Thursday, April 4, 2013

KAYUHAN PATRIOTIK BERSAMA PM DS NAJIB !

Assalamualaikum ...





Petang semalam aku and geng join Kayuhan Patriotik yang bermula di depan Kementerian Kewangan, Presint 2. Dapat basikal sumbangan MDB tak salah aku. Happening event semalam. Selepas berbelas tahun aku tak ngayuh basikal, dah tua-tua kayuh .... sakit mooontoot okeh! Aku amek KAYUHAN CERIA dengan jarak 12KM. Kalau amek KAYUHAN CERGAS, jarak dia 20KM.


12KM pun dah beralih punggung, inikan pulak 20KM. Balik rumah semalam pun aku ngayuh juga. Kete tinggal opis. heh! Macam beskal free tu lagi mahal dari kete plak. he he he


Jarak 12KM tu aku ingat lalu jalan raya mendatar je, rupanya track dia tepi tasik lalu Presint 3 dan 4 ... lalu Presint 18, Taman Wawasan ... balik Presint 2 dan stop dekat depan Istana Kehakiman/Perbadanan Putrajaya kat Presint 3. Asyik naik cerun turun cerun. Naik turun naik turun ... rasa lebar punggung! Yang bestnya punyala mencabar ...


Aku dah la amek beskal yang takde gear ... ada gear pun bukan aku reti guna pun. So, amek la yang takda gear ... itupun dah syukurlah dapat beskal daripada orang lain yang tak sempat dapat. Kul 5pm semalam masa aku cycle pergi kat garisan permulaan ... ada 2 kontena basikal yang baru turun. Basikal dalam kotak lagi. Siap berebut-rebut dorang! Kenapalah tak beratur? Senang orang nak bagi. Masa aku amek beskal  time pendaftaran tu pun kami beratur. Takdelah menyusahkan orang ... ini berebut tak hengat!

Kayuhan Bersama Perdana Menteri!! Aktiviti yang best!!

Nie time baru gerak ke garisan permulaan ... rupanya dah sampai pun PM. Dorang tengah tunggu wife PM je, DS Rosmah.


Abang moto besar


Senaman ringan!!

Abang nie sempoi je ngan beskal posmen zaman dulu kala, serius best and smart je aku tengok

Time nie saat nak berlepas dah ... aku dok tepi bagi dorang je follow PM dan menteri





Best je lalu sini, ada budak sekolah kiri kanan dok kibar bendera....terus rasa VVIP koooo. hahahhaha

Lalu Monumen Alaf Baru

Eh, menyongsang oooi .... he he he

Masa lalu sini, mmg jammed ... jalan sempit! Bestnye orang yang makan kat Umai Cafe nie pun lambai-lambai tangan. Moment yang best sangat!

Gambar lain-lain tak daya dah aku amek, penat weh 12km turun baik bukit yang curam. Tang naik bukit sampai turunlah dari beskal menolak. Gigih tak gigih nak sampai penamat. Alhamdulillah, setakat nie kalau aku join aktiviti jalan kaki pun aku akan habiskan walau penat.


Dari kul 5.30pm mula sampai 6.45pm baru sampai ke penamat! Peluh dah macam air hujan. Eh, semalam selepas PM umum Parlimen dibubarkan, Putrajaya terus hujan lebat. Hujan rahmat nie ;=)


Nak mencelah sket, Parlimen dah bubar ... dan aku sentiasa mendoakan Malaysia terus aman macam sekarang. Mana nak dapat negara yang hebat macam Malaysia? Aku harap tiadalah huru hara dan demo jalanan yang menyusahkan rakyat!! Semoga Malaysia berada di bawah rahmat dan lindungan Allah swt. Amin!






CK : Basikal aku bawa balik, simpan dalam bilik tidur ... anak buah aku asyik panjat je, kang tertimpa diri sendiri ...

6 comments:

  1. wahhh...seronoknya...bersama PM lagi..

    salam kenal..follow & isi tabung kt sini

    ReplyDelete
  2. Salam, t kasih sudi folo che mid.. tak sakit badan ke 12 km punya kayuhan.. tapi tentu enjoykan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit badan idak la....sakit montot je..hahhaha

      Delete
  3. apadah...naik beskal pun boleh jem, hehe...untunglah deme, dapat naik beskal dengan pm :)

    ReplyDelete
  4. untung la jugak..hehehhehe sempena Parlimen dibubarkan dapat juga berbasikal dgn PM

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!