elok ja tersimpan dalam kotak. Sekali hari tu tak tau nak makan apa, aku saja-saja la selongkaq kotak kat dapur. Eh, jumpa pula 2 bungkus mee sanggul.

Asal niat nak buat mee sanggul goreng pedas. Tapi tekak pulak nak makan mee yang berkuah dan masam-masam manis. Tekak aku lately nie mengidam bukan-bukan. Pagi kadang tak lalu nak makan. Asal kul 11pagi je perut dah melapar. Nafsu makan aku melonjak bila jam menunjukkan 5.00 petang. Tak tahu kenapa perubahan nafsu aku sangat semacam. Mengandung kah? Rasanya belum ada apa-apa tanda. Tanda nafsu makan melampau ajelah sekang nie. 

Dan tidak hairanlah, berat aku naik pada tahap yang melampau. Hasben cakap lengan aku pun dah dekat sama saiz dengan betis. hu hu. Kuang asam tul kan. Dia selalu cakap, nanti jangan salam orang dengan betis. Sebab dah tak boleh nak beza antara betis dengan lengan. Kuang asam sekali lagik! Aiyak ... lawak apalah hasben bagi untuk isteri. Dalam masa yang sama hasben aku cakap, "selagi boleh makan....makanlah, lepas nie diet la balik!".

Selesai cerita pasai mee campak. Korang kalau rasa malas nak fikir sangat nak masak apa, buat aje mee campak. Kuah dia senang je, masukkan sos tomato and sos cili ... sesenduk. Masukkan serbuk perasa, then baru masukkan fishball, telur atau apa saja yang korang suka. Nak sedap masukkan tomato potong. Kata nak kulit licinkan? Aku ni kalau makan 10kg tomato pun kulit tak licin dah ... kalau usia remaja ria makan tomato dah sure kulit pun halus dah mulus kekdahnye. he he he

Okeylah ... nak cau cin cau. Puas nak dapat update satu entry! Rindu nak buat entry jenjalan ... tapi banyak sangat nak kena menaip. Tunggu-tunggu la nanti. he he he he



p/s : Jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa MH370.

Tuesday, March 25, 2014

MASAK WEEKEND SAHAJA

Assalamualaikum ...



Seperti mana yang aku selalu war-warkan, aku masak nasi weekend je! Nampak macam bapak malas kat situ, habis weekday hasben ko tak makan ke cik puan? hu hu. Of course la makan, hasben aku bukan jenis biar isi perut kosong. Nak kena isi gak. Kalau boleh biar penuh, baru dia diam sebab dah konyang. ekekekeke

Kalau weekday balik keje, aku tak masak nasik dan lauk pauk. Selalunya makan kuih, roti tak pun buah kalau ada. Rajin skit, aku buat bihun goreng, bihun sup tak pun mee campak. Mee campak ni nanti aku share recipe ngan korang yek. Semalam hasben aku cakap, lepas nie kita makan buah je. Eh, hasben aku cakap ke aku yang bagi idea yek. Dah lupa. ha ha ha. Hari ini ada Pasar Tani Mega Putrajaya, bolehlah beli buah bagi penuh fridge. 

Weekend je automatik aku terus masak nasi dan lauk pauk apa yang ada. Biasanya dah beli lauk pauk siap-siap. So, tak perlu lah nak keluar lagi pepagi weekend tuh. Baik dok rumah je buat apa yang patutkan? Basuh baju ke, kemas rumah ke...... lipat kain baju memang taklah, itu kerja hasben. Isteri tak suka lipat baju, kengkadang je buat. Dasar betul isteri neh!!


Normally, weekend pun aku masak nasi sikit je. Memang tak kasi hasben aku tambah banyak-banyak. Kesian kot kalau badan hasben naik dan susah nak cari baju. Selalu je sangkut kat perut. Menu yang tergambar kat atas tu tak pasti menu minggu keberapa. Dah lama edit, tapi nak cari time menulis yang susah tu. Jenis lauk dua je. ha ha ha. Tak cukup lengkap betul buat kerja. Tapi hasben tak kisah. Masak apa yang ada je. Aku buat asam pedas ikan tenggiri. Resepi of course dari mak mertua. Asam pedas mak mertua aku memang superb kot. Aku dah banyak kali try tak jadi 100% macam dia buat. Takpe, janji usaha nak buat tu ada. Mesti mak bangga dengan menantu nie kan? ngeh ngeh!

