Friday, January 9, 2015

JIWA MEMBERONTAK

Assalamualaikum....


Memberontak! Ya, jiwa aku sekarang ini sedang memberontak. Berkecamuk. Marah. Geram. Sakit hati. Dan macam-macam lagi. Aku tahu, seorang ibu mengandung tak sepatutnya ada semua perasaan ini. Perasaan gila. Emosi tak bertempat. 8 bulan aku berjaya mengawal perasaan aku dengan baik. Alhamdulillah, Allah permudahkan banyak jalan kehidupan ketika aku berbadan dua ini. Namun, bila menginjak ke 9 bulan, jiwa aku jadi confuse dengan banyak perkara. Terutama hal office!

Saat sekarang aku rasa macam nak cuti awal. Cuti lebih awal daripada EDD aku. Ya, itulah perancangannya. Aku nak rehat. Kerana aku memang perlukan rehat. Kesian anak soleh solehah dalam kandungan ini, jadi aku taknak dia turut stress kerana kecamuknya emosi bakal seorang ibu! Di saat aku tertekan, aku masih cuba untuk senyum. Bersyukur Allah anugerahkan teman hidup yang baik dan memahami walaupun tak 100%. Sekurang-kurangnya suami aku berusaha memahami dan membantu mengurangkan tekanan yang ada.

Cuma, di pejabat ... aku memandang sesetengah orang rasa ingin aku telan sama sekali hingga tiada  bersisa. Kejamkan! Itulah perasaan aku. Maafkan aku bersikap sedemikian. Kerana sikap kalian mendesak aku berjiwa seperti itu.

Di saat-saat kerja penting perlu diselesaikan, masih ada yang buat endah tak endah. Tinggal aku terkontang kanting dalam keadaan yang tidak berdaya. Terasa hati. Namun, aku bersabar. Tak ke mana semua ini. Buatlah kerja yang aku mampu sahaja. Jangan sampai mudaratkan diri. Itu pesan hati aku setiap kali ia cuba merintih pedih dan rasa ingin meraung hingga kedengaran ke seluruh pelusuk dunia. Aku harus kuat. Aku harus tabah. Kerna aku inginkan anak soleh solehah yang bakal lahir ini juga kuat dan tabah seperti ibunya malah jauh lebih baik dari ibunya. Impian aku tentang kehadiran anugerah Allah swt ini sangat besar.

Luahan hati yang amat tertib dan tersusun sangat kali ini. Inikah aku sebenarnya??
Dan di saat hati seakan sedikit hancur, Nuffnang menghadiahkan CPUV. Rezeki dari Allah, untuk anak soleh solehah dalam kandungan ini agaknya. Buat aku tersenyum seketika. Alhamdulillah.




p/s : Mengingatkan aku, bila orang susah kau boleh tolong ... tapi bila kau perlukan pertolongan ... minta saja pada Tuhan bukan pada makhluk ciptaanNya! 

2 comments:

  1. Jiwa saya pun semakin memberontak dek kerana takde satu pun cpuv singgah huk huk :(

    ReplyDelete
  2. Kena rajin hello-hello nuffnang tu.... ;p

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!