Wednesday, April 7, 2010

Masih adakah kasih buat mu...

di kala fajar mula menyinsing,aku mula mencari-cari bayangnya,
bila senja menjemput malam,aku mula mencari-cari zahirnya..
rindu ini terlalu hebat melingkar di sanubari..
sungguh aku mendambakan keindahannya dan ingin memburu segala rahsia-rahsianya itu..
aku mahu memilikinya,
ingin jua ku belai lembut kasih dan sayangnya..
kerana harapan ini terlalu besar untuk itu,

namun apalah dayaku,diriku tiada kudrat untuk melakukannya,
tidak terdaya merebut nilai yang ada di dalam hatinya..
lafaz ini terhenti di balik bibir,langkah ini terhenti di persimpangan,
tatkala terlihat sekilas bayangan diriku..

di ruangan itu,aku hanya mampu bermain dengan isyarat,
isyarat yang telah aku sertakan dengan harapan agar ia mengerti maksud yang aku nyatakan..
telah nyata ku zahirkan hasrat ini..

namun hakikatnya,hingga ke saat ini ia masih belum bertaut..
kasih ini belum pernah berlabuh..
belum jua pernah aku ikrarkan disaksikan mentari mahupun rembulan..


aku di sini termanggu keseorangan..
berbicara dengan bintang-bintang,
di sapa angin dingin yang berhembus sayu,
di bisikkan alunan ombak di pantai..
hatiku tenang juga bila begini..
namun aku tidak mampu melawan betapa hebatnya gelombang kesepian..

falsafah cinta yang ingin aku bina ini pun, aku tidak tahu yang bagaimana..
namun aku punyai mimpi indah yang mungkin dapat aku titipkan di dalam diari hidupku..
memiliki seseorang yang tidak bisa di goyah oleh kebendaan dan menjadikan wajah sebagai pengikat kasih..

namun ujian ini mungkin terlalu berat baginya,
aku juga bimbangkan keadaan sedemikian yang akan di laluinya,
aku takut ia akan terluka dan tertekan pada keadaan-keadaan..
kerana aku juga di antara umat akhir zaman..

lamunan-lamunan itu sering saja membuai di dalam lenaku,
harapan untuk memahkotakan naluri,telahku duga akan segala rintangannya..
andainya dia mengerti,dapat aku bayangkan pandangan ini akan jatuh bersama titisan-titisan kecil yang gugur di celah-celah pipiku..
biarpun nyata aku seorang insan yg lemah..
betapa gembiranya hati ini,jika ia dapat bersama-samaku meniti hidup ini..
siapa yang tidak terharu dengan insan yang sedemikian..

namun cerita ini adalah mimpi-mimpiku..
betapa waktu ini peritnya perasaan yang meronta-ronta di jiwa..
hampir saja aku karam di samudera keragu-raguan dan lemas di dalam lautan mimpi-mimpi..
namun aku pasrah jua..
jika aku lalui sisa-sisa hidup ini tanpa memilikinya pun..
aku kan tetap teruskan pelayaranku ini untuk mencari sesuatu anugerah yang pernah turun daripada khazanah langit untuk mendapatkan satu ruang di bawah naungan yang maha agung..
dan kisah singkat ini biarlah ia menjadi motivasi kepada teman-temanku di sini..
semoga ianya memberi manfaat..



"Ya Allah ya tuhanku..
kepadamu aku memohon segala sesuatu yang mendekatkan diriku ini kepadaMu..
kepadaMu jua aku memohon agar di hindarkan aku dari segala sesuatu yang boleh menjauhkan aku dariMu.."
Ya Allah ya tuhanku, betapa rindunya aku kepada kasih sayangMu..
permudahkan untukku jalan-jalanku menujuMu wahai tuhanku.


credit to : Classic Berbisik

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!