Aku up dengan telur dadar. Telur dadar memang menu wajib kalau takde menu-menu lain yang best. Bolehlahkan? Cuba tengok portion nasi tu. Yang setoek je nasi tu aku punya. Konon diet kan? Jangan tertipu ye, habis nasi tu aku tetap tambah kalau berselera. Kalau takde selera memang aku akan stop sekadar tu je. Janji perut kenyang sudah. Hasben kita kena letak banyak sket dan spare sesenduk nasi untuk dia tambah. Taknak selera dia tetiba terkejut bila cakap, "hubby...nasi dah habislah!". Aku memang akan lebihkan sesenduk nasi untuk hasben. Walhal sekali makan pun boleh, tapi nak nampak macam dia tambah ... lebihkan je nasi dalam pinggan lain. Baru muke ada senyum! he he he


Yang ni pulak menu weekend baru nie. Ikan cencaru sumbat grill memang antara menu wajib. Terus grill dua ekor sebab bila habis nasi terus ratah. Sedap tau. Lagipun kalau grill boleh jimat minyak masak. Nak-nak sekarang nie semua mahalkan. Berjimat cermat adalah penting. Upkan dengan sambal ikan bilis dan sambal sardin. Memang wallah tau sedapnye. Eh, masuk bakul nampak?

Sekarang nie jaranglah aku nak cerita bab masak, sebab dah kurang masak ok. Nak tunggu weekend baru boleh cerita pasal menu neh. Bila setiap kali  masak dan makanan terhidang kat meja ... terus aku cari camera nak ambil gambar. Terus hasben aku bersuara, "sayang ... sampai  bila kita nak lalui keadaan macam nie, sebelum makan je ambil gambar?".

Peeeekkkkk kat muke sendiri! ha ha ha ..... Jawapan aku adalah ringkas dan padat, "isteri hubby kan blogger!".

Walaupun soalan hubby kadang menekan jiwa, tapi dia tak pernah halang aku berblog. Dialah yang selalu ingatkan aku untuk update blog setiap kali kami pergi travel mana-mana atau lalui perkara yang perlu dikongsi bersama. Cuma aku je tak mampu adjust dan bahagi masa lagi. Kejutan hidup berkeluarga namanya! Tak reti nak bahagi masa lagi. ngeh ngeh ngeh




p/s : Apapun, terima kasih hasben atas sokongan dan galakan. Love u!!

PENANTIAN SUDAH BERAKHIR - MH370

Assalamualaikum ...


Al-Fatihah dan salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang serta anak kapal MH370. Akhirnya dijumpai di tengah-tengah Lautan Hindi. Lautan yang dalam dan ombak yang sentiasa mengganas telah menelan MH370 bersama isi perutnya. Di hari ke-17 segalanya terjawab. Teruskan #prayforMH370!!

Bila tengok keadaan di Lautan Hindi tak dapat bayangkan mereka yang telah pergi (mati). Keadaan mereka sebelum pergi. Ya-Allah mungkin pelbagai kekalutan yang ada. Tangisan dan teriakan. Allah swt Maha Mengetahui segalanya. Aku berharap semua ahli keluarga mangsa tabah menghadapi qada dan qadar ini. 

Usaha untuk mendapatkan semula MH370 itu sememangnya mengambil masa yang lama. Dengan keadaan lautan yang sentiasa bergelora dan ombak yang meninggi. Ya-Allah, Kau selamatkanlah mereka yang terlibat dalam misi mendapatkan MH370 ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Allahu Akbar!!





p/s : Al Fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Monday, March 24, 2014

KUCING

Assalamualaikum ...


Hye ... hye! Jumpa kali ni nak kisahkan hal kucing. Aku tak bela kucing. Dok apartment milik Kerajaan ni janganlah sesuka membela binatang. Ayam tak boleh bela. Kucing boleh bela secara sembunyi-sembunyian. Kalau kena tangkap dengan BPH sendiri jawablah kan ...Walaupun tak dibenarkan membela binatang belaan, tapi aku tengok ada je kucing terbiar dekat area apartment aku ni. Bukan sekor ... tapi berekor-ekor. Manalah datang yek?

Kadang bila aku balik rumah kucing ni pun ikut sama masuk lift! Aiyak ... kenalah bawa dia sama naik tingkat 3. Tapi nak bagi masuk rumah tu semestinya idak. Aku pun tak tahu entah-entah kucing nie bertuan. Kang tuan dia serang pula. Tak pasal-pasalkan ...

Sejak aku kahwin jarang-jarang sangat dah jumpa kucing berkeliaran dekat apartment. Tapi ada satu hari tu, masa balik kerja ... ada sekor kucing ni ikut aku and hasben masuk lift. Hasben aku relaks je ajak dia masuk lift sama. Aku tak kisah sebab kat kampung dulu ayah bela kucing. Dia jelah yang rajin mandikan kucing. Kami anak-anak setakat bagi kucing makan dan main-main je ngan kucing tu. 

Kucing yang ikut aku dan hasben, menonong je membontot. Kami keluar lift, dia pun keluar. Dah tu nak ikut masuk rumah. Alooolooo, kalau ikut hati nak je bawa kau masuk rumah, kasi mandi! Tapi tak bolehlah kan ... kang kau tak nak balik, pastu berry berry dalam rumah. Oh no no no! Sapa nak basuh pulakkan. Kalau kat rumah aku ada pasir kucing boleh letak kau kasi berry berry memang aku takde hal punya. Hasben aku plak baik hati, suruh aku ambil ikan bilis dan air putih kasi kucing ni makan dan minum. Aku syak kucing ni macam lapar. Dah la sekarang ni panaskan. Dan aku pun terfikir dia ni makan kat manalah agaknya.


Ikan bilis letak je kat lantai. Tak sempat nak cari suratkhabar buat lapik sikit. Nampak sangat kucing ni ke hulu ke hilir macam lapar semacam kan. Lepas tu letak air sebekas. Bukan main lagi dia menjilat air. Mesti dahaga terlampau neh!


Kucing ni lebih banyak minum dari makan. Ikan bilis tu sebenarnya tak habis pun dia makan. Jamah sikit je. Tak sedap kot? Ke ko nak friskies sayang oi? Rumah mak takde friskies okeh, mak tak membela kucing pun.


Lepas sudah makan dan minum, kucing ni datang jengah muke kat depan grill rumah. Nak ucap terima kasih la kot kat hasben sebab kasi dia makan. Nasib baik dia just lepak je depan rumah je. Tengok muke dia macam kesian sangat. Terbiarkan? Kalau kasi mandi mesti comel.

Kalau aku dok rumah teres, mesti aku bela ini kucing! Kasih mandi bagi comel secomelnye. Sejak bagi dia makan dan minum, lepas tu kami dah tak jumpa dia dah. Manalah dia pergi agaknye ...






p/s: Dia pun makhluk Allah juga, dia pun tahu rasa lapar dan dahaga.


Saturday, March 15, 2014

SYUKUR

Assalamualaikum ...


Perasan tak, bagaimana Malaysia dilanda dengan pelbagai ujian. Bermula dengan banjir yang berlarutan penghujung 2013. Kemudian diikuti dengan cuaca yang sejuk lebih dari 2 minggu. Ketika itu kita seakan kecoh dengan kesejukan yang diturunkan Allah. Kita ni kadang jenis tak bersyukur ... hujan salah, sejuk salah ... panas pun salah! Apa yang kita nak sebenarnya sebagai HAMBA?

Tak habis dengan suhu sejuk ketika itu, datang pula panas yang berpanjangan. KEMARAU! Dah hampir 2 bulan aku rasa. Macam aku bagitahu sebelum ini, sungai hampir kering .... empangan airnya dah surut. Telaga rumah aku kat kampung dah kontang. Hujan tak turun-turun. Panas jangan cakaplah, 15 minit kat tengah padang time 11.00 pagi peluh yang keluar umpama berjogging 2 jam. Kau tak perlu sibuk nak ke sauna dah. Sauna semulajadi time tengahari dah cukup.

Dalam keadaan kemarau yang belum sudah, hilang MH370. Nampak tak kita sedang diuji. Nampak tak Allah nak lihat kita ni kelam kabut bagaimana bila diuji. Nampak tak Allah sebenarnya amat sayang dan kasihkan kita dan kerana itu Dia turunkan ujian. Nampak tak? Dia ingin melihat sejauh mana kita akan kembali kepadaNya. Sujud kembali kepadaNya setelah lupa seketika.

Tapi kita ... bersyukur ke mengeluh??




Hari ini dah lebih seminggu MH370 tidak dijumpai. Pelbagai usaha dan pertolongan banyak pihak yang datang membantu Malaysia. Terima kasih. Harap semuanya berniat baik, bukan sebaliknya. Kerajaan menyeru untuk kita buat solat hajat. Sama-sama. Di sini, aku nampak muafakat kita. Di sini aku nampak kita boleh bersatu. Please ... mari kita bersatu demi Islam. Hanya Allah swt sahaja tempat kita  bergantung harap. Hanya Dia yang Maha Mengetahui di mana MH370 dan hanya Dia sahaja yang mampu menurunkan hujan membasahkan tanah yang sudah lama kontang.

Sepanjang usia aku yang dah melebihi 30-an ini, baru kali ini aku merasa kemarau yang panjang. Baru kali ini aku merasa jerebu yang sangat teruk dan bangunan pun turut hilang dari pandangan. Baru kali aku melihat yang sekarang dunia melihat Malaysia hanya kerana lenyapnya MH370. Aku harap ... lenyap ini hanya seketika. Untuk pengajaran cuma pada kita yang leka. #prayforMH370. Jangan berhenti berdoa ... moga Allah makbulkan doa kita untuk pulihkan keadaan seperti sediakala. 

Mari kita bersyukur ... walau apajua keadaan yang menimpa dan menjelma!



p/s : Kita sungguh kerdil!!

Friday, March 14, 2014

MACAM-MACAM ISU ... SEMUA INI DUGAAN DAN UJIAN. SABAR.

Assalamualaikum ....



Salam Jumaat! Hye ... lama betul kita tak berjumpa. Jangan tak tahu akak yang sorang ni semakin sibuk, plus penat dengan kerja opis dan juga kerja sebagai surirumah separuh masa. Tak perlu nak herankan sangat kalau akak tak muncul kat sini. Dah kahwin nie, 24 jam rasa sekejaplah sangat. Tengok, hari ni dah Jumaat! Dah bulan Mac dah pun .... cepat sungguh masa berlalu.

Sepanjang sepeninggalan aku ... cuma tiada masa nak update blog ajelah. Baca blog korang ... ada masa, sebab aku curi-curi masa time keje baca. Masa awal pagi masuk keje dengan masa nak balik. Sempatlah baca 2-3 blog. Yang tak sempat tu, sorrylah ye. Masa amat mencemburui kite! Ewaaah ...

Lately, macam-macam isu yang wujud. Macam-macam ujian yang kita terima. Ujian ini untuk kita jadi hamba Allah swt yg tabah dan sabar. Kemarau yang panjang. Rasa aku hampir 2 bulan jugalah. Mak aku cakap telaga kat kampung yang tak pernah kering sejak dia kahwin dengan ayah tu dah kering kemaru kali nie. Ujian Allah kan? Empangan pun air dah surut. Tidur malam pun aku dah tak berselimut sejak sebulan nie ... panas! Baru panas dunia kan? Kalau kita ni tak sedar dan tak insaf lagi tak tahulah. Air dekat Selangor dah kena catu. Kesian kawan aku yang dok area Selangor. Putrajaya pun akan catu juga aku rasa kalau kemarau ni masih berpanjangan.

Bila kemarau berpanjangan, hutan terbakar sana sini kerana terlalu kering. Bila dah terbakar, jerebu sana sini. Putrajaya ni jangan cakaplah, jerebu tebal petang-petang. Siap dengan abu/habuk berterbangan lagi. Pedih mata! So, sejak jerebu nie ... habis waktu kerja sebelum jam 7.00 malam dah ada kat rumah. Tak kemana-mana. Risau kesihatan terganggu pulak nanti.

Belum sudah lagi hal kemarau ... usaha pembenihan awan oleh Kerajaan untuk menurunkan hujan, MH370 milik MAS pula lenyap bersama 239 penumpang dan anak kapal. Hari ini dah genap seminggu. Entah ke mana menghilang MH370 yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia dan penantian bagi keluarga mereka yang terlibat. Sayu hati aku. Kalau jatuh di bumi, nampakkanlah. Kalau ada di laut, timbulkanlah. Doa dan harapan sentiasa ada untuk MH370. Aku sendiri terfikir, apa yang terjadi pada 239 penumpang dan anak kapal berkenaan. Hilang sekelip  mata ... tanpa kata-kata akhir. Apapun aku harap segala usaha dipermudahkan dan menemui jawapan! Y-Allah lindungilah mereka.


Tentang atkins aku. Maaf, aku gagal berdiet atkins. Tapi, gagal sekali bukan untuk selamanya! ngeh ngeh ngeh.



p/s : entry semasa menghilang

Wednesday, March 5, 2014

CUBAAN KEMBALI KEPADA DIET ATKINS

Assalamualaikum ....


Entry sebelum ini aku dah story dekat korang semua yang aku akan kembali beratkins. Diet Atkins. Macam mana mula-mula aku beratkins pada 1 April 2012. Jangan tak tahu, time tu aku dapat turunkan berat hampir 15kg. Cuma ambil masa yang lama lebih kurang 10 bulan. Aku kan bab makan kurang disiplin sket. Asal ada depan mata, nampak sedap semua nak sapu sampai licin je.

Bermula Jun 2013 aku mula lalai berdiet. Yelah, time tu stress sikit sebab nak buat persiapan nak bertunang. Orang suke nak bertunang, kau stress kan? Majlis tak sampai 3 jam pun ko boleh stress. Xoxoxoxoxoxo. Mana tak stressnye, persiapan saat akhir sebab family bakal tunang (sekarang dah suami dah … he he he) baru bagi tarikh bila dorang boleh datang meminang. Aku plak adik2 sibuk dengan anak-anak kecil dengan yang memboyot semua ada, maka bertambahlah stress akak kau neh!

Kiranya Jun 2013 tu, diet atkins aku ke laut ke darat … ke laut ke darat je manjang. Sudahnye hajat nak bersanding dengan berat 55kg tak kesampaian. Sebab that time berat aku dah naik jadi 58 ke 59 camtu! Salahkan diri sendiri. Lepas dah nikah 4 bulan 4 hari nie, maka berat badan ni bagai dipam-pam anak-anak oi! Resah makcik … dah rupa macam makcik jual nasi lemak dah ghuper badan ku. Soobs sooobss sooobsss!

Sebab itu, aku cuba juga pelan-pelan nak ber’atkins’. Kiranya start semalamlah. Dugaan tau bila dalam kepala ko dah set nak berdiet. Time tu korang akan nampak semua makanan adalah super sedap giles babas punyer! Selama nie pandang roti kosong pun tak best, bila nak diet … roti kosong pun nampak macam pizza domino! Aku ber’atkins’ nie memang atas banyak sebab. Sebab paling utama tentulah kesihatan. Kerna aku rasa best giler masa berat capai 55kg. Ringan. Kaki tak sakit. Nak solat senang. Boleh berjalan laju tanpa mengah. Kain baju tak sendat sana sini. Pakai jeans dah longgar. Antara kebaikan menurunkan badan yang aku boleh kongsikan kepada korang.

Sekarang ini, berat dah naik … 64kg! Hamek ko … kira sendiri berapa kilo aku dah naik. Pengsan weh. Macam badak air dah aku rasa. Bila aku luahkan aku nie dah gemuk, adalah suara sumbangseh yang akan cakap, “Yelah hati senang … dah ada orang teman. Dulu sorang. Sebab tu badan dah naik. Biar gemuk takpe janji suami sayang!”. Oi, makcik! Ini bukan soal suami sayang ke  tak sayang. Ini soal kesihatan dan keselesaan aku sebagai manusia. Gheti la sket bercakap tu jaga hati perasaan orang. Tak perlu nak sindir bagai. Opsss … ter’emo’ pulak dah! Maap ye.

So, semalam aku pelan-pelan cuba ber’atkins’. Korang jangan ingat senang nak ber’atkins’ pada mulanya. Susah nak disiplinkan diri, tapi kena kuat. Pagi semalam sampai tengahari semua ujian atkins berjaya … balik rumah aku telah gagalkan diri sendiri dengan memakan popia sardin yang sedap! Bukan satu hamek, tapi 3 ketul popia. Sadis rasanye. Takpe jangan mudah mengalah! Hari ini, breakfast dan lunch aku lulus dengan menu atkins. Aku makan ayam bakar dan telur goreng. Petang pulak aku dah gagal. Hasben ajak aku minum. Sudahnye termakan sekeping roti bakar kepunyaan hasben. Tak tahan tengok.

Dua hari sudah gagal. Esok bagaimana? Kita tunggu esok pulak yek!

Biasanya aku ambil masa 1-2 minggu untuk disiplin sepenuhnya. Selalunya macam itulah. Aku harap aku tak akan mengalah. Manatahu bila berat aku dah turun, lekat pula baby nanti (pliss doakan!), wah bergandalah keseronokan aku nanti. Harap-harap cepatlah ada baby. Tak sabar nak cium dan bau baby. Hasben aku cakap, boy ke girl ke dia tak kisah. Janji sihat sempurna akal dan fizikal. Ameeen.

Tunggu esok yek … tengok apa akan jadi pada atkins aku. Doakan aku berjaya …….




p/s : Kali ini aku diet atkins dengan ambil supplement daripada Shaklee! Aku love giler dengan Shaklee skang nie. 

Monday, March 3, 2014

GEMUK

Assalamualaikum ...


Tajuk yang agak tak boleh blah. Sekarang ni sesapa saja yang jumpa aku akan cakap aku gemuk. Ok, aku tahu aku gemuk tapi aku tak faham kenapa kau pula merasai beratnya. Aku ok, maka kau juga harus ok. Tak perlu cakap banyak-banyak kali pun sebenarnya, memang aku tahu pun berat aku dah naik. Kain baju, seluar semua dan sendat, padat dan ketat! Salah siapa tu? Perlu beli pakaian baru atau diet? Pilihan di hati sendiri! ngeh ngeh ngeh

1 Mac lalu, genap 4 bulan aku menjadi isteri. Maksudnya, bulan ni dah bulan ke-5 dah jadu isteri .... hoyeeeee. Alhamdulillah, syukur sangat. Hati pun senang. Jiwa pun tenang. Rahmat Allah tu. Cuma belum rezeki lagi untuk bergelar ibu. Tengah usaha tangga kejayaan >**<

Ramai yang perasan akan perbezaan kegemukkan aku. Makin gemuk. Siap ada spare tyre lagi. Alahai, redha ajelah. Dan aku sendiri mulai rimas dengan kegemukan sendiri. Tau kenapa? Kaki aku menjadi sakit, lutut jadi tak kuat ... kaki aku tak mampu menampung berat badan sedia ada. Bayangkanlah, kalau dulu masa tunang, berat baru 55kg, sekarang dah terlebih dari itu. Mana tak sakit kakinye. Memang sakitlah.

Aku tak salahkan sesiapa termasuklah hasben sendiri. Kadang aku rasa badan aku dah nak sesaiz badan hasben dah. Dan kerana terasa gemuknya badan, maka bermula Mac ... aku pelan-pelan akan kembali kepada atkins. Doakan aku menjadi kuat seperti sebelum ini. Nak balik berat 55kg tu. Nak berjalan dengan laju, nak solat dengan mudah, nak berdiri dengan hebat ... bak kata semua naklah! Okeh, tamak ada disitu kalau semua kau nak!!

Moga berhasillah usaha aku. Esok start jalan kaki .....




p/s : bertindak sebelum menjadi parah!