Thursday, January 1, 2015

HEADER 2015

Assalamualaikum ....



Bersempena tahun 2015, sesaja buat header baru. Dah cukup cun bagi blogger macam aku yang langsung takde seni dan kurang ilmu dalam buat header. he he he. Bolehlah dari takdekan?



Nampak tak seekor anak ayam keloncatan di situ. Bukan main girang sambut tahun baru kot. Walaupun umur dah meningkat, tapi aku masih mengekalkan ciri-ciri keanakan. Kegirangan anak ayam tu lebih kurang macam aku je. Tapi aku bukan 'anak ayam' yang itu ye. Jangan dok salah tafsir plak. Ini anak ayam memang seekor binatang yang betul-betul anak ayam. ha ha ha susahnye nak describe!




Header 2014, terima kasih atas jasa. Tak reti juga nak buat. Main belasah je asal blog aku ada header. Ini namanya blogger sukahati. Kreatifnye takde pun, cuma keinginan nak mencuba.

Pagi 2015 bangun awal. Wah umur dah bertambah. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia.Kepala otak dah plan untuk buat breakfast untuk hasben. Kuewteow kerang sudah. Lunch tak pasti nak masak apa. Mungkin masak lemak cili api ketam kot. Aku makin ketagih untuk makan ketam akhor-akhir ini. Ntah kenapa entah. Nasib baik rege ketam tengah murah. Rezki kamu wahai anak!

Okeylah, moga korang semua segar di pagi tahun baru, 2015!




p/s : Header sahaja baru, blog yang sama dan penulis masih jua orang yang sama. Suka merapu tak tentu pasal. ha ha ha

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